Semalam,
Saya masih lagi di office.

Hari ini,
Saya masih lagi di office.

Dan sekejap lagi,
Saya akan berada di Mid Valley Exhibition Centre.

Saya.
Sibuk.

Maaf pembaca.


NUke

Ok.

Aku sibuk.


NUke

Zaman dulu, keluarga ku ini bolehlah dikategorikan sebagai sederhana. Mid-class. Jadi, bila tiba tahun baru persekolahan, maka sesi membeli-belah pun akan berlangsung. Keutamaan selalunya kepada kakak-kakak yang mana time tu dah pun masuk sekolah asrama, sekolah menengah, dan juga tahap 2 (darjah 4 dan ke atas). Manakala si adik-adik yang baru-baru nak masuk sekolah ni, perbelanjaan tu tak berapa nak banyak sangat.

Mungkin sebab excited nak masuk Darjah 1, jadi tak amik port sangat pasal baju sekolah cap ayam, ataupun kasut sekolah cap udang. Sebab tak tahu apape pun! Masa tadika dlu, cikgu Rogayah & cikgu Aisyah tak ajar pulak pasal jenama-jenama ni. Tak macam budak sekarang, nak masuk tadika pun nak pakai kasut Asadi!

Darjah 1. Disember 1994.
Dulu-dulu ingat tak? Sesi sekolah mula pada bulan Disember. Not to say belajar betul-betul pun, tapi pendedahan awal itu sudah ada. Quite fun juga. Aku ingat lagi cikgu sekolah pertama aku. Cikgu Norlaily. (Kalau cikgu baca entry ni, jgn lupa senyum sorang2! Terima kasih cikgu). Dan aku masih ingat lagi akan pembaris warna kuning berukuran 1 meter, yang digunakan oleh cikgu untuk memukul student yang kukunya panjang! Rasa gerun bila cikgu letak pembaris kuning tu atas meja.

Beg Baru.
Tak ingat pula. Tapi, waktu darjah 3, aku dapat beg yang boleh tarik, dan ada roda kat bawahnya. Bila aku dah besar, aku jadi pandai skit sebab sekarang ni baru aku tahu kenapa roda tu cpat rosak. Itu disebabkan oleh jalan tar yang begitu kasar permukaannya.

Kasut sekolah.
Dulu-dulu, kalau nak beli kasut, kitorang jarang pergi pasaraya yang besar ni. Paling kuat pun pergi Pasaraya Warta, tak pun Wira Jaya. Setiap tahun persekolahan, kena beli 2 kasut. Konon2nya 1 utk sekolah kebangsaan, 1 lagi untuk sekolah agama. Untuk sekolah kebangsaan, aku demand nak kasut Sparx. Dan sekolah agama, aku pilih je kasut Wira. Ibu kata kena beli yang nipis sikit, so kalau kasut basah kena hujan, boleh kering cepat.

Kenapa kasut Sparx?
Sebab tu je kot jenama yang 'up' zaman aku dulu. Kainnya sedikit tebal, dan juga mempunyai tapak yang tebal. So, murid yang pendek macam aku ni akan kelihatan tinggi sikit.


Aku rasa sebab tu kot aku suka kasut Sparx.

Sebab aku sangat pendek dulu.


NUke

Selamat Ulang Tahun, Sayang.


Gila lah!



4 tahun.


Love you!


NUke

(diambil & disunting daripada entry asal)


Orang tua-tua selalu berkata... Jangan bermain ketika senja. Tau apa rasionalnya?

Kalau main2 sampai waktu maghrib, nanti bapak korang datang carik korang kat padang. Lepas tu kena rotan. Padan muka.

Anyway, setiap impian itu bermula dengan satu keinginan. Keinginan itu menjadikan satu impian. Impian itu lah yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu.







Hehe he!

Myvi SE.

Warna PUTIH.


Akan ku gigih berusaha ke arah matlamat itu! Haha!



NUke

Sejak kecil lagi, 'Ayah' merupakan orang yang pertama akan bangkit dan memberikan perlindungan kepada keluarganya. Aku selalu perhatikan. Walaupun ayah terkenal dengan sikap panas barannya (that's explained where I got the traits, right?), tapi aku tau... ayah masih mempunyai perasaan kasih & sayangnya terhadap si Ibu, dan si anak-anak.

Dan itu yang membuatkan aku pelik. Sebab? Sebabnya, ayah serba tahu dalam beberapa perkara di rumah. Ayah seolah-olah McGyver dalam family. He knows how to fix things.. or he will find a way to fix a thing. He always find the way to do it. Aku rasa, itu memang 'kuasa' semulajadi Ayah kot. Super-Ayah!



Lampu rosak, dia leh repair. Paip bocor..? Semudah ABC... Kereta problem? Tahu je apa puncanya. Of course, kalau dia tak boleh repair, dia akan bawa ke bengkel la... but yet, he knew what was the problem. Kalau terdengar bunyi-bunyi pelik atas bumbung, ayah akan panjat tangga, naik atas siling dengan torch-light nya dan mencari-cari apakah yang berlaku di atas sana. Kadang-kadang terdengar akan sunyi. Risau apa-apa yang terjadi pada ayah. Beberapa kali ibu panggil, namun tak bersuara.

Last-last ayah menyahut perlahan, dengan senyuman terpapar di wajahnya pabila mrnuruni tangga. Katanya:

"Tak ada apa lah! Musang beranak kat atas tu."

Dan ayah memang tak kan halau musang tu. Sebab ayah sangat penyayang dengan binatang.

Itu semua memori masa lampau. Petang semalam, ayah berada di luar bilik. Aku hanya melihat ayah memanjat tangga di luar bilik, cuba membaiki atap yang sudahpun jatuh pecah. Dia sempat berpesan:

"Kena repair ni, nanti kalau terjatuh atas orang ke, apa... kan bahaya."


Ayah masih lagi McGyver dalam keluarganya. Ini meninggalkan aku dengan satu persoalan.

"Adakah aku sudah bersedia untuk menjadi Ayah kelak? Menjadi McGyver dalam keluarga?"

NUke

Aku berada dalam kategori berbadan kurus. Dan aku juga tergolong dalam kategori metabolisme tinggi. Jadi, makan banyak2 pun, still kelihatan kurus. Dan disebabkan itu, badan aku senantiasa rasa panas. Tadi, pergi timbang berat. Dan nyatanya, setelah aku merasakan yang aku makan banyak... sebanyak mana pun, berat aku masih dan tetap sama...







NUke

Anugerah Planet Muzik kini kembali semula setelah setahun menghilang! Berikut merupakan finalis / calon-calon top5 akhir yang tersenarai untuk anugerah bagi tahun 2011.

Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
  • Aris : 1000 X Maaf
  • Febrian : Cinta Itu Gila
  • Igo : Kemenangan Cinta
  • Sandhy Sondoro : Bunga Mimpi
  • Sezaire Sezali : Matahari
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
  • Aisya Hasnaa : Lagu Mahu Kamu
  • Amanda Imani : Selamilah Cinta
  • Ana Raffali : Tolong Ingatkan Aku
  • Mytha : Seperti Yang Kau Minta
  • Roze : Harum
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
  • Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet : Kalau Berpacaran
  • Azlan & The Typewriter : Kelibat Si Penyair
  • Govinda : Bawa Aku Lari
  • Projek Pistol : Wanita Seluruh Dunia
  • Zivilia : Aishiteru
Kolaborasi Terbaik
  • Amarah : Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Audi Mok / Siti Nurhaliza)
  • Berteman Rindu : Didicazli & Giselle (Didicazli / Didicazli)
  • Harus Bagaimana : Atilia & Malique d'Essentials (Widi Puradiredja / Widi Puradiredja)
  • Kalau Cinta : Aliff Aziz & Joanna (Panji / Panji)
  • Sayang : Dayang Nurfaizah & Marcell (Omar K / Nuur Iman)
Artis Lelaki Terbaik
  • Faizal Tahir : Adrenalin
  • Glenn Fredly : Lovevolution
  • Hady Mirza : Sang Penyanyi
  • Hafiz : Masih Jelas
  • Judika : Setengah Mati Rindu
Artis Wanita Terbaik
  • Agnes Monica : Sacredly Agnezious
  • Ana Raffali : Ketika Aku Kecil
  • Astrid : Lihat Aku Sekarang
  • Rossa : Harmoni Jalinan Nada & Cerita
  • Sarah Aqilah : Sarah Aqilah
Duo / Kumpulan Terbaik
  • Andra & The Backbone : Love, Faith & Hope
  • D'Masiv : Perjalanan
  • Kotak : Energi
  • Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila : 3 Suara
  • 6ixth Sense : + - x /
  • Ungu : 1000 Kisah 1 Hati
Album Terbaik
  • Cari Jodoh : Wali (Sujana)
  • CTKD : Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Aubrey Suwito, Audi Mok, Charly ST12, Siti Nurhaliza, Krisdayanti)
  • Energi : Kotak (Pay, BIP)
  • Sang Penyanyi : Hady Mirza (Hady Mirza)
  • 3 Suara : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila (Irwan Simanjuntak, Paul Morisson, Kevin Chin & Aylwin Santiago)
Lagu Terbaik Singapura
  • Harum : Roze (Imran Ajmain & Alif Shah Shamsiri)
  • Ku Tetap Kan Menunggu : Hady Mirza (Hady Mirza / Hady Mirza)
  • Lagu Teman : The Lion Story feat. Zahidah (Haramain Osman / Haramain Osman)
  • Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa (Janz Abdullah, Aina Azizi & Khairul Anwar)
  • Matahari : Sezaire Sezali (Haramain Osman / Haramain Osman)
Lagu Terbaik Malaysia
  • Awan Nano : Hafiz (M. Nasir / Buddhi Hekayat)
  • Hanyut : Faizal Tahir (Audi Mok & Faizal Tahir / Audi Mok & Faizal Tahir)
  • Kalau Berpacaran : Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet (Sohaimi Meor Hassan / Sohaimi Meor Hassan, Ana Raffali & Altimet)
  • Kekanda Adinda : Atilia & Monoloque (Loque / Loque)
  • Nokhtah Cinta : Hafiz (Ajai / Sheikh Qalam)
Lagu Terbaik Indonesia
  • Cari Jodoh : Wali (Apoy / Apoy)
  • Cintailah Aku Sepenuh Hati : Ari Lasso (Sandy Canester & Pay / Ari Lasso)
  • Karena Ku Cinta Kau : Bunga Citra Lestari (Dewiq / Dewiq)
  • Pelan-Pelan Saja : Kotak (Pay & Kotak / Dewiq)
  • Rindu 1/2 Mati : d'Masiv (Rian d'Masiv / Rian d'Masiv)
Lagu Terbaik
  • TBA
Artis Singapura Paling Popular
  • Aliff Aziz
  • Didicazli
  • Diorama
  • Dynda
  • Faizal Isa
  • Farhan Shah
  • Fauzie Laily
  • Hady Mirza
  • Hyrul Anuar
  • Imran Ajmain
  • Rancour
  • Revalina
  • Roze
  • Sarah Aqilah
  • Sezaire Sezali
  • Sleeq
  • Syed Azmir
  • Taufik Batisah
  • The Lion Story
  • The Sallys
Lagu Singapura Paling Popular
  • Angkasa : Hady Mirza
  • Biar Hati Mencintai : Sarah Aqilah
  • Dunia Yang Fana : Zaibaktian
  • Harum : Roze
  • Hingga Ke Akhir : UrbanSensation feat. Rauzan
  • Janji : Tujuh
  • Kali Pertama : Chosen One
  • Kesuma Jiwa : Boy Raven feat. Man Toyak
  • Maafkanku (Oh Cinta) : Faizal Isa
  • Matahari : Sezaire Sezali
  • Menanti Cintamu : Revalina
  • Tiada Dua : Taufik Batisah
Artis Serantau Paling Popular
  • Afgan
  • Agnes Monica
  • Aliff Aziz
  • Faizal Tahir
  • Hady Mirza
  • Hujan
  • Rossa
  • Siti Nurhaliza
  • Taufik Batisah
  • Ungu
  • Wali
  • Yuna
Lagu Serantau Paling Popular
  • Aishiteru : Zivilia
  • Angkasa : Hady Mirza
  • Baik Baik Sayang : Wali
  • Berteman Rindu : Didicazli & Giselle
  • Cerita Kedai Kopi : Malique feat. Salam
  • Join Kopi : Blackout
  • Khatimah Cinta : 6ixth Sense
  • Ku Pinjam Satu Bintang : Alyah feat. Riz
  • Masih Di Sini Masih Denganmu : Goliath
  • Menanti Cintamu : Revalina
  • Tiada Dua : Taufik Batisah
  • Tinggal Kenangan : Saleem
Anugerah Khas Planet Muzik
  • TBA

ANUGERAH PLANET MUZIK 2011
15 Julai 2011
8.30 Malam

NUke



    Drinking a cup of coffee the night before a long journey is not really a good idea. You will ended up, staring at the computer at 2 o'clock in the morning as you can't sleep. To make it worst; you know that you'll be driving some 300 km, heading south.

    Yes. That's happened to me last week. Ada kenduri kahwin saudara. So, I decided to let my Angah to drive first. KL to Melaka. To be exact, from house, to R&R Ayer Keroh, Melaka. Then, I took over her seat; heading for Kulaijaya; our destination. We did stop at R&R Machap, Johor to have our pre-prepared lunch. Thanks to Puan Ibu, we had a very delicious nasi putih & rendang ayam. Sedap!

    The traffic was not that bad, with the fact that the school holiday pun dah start seminggu lebih, so, no massive jam at Seremban. The journey took less than 5 hours, including the stops, and sesi mengisi minyak. So, it's okay lah kan?

    Johor. Last week was my 2nd time pergi Johor. Kali ni, pergi dengan family members, duduk kat hotel bajet, pergi sana-sini. Tapi tak masuk JB pun sebab jalan sangat jam! So, lepak-lepak kejap kat Danga Bay yang dah tak ada apape tu, ambil2 gambar and then, pergi TJ Mart. Tak lupa juga melalui Warung Kopi Pak Mat.

    Paling best, pergi beli KFC malam tu dengan Angah. Drive thru. Beli family feast, dapat beg troli percuma.

    On the way balik, I let Angah drive first, up until Aye Keroh befor I'm taking over. Only to realize that it was a bad perancangan! That I have to drive a kereta manual menempuhi Seremban yang AMATLAH SESAK!!!!

    Dan the next day, aku kerja.




    NUke

    video



    Well, lambakan lagu-lagu pop rock sekarang ni menyebabkan produk Nasyid tempatan kini semakin susah mendapat tempat di arus perdana. So, aku dedikasikan vlog kali ini kepada semua pejuang industri muzik kerohanian dan Islamiah di Malaysia. Dan serata dunia.

    Sukar untuk percaya kan? Tahun pertama aku buat senarai 100 lagu tu, lagu nasyid yang menduduki tempat #1. Tapi, itu semua dulu... pada tahun 2006.


    NUke



    "Hello, may I speak to Munif?"
    "Munif is not in the office today. May I know who's speaking?"
    "Oh, it's okay. Just tell him that Sofia from Zaccine Sdn Bhd is looking for him."
    "Okay Ms. Sofia. Is it possible for me to know what is it regarding?"
    "Hmm... Well, this is more into Biotech Seeds projects that we're working on. Appreciate if you can ask him to return my call immediately, ya!"
    "Sure thing! May I get your number then?"
    "Nahh, he got my number already."
    "Okay. I'll pass the message to him once he got into the office tomorrow morning!"
    "Thank you. Bye."
    "You're welcome. Bye."

    Balqis yang duduk bersebelahan dengan Sofia itu cuma mampu termangu mendengar perbualan telefon rakan sekerjanya itu. Hari ini hari Isnin. Hari ini, sekolah masih bercuti. Jalan raya begitu lengang dek kerana tidak banyak kenderaan di atas jalan. Namun, itu semua tidak mampu menceriakan hatinya. Dia gelisah. Terlalu jelas keresahannya itu sehingga terpalit di wajah putih gebunya itu.

    Dan itu menarik perhatian Sofia yang selesai mengemaskini status perbualannya di dalam laporan hariannya di komputer riba miliknya.

    "Hey, Qis! Dari tadi I tengok you ni monyok je. What happened?"
    Mencebik bibir. Mukanya berpaling. Matanya kini tertumpu menghadap skrin komputer yang menayangkan laman sesawang Harian Metro On-line.

    Berbisik perlahan, seorang lagi kenalan, Syahira mula menyampuk, "...gaduh dengan Azirul lah tu."

    Balqis cuma mampu menoleh dengan pandangan yang sinis. Wajahnya seolah-olah memberi amaran keras kepada Syahira. Seolah-olah membalas 'kau jangan menyibuk boleh tak?'.

    Simpati. Masing-masing tidak tahu apa permasalahan yang dihadapi Balqis. Namun, mereka cuma hanya mampu bersimpati. Kerna, masing-masing mempunyai masalah yang tersendiri.

    Projek Biotech Seeds itu diperolehi mereka dengan konsep cantas-mencantas serta rasuah.

    Seseorang telah melanggar lari seorang penunggang motorsikal sedangkan jalan tidaklah begitu sesak pagi tadi.

    Dan tindakan menyampuk perbualan itu cuma mahu menggembirakan hati yang sudahpun luluh dek kerana notis 72 jam yang diterima; gara-gara gemar menyebarkan gosip yang menyebabkan CEO syarikat dibuang kerja.


    Notakaki: Berpura-pura mengambil berat adalah antara tindakan yang diambil, untuk melegakan hati yang resah, takut, dan malu. Ia juga cara halus untuk menceriakan diri. merendahkan orang lain. Meninggikan diri sendiri.

    *Nama-nama watak dan juga nama syarikat yang dinyatakan dalam kisah ini cumalah rekaan semata-mata.

    NUke

    Adik aku kata:




    "Lelaki yang ada bulu ketiak nampak macho."







    Aku ada bulu ketiak.

    Aku MACHO.




    NUke

    Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

     

    K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.