Pada suatu ketika engkau adalah junior.
Dan dia adalah senior.
Engkau patuh dan akur segala arahannya.
Hormat; yang tidak pasti nilai ikhlasnya.

Pada suatu masa, engkau menjadi senior
Seniormu menjadi alumni
Tiada lagi arahan untuk diakur
Hormat? Tidak pasti.

Bekas seniormu datang menjenguk
Engkau menolak untuk membantu
Memalukan dirinya di depan juniormu
Angkuhkah kamu?



Kini bertahun sudah berlalu
Sesalkah dirimu?



: diolah berdasarkan kisah benar seseorang.

NUke

Ingat tak, dulu-dulu (in reference to zaman tiada handphone lagi) kita selalu berborak-borak dengan keluarga kita. Borak-borak dengan adik-beradik yang lain. Borak-borak dengan ibu dan ayah kita. Borak-borak dengan kawan-kawan kita... Ingat tak?

Best bukan?

Dulu-dulu, bila kawan datang rumah ajak main bola (bola tu dapat sebab main tikam-tikam stickers) atau badminton atau konda-kondi atau bola chap...semuanya rasa seronok; sebab masing-masing mengeluarkan 'suara' ketika berkomunikasi. Cewah. Ayat macam nak buat testis thesis.

But now, bila teknologi semakin menguasai donia... aku seolah-olah merindui semua kenangan dulu. Aku jumpa kawan, tapi kurang bersembang. Aku bertanya khabar... tapi dalam bentuk 'teks' dan aksara. Aku wish happy birthday kat dorang... tapi menerusi media sosial yang mujur ada reminder.

Dan aku duduk bersebelahan. Kami duduk saling bersebelahan.


Tetapi mata liar memandang skrin telefon yang semakin canggih.



Communication.


At its best.











I miss the real conversation.


NUke


Obses.

Ada orang sangat obses dengan orang lain, for example, pelakon, for example, Aaron Aziz, for example, Aaron Aziz pakai baju Reject Shop, for example, warna biru.

Obsesi: Baharudin (watak fiksyen) bergegas ke kedai Reject Shop untuk membeli baju warna biru yang dipakai oleh pelakon kegemarannya, Aaron Aziz.




Obsesi boleh mendatangkan kebaikan kepada sesetengah pihak. Dalam kes ini, pihak yang paling untung adalah Reject Shop; sebab penjualan baju biru meningkat (mungkin melebihi 300%) berbanding kebiasaannya.

Obsesi juga boleh mendatangkan kerugian kepada sesetengah pihak. Dalam kes ini, pihak yang rugi adalah Baharudin tu tadi; sebab baju biru tu barangkali bukan satu keperluan pun untuk dia. Ended up, dia mungkin hanya pakai sekali je.



Setiap orang ada obsesinya tersendiri. Aku sebenarnya dah lupa aku obses dengan apa. Rasanya, sebelum ni, aku obses dengan blogging. Tapi lately macam dah slow sikit.



Ada orang obses dengan penyangkut baju. Kalau nampak je, mula la tangan tu gatal2 nak amik, lepas tu pukul-pukul orang!


Oh.
Obses tak sama dengan Obesiti.


p/s: Oh, btw, J kirim salam.

NUke

AMARAN: Entry ini berpotensi untuk di-per-debat-kan. Baca atas risiko sendiri.



Cewah! Siap ada warning kot! Apa-apa pun, ruangan Lelaki kali ini nak membincangkan tentang persepsi aku terhadap perkahwinan. Maklumlah, sejak kebelakangan ni ramai pulak kawan-kawan yang berjaya mendirikan rumah tangga, makanya aku tertarik untuk mengetengahkan isu ni.

Lelaki dan Perkahwinan.

Bagi aku, perkara kahwin ni normal lah untuk dibincangkan. Baik di peringkat kawan2, keluarga dan rakan sepenjawat. No big deal. Cumanya bila ada elemen-elemen mendesak tu, akan menyebabkan yang ditanya tu menjadi tidak selesa.

Lately, banyak juga aku terbaca pasal isu kahwin ni. Especially isu kahwin lambat. Haaa... Ada certain kes tu membincangkan pasal Perempuan sekarang yang suka kahwin lambat. And in some cases, ada ke-pelik-kan bila sang Lelaki pulak yang cenderung untuk kahwin lambat.

So, I did some askings di kalangan my friends, and some family members about this issue.

Is it okay for a woman to kahwin lambat?
Rata-rata respon yang aku terima adalah: NO. Penjelasan yang dorang beri selalunya berhubung kait dengan kesihatan lah.

Perempuan ni elok kalau dapat first baby before umur 30.
- Angah.

Hish! Perempuan yang nak kahwin lambatni, janganlah! Nanti takde orang nak.
- Anonymous.

Better kahwin awal sebab ovum masih fresh!!
- Another Hamba Allah.

So, basically jawapan yg diterima tu turut dipengaruhi oleh stigma masyarakat. Pada mereka, wanita yang kahwin lambat ni sebenarnya 'tak laku', and maybe terlalu mementingkan kejayaan hidup. But, whatever it is, ajal dan maut serta jodoh itu adalah urusan Yang Maha Esa.

Okay, bagaimana pulak dengan sang Lelaki? Is it okay untuk kahwin lambat?

Basically, aku terima mixed review on this issue. Ada some friends yang pertikaikan kenapa ada lelaki yang sanggup kahwin lambat, sedangkan perkahwinan itu nikmat. I don't really know whether the 'nikmat' that they said means betul2 kenikmatan, atau seks. (No offense). But here are some answers that I got from my guy friends about marriage & late-marriage:-

Rugi siapa kahwin lambat. Sedap kot!
- Rakan Baik.

Okay je. Rileks lah dulu. Nak kumpul duit. Nak beli rumah dulu. Takkan nak bagi bini makan pasir?
- Hamba Allah (termasuk aku)

Depends. Kena plan betul-betul.
- Rakan Sepenjawat.

Tak kisah lah apa jua alasan anda, tetapi seperkara yang aku pernah diingatkan ialah; Jangan Terlalu Merancang sebab kesudahannya adalah Kehendak Yang Maha Esa. Sorang kawan pernah cerita kat aku, he's married anyway, katanya:-

Awal-awal dulu, aku memang merancang dalam bab-bab nak berkahwin ni. Kononnya nak mengumpul harta dulu. Rumah, duit. Bila dah stable baru nak kahwin. But, tup! tup! tak sempat nak mengumpul, dah kahwin. At first aku ingatkan aku akan gagal melunaskan tanggungjawab fitrah kepada isteri. Tapi, Allah tu Maha Kaya. Marriage is a good thing. Lebih-lebih lagi kalau kau ikhlas dalam melaksanakannya dan melakukan semua itu hanya kerna Allah. Pintu rezeki tu banyak. Alhamdulillah, lepas kahwin, aku dikurniakan lebih banyak rezeki. Perkahwinan mengajar aku mengurus kewangan, kehidupan, dan emosi.

Of course, lepas dia berhujah macam tu, dia mengajukan soalan susulan: "Bila kau nak kahwin?"


Jawapan aku?

--Bersambung...


NUke

Sejak-sejak bertukar persekitaran ni, maka hobi pun tiba-tiba saja bertukar.

Sejak penghujung tahun lepas, aku ter-perasan yang aku dah ada hobi baru; as to isi masa lapang and membazirkan wang. Tapi takpe, sebab hobi baru ni aku tafsirkan dapat membawa kepada kebaikan, terutamanya tang kesihatan lah. Cewah.

To cut it short, lately aku suka berenang. Tau berenang? Ala, macam ikan tu.. berenang.

Tapi takde lah terer macam orang lain. 'Berenang' tu pun sekadar short distance and aku rasa semua orang boleh buat kot.

dan memandangkan aku hanyalah berenang di public pool, maka adab pemakaian kenalah jaga. No underwear, no boxer, no shorts and no bermuda. Just swimming trunk, tights or swimming suit. Peewit!

Sambil swim, sambil cuci mata?

No No No. Salah tu. sambil swim, sambil jimat air kat rumah. Lepas-lepas ni, kalau nak mandi, pergi je swimming pool. Hahaha.




p/s: agak2 dengan hobi baru ni, boleh wakil Malaysia ke Olimpik ke tak, eh?

pic credit: Google.

NUke

Ya, seperti yang dibicarakan pada entry yang lepas, keberadaan aku ke Pantai Timur haritu adalah didorong oleh tugas menjadi seorang pengapit. And that was the easiest tugasan as a pengapit I have ever encountered. Haha. Tenyeh-tenyeh pipi dan hidung pengantin sikit. Lap-lap peluh. Then, biarkan diorang bergambar dengan sanak sedara. The pengapits then pergi makan and borak-borak kat luar. Haha.

Anyway, lepas menjalankan tugas yang diamanahkan, petang tu aku dan kawan-kawan lain ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sebelum tu dah melepak kat area Pasar Siti Khadijah and Dataran Bank. Actually, time tu dah petang pun. And it was weekend. So banyak orang datang and parking amatlah susah. But hey, usaha tangga kejayaan. Aku berjaya dpt spot parking di belakang kedai makan. (in which later on, bila aku nak balik, some idiots lagi mahu blocked kereta aku lah! Susah aku nak keluar. Use common sense la skit!)

Lepak-lepak, ambil angin and tengok ada orang buat demo cium-cium ular. But before that, kitorang terpengaruh dengan lambakkan iklan-iklan di kedai makan yang menjual 'Maggi Ketam'. Walaweh! Tak pernah pulak aku tau ada megi ketam ni! So, we all decided to try it. Alang-alang dah ada kat PCB kan? It's not like everyday aku pergi Kelantan pun. The first one was in 1999. The recent one was in 2004. Tu pun sekadar lalu je. Dan kali ni, aku ke PCB dengan lengkap dalam persalinan baju melayu dan samping, cuma tidak bersongkok. Semua orang pandang pelik je. Nasib baik geng perempuan yang join skali tu berbaju kurung...takdelah kekok sangat.



So, Maggi Ketam was awesome. It's like, Maggi with Kari and Ketam. Luckily we shared like 1 bowl of maggi ketam for two persons. The price is quite reasonable; RM15.00. Ketam pilih sendiri, but it's actually about the same size. Ketam fresh ya! Masih hidup ketika dipilih-pilih.

That's about PCB and the rarely found in KL Maggi Ketam.

The next day, we balik ke KL. This time, we decided to drive to KL via Terengganu before taking the Lebuhraya Pantai Timur in Jabur.

The scenery was awesome in Terengganu. Ya lah, ikut jalan pantai kan? Hebat lah. And one thing that we noticed is that the sea water in Terengganu is much bluer than the one in Kelantan. Dan ianya sangat memukau. so, everytime we drove near the beach or some area that sea-visible, we slowed down and curi-curi tengok (aku lah, sebab aku drive kete). Reaching Kuala Tereangganu at almost 3pm; and tengah lapar, we decided to have our lunch at Pantai Batu Burok.

Panas kot! But apa-apa hal, perut perlu diutamakan. Lepas makan, kitorang singgah ambil-ambil gambar di pantai tu dan beraksi lompat-lompat as if memang terlupa sebelum tu baru je lepas makan. Bukan apa, sebab teruja dengan kecantikan pantai Batu Burok tu. But, aku tak jumpa pulak batu yang buruk kat situ. elok je smuanya.



Then... takde apa dah...

Balik KL. Penat. Sampai rumah at around 2 pm. Lepas tu dek kerana perut lapar, singgah mamak sekejap untuk menikmati supper.


That's all. Sekejap je rasa. Tapi untunglah, sebab dapat jalan-jalan.


(Untung lagi member aku yang kahwin tu! Hahaha!)



NUke

Al-kisahnya, aku telah diminta oleh seorang kawan ofis untuk menjadi pengapit beliau. Macam kagum juga lah sebenarnya, sebab aku masih dalam proses 'berkenalan' dengan si pengantin ni. Kitorang baru kenal tak sampai setahun pun lagi. Kenal as in.. betul-betul kenal lah. But, rasa honoured juga lah sebab dapat kepercayaan sang sahabat tu untuk menjadi 'best man'nya pada hari besarnya.

Besaaaaarrr punya! Apa yang besar? sialan lo kalo pikirin bukan-bukan. Lol.

So, the wedding took place in Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Technically, it became my so-called weekend getaway juga lah. Walaupun aku terpaksa attend satu meeting sebelum bergerak ke sana; even though aku dah apply cuti rehat. Naah. That's another story. By the way, perjalanan pergi ke sana melalui Gua Musang, mengambil masa kira-kira 8 ke 9 jam. But perjalanan pulang melalui Terengganu dan LPT took us 15 freaking hours. And aku sangat berbangga sebab sepanjang perjalanan tu, aku yang drive! Weeho! Personal record kot!

So, that's it, aku jadi pengapit. Memandangkan peranan aku pengapitlah cuma, maka aku takleh nak 'overdress' sangat. Cewah. Jadi, perlu serabai-serabaikan sikit muka dengan kumis-dan-janggut-tak-berapa-rapi di dalam persalinan baju melayu yang ditaja kainnya oleh sang pengantin, yang dipadankan dengan samping kain pelekat. Aku malas nak pakai songket sebab susah nak gulung-gulung.





Alkisahnya, orang tua-tua ada berdongengan.. kalau jadi pengapit ni tak boleh lebih dari 3 kali. Tahu kenapa? Kata mereka, setiap kali someone tu jadi pengapit, dia akan tambah 10 tahun (membujang). So, kalau dah 3 kali.. tambah 30 tahun lah ya?

Aku tak berani nak percaya sebab jodoh tu semua urusan Yang Maha Esa.






Lagipun, ni dah kali ke 5 kot aku jadi pengapit. Haha! Gila kau, kalau membujang lagi 50 tahun? So, aku kahwin umur 75 ke apa? Hahaha.



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.