Aku pernah berborak-borak dengan few orang tua dalam kesempatan yang lepas. Dan antara topik yang menarik kitorang bincangkan is 'dunia bunian'. Daripada topik itu, ia berkembang menjadi topik orang kene sorok bunian... sehinggalah pantang larang bila masuk dalam hutan.





They believed that bila nak masuk hutan, adalah menjadi suatu ke-pantang larang-an kepada orang dulu-dulu untuk memakai jam tangan or anything yang membawa maksud kepada memberitahu masa. Reasons behind it?

Orang bunian akan memperlahankan waktu; dan menjadikan si pengembara itu berasa sangat lama berada di dalam hutan.

Percaya?

Aku tidak mahu percaya mahupun menafikan. Sebab pada aku, bila kita mengembara di dalam hutan, tindakan melihat jam hanya akan menyebabkan rasa 'tak sabar untuk cepat tiba ke destinasi', sekaligus menyebabkan kita rasa sangat lama berada di dalam hutan tu.


Aku rela pikir macamtu, berbanding mengetahui akan 'kemampuan' orang bunian untuk memperlakukan sesuatu sebegitu rupa.

Lagipun, mereka pun makhluk Tuhan juga. Allah yang satu.



Korang pernah dengar Pantang Larang macam ni?

pic credit to Google.


NUke


January 13, 2013
Along text her other siblings, about a plan to visit Opah at our aunt's house in Tg Karang. Earlier, mom called me and she did mention about Opah's conditions...yang nampak sangat uzurnya. Mom said that Opah really wants to meet and see us.

So, that day, everyone of us went to Tg Karang except my younger sis. She got some exams or something... lagipun, dia dah visit Opah earlier with our parents.

Opah nampak uzur. Tapi at her age of 89 years old, dia sebenarnya nampak 'kuat'. Aku rasa kebanyakan org tua yang dah mencecah usia macam tu, usually dah nyanyuk kot tapi Opah tidak. Dia masih ingat akan nama-nama kami semua dan wajah kami. Sedih tengok Opah. (Damn, I finally admit it) But aku ni jenis penghibur. Aku urut kaki opah sambil2 tu aku geletek tapak kaki dia. Walaupun dia tak respon apa-apa selain mengaduh mengenangkan badannya yang sudah dimamah sakit tua tu, tapi dia takde pulak nak menengking aku ke apa. Cuma, dia minta kakinya diselimutkan dek kerana tak tahan dengan angin sejuk yang dihembus sang kipas.

Lama kami di Tg Karang. Sebelum pulang ke KL dan Putrajaya, kami semua salam dan cium Opah. Aku? Aku cuma mampu mencium pipinya. Tapi tidak di dahi.

Opah ditinggalkan oleh kami dalam keadaan uzur dan tidak berdaya. Hati aku sebenarnya terdetik, "Could it be my last time seeing opah alive?"

"I hope not."

January 21, 2013
Balik dari kerja, aku mengambil keputusan untuk singgah makan berdekatan ofis. Mom called. She told me about how Opah 'buat hal' kat rumah my aunt last few days sebab nak pulang ke kampung halaman dia di Sungkai. Mom said that she will go to Tg Karang this week after Maulidur Rasul to bring Opah to Sungkai. Mom also asked whether I will be going home this week or not.

I think, that was the only, the ONLY time that we spoke about Opah for more than 10 minutes via phone call. The only time. Dan aku sangat sabar mendengar satu per satu pasal Opah pada petang itu.

Around 9.45pm on the same day, I got a call from mom...again! It's quite strange because she won't call any of her children twice a day unless there's something urgent or need to be done quickly. I was doing my laundry that time. And I picked up the call.

There's a strange tone in mom's voice.
"...Ibu nak bagitau ni..."
I thought I knew it. The time has come.
"...Opah dah meninggal dunia..."

And that's it, I could hear mom's crying over the phone, but it's just for a while. Me? I was shocked. But I was prepared.

January 22, 2013
Again, we're in Tg Karang. This time, we're really sure that we'll stay here much longer than when we visit Opah nine days ago. Our families decided to bury Opah here, in Tg Karang.

My last pictured memory of Opah was ... Opah yang dikafankan dengan muka yang tenang. And I hate that. Not that I don't like her in the tenang state, but I hate the fact that she's gone. This time, forever. And that moment will stucked in my mind for the rest of my life. And before they covered Opah's face, members of the close-families took turns to kiss Opah for the last time. LAST TIME. This time, I kissed her cheeks and her forehead. I remember telling Opah;

"Selamat tinggal, Opah. Nanti Opah bolehlah jumpa Atok..."

And then, it's my dad's turn. That was the most saddest-sweet moment of his life, I think. Maybe for me too. Ayah laga-lagakan hidungnya dengan Opah sebelum mengucup wajah orang tuanya itu. Orang tuanya. Ibunya. Ayahnya. Orang yang membesarkannya selama ini.

Aku rasa, Opah mesti selalu main laga-laga hidung dengan ayah dulu-dulu, kan? During his childhood.


January 25, 2013
Baru hari ni aku menangis pasal Opah. Ketika menulis entry ini. Maafkan saya, Opah. Waktu kecil, saya selalu curi duit syiling Opah untuk beli jajan.

Dan ketika orang solat jenazah untuk Opah, saya hanya menuruti; tanpa mengetahui setiap ayat yang dibacakan selain takbir, al-Fatihah dan salam. Dan ketika usai solat jenazah, baru saya teringat yang saya sebenarnya tidak berwudu'.

Mungkinkah saya cucu yang tak berguna?






Lepas ni, kalau balik Sungkai... mana saya nak cari Opah?


NUke



30 Disember 2012, blogger Awie Omar telah menyenaraikan penerima-penerima 'Anugerah Ekstravaganza 2012' nya. Well, aku rasa anugerah ni adalah usaha blogger tu sendiri untuk menghargai blog-blog yang dirasakan menarik oleh beliau sepanjang tahun 2012. Tahun 2011, blog aku ni pernah lah jugak dicalonkan dalam beberapa kategori; dan pulang dengan satu anugerah iaitu 'Best Variety Blog'.

Cewah.

Walaupun anugerah yang diterima tu tak menerima liputan media-media tempatan dan luar negara, tapi aku rasa begitu dihargai dan berterima kasih kepada si Awie Omar ni di atas pengiktirafan itu. Haha! Macam speech menang AIM.

By the way, for 2012's edition, Blog NUke Rude ni turut menerima beberapa pencalonan lagi; iaitu:-

  • Best Art Word
  • Best Variety Blog
  • Best Male Blog
  • Blog of the Year


Banyak jugak bloggers lain yang tercalon dalam macam-macam kategori. Among them, we have Clumsy Boy, who picked up the 'Best Header' title, ZamriSpoon (winner of Best Extraordinary Blog), and Si Gadis Puisi yang menafikan blog ini utk memenangi 'Best Art Word'. haha!

Apape pun, satu kategori je yang aku kalah. Bongkak lak. Yang lain, semuanya menang! Alhamdulillah! dinamakan sebagai 'Blog of the Year' tu yang paaling takleh lupa tuh! Hehe. Selain tu, blog ini juga berjaya mengekalkan gelaran 'Best Variety Blog' utk kali kedua berturut-turut; dan memenangi kategori 'Best Male Blog' untuk pertama kalinya!

Agak-agak kalau tahun 2013 ni ada Anugerah Ekstravaganza lagi, blog ni boleh menang tak?

Haha!

Result boleh tengok kat sini!
Pic credit to AwieOmar.


Last but not least, Thank You to all readers.



NUke

Aku membesar dalam zaman 'konda-kondi', polis sentri (kemudian, aku dapat tahu nama permainan ni yang sebenar adalah "police and thieves"), congkak, sep tiang da sewaktu dengannya. Dulu-dulu, dalam rumah pun boleh main macam-macam. Dah besar pun boleh main macam-macam jugak dalam rumah.

Opah aku ada mesin jahit lama. dia selalu menjahit perca-perca kain untuk dijadikan something. Kiranya, Opah aku tu ada kuasa menukarkan perca kain menjadi sesuatu yang berguna lah.

So, bila opah guna mesin untuk jahit, aku selalu teman dia, duduk tepi. kagum.

Maunya tak kagum, aku rasa mesin jahit tu adalah satu ciptaan purba yang sangat menakjubkan pada waktu tu! Dengan menggunakan mesin jahit, seluar trek aku yang koyak di celah kangkang sebab punai terlalu besar dapat dibetulkan semula.

But, of course, di sebabkan mata opah yang tak berapa nak cerah, aku selalu la menjadi mangsa untuk masukkan benang dalam jarum bila benang tu terputus ke apa.

Rasa macam engineer.

Tapi, yang paling best bila opah bagi peluang untuk me-minyak-kan mesin jahit dia. Takde minyak lain yang dia akan pakai selain minyak Singer.




Singer. Menawan keluarga bahagia.

pic credit to A Fabric Case.

NUke

I was browsing through some folders, then I got distracted by this photo folder which contains photos (obviously) that were taken when I was in Negara Brunei Darussalam.

Well, I kind of miss my friends there.

I kind of miss 'ambuyat', even though I can't finish it.

I kind of miss the traffic jam which equivalent to 5 cars stuck in a controlled-by-traffic-light junctions.

I miss Brunei.





And I miss their young people, who will salam-and-bring their pipi to your hand; as to show their respects to the elderly person.


NUke




The problem with Malaysian hawkers or peniaga makanan is that they don't really have 'small change'; and mengharapkan pelanggan mereka bagi 'exact amount' bila membuat pembayaran.

Okay. Aku pergi beli nasi ayam hari Ahad lepas. Harganya RM4.50 saja pun. Aku hulur not RM10.

"Takde duit kecik ke?"





Dalam hati berkata:
"Dik, takkanlah duit RM10 pun kau takde tukar...?"


Penyelesaian; aku terpaksa pergi beli air neslo berharga RM2.20 kat kedai lain dulu, untuk mendapatkan small change.

...and pay exact amount or RM4.50 kat kedai nasik ayam tu tadi.



Lain lah kalau aku hulur not RM100 ke ape....

What the...?


NUke




That's it! Juara Lagu ke-27 akhirnya milik Yunalis Zarai menerusi lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terukir Di Bintang. Seperti yang dijangka, lagu ni memang ada kelainannya tersendiri - mengingatkan kita kepada karyanya 'Dan Sebenarnya', yang pernah dinobatkan sebagai Naib Juara pada AJL24 yang lalu.

Sayangnya, Yuna tidak dapat menyanyikan sendiri lagunya itu namun, digantikan oleh 'team' Aizat & the Pahlawan; yang dirasa berjaya membawa lagu itu dengan baik (tanpa perlu berlebih-lebihan). Kekuatan Terukir Di Bintang sebenarnya terletak pada melodinya yang tersendiri (berbanding dengan karya-karya finalis lain) dan juga vokal. AJL27 kali ini telah betul-betul mengiktiraf karya yang terbaik sepanjang setahun yang lalu. Lagu ini adalah lagu klasik yang berdimensi baru.

Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan) pula memang dah dijangka berada dalam Top3 AJL27 sebab liriknya yang sangat bermakna, lantaran dan lanjutan lagu ini merupakan 'tribute' kepada seniman negara yang sudah pergi meninggalkan kita. Kalau nak dilihat kepada lagu-lagu rock yang bertanding malam tadi,, Idola is way better and in its own class.

Again, Hafiz membuktikan vokalnya adalah 'sesuatu' dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut (selepas Nokhtah Cinta dan Awan Nano) menerusi lagu Ku Akui. Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai ini juga mengingatkan kita kepada kemenangan tak dijangka Nokhtah Cinta pada AJL25 yang lalu - juga di tempat ketiga.

Persembahan Black dan RJ menerusi Teman Pengganti memang superb! Simply awesome! Grammy-standard! Aku tiada pertikaian dan bersetuju jika rakyat Malaysia mengundi lagu ini untuk memenangi persembahan terbaik! Sayangnya, lagu ini tidak tersenarai dalam Top3, kan?

Secara keseluruhan; AJL27 betul-betul menempatkan karya terbaik 2012 pada posisi yang betul. Dan apa yang dapat disimpulkan di sini, lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak semestinya terbaik di pentas AJL.


Juara Lagu : Terukir Di Bintang (Aizat & the Pahlawan / Yuna / Yuna)
Naib Juara : Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
Ketiga : Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
Vokal Terbaik : Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik : Teman Pengganti (Black ft. RJ)



Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya karya Yuna diiktiraf sebagai Juara Lagu. Tahniah Yuna!

"Sayangku jangan kau persoalkan siapa Juara Lagu;
Terukir di bintang tak mungkin hilang trofi emas itu..."


NUke

Okay. Gejala twitter ni memang semakin parah. Baru-baru ni aku bermain unmention dengan seorang blogger terkemuka Malaysia. Tahun lepas blog beliau menang anugerah. Gila tu... Nak tau siapa? Kena tunggu di akhir entry.

Okay, korang boleh je scroll down..kalau dah tak reti nak bersabar. Babi!



Blogger yang dimaksudkan ini merupakan seorang jejaka yang sangat gemar menangkap gambar. Dan beliau juga gemar mengemaskini blog dengan gambar-gambar yang cukup mengujakan. Walaupun tiada gambar2 berunsurkan kelucahan melampau, namun bagi mereka yang meminati seni visual fotografi, boleh klimaks juga sekali dua. Basah sana sini.

...sebab berpeluh jantan. Kagum dengan hasil karya beliau.

Unmention antara kami bermula dengan seorang kenalan twitter kami yang secara tiba-tiba mempromosikan blog kami di kalangan pengikuit twitternya. Lalu kami menerima beberapa followers baru (tapi blogger popular macam jejaka itu surely lagi ramai follower requests). Tak macam aku, si blogger kecil-kecilan.

Okay. Dari situ bermulalah unmention kami. Masing-masing menafikan kepopularan dan ke-otai-an kami. Padahal jejaka blogger tu memang otai dan popular. sibuk nak kaitkan dengan aku pulak.






Dah la Ren! JanggelTrekker! Rain! Ko lagi popular dan otai lah! Entry ni untuk ko dan pengikut twitter kita tu! Thanks for being such a nice blog & twitter followers!




Hahaha!


NUke

Penat lah. Asal masuk tahun baru je, sure nak kena ada azam baru. Okay, fine!

Azam tahun baru aku kali ni adalah untuk tidak mempunyai azam tahun baru!






Korang lak?


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.