Sebelum Peti Masuk Mesej menjadi penuh;

Sebelum mention di Twitter pun semakin banyak;

Sebelum gambar-gambar di-tagged di Facebook dengan banyaknya;

Izinkan saya mengucapkan "Salam Ramadhan al-Mubarak" kepada sahabat dan saudara se-Islam.

Moga Ramadhan kali ini memberikan jutaan makna, penghayatan, dan kebaikan kepada kita semua.





NUke

Jangan lupa, ingatkan aku untuk:-

  1. Deactivate BIS
  2. Off Data Transfer
  3. Say Goodbye.

Off. To. Somewhere.

NUke

Hang Tuah.

Hang Tuah.

Hang Tuah...

Hang Tuah......

Hang Tuah.

(Katanya sambil menjulurkan tangan setiap kali menyebut nama pendekar Melayu zaman silam itu).




Terpengaruh dengan iklan Kit Kat yang menampilkan M. Nasir sebagai Hang Tuah.


Perkara ini berlaku sebentar tadi. Perilaku si Faris, anak buah yang semakin jelas kenakalannya.

Gambar ihsan Google.



NUke

Ye lah, kata liberal? Kita kan kena membangun, serasi dengan peredaran masa. Zaman sekarang nak kaya pun senang. Kalau tak jual tanah pusaka, atau masuk MLM dan Skim Cepat Kaya, maka cara lain adalah dengan pergi berjudi.

(I did not say Da Ma Cai, Toto atau kedai nombor ramalan 4D).

Anyway, petang tadi aku berkesempatan untuk menumpangkan seorang kenalan ke Petaling Jaya. Dia ada kerja di sana. Lepas tu, aku dan seorang lagi sahabat, sempat juga duduk-duduk di taman kecil sambil membaca kisah 'Baby' di Harian Metro Ahad. Kebetulan kami duduk menghadap kedai-kedai nombor ramalan di seberang jalan, maka sempat juga lah meninjau keadaan sekeliling.

Unofficial survey bak kata orang puteh.

Rata-rata yang masuk ke kedai nombor ramalan adalah orang bukan Islam. Itu normal. Dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan mid-class, dan ada segelintir yang memandu kereta Mercedes dan BMW. Selebihnya, adalah yang naik Proton Saga lama, ataupun bermotorsikal cuma.

Tapi, tak lama lepas tu, kami dikejutkan dengan kelibat seorang Melayu (dalam hal ini, Melayu itu adalah Muslim, seperti yang termaktub dalam perlembagaan) yang masuk ke dalam premis itu. Dia bekerja sebagai tukang hantar makanan. (I did not say McDelivery). Meletakkan motornya di luar, dan mula membeli nombor.

Tak lama lepas itu, kelihatan seorang lelaki India melintas jalan, menuju ke arah taman yang kami singgahi, dia menuju ke arah seorang makcik bertudung yang duduk di bangku batu di belakang kami. Terlihat akan lelaki India itu menyerahkan kertas-kertas nombor ramalan yang dibeli itu kepada makcik itu tadi. Dan lelaki itu berlalu pergi, menyambung tugasnya di stesen minyak, barangkali.

Datang sebuah kereta Mercedes dipandu seorang lelaki (Melayu) lagi. Sahabatnya di sebelah cuma menunggu. Dia menuju ke kedai nombor ramalan 'kuda', sebelum ke kedai nombor '4', dan kemudiannya kembali ke kereta dan berlalu pergi. Menariknya, dia tidak memarkir kereta berhampiran dengan kedai-kedai itu, akan tetapi meletakkan keretanya di kawasan perumahan di seberang jalan.

Hebat kan?

Itu belum lagi kisah pemandu teksi Melayu yang singgah membeli nombor; dan juga si lelaki Melayu yang ber-jersey Arsenal yang turut membeli nombor di 2 kedai itu.

Kalau menang, bagi anak bini makan. Kirim sikit duit kat mak abah di kampung. Lepas tu, simpan dalam Tabung Haji.


NUke



Vlog kali ni, berjudul 'Record'.


NUke






NUke


Anugerah Planet Muzik 2011 - Berikut adalah senarai Pemenang!

Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
  • Aris : 1000 X Maaf
  • Febrian : Cinta Itu Gila
  • Igo : Kemenangan Cinta
  • Sandhy Sondoro : Bunga Mimpi
  • Sezaire Sezali : Matahari
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
  • Aisya Hasnaa : Lagu Mahu Kamu
  • Amanda Imani : Selamilah Cinta
  • Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku
  • Mytha : Seperti Yang Kau Minta
  • Roze : Harum
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
  • Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet : Kalau Berpacaran
  • Azlan & The Typewriter : Kelibat Si Penyair
  • Govinda : Bawa Aku Lari
  • Projek Pistol : Wanita Seluruh Dunia
  • Zivilia : Aishiteru
Kolaborasi Terbaik
  • Amarah : Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Audi Mok / Siti Nurhaliza)
  • Berteman Rindu : Didicazli & Giselle (Didicazli / Didicazli)
  • Harus Bagaimana : Atilia & Malique d'Essentials (Widi Puradiredja / Widi Puradiredja)
  • Kalau Cinta : Aliff Aziz & Joanna (Panji / Panji)
  • Sayang : Dayang Nurfaizah & Marcell (Omar K / Nuur Iman)
Artis Lelaki Terbaik
  • Faizal Tahir : Adrenalin
  • Glenn Fredly : Lovevolution
  • Hady Mirza : Sang Penyanyi
  • Hafiz : Masih Jelas
  • Judika : Setengah Mati Rindu
Artis Wanita Terbaik
  • Agnes Monica : Sacredly Agnezious
  • Ana Raffali : Ketika Aku Kecil
  • Astrid : Lihat Aku Sekarang
  • Rossa : Harmoni Jalinan Nada & Cerita
  • Sarah Aqilah : Sarah Aqilah
Duo / Kumpulan Terbaik
  • Andra & The Backbone : Love, Faith & Hope
  • D'Masiv : Perjalanan
  • Kotak : Energi
  • Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila : 3 Suara
  • 6ixth Sense : + - x /
  • Ungu : 1000 Kisah 1 Hati
Album Terbaik
  • Cari Jodoh : Wali (Sujana)
  • CTKD : Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Aubrey Suwito, Audi Mok, Charly ST12, Siti Nurhaliza, Krisdayanti)
  • Energi : Kotak (Pay, BIP)
  • Sang Penyanyi : Hady Mirza (Hady Mirza)
  • 3 Suara : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila (Irwan Simanjuntak, Paul Morisson, Kevin Chin & Aylwin Santiago)
Lagu Terbaik Singapura
  • Harum : Roze (Imran Ajmain & Alif Shah Shamsiri)
  • Ku Tetap Kan Menunggu : Hady Mirza (Hady Mirza / Hady Mirza)
  • Lagu Teman : The Lion Story feat. Zahidah (Haramain Osman / Haramain Osman)
  • Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa (Janz Abdullah, Aina Azizi & Khairul Anwar)
  • Matahari : Sezaire Sezali (Haramain Osman / Haramain Osman)
Lagu Terbaik Malaysia
  • Awan Nano : Hafiz (M. Nasir / Buddhi Hekayat)
  • Hanyut : Faizal Tahir (Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir)
  • Kalau Berpacaran : Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Sohaimi Meor Hassan / Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet)
  • Kekanda Adinda : Atilia & Monoloque (Loque / Loque)
  • Nokhtah Cinta : Hafiz (Ajai / Sheikh Qalam)
Lagu Terbaik Indonesia
  • Cari Jodoh : Wali (Apoy / Apoy)
  • Cintailah Aku Sepenuh Hati : Ari Lasso (Sandy Canester & Pay / Ari Lasso)
  • Karena Ku Cinta Kau : Bunga Citra Lestari (Dewiq / Dewiq)
  • Pelan-Pelan Saja : Kotak (Pay & Kotak / Dewiq)
  • Rindu 1/2 Mati : d'Masiv (Rian d'Masiv / Rian d'Masiv)
Lagu Terbaik
  • Awan Nano : Hafiz (M. Nasir / Buddhi Hekayat)
Artis Singapura Paling Popular
  • Aliff Aziz
  • Didicazli
  • Diorama
  • Dynda
  • Faizal Isa
  • Farhan Shah
  • Fauzie Laily
  • Hady Mirza
  • Hyrul Anuar
  • Imran Ajmain
  • Rancour
  • Revalina
  • Roze
  • Sarah Aqilah
  • Sezaire Sezali
  • Sleeq
  • Syed Azmir
  • Taufik Batisah
  • The Lion Story
  • The Sallys
Lagu Singapura Paling Popular
  • Angkasa : Hady Mirza
  • Biar Hati Mencintai : Sarah Aqilah
  • Dunia Yang Fana : Zaibaktian
  • Harum : Roze
  • Hingga Ke Akhir : UrbanSensation feat. Rauzan
  • Janji : Tujuh
  • Kali Pertama : Chosen One
  • Kesuma Jiwa : Boy Raven feat. Man Toyak
  • Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa
  • Matahari : Sezaire Sezali
  • Menanti Cintamu : Revalina
  • Tiada Dua : Taufik Batisah
Artis Serantau Paling Popular & Artis Serantau Paling Popular Sedekad
  • Afgan
  • Agnes Monica
  • Aliff Aziz
  • Faizal Tahir
  • Hady Mirza
  • Hujan
  • Rossa
  • Siti Nurhaliza
  • Taufik Batisah
  • Ungu
  • Wali
  • Yuna
Lagu Serantau Paling Popular
  • Aishiteru : Zivilia
  • Angkasa : Hady Mirza
  • Baik Baik Sayang : Wali
  • Berteman Rindu : Didicazli & Giselle
  • Cerita Kedai Kopi : Malique feat. Salam
  • Join Kopi : Blackout
  • Khatimah Cinta : 6ixth Sense
  • Ku Pinjam Satu Bintang : Alyah feat. Riz
  • Masih Di Sini Masih Denganmu : Goliath
  • Menanti Cintamu : Revalina
  • Tiada Dua : Taufik Batisah
  • Tinggal Kenangan : Saleem
Anugerah Khas Planet Muzik
  • Melly Goeslaw
Tahniah kepada pemenang!

NUke



Everyone has their own 'Bad Day'.

I have had mine. It was yesterday, I guess. At least, that's the bad-est so far. Demam baru-baru nak sembuh, tetapi dapat pula batuk dan sakit tekak. Tidak mengapa, sabar.

Niatnya mahu masuk kerja semula setelah dua hari bercuti sakit; namun pagi itu hujan turun dengan lebatnya.

Memandangkan tahu akan basah kalau mahu menunggang motor, maka aku berkuputusan untuk menaiki kereta.
(Ditemani ibu, sebab itu kereta ibu. So, aku guna keta ibu nk gi ofis saja, sebab x cukup duit nak beli Myvi lagi)

Mula perjalanan jam 7.30 pagi.

Masuk ke Middle Ring Road 2 (MRR2) menghala ke Damansara - jam 7.40 pagi.

7.45 pagi - Traffic jam mula di hadapan Taman Metropolitan Kepong.

10.00 pagi - Masih di MRR2, atas flyover Kepong Sentral.

10.50 pagi - Berjaya keluar dari MRR2 dan masuk ke LDP.

Singgah sebentar di Petronas depan MOFAZ, nak withdraw duit. Kad ATM pulak tak boleh baca. Dengan berbekalkan RM15 yang ada dalam wallet, aku habiskan saja untuk mengisi minyak yang semakin kering.

11.15 pagi - Masuk ofis.

Persoalan: Berapa lamakah perjalanan aku dari rumah ke pejabat?

NUke

DEMAM

Disebabkan demam panas dan batuk yang berterusan sejak petang Sabtu, maka aktiviti hujung minggu tempoh hari tidak lagi berapa menarik bagi aku; si empunya diri. Petang Sabtu, kami sekeluarga ke kampung ayah di Perak untuk menikmati Durian.

Ya. Durian. Kegemaranku.

Tapi, disebabkan suhu badan yang semakin meng-hangit, maka aku tidak mahu mengambil apa-apa risiko, sementelah banyak kerja perlu diselesaikan.

Daripada tidur di ruang tamu opah, hanya berlapikkan sehelai tuala, aku berjaga malam dan mencari 'port' yang sesuai untuk berhibernasi. Sasaran utama adalah bilik tidur utama yang hanya 'didiami' oleh si Ayah. Ini adalah sesi flash back:-

  • Seret bantal slow-slow;
  • Adjust bantal sebelah bantal ayah;
  • Baring dengan perlahan;
  • Tangan pantas mengambil sejadah yang tertebar di lantai bersebelahan; dan
  • Cubaan untuk tidur.
Pun begitu, perbuatan aku ini dihidu ayah! Terus disapanya! Dan sesi berpura-pura tidur mati pun bermula. Ayah menge-off-kan kipas yang dihalakan tepat ke arah kami. Ayah aku memang cool! Dia sanggup mempanaskan dirinya bersama-sama aku, dek kerana aku yang tak tahan sejuk disebabkan demam.

Ada terlihat kasihnya di situ.

DURIAN

So, aku tak makan lagi durian. Jadi, tak tahu nak cerita apa.

PENCURI

Balik KL. Isnin. Tak larat langsung pergi kerja. Ibu angkut aku ke Hospital Selayang bahagian Kecemasan, sebab aku dah tak larat nak berjalan. Doktor bagi aku MC selama 2 hari.

Subuh. Selasa. Dek kerana batuk-batuk yang semakin melampau, maka aku memang tak dapat tidur dengan nyenyak. Sengaja aku tidak menge-on-kan kipas untuk menghasilkan suasana yang ghairah bahang. Lampu bilik pun tidak ditutup. Kedengaran bunyi tingkap berdeser. Di satu penjuru bilik berhampuran tingkap sisir itu, aku terlihat akan pergerakan semacam ranting kayu yang menguis-nguis langsir. Tak sempat orang tu nak jengah melihat apa yang ada dalam kamar tidurku, sudah diherdik oleh NUke Rude.

"HOiii!"
"Hoii!!"

Sehingga kedengaran oleh ahli keluargaku yang lain.

Moral: Setiap kali ada renovation kat rumah jiran aku, sure ada kes-kes sebegini. Macam mana aku tak suspicious dengan mereka?

NUke


Pergi Hospital Selayang.

Bahagian Trauma & Kecemasan;

Duduk atas wheelchair;

Pakai sweater oren;

Ambil blood presure & body temperature;

Doktor panggil, check-up;

Pergi ambil darah;

Doktor panggil lagi...

"Darahnya okay. Tiada simptom-simptom denggi. Jadi, saya terus discharge, tak perlu tahan di wad."

"Cuma, kalau demam tak kebah dalam dua hari lagi, datang semula, ya?"

"Terima kasih, doktor."



NUke



Haih! Baru berapa hari tak buka blogger, rasa dah macam berada di dunia baru. Memang sebelum ni, kita dah dimaklumkan bahawa Blogger.com akan berubah wajah. Bukan sikit-sikit, tapi banyak-banyak. Jadi, bila saja aku log-in untuk mengupdatekan blog ini; aku sedikit kaget dan terkejut.

Ye lah. Aku ni kan konvensional. Nak adapt dengan benda-benda baru ni pun agak mengambil masa juga.

Tapi.

Overall.

Aku macam suka je.

(Terus lupa nak update apa..)

NUke

The early intention is just to attend a wedding in Rembau, Negeri Sembilan; where both the bride & groom are our course-mates in UKM. Well, the good thing is they eventually ended up their relationship dengan perkahwinan. Alhamdulillah.

So, naik kereta Shark; dia amik aku dulu di Bdr Tasik Selatan, sebelum kitorang proceed dengan mengambil Mira di Plaza Tol Sg. Besi. Then menuju ke Senawang utk mengambil Ferdi; sebelum akhirnya menuju ke Rembau; tempat berlangsungnya majlis persandingan kedua mempelai.

Dalam jam 2.30 petang tu, setelah berpuas hati dengan keadaan semasa, kami pun merancang pulang; tatkala Mira dengan secara mengejutnya mengeluarkan idea untuk melawat Aishah yang tak  dapat nak hadir ke majlis kenduri yang so-called 'mini-reunion' budak2 nuklear. Aishah berada di Melaka.

Ya. Melaka.

Bandaraya Bersejarah.

(Latar tempat bagi kisah KAC.)

Jadi. Perjalanan itu kami namakan sebagai "From Rembau to Melaka - An Unplanned Saturday Trip".



Apa yang kitorang buat? Singgah di Dataran Pahlawan dan perkarangan Kota A' Famosa, untuk snap2 photos. Sebelum ke bandaraya untuk berjumpa Aishah. Selepas tu, kitorang ronda-ronda Kampung Morten menaiki kereta Honda Shark yang baru tu.

Dan akhirnya menuju Umbai, untuk makan-makan. Ya. Hidangan makanan laut yang sangat berbaloi. :)

Sampai rumah dalam jam 12 tengah malam kot.

Mandi. Tidur.


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.