Jumaat lepas, aku diberi peluang untuk sama-sama join makan malam di Borneo. Gila jauh! Semata-mata nak makan, sampai ke Borneo tu. Tiket flight dan jemputan semua included. ye lah. Sebab tak perlu naik flight pun. Makannya hanya di Borneo Rainforest Bistro, dekat dengan Sunway Resort. Haha.

Apapun, restoran yang lahir dari idea Datin Tiara Jacquelina ni sebenarnya sangat menarik gak untuk dikunjungi. Of kos lebih sesuai kalau korang ada plan nak buat majlis-majlis atau pun apape function lah.

Makanan? Mostly makanan yang asalnya daripada kepulauan Borneo. Mi Kolok, Laksa Sarawak dan Nasi Lalap tu among makanan yang ada kat bistro ni. Gado-Gado Borneo Style pun ada. Sedap! Once in a while, kalau nak bawak family datang sini pun okay juga.

Back to the dinner; malam itu, ada few performances yang best juga. Ada Fireblowers, dan borneo dance; just to name a few. Tengok lah gambar-gambar. Malas nak cerita banyak2 sangat, nanti korang boring!


Fireblowers performance by Wizard Ent.

Fireblowers by Wizard Ent.

KL Art Group performers

Performance by KL Art Group


NUke




Selalu kalau bab-bab merajuk ni, kita serahkan saja kepada perempuan. Perempuan = merajuk. Lelaki = pujuk. Tapi, bagaimana pula kalau lelaki yang merajuk?

Tipu lah kalau korang (lelaki) kat luar sana sikit pun tak pernah merajuk. Even dengan mak bapak sendiri pun korang pernah merajuk kan? Merajuk sebab parents tak beli mainan Hot Wheels yang korang nak. (Aku dulu main konda kondi je dgn abang sendiri). Haha.

Dalam bercinta, memang menjadi lumrah adegan rajuk dan memujuk ni. Kekasih hati merajuk, kita memujuk. Cuba memberikan segala perhatian kepada dirinya secara penuh.

Tapi, kenapa kalau kita (si lelaki) yang merajuk, tak selalu mendapat pujukan daripada si kekasih?

Awkward.

Stigma masyarakat: Lelaki kalau merajuk...nampak buruk.

Betul kah?

Pada aku, ianya benar dalam keadaan berpada-pada. Maybe lelaki tak sesuai kalau nak merajuk lama-lama. Sebab kalau lelaki dah mula merajuk, perasaan marah dan menyampah mula menebal juga.

Payah kan?



NUke

Okay. Agak memalukan juga lah sebab aku agak terkejut dengan kehadiran sang tikus secara tiba-tiba. Bukan apa, dulu, time aku baru berpindah bilik, memang ada seekor tikus yang 'menyorok' dalam lipatan payung yang aku sandarkan kat tepi dinding tu. Tapi tu dulu lah.

Kes semalam lain pulak. Tikus kecik itu menyorok kat celahan mop yang aku sandarkan dalam bilik air! Cis sungguh!

Aku terkejut nampak dia! Dia pun terkejut nampak aku balik.

Penyelesaian?

Ambil sang kucing betina yang bernama tot itu, dan suruh dia tangkap!

Dan, dah tentu misi ini berjaya! Dengan bantuan sang adik yang turut menyediakan back-up termasuk menyediakan laluan untuk si kucing keluar, dan juga spray shieldtox in case situasi menjadi luar kawalan!


Haha. Lawak betul pulak jika dikenangkan semula. Padahal tikus tu tak ada lah besar mana pun! Cinonet saja.


lebih kurang cenggini la rupa tikus tu!

p/s: Orang tua2 pernah cakap, kalau ada tikus masuk bilik, jangan marahkan tikus itu, kelak nanti habis pakaian kita dirosakkannya.

Gambar sumber Google.



NUke

Amaran: Ini adalah kisah benar.



Teruk aku dipaksa dan dikerah untuk bekerja petang itu, padahal kebanyakan tugasan yang tergendala bukanlah datangnya daripada aku. Malah rakan sekerja yang lain. Tapi atas dasar tanggungjawab, aku membantu juga, sesudah masing-masing terkena hamburan perit daripada aku yang masih tidak berpuas hati.

Sehinggalah jam tepat menunjukkan waktu 11.45 malam, aku tekad untuk terus pulang. Pulangnya aku ke rumah kedua orang tua ku itu hanya menaiki motorsikal yang dibeli setahun yang lalu. Hanya diselaputi baju tee nipis sendat yang menampakkan susuk tubuh yang tidak sasa, dan juga sepasang jaket kalis air bagi mengelakkan tubuh kerdil ini digigit dan dimamah sejuk malam yang mula menebal.

Jalan Lingkaran Tengah 2 dipilih bagi memintas perjalanan dari Damansara menuju ke arah Selayang. Itu tujuanku. Mahu mandi dengan cepat dan terus menghempas badan untuk tidur. Atau pun untuk berpura-pura tidur. Ah! Paling 'cikai' pun, kalau badan masih tak mahu tidur, apa susahnya? Lempiaskan nafsu berahi sendirian, nanti, penat lah juga diri.

Ajaib, sudah sampai! Dan sudah pun mandi. Celik tanpa sedar, aku sudah pun berada dalam persalinan kain pelekat dan singlet putih, terbaring di atas tilam yang semakin menipis, dek kerana serakan kekabu yang semakin tidak sekata. Lampu bilik juga sudah lama tertutup. Yang ada cuma lah kerdipan malam LED merah dari Blackberry Curve yang memberikan notifikasi akan pesanan seseorang dari laman Facebook.

Terlelap beberapa kali. Akhirnya tewas.


Pelik.  Panas.

Peluh. Tetapi tidak puas.

Ke kanan, tiada daya. Ke kiri juga, masih tak termampu. Sedang aku cuba meletakkan tubuh untuk posisi keselesaan, aku terkejut dengan sesuatu yang dirasakan bergerak. Jelas pergerakkannya terasa di tapak kaki ini.

Mengenangkan perihal aku yang tidak mempunyai katil; dan hanya berbaring di atas tilam yang dilapikkan di atas lantai, aku kaget dan gemuruh.

Tersentap adrenalin menerjah segenap kapilari, dan segala macam jenis pengangkutan darah ke dalam tubuh ini. Mata ku dibuka luas!

Ular!!! Ular!! Ular!!!!




Dan bila aku sebetulnya terjaga, semua itu hanyalah suatu mainan syaitan. Syaitan! Ular yang disangkakan berbahaya dan berbisa itu tadi hanyalah sebiji bantal. Bantal! Dan aku tidak berada dalam persalinan yang dinyatakan tadi. Aku tidak balik lewat daripada kerja. Dan aku juga tidak dimarahi oleh Pengarah Projek awal hari tadi.

Astaghfirullah al azim.

Untuk seketika aku terfikir yang aku hampir ditelan sang Ular.

Syaitan.


p/s: Aku pernah dengar seorang ustaz bercerita dalam rancangan TV; kalau kita bermimpi ular, bermakna itu petanda yang tidak baik. Wallahu'alam. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Dan aku mohon padaMu, ya Allah, agar Engkau menjauhkan aku, keluarga ku dan segala kenalan rapat ku yang lain dari sebarang mala petaka.

NUke

Semuanya bermula kira-kira 3 tahun lepas ketika aku berada di tahun akhir Sains Nuklear UKM. Untuk majlis makan malam pelajar tahun akhir, kenalan meminta aku buat 1 design simple untuk dijadikan stiker kereta. Maka dengan itu, kami mudah dikenali kelak ketika sudah memulakan kerjaya masing-masing.

Ringkasnya, hanya batch kitorang saja yang akan memiliki car sticker ini; selain daripada para pensyarah dan staff di Sains Nuklear. Trademark lah kiranya.

Then, beberapa hari lepas, seorang kenalan lama (yg sambung belajar kat situ) menghantar mesej, kalau-kalau aku boleh buat balik design sticker kereta tu.

Maka dengan rajinnya, aku mengusahakan lah juga.


dalam proses. Design asal. Cadangnya nak buat 3 designs.



Tiba-tiba semangat 'nuklear' kembali menjelma!


NUke




Aku tak berapa pasti sama ada korang pernah dengar atau tidak pasal pantang larang ni. Ianya berkait rapat dengan tabiat engira wang dan juga tahap dan situasi kewangan korang. Kiranya ada side effect lah.

Aku ingat lagi, aku terdengar orang-orang tua bercakap kalau nak kira duit tabung tu, "Jangan kira pada waktu malam... kelak mewarisi kemiskinan."

Atau bahasa senangnya, 'kalau kira duit tabung malam-malam, nanti korang jadi miskin!"

Pernah dengar tak?

Tak pasti pula di mana relevensi dan perkaitannya antara dua perkara itu; ye lah, urusan rezeki mezki ni semuakan urusan Tuhan, dan juga dari hasil usaha dan titik peluh sendiri. Kalau orang tu boros, maka cepatlah dia habis duit. Apa kaitannya dengan mengira duit malam-malam kan?

But then, aku rasa ada juga rasionalnya pantang larang ini.

Maklumlah, dulu-dulu kat kampung, mana ada api letrik karan ni semua. Dorang semua guna api pelita saja. Jadi, kita tak tahu siapa yang lalu lalang kat luar rumah kan? (Rumah kampung dulu-dulu mana ada pagar kan? Unless la kalau korang tu anak Dato' Bendahara ke... ada lah pengawal yang jaga pintu!) Jadi, kot-kotlah kalau orang-orang yang lalu kat luar rumah tengah-tengah malam tu terdengar 'ka-ching' 'ka-ching!!' bunyi duit syiling yang korang kira tu, kemudiannya berniat jahat... siapa tahu kan?

Buatnya ada orang terus nak merompak ke apa? Huhu. Tak pasal-pasal je jadi miskin dan papa kedana.

Mungkin itulah rasionalnya pantang larang ni kot.


Cuba try test korang tanya kat mak bapak korang pasal hal ni, kot-kot diorang tahu?


pic credit to Google.

NUke

Kehabisan idea untuk masak bagi menikmati makan malam? Saya ada caranya!




Klik la image kalau nak besarkan. Apa susah!

Bahan-bahan

(seperti yang diceritakan di dalam gambarajah di atas).

Cecara masak (mengikut firasat aku):


  1. Defrost daging burger itu sebelum memasaknya di atas api yang kecil. Tak perlu terlalu masak. Cukup sekadar half-cooked. Setelah itu dibiarkan sejuk pada suhu dapur untuk seketika.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan bersama 1/2 sudu mayonnaise dan garam (secukup rasa, 3/4 sudu kecil pun okay). Pukul telur kira-kira 5 minit atau sehingga campuran sudah berbuih halus.
  3. Daging burger yang sudah sejuk pada suhu dapur itu kemudiannya dipotong dadu. 
  4. Masakkan campuran telur dan daging burger yang telah dipotong tadi dengan api yang kecil. Since nama resepi ni pun 'scramble' maka korang scramble kan telur dan daging burger itu bersama-sama sehingga betul-betul masak.
  5. Siap dan sedia dihidang.
  6. Best served with sos lada hitam.

Enjoy!


Konsep dan idea asal oleh NUke Rude & Apai.


NUke


Sebenarnya kan, banyak juga manfaat kita hidup dalam zaman canggih ni. Bukan setakat boleh berfacebook, bertwitter, dan berblogging, malah medium2 ni boleh digunakan untuk mencari kepuasan diri!

No. Porn is not the topic here.

Online contests. Apa kata sambil-sambil ber-fb or twitter tu, usha-usha sekali kot-kot ada peraduan-peraduan ke apa. Join je. Untung-untung menang. Rugi-rugi pun, kalah. Tak kisah lah kan. Rezeki Allah nak bagi.

Syukur. Lepas menang tiket wayang daripada Gua Malaysia tempoh hari, aku saja-saja try masuk kuiz mengejut Go Gerila. Alhamdulillah, menang pula! Dapat hadiah t-shirt limited edition diorang. Selang sehari lepas tu, saja-saja juga cuba nasib masuk kontest twitter Borneo Jazz Festival via Malaysia Airlines.





Dapat 2 tiket. Tapi aku pass tiket tu kepada Along, since aku tak rasa aku dapat pergi festival tu kat Miri Sarawak 11 Mei tempoh hari. Tak mengapa!

Hadiah: T-Shirt GoGerila, 2 tix Borneo Jazz Festival & 2 tix movie Berani Punya Budak


Okay. Peraduan apa lagi nak masuk ni? Ada cadangan. Mana tau rezeki murah lagi, boleh belanja korang-korang ke. Kan?


Thanks to Gua Malaysia, GoGerila & Malaysia Airlines


NUke

Jom kita main teka-teki.

Kalau kalian benar-benar terer, cuba jawab teka teki dalam gambar di bawah.


Soalan:
Apakah disebalik kain tuala ini?



Scroll down for the answer.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Jawapannya:
Perut!


Kredit kepada my cousin yang sporting habis!


NUke


Terima kasih. Sudah 4 tahun blog ini wujud di platform blogspot. Dan ini juga merupakan tahun ke-10 saya bergelar seorang blogger.

2003 : Blog pertama diberi nama 'MaresmaTra', bersempena dengan nama Maktab Rendah Sains MARA Transkrian. Pun begitu, ini bukanlah blog 'rasmi' untuk sekolah berkenaan, tetapi dipenuhi dengan kisah-kisah suka duka diri penulis ini sebagai seorang pelajar.

2004 : 'MaresmaTra' masuk dalam development hell dan kemudiannya diabaikan. Medium menulis diteruskan menerusi platform 'Linkin Park Numb Journal'. Ini merupakan 'journal' berbahasa Inggeris penulis yang pertama. Dari sini, penulis memulakan hubungan persahabatan dengan kenalan dari Singapura, Kanada, Georgia, Thailand, Romania dan US.

2006 : Due to the decreasing popularity of Numb Journal, and the rise of other blogging platform and social networks, eventually my Linkin Park Numb Journal pun di-delete-kan oleh server mereka; sepenuhnya. Tanpa sempat membuat sebarang back-up. Platform menulis berubah daripada situ, kepada Friendster Blog. spikey-guy.blog.friendster.com (mungkin alamat ini betul, kot!) didaftarkan dibawah pengguna yang pernah menukar nama akaun beberapa kali sebelum akhirnya memilih nama 'Nuke Rude'.

2008 : Atas cadangan Sakinatul Wahidah (Skin) yang memberi komen ketika penulis bercadang untuk menutup blog di friendster, maka NUke Rude Blog mula (dan kembali) mendaftar di platform Blogspot. Sehingga ke hari ini masih kekal di sini. Secara rasmi, akaun friendster penulis (termasuklah blog) ditutup pada ulangtahun kelahiran penulis yang ke-19 (kot!?).



2009 : Blog ini menerima anugerah pertamanya. Penulis juga menerima anugerah pertamanya setelah beberapa tahun ber-blogging. "Yoyooh.com The Blog Squad Challenge : Penulisan Blog Kreatif" diterima penulis setelah para juri membuat penilaian dan pemilihan setelah usai melaksanakan 8 tugasan mingguan yang diberikan. Secara peribadi, anugerah yang diterima ini merupakan anugerah yang penulis paling hargai kerana pemenang dipilih oleh Juri.




2012 : Tahun ke-10 penulis ini berblogging.

Terima kasih kerana sudi membaca, dan menerima blog ini. Selamat ulang tahun blog! Selamat ulang tahun juga kepada si adik!


NUke

Bagi meraikan ulangtahun ke-4 blog ini di blogspot pada 10 Mei nanti, saya bercadang untuk menukar header blog ini buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, konsep asal tetap dikekalkan, cuma ada tambah itu ini sikit. Dalam koleksi ni ada beberapa design yang dirasakan cambest, tapi tak tahu yang mana satu paling sesuai.

Jadi, minta pendapat korang lah.

Design 1

Design 2

Design 3



Terima kasih!



NUke

Lupa pula nak berkongsikan kisah suka bersama kalian. Beberapa hari lepas, aku ada join kuiz 'mengejut' Gua Malaysia. Alah, laman portal hiburan yang sensasi tu. Kebetulan malam tu ada sedikit kelapangan, dan terperasan pula Gua yang baru nak memulakan contest tu, so, apa lagi, teruslah aku merajinkan diri untuk join.

Kali pertama mencuba, tak berjaya sebab lambat reply. Tapi aku takde lah berputus asa. Masuk soalan kedua, aku cuba sekali lagi.

Simple je pun. Gua bagi soalan, sapa2 yang cepat bagi jawapan.. menang lah!

Nak dijadikan cerita, aku ter-cepat pula menghantar jawapan untuk soalan yang kedua. Terus dipilih sebagai pemenang.




Rezeki kan? Dapatlah tengok wayang free. Cerita Berani Punya Budak. Tak tahu lah best ke tak cerita tu.


Terima kasih Gua.


notakaki: saya tidak ada akaun facebook.


NUke

Aku ni, kalau kata nak main bola sepak tu... jarang-jarang lah. Lagipun tak ada lah terer sangat. Tapi, kalau futsal tu, gigih lagi la. Zaman-zaman belajar dulu ada juga geng ajak main sama-sama. Main futsal ya! Dan aku selalunya jadi keeper. Personally, aku mmg suka jadi keeper pun, dan juga main barisan defense. Tapi, takdelah hebat sangat pun!

Main sekadar untuk suka-suka sahaja.

Bola-bola lain pun aku ada gak main! Haha!

But that's not the issue ya, entri kali ni nak berkongsi pasal satu kejohanan Futsal yang bakal berlangsung di Malaysia tak lama lagi. Mungkin ramai yang tak alert, so sebab tu aku tergerak nak publishkan entri pasal tournament ni.



Malaysia Youth Futsal Championship (MYFC) 2012.

Initiatif ni disokong penuh oleh Kem. Belia & Sukan (KBS). And yang paling menarik, hadiah yg ditawarkan tu agak 'hebat' gak la. Up to RM10,000. Kalau nak lebih banyak info, leh view website and facebook page diorang ni:


Cerita banyak tak guna juga lah! Tengok sendiri dan buat lah keputusan sama ada nak join atau tak! Tapi, kalau konfiden level tu tinggi, why not join kan?

Majulah Sukan Untuk Negara!!

katanya!


NUke


Kata orang; tak semuanya akan terus bernasib baik. Lahir-lahir saja, terus berada dlm keluarga yg sempurna dari segi akhlak, kebajikan, dan kewangan. Ada yang tidak. Sama juga dengan berblogging; ada yang 1st time buat blog, terus meletup dan melonjak ke langit. Ada yang tidak.



Begitu juga dengan aliran kerjaya. Ada orang dapat their dream job dgn sekali cuba. Ada yang tidak.

Sama macam aku. Cabaran itu perlu ada rasanya untuk berjaya. Dan jugak kepuasan diri sendiri. Kalo ikutkan, jalan kerjaya aku ni takdelah menarik mana; aku bermula dari bawah. Pelahan-pelahan lah kayuh, bro.

Tapi, kalau pun korang diuji pada tahap mana sekalipun dalam kisah kerjaya korang, ibu aku pesan:

"Sentiasa bersyukur!"

Sebab setiap dugaan tu memberikan kau cabaran. So, at least kalo akan datang korang menghadapi masalah yang sama, korang dah ada experience... kan?

Fresh graduates kat luar sana, jangan lah mudah sangat give-up bila korang mengharungi kerjaya pertama korang tu! Enjoy saja, okay?


Alhamdulillah, pengorbanan aku ambil cuti untuk ke Peperiksaan, Assessment dan temu duga haritu sudah terbayar dan berbaloi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

:)


NUke



Harap masih belum terlewat untuk mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua orang yang dah bekerja di luar sana. Oh, kepada those students yang juga menganggap 'pelajar' itu satu jenis pekerjaan juga (macam saya dulu2). haha.

Harapnya kalian sudah memanfaatkan cuti hari ini dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah ya!


Dan oh, saya bersyukur kepada Allah sebab rezeki yang diberikan kepada saya selama ini, dan selama-lamanya.


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.