Dan Aidilfitri kali ini menyaksikan aku tewas dengan godaan.

Kasino.






Sangat addictive.

Aku curse penulis ini sebab menghasilkan karya yang baik!









NUke







Saya tahu, 
Tidak semua entry di sini memuaskan hati kamu.

Saya tahu,
Tidak semua perkara di sini kamu bersetuju.

Saya juga tahu,
Disebalik senyum yang terukir, ada juga rasa benci.

Andai ada salah silap dan juga typo,
Maaf dipohon, Maaf juga diberi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin.




Ikhlas;
NUke

Peristiwa ni berlaku malam Sabtu lepas. Alang (panggilan kepada kakak ke-3) ada mention pasal nak buat kuih raya. Alah, kuih corn flake yang salut coklat tu je. Dia ada bagi hint kat aku, minta aku tolong dia nanti. Memandangkan time tu aku tengah khusyuk tengok berita, aku mengambil peluang itu untuk 'buat-buat tak dengar'.

Okay. Aku jahat. Tapi jahat bermaruah. Haha!

Nak dijadikan cerita, lepas je layan berita, aku terus buat-buat tak perasan yang dia tengah duk sibuk menyusun acuan kuih / cup kat atas meja dapur. Aku terus je masuk bilik, layan lagu and internet.

Dengan harapan:

"Hehe, buat-buat tak tahu yang Alang nak buat kuih. Duduk diam-diam dalam bilik, then, bila kuih tu dah siap, baru aku keluar bilik... Dengan harapan 'keluar je bilik, terus dapat makan kuih!' "

Tapi, aku salah bajet masa. Aku terlupa pulak yang nak buat Corn Flake coklat tu tak perlu beberapa jam pun. So, aku leka layan internet dan dengar lagu-lagu nasyid (termasuk lagu Ayat Ayat Cinta by Rossa) sampailah dah dekat pukul 10.30 malam.

Aku terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Alang masih ada di situ. Tetapi beliau sudah siap-siap mengemaskan perkakasan buat kuih tu.

Akhirnya, aku tak dapat pun nak 'curi-curi' rasa kuih raya! Sebab dah disimpan dan di-seal-kan dalam balang!!

:(



Taktik jahat kali ni tak menjadi.



Argh!!



NUke




Asing.

Bertubuh sederhana.
Tidak terlalu gempal.
Tidak juga terlalu kurus.
Tidak terlalu berotot.
Tidak juga terlalu ber-boyot.

Rambutnya pula halus.
Rambutnya halus.
Sungguhpun dinipiskan di kedua-dua bahagian tepi
Yang di hadapan pula dibiarkan sedikit panjang,
ditarik ke tepi.
Sisi kanan atau kiri;
Yang itu tidak pasti.

Bermata kuyu.
Redup.
Semua itu sangat jelas.
Sementelah tiada penghalang kaca mata yang menghalang.
Warna apa matanya itu;
Yang itu juga tidak pasti.

Persis wajah seorang personaliti terkenal di negara ini.
Mungkin aku saja yang beranggapan begitu.
Mungkin juga kenalannya yang lain bersetuju.

Mimpi apakah itu?
Berjumpa siapa dan di mana?
Yang itu juga tidak pasti.

Berbual Asing dengan petah.
Kadang kala letih, ter-kuap menekup mulut.
Kadang tertutup rapat baris gigi ketinga menyengih.
Gembira suka, tawa humor.

Namun, semua dalam tanggapan yang diciptakan diri sendiri itu,
Indah sekali.

Dan aku tidak akan meminta lebih daripada apa yang lain,
Melainkan kehadiran Asing di dalam mimpi;
Sekali lagi.


Asing.
Barangkali aku perlukan teman berbual bicara.
Barangkali ini petanda aku mengalami tekanan, mungkin?



NUke

Circa 2007, Ayajartup is like a very new place for me. Waktu tu, aku dah masuk tahun ke-2 di UKM. Tak pernah terfikir yang aku dan kawan-kawan nak berjalan-jalan di Ayajartup, sementelah masing-masing tak berapa familiar dengan kawasan yang dirasakan 'baru' itu. Sungguhpun sebelum ni kitorang selalu dengar cakap2 oleh sesenior yang jarak antara universiti dengan Ayajartup tu takdelah jauh sangat.

On time, we all decided to just redah je ke Ayajartup berpandukan signboards dan directions yang ada di jalan raya & lebuhraya tu.

Kagum weh, bila masuk satu bandar baru bernama Ayajartup tu. Bangunan semuanya tersusun. Bangunan2 kat situ semua lawa dan cantik cantik belaka. Jalan pun lurus sahaja. Semua tu bertambah dan lebih indah bila dilimpahi lampu-lampu pelbagai warna time malam-malam.

Ayajartup ni pun banyak jambatan-jambatan dan port-port tepi tasik yang best.

Bermula 2008, aku dan beberapa kawan sekuliah banyak menghabiskan masa study week kami dengan menalaah dan membuat 'past year questions' kat gazebo2 tepi tasik di Ayajartup! This situation lasted until final semester di UKM dulu.

After that, life aku banyak dihabiskan di sekitar Dataran Sunway, Kota Damansara, Changkat Chulan, Kelana Jaya, dan Manjalara...

...sebelum aku kembali ke Ayajartup. Dan aku tak pasti sampai bila aku akan berkhidmat di dalam bandar Ayajartup ni. 



Jadi, apakah Ayajartup itu?


klu (saja kecikkan gambar ni) :






Sila eja dari belakang. :)
Siapa jawab dengan beltul, dan paling pantas, bakal menerima hadiah berupa seukir senyuman.




NUke

Tahun ni menyaksikan 'tuah' sedikit memihak kepada aku. Okay, barangkalai itu juga adalah rezeki berkat usaha dan sabar selama ini. Awal tahun haritu, aku ada menang beberapa peraduan yang hadiahnya boleh tahan lah juga hebatnya. Among them are concert tickets, Jazz festival tickets, t-shirt, and movie tickets.

Baru-baru ni, aku terima notifikasi daripada kumpulan AMP Radio, yang juga menguruskan radio ERA.fm.

Nak dipendekkan cerita, aku menang tiket wayang.


Senang je nak menang. Dengar isyarat suruh hantar SMS. Tu je.


Haha! Terima kasih Era!


Rezeki dan tuah di bulan Ramadhan ni!


NUke

Korang mesti pernah melalui jalan-jalan raya atau highway yang sedia maklumnya sesak kan? Contohnya macam di atas Penang Bridge, Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, hatta jalan-jalan kecil / kampung kat taman-taman perumahan pun. Putrajaya punya traffic jam pun boleh tahan juga, kan?!




Disebabkan dah terbiasa dengan situasi-situasi 'kesesakan' lalu lintas di tempat-tempat biasa ni, minda kita secara automatik dah ter-set... "Sampai je kat jalan ni, konfirm lah jem!", kata otak. Dan ianya akan menjadi pelik bila situasi yang sebaliknya berlaku.

Dan dalam hati dan hikiran mula lah berkata, "Aik, tak jem pulak jalan ni hari ni... selalunya jem teruk...".


Tahu kah anda, ada pantang larang berkenaan dengan situasi ini?



Menurut orang-orang senior dan lebih berpengalaman dalam bidang pemanduan dan jalan raya, sekiranya situasi ini berlaku, hendaklah kita 'senyap' dan 'mengunci' mulut daripada mempertikaikan keadaan luar biasa itu. Maksudnya, biarlah di minda kita saja yang 'hairan' dengan 'jalan yang tidak jem seperti biasanya', jangan diluahkan di mulut.

Dan pantang larang ini juga digunapakai bukan sahaja kepada si pemandu, tetapi kepada penumpang lain yang ada di dalam kenderaan itu juga, terutama sekali mereka  yang duduk bersebelahan pemandu.

Kononnya, bila seseorang itu menegur akan hal ini, dengan serta-merta 'kesesakan lalu lintas' itu akan muncul di depan mata. Secara tidak semena-mena, anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas...

Begitulah.

Percaya atau tidak? Aku ambil pendekatan 'percaya' atas dasar suka-suka. Sebab kita memang tak tahu apa yang akan berlaku di depan jalan sana tu, kan?!


Kalau korang... percaya tak?



Pic credit google.

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.