Seperti tahun-tahun sebelumnya, berikut disenaraikan 100 buah lagu yang kerap dimainkan oleh NUke Rude sepanjang tahun 2012. Formatnya masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dan ini merupakan tahun ke-7 senarai ini dikeluarkan. Mungkinkah muzik buatan Malaysia berjaya merampas semula dominasi lagu Barat pada tahun ini?

Sedia? Mulakan countdown anda!


Ranking Title Artist
100 Bangkit DJ Fuzz, Altimet & Salam
099 Anti Graviti Faizal Tahir
098 Majnun Hazama
097 Whistle Flo Rida
096 Muara Hati Hafiz ft. Siti Nurhaliza
095 Deja Vu Shila Amzah
094 Good Life One Republic
093 Terasa Di Syurga Sofazr
092 Separuh Aku Noah
091 Dancin' Away With My Heart Lady Antebellum
090 Moves Like Jagger Maroon5 ft. Christina Aguilera
089 Go!! Malaysia Go!! Faizal Tahir
088 Sedang Apa Dan Dimana Sammy Simorangkir
087 Pendam Shahir
086 Waiting Outside The Line Greyson Chance
085 Don’t You Wanna Stay Kelly Clarkson & Jason Aldean
084 Malaysian Boy Altimet, DJ Fuzz, Ila Damiaa, Point Blanc, Rabbit Mac
083 Good Girl Carrie Underwood
082 Watak Hafiz
081 One Thing One Direction
080 Fantastic Baby Big Bang
079 Rumour Has It Adele
078 Lepaskan Wanna
077 Begini Caranya Shaheizy Sam ft. Yana Samsudin
076 Hold Your Horses Busco
075 Pencinta Terbaik Sofazr
074 We Are Never Ever Getting Back Together Taylor Swift
073 Tiga Kata KRU
072 Feel So Close Calvin Harris
071 Ku Pinang Kau Dengan Bismillah Ungu ft. Rossa
070 Part of Me Katy Perry
069 Memo Yuna
068 If This Was a Movie Taylor Swift
067 Aku Yang Tersakiti Judika
066 Safe & Sound Taylor Swift ft. The Civil Wars
065 Burn It Down Linkin Park
064 Aku Suka Dia Ainan Tasneem
063 Bila Aku Jatuh Cinta Awi Rafael
062 Anak Kampung Jimmy Palikat
061 Drive By Train
060 You & Me Guba
059 Tiba Mafa
058 Cinta Bersatu Liyana Jasmay
057 Lighters Bad Meets Evil ft. Bruno Mars
056 Someone Like You Adele
055 Biar Sampai Ke Bintang Asmidar
054 The One That Got Away Katy Perry
053 AdaMu Najwa Latif
052 Cinta Harus Memiliki Anuar Zain
051 Mr. Know It All Kelly Clarkson
050 Give Your Heart a Break Demi Lovato
049 Sudah Cukup Sudah Nirwana Band
048 Call Me Maybe Carly Rae Jepsen
047 Both of Us B.o.B ft. Taylor Swift
046 Tentang Rasa Astrid
045 Harapan Hyper Act
044 Sesal Mendua Klangit
043 Live Your Life Yuna
042 Idola Azlan & the Typewriter
041 Payphone Maroon5 ft. Wiz Khalifa
040 Ombak Rindu Hafiz & Adira
039 Teman Pengganti Black ft. Malique
038 Aku Yang Berdosa Shahir
037 Pelangi Senja Stacy
036 Andai Ku Bercinta Lagi MOJO
035 Untuk Dia Sleeq ft. Najwa Latif
034 Terlalu Mencintaimu Suki
033 Baru Estranged
032 Menyanyilah La La La Ella
031 Disaat Aku Mencintaimu Dadali
030 Sesaat Kau Datang Ramlah Ram ft. Sleeq
029 Sparkle Yuna
028 Aku Maafkan Kamu Malique ft. Jamal Abdillah
027 Jerrypah Aizat
026 Aku Bersahaja Rossa ft. Taufik Batisah
025 Buta Faizal Tahir
024 Number One For Me Maher Zain
023 Got To Go Najwa
022 Patah Seribu Shila Amzah
021 Itu Ini Begitu Begini Mirwana ft. Altimet
020 Somebody That I Used to Know Gotye ft. Kimbra
019 I Won't Give Up Jason Mraz
018 What Makes You Beautiful One Direction
017 Dark Side Kelly Clarkson
016 We Found Love Rihanna ft. Calvin Harris
015 Penerang Hati 6ixth Sense ft. Saujana
014 Hatimu Milikku Nera
013 Sebelah Jiwaku Jaclyn Victor
012 Wish You Were Here Avril Lavigne
011 Semua Isi Hatimu Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
010 Kosong Najwa Latif
009 Set Fire to the Rain Adele
008 Blue Big Bang
007 Tapi Bagaimana Spider
006 If I Told You This Was Real, Would You Believe Me? An Honest Mistake
005 Angkasa Diandra Arjunaidi
004 Panik Bunkface
003 Tanpamu Amir Jahari
002 What Doesn't Kill You (Stronger) Kelly Clarkson
001 Terukir Di Bintang Yuna


Lagu Terukir Di Bintang dimainkan tepat sebanyak 200 kali pada tahun ini! Tahniah Yuna!

Lagu mana yang menjadi pilihan korang sepanjang tahun ni? Share sikit!


Selamat Tahun Baru 2013!


NUke

Recap: Tahun 2011, blog ini dinamakan sebagai 'Best Variety Blog 2011' oleh blogger Awie Omar (rujuk sini), akan tetapi, aku tak pasti sama ada tahun 2012 ni aku mampu untuk mendapat apa-apa penghargaan lagi. Cewah.

Tapi, itu semua tidak mengapa. sebab niat asal aku ber-blogging, hanyalah sekadar minat cuma. Jauh sekali untuk merebut sebarang anugerah. Tapi, kalau ada yang nak bagi, aku terima saja. Haha!


Anyway, 2012 memberikan SANGAT banyak makna dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi dalam perihal kerjaya dan peribadi aku sendiri. Bermula dengan awal tahun, yang menyaksikan aku bermula sebagai seorang pekerja yang baru. Then, di pertengahan tahun (bulan Jun), aku sekali lagi bertukar profession; kini menjadi sebahagian daripada 1.4 juta kakitangan yang lain. Dan aku semakin selesa dengan profession ini walaupun ada ketikanya sangat meletihkan. Stress tu jangan dikira lah. Cuti pun kadang-kadang rasa macam tak cuti. But after all, aku rasa selesa.

Financial wise, masih dalam par yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Aku masih lagi mencari baki untuk memulakan simpanan demi masa depan. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara dan impian telah berjaya aku tunaikan hasil daripada wang ringgit gaji yang aku perolehi selama ni.

Soal peribadi, tak banyak songeh kot. Cuma ada beberapa ketika, aku diganggu oleh mimpi-mimpi yang misteri dan penuh persoalan macam yang aku ceritakan dalam entry ?. Aku anggap itu adalah mimpi yang paling menakutkan bagi aku sepanjang tahun ni.


Blogging: aku telah berjaya menyempurnakan trilogi Ku Ampunkan Cintamu dengan terhasilnya koleksi siri KAC yang ketiga pada bulan Mac lepas. KAC3 pada aku adalah satu karya spontan, tetapi digarap teliti dari segi penyusunan plot dan penghuraian watak; supaya kelihatan lebih teratur. This is by far, my favourite novel-blog, compared to my previous works lah. Just my own thoughts.


One thing, aku dah berada dalam dunia blogging selama 10 tahun. 2003 - 2012. Dan tahun ke-4 menggunakan platform blogspot. Terima kasih semua pembaca, bekas pembaca, dan bakal pembaca blog ini.


Minat membaca aku pun semakin menebal pada tahun 2012; menyaksikan aku buat pertama kalinya membeli naskah Fixi aku yang pertama - Kasino. Kemudiannya berjangkit pula kepada Hilang, Murtad, Dendam dan lain-lain.

Dan mungkin tahun 2012 ini juga adalah tahun yang paling sedikit aku sentuh dalam bab cinta. Let it be that way, I am comfortable with that.

Kesimpulannya, 2012 telah menjadikan aku lebih paranoid. Aku lebih berhati-hati dan sangsi... bukan dengan sesiapa pun, tetapi diri sendiri. Sehinggakan aku berjaya mewujudkan 'Chong' sebagai pengganti diri.


Hahaha. Okay, itu bodoh.

Oh ya! tahun 2012 juga merupakan tahun 'bertuah' aku. Banyak sangat contest yang berjaya dimenangi. antara yang paling diingati adalah menang tiket konsert Simple Plan, menang dari peraduan di era.fm.

Bersabar. Dan kelak kau akan peroleh apa yang kau harapkan.



Salam tahun baru buat semua pembaca.

NUke

I always say this to my friends:

"I am 0.78% Chinese maa..."
Don't ask me how did I get the figures. I just don't know. The numbers like...just popped out of my head.

Introducing; Chong.




Chong likes to eat; a lot. But Chong doesn't consume pork; and other exotic foods. He believes that he has converted into Islam; that actually he was born as a Muslim.

Chong maa...

Why can't chinese use their chinese name even though he/she is a Muslim?

Nuke Rude Chong.

I think that's my other me.


NUke R. Chong

It's been a while since my last entry. Blame it on my busy schedule and my laziness, readers! semua salah mereka. Cewah!

Awal bulan haritu, aku kena menghadiri seminar di Sg. petani, Kedah. Lima hari saja. Dan seminar itu sangat stress. Dan ketika seminar sudah tiba ke penghujungnya, aku berpakat dengan beberapa orang rakan yang turut menghadiri seminar itu itu singgah semalam di Pulau Pinang, Pulau Mutiara. Alang-alang dah pergi utara, kan?

Then, berlakulah satu peristiwa yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku yang dah mencecah 25 tahun ni (kalau ikut tahun Islam la). Kalau tahun Masihi, masih lagi muda - 24.

Back to the main story, aku pergi ke fun fair. Ya fun fair. Mungkin itu kali pertama (yang aku ingat lah) aku menjejakkan kaki ke fun fair ketika dewasa. Not a fun fair actually, it's Tapak Pesta Pulau Pinang. Pergi time malam2 baru rasa best. Mula-mula tu macam nak tengok-tengok je. But then, terhasut dengan hasutan kawan-kawan lain untuk main fun fair.




alah, tak main banyak pun. main satu benda alah ni namanya 'Challenger'. Dusuk kat kusi, then benda tu berayun for more than 180 degrees, sambil2 tu deretan seat tu pun pusing2 sekali.

Mula-mula tu rasa cuak. maklumlah, first time nak naik ni. first time jugak masuk fun fair.

haramjadah.

Lepas je main benda alah binawe tu, muka aku terus pucat. Aku hilang keyakinan diri. Muka hensem aku ni rasa macam palat. Perut tak selesa. Nasib baik tak muntah.

Haha.

Aku takkan naik benda alah tu lagi lepas2 ni. Yet, at the same time, aku dengan penuh bangganya boleh berkata kepada orang lain yang aku pernah naik la Challenger bodo tu.

Sialan.


p/s: Anak-anak aku nanti diharamkan untuk menaiki benda alah tu. Muktamad.


NUke

Al-kisahnya dah masuk bulan terakhir dalam setiap tahun. Disember. usually, pada bulan inilah orang akan konon-kononnya recap kan perjalanan hidup atau kerjaya atau apa-apa sepanjang 11 bulan kebelakangan ini. Kiranya macam 'time to check on our objectives' nak tahu sama ada tercapai atau tidak.

About resolutions, i will post a separate entry lah ya. Entry kali ni hanya membincangkan tentang 2012 Wishlist yang aku pernah senaraikan pada penghujung tahun 2011 yang lalu; iaitu:-


1. Samsung Galaxy Tab 10.1




2. Perodua Myvi SE 1.5




3. Rumah. Kalau boleh nak cari rumah kat Alam Sari, Bangi.



Memandangkan segala macam idaman aku tu memerlukan pengeluaran wang yang besar dan banyak, maka hanya satu benda sahaja yang mampu dijadikan kenyataan.

Tekalah. Baru ada thrill sikit, kan?


But, after all, aku berpuas hati dengan benda yang telah aku miliki itu. Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku membelinya dengan usaha aku sendiri.


Korang pulak, apa cer?


NUke



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.