Wish You Were Here
(Itu lagu baru Avril Lavigne)


Wish Me Luck!
(Itu sangat diperlukan!)


NUke

Well, saban tahun, peminat & pemerhati scene muzik tanahair akan menantikan penghujung rancangan  Muzik Muzik yang mula diterbitkan oleh TV3 sejak 26 tahun lalu. Sama situasinya pada kali ini, TV3 menyenaraikan 30 lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu.



Tak pasti pula pada edisi ke-26 ni berapa banyak lagu yang akan dipilih ke peringkat akhir. Tapi kalau sama kuantitinya dengan tahun lepas, mungkin 14 lagu lah kot. Berikut merupakan lagu-lagu yang layak ke peringkat Separuh Akhir:-

  1. Sungai Lui - Aizat (Aizat, Anas / Aizat, Anas)
  2. Janji - Akim (Akim / Akim)
  3. Awan Nano - Hafiz (M. Nasir / Budi Hekayat)
  4. Menyesal - 6ixth Sense (Gjie / 6ixth Sense)
  5. Maaf Dari Hati - Sofazr (Mohd Atlas / Mohd Atlas)
  6. Kisah Hati - Alyah (Manusia Putih / Manusia Putih)
  7. Bagaikan Bidadari - Tomok (Aubrey Suwito / Tomok)
  8. Babak Pertama - Drama (Ammar Habir / Aepul)
  9. Perpisahan Ini - 1st Edition ft. Aizat (Erol 1st Edition / Jijo 1st Edition)
  10. Ilusi - Adira (Audi Mok / Audi Mok)
  11. Pokok - Meet Uncle Hussain ft. Nubhan (Taja / Tun Teja)
  12. Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet (Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali, Altimet)
  13. Beribu Sesalan - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah (Kevin Chin / Tinta)
  14. Muda - Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  15. Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (Boy Clifford / Boy Clifford)
  16. Kurnia - Mizz Nina ft. Noh Hujan (Noh Hujan / Noh Hujan)
  17. Luar Biasa - Shahir (Audi Mok / Zelfirdaus)
  18. Karma - Faizal Tahir (Audi Mok, Faizal Tahir / Audi Mok, Faizal Tahir)
  19. Mata Hati - Nubhan (Audi Mok / Audi Mok)
  20. Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia (Monoloque / Monoloque)
  21. Gadis Semasa - Yuna (Yuna / Yuna)
  22. Cinta Matiku - 6ixth Sense (6ixth Sense / 6ixth Sense)
  23. Penakut - Yuna (Yuna / Yuna)
  24. Kisah Dongeng - Stacy (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  25. Aku Permata - Salma (Taja / Tun Teja)
  26. Sedetik Lebih - Anuar Zain (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  27. Di Penghujungnya - Iqa (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
  28. Cinta Teragung - Hazama (Kuncidemak / Kuncidemak)
  29. Cinta Muka Buku - Najwa Latif (Najwa Latif / Ika Latif)
  30. Bila Bertemumu - Shiha (Ajai / Ajai)

Kalau dilihat daripada dominasi penyanyi, yang mengungguli senarai adalah 6ixth Sense, Noh (Hujan) & Yuna, yang layak dengan 2 buah lagu.

Dari segi penggubah (komposer) dan penulis lirik... Audi Mok lebih menyerlah. 4 lagu ciptaannya (dan ciptaan bersama) layak ke peringkat Separuh Akhir kali ni.
Apa-apa pun, senarai semi finalis ni memang menggambarkan scene music tanah air sekarang ni. From love-song 'Cinta Muka Buku', to the fairy tale song 'Kisah Dongeng', lagu-lagu yang layak turut merangkumi genre rock yang 'heavy' dengan riff seperti 'Wanita Seluruh Dunia', 'Menyesal', 'Karma'; juga masih merangkumi lagu-lagu balada yang sinonim dengan Muzik Muzik; 'Sedetik Lebih', 'Beribu Sesalan', 'Kisah Hati'. Elemen Hip-Hop & Etnik juga kembali memeriahkan pentas semi final dengan lagu 'Kalau Berpacaran' dan 'Kekanda Adinda'; yang juga menampilkan lagu 'groove' 'Gadis Semasa'.

Pilihan aku? Heh. Adalah.


NUke

Harapan yang terlalu tinggi, kadang kala meyakinkan diri.

Dan ada ketika, ia menjadi punca kekecewaan melampau.

Bila harapan yang diletakkan terlalu tinggi daripada keupayaan diri;

Risiko.

<Aku cuma mengharapkan yang terbaik>


NUke

Where'd you go.

I miss you so.


NUke

Bagi seorang lelaki, 'penumbuhan' janggut adalah perkara yang dinanti-nantikan bila menjengan alam selepas 'akil baligh'. Sama perasaan excited-nya apabila tahu ketiak udah mula berbulu. Haha! By the way, janggut ni kadang kala memang sangat senang dan mudah dijaga. Dan kadang kala sangat sukar dan mencabar.

Terutamanya bila rutin harian dan minggu terlebih padat dan sibuk dengan kerja-kerja lain. Sampai ada ketika, muka kelihatan sangat serabai dengan kumis, janggut, dan jambang2 yang mula menghutani wajah.

Penyelesaian?

Bercukur.

Kekerapan optimum?

Bergantung kepada kadar hormon seseorang lelaki itu. Ada orang jenis yang senang 'berbulu'. Pagi shave, petang tu dah tumbuh lebat. Ada orang pula, hari ni shave... 2 bulan kemudian baru penuh balik.

Aku?
3 kali seminggu. Dan apa yang paling best ialah perasaan bermain dengan permukaan kulit dagu yang sangat kasar selepas 1 hari bercukur. Ianya ibarat Velcro. Yeah.



Ada sekali itu, selepas sehari bercukur, dan ketika waktu malam dan aku mahu tidur... aku tarikkan selimut ke arah muka, sedikit diletakkan di bawah paras hidung. Dan disebabkan janggut-janggut yang masih 'fresh' itu, kain selimut itu seolah-olah melekat pada janggut... ibarat Velcro.

Dan kemudian, ianya bertukar menjadi bad habit, untuk bermain-main dengan janggut 'velcro' setiap sehari selepas aku bercukur janggut.

Feel...


NUke

Imaginasi adalah satu perkara yang sangat bernas pernah diciptakan tuhan. Dengan imaginasi, macam2 benda boleh jadi. Pada aku, itu adalah konsep LEGO.

Budak-budak lelaki memang patut diberi permainan Lego sewaktu usia kecilnya. Sebab, bagi aku, Lego boleh menjadikan minda budak lelaki lebih meluas. menjadikan imaginasi mereka satu kenyataan yang boleh disentuh dan dirasa dengan gerak jemari dan tangan.

Ya, dari dulu. Sampai sekarang ni... Aku masih sukakan Lego.








"Give me more Legos, and I'll build your dream city."

NUke

Conflict.

Self.

Himself.

Career.

Obsession.

Themselves.

Move on.

Step down.

Away.


NUke



Sekarang ni musim konvokesyen. Jadi, siapa2 yang akan ataupun sudah berkonvo, maka aku ucapkan tahniah! Semoga kelayakan anda itu akan membawa anda jauh, terbang tinggi dalam dunia kerjaya anda.

By the way, aku tak pasti sama ada korang pernah dengar atau tidak pasal 'Pantang Larang' ni. Dan usually, ianya hanya hangat dibicarakan bila tiba musim konvokesyen ni.

"Siapa yang tak (qualify) untuk grad lagi ditegah untuk mencuba jubah konvokesyen kawan-kawan yang akan 'grad' pada tahun itu..."

Begitulah alkisah konon-kononnya pantang larang itu.

Dipercayai barang siapa yang tak layak nak bergraduate pada tahun tu, akan tetapi gatal2 tangan nak mencuba jubah konvo orang lain... akibatnya mereka akan terkena badi, dan akan 'extend' pengajian lagi setahun/dua tahun.

Pandai-pandai je.

Pada aku, pantang larang sebegini cumalah 'permainan' dan gurauan semata-mata. Bukan apa, 'feel' nak graduate ni lain macam skit. Dan seboleh-bolehnya kita tak nak bagi orang lain cuba test try pakai jubah konvo kita...

Sebab ketika konvokesyen itulah nanti kita akan menikmati 'moment' kejayaan setelah bertahun-tahun menuntut ilmu hingga ke menara gading!

Tu je kot.

Kau percaya dengan pantang larang sebegini?

NUke

Dalam kegelapan, aku terasa kakiku bergerak dalam takungan air. Mana mungkin hari itu hujan. Tidak terasa butir halus jernih air di pipi. Tidak ku rasa semua itu menimpa rambut yang menutupi kepala ini. Gelap. Aku tersedar daripada lamunan. Sedari tadi aku bergerak jauh ke dalam mulut gua yang kelam.

Berseorangan...




[Memancing Bersama-sama]



Kedengaran suara seorang lelaki yang sangat dikenali. Namun, jauh sekali pernah terbayangkan dirinya berada di situ, dirinya bertegur sapa. memang masing-masing membisu. Dia segak bergaya dengan topi 'golf' yang sinonim dengan gayanya. Style-nya. Dengan kumis halus dibiarkan menghutani raut wajahnya.

Dia yang aku maksudkan ialah seorang penyanyi nasyid yang mana lagu-lagunya menjadi mainan mulut ramai. Dia adalah Maher Zain.

"What the ....?"

Mana datang pula Maher Zain di sini?

Dia seakan-akan musykil dengan apa yang ada disekitarnya. Terlihat akan joran-joran yang dibiarkan terpasak pada batu-batu gua. Hujung kailnya jauh terbenam di dalam air sungai yang mengalir di dalam gua itu. Namun, suasananya tidak lah sesuram tadi. Dari mana datang entah... cahaya samar-samar yang menyinari kelam gua itu.

Aku merapati Zain. Maher Zain. Janggal untuk aku memanggilnya dengan nama Maher. Apatah lagi Maher Zain. Pelik.

Dan dengan tidak semena-mena, Zain tergelincir daripada langkah dari satu batu ke batu yang lain. Basah persalinannya melainkan topi. Aku membantu memapahnya. Kami melangkah menuju ke tebing. Sambil merenung joran yang masih tidak mengena.

Berselang dengan siulan sang cengkerik, terlihat tidak jauh daripada tempat kami duduk adalah sekumpulan pelajar perempuan yang baru sahaja seleai kelas usrah dan mengaji al-Quran. Salah seorang daripada mereka mengecam akan Zain. Lalu segera mahu menerpa ingin meminta 'autograf' daripada penyanyi nasyid kelahiran Lubnan itu.

Pun begitu, langkah dihentikan sementelah mengenang akan pesan si Ustazah akan batas-batas pergaulan.

Bagaimanapun, Zain melangkah sakit ke arah pelajar itu. Hormat. Menghulurkan sekeping album yang siap ditandatanganinya.

Bahu kanan tidak semena-mena kebas dan perit, akibat memapah si Zain yang tergelincir sebentar tadi.

Telefon bimbit berdering. Berbunyi menandakan masuk jam 6 pagi.

Dan malamku tadi berlalu panjang dengan mimpi ini.


Haih.


NUke

A friend of mine once asked me a question, sounds something like this:

"How come there's no new update, here (blog)?"

And I replied him; simply,

"'Cause I don't have new materials..."

And I think he's surprised by that reply.



NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.