For those who knows "Conteng Conteng", sure korang akan setuju bila aku cakap Buku Conteng2 (Edisi Kedua) tu sangat menarik dan membuatkan hati rasa sangat frust bila kita tiba di muka surat terakhir. Seriously, aku rasa naskah buku itu sangat nostalgic. Penuh dengan lakaran-lakaran dan contengan kartun yang mengimbau segala kenangan dan memori zaman kecil.



Duduk bermain dengan kucing, imaginasi akan kepulan awan yang menyerupai binatang... buat khemah daripada tilam... dan main kad tepuk! semua itu secara peribadi sangat rapat dengan apa yang aku lalui zaman kecik. Dan of course, semua itu juga berlaku dengan kehadiran big bro yang suka ajar benda yang bukan-bukan waktu kecik dulu.

First time aku masuk laman ni, aku mmg dah suka. Maybe sebab aku minat seni kot! Haha! Dan oh! authornya memang sangat berbakat.

Tak pernah tahu kewujudan Conteng Conteng? Klik sini.

NUke

Of course, bila kita dalam usaha mencari kerja, awalnya akan ada usaha dan kesungguhan. Tak kira lah apa jenis tugasan dan cabaran yang diberikan, sure kita sanggup buat. Malah sanggup berjanji akan datang awal dan berada di tempat temuduga. Walaupun hakikatnya kita tahu tempat yang dituju itu dikelilingi dengan lebuhraya yang sesak.

Macam-macam ragam aku lihat dikalangan mereka yang bersungguh-sungguh mencari peluang pekerjaan. So called bersungguh lah.

Dan bila saja emel dikirimkan, meminta si candidates untuk datang interview, akan ada reply yang menolak untuk terima peluang itu. Ya, aku masih tidak kisah dengan mereka yang menolak. Sebab? Mereka tulus dan jujur. Tapi, bagaimana pula dgn mereka yang membalas; gigih ni.. kata "I will be there on time!".

Ended up, bayang-bayang pun tak nampak on the exact day. Apatah lagi batang hidung dan segala susuk tubuh yang lain. Those yang ada bagitau tak dapat datang tu, aku boleh terima lagi. But those yang hilang tanpa khabar.

So, this kind of attitude kah yang korang mahukan dalam pekerja korang, if you were the one yang akan meng-hire?

Pada aku... tentulah tidak.

p/s: Peringatan kpd bakal2 pencari kerja di luar sana.

NUke



You found me when no one else was lookin',
How did you know just where I would be?
- You Found Me; Kelly Clarkson

Hari ini merupakan kali kelapan mereka keluar bersama. Hanya mereka berdua. Masing-masing ligat memerhatikan meja kosong untuk meletakkan dulang perang yang berisi dengan dua bungkusan burger ayam, dua air berkabonat, dan dua pek jejari kentang. Restoran McDonald's di Mid Valley Megamall itu sedikit penuh dengan manusia yang keluar berjalan hujung minggu.

There. Orang tu dah habis makan. You pergi duduk dulu. I nak ambil sos.
Okay.

Zack menyuruh Jasmyn segera ke meja yang baru saja kosong. Tidak lama selepas Jasmyn melabuhkan punggung ke kerusi, kelihatan pekerja restoran datang membersihkan meja. Jasmyn melemparkan senyuman kepada pekerja lelaki itu, sebagai tanda terima kasih. Dia kemudiannya membetulkan gaun labuh yang dipakai. Cuba untuk membuatkan dirinya selesa. Zack menghampiri dan duduk bertentang. Dulang berisi makanan dan sos itu diletak perlahan.

Makan. Setelah masing-masing menadah tangan membaca doa yang didahului oleh Zack. Amin.

Jasmyn, the reason I ajak you keluar ni sebenarnya nak tanya opinion you.
Opinion? Pasal kerja ke, Zack?
Sort of la. I hope you don't mind. Ye lah. Hujung-hujung minggu pun terpaksa dengar I menceceh pasal hal kerja.
Haha. It's okay. Used to it. Everytime kita jumpa pun, you mesti cakap pasal kerja you.
Hahaha. Sorry lah. 
So, what is it...?
Like this. My boss asked me whether or not I want to pindah ke branch office di Sabah.
Wow! Sabah! Jauhnya. Naik pangkat ke?
Not really la. But... lebih kurang lah.
Then, why not?

Terdiam. Zack memandang bekas air yang berisi Coke. Pekat warnanya, tidak seperti jernih Sprite yang diminum Jasmyn.

Jauh di sudut hati, Jasmyn ibarat mengalah. Membandingkan jernih Sprite yang dinikmatinya dengan kelam warna hatinya ibarat Coke yang dipesan Zack.

The thing is... Zack menyambung. Jasmyn merapatkan diri ke hadapan. Menanti sambung ayat Zack dengan debaran.

...the thing is, I don't want to be far away from you.
Zack! Just go. You will be always with me. Close.

Jasmyn mengambil purse yang disimpan dalam tas tangan. Dibuka dan ditunjukkan gambar Zack yang sudah pun menggantikan potret Hafiz. Dia tersipu malu. Tidak disangka dia akhirnya tewas dengan jujur, budi, dan manis yang dipersembahkan Zack; dan yang pasti, dia sudah mampu melupakan Hafiz yang selama ini dirasakan satu-satunya insan yang dicintai.

Persis ketika itu, Zack bingkas berdiri mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar dockers nya dan kembali duduk. Kedua-dua tangan digenggam bersama.

This is the only time. This is it. Do it now, Zack. Racun mindanya. Matanya tertutup rapat. Sangat rapat.

Jasmyn. Saya, Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair... ingin sekali menjadikan awak teman hidup semati...

Tergamam. Menekup tangan ke mulut yang sedikit ternganga. Jasmyn hilang bicara. Zack kembali menyambung ayat seterusnya. Kali ini matanya dibuka memandang tepat kepada Jasmyn.

...sudikah kiranya awak menerima saya sebagai cinta; peneman hidup untuk selamanya?

Ditadahkan syiling 50sen kepada Jasmyn. Menanti penerimaan atau penolakan terhadap cinta yang baru diluahkan dengan muka yang merah padam.

Klasik. Jasmyn tidak sekali menyangka dirinya dilamar Zack petang itu. Dia kaget. Tangannya menggeletar tatkala minda berkira-kira untuk menerima atau menolak syiling yang ditadahkan Zack.

Saya terima.

Kau umpama susun silang kata, yang terakhir untuk ku.
Sekian lama ku mencari, rupa-rupanya di depan ku.
- Susun Silang Kata; Aizat

- End of Part 7 -

NUke

Assalamualaikum & Good day to all readers!

Mungkin tak berapa banyak aktiviti boleh dibuat waktu hujan, kan? So apa kata korang baca je blog aku ni. Walaupun ia mungkin membuang masa korang, tapi at least korang dapat membazirkan masa. Eh!

Masih ingat lagi Yoyooh! ? Yoyooh ni kalau tak silap dah ada dari zaman 2008 kot. But, honestly aku start follow laman komuniti ni since 2009 rasanya. Dari site Yoyooh! ni lah aku dapat chance utk join cabaran The Blog Squad, dan menang satu award. Alhamdulillah, syukur!



Anyway, kalau siapa2 yang perasan, site Yoyooh! baru-baru ni dah di-revamp-kan oleh owner nya; menjadikannya lebih menarik dan cool! barulah yo-yo-oh kan? Eventhough, target readers dan audiens masih lagi dikalangan youth, tapi pengisiannya lebih pelbagai, matured dan menarik. Tak terlalu memfokuskan hiburan semata-mata... ada juga ruangan untuk lifestyle dan juga review2 buku; recommendation utk vacation dan restoran; tak lupa juga tips2 blogging. Kalau siapa2 yang masih tak berkesempatan melayari website Yoyooh! yang terbaru, sila ke http://yoyooh.com dengan segera.

Of course, di situ korang boleh baca macam2 articles, boleh drop komen dan pendapat. Amik bahagian dalam undian yang ada, dan juga manfaatkan masa dengan risalah yang berguna. Cewah! Dan oh, kepada yang ada facebook dan twitter; jangan lupa 'like' dan 'follow' Yoyooh! sekali ya! Macam aku ni.... tiada facebook.. huhuhu.

Ok lah. Nak baca Yoyooh! kejap!

NUke

Seingat aku, kali terakhir aku makan gula-gula tablet susu Bento ni time darjah 6. Aku tak pasti pula kalau korang pun pernah makan gula-gula ni. And aku baru tahu yang gula-gula ni masih ada di sini.



kagum! packaging pun masih sama.



Gila lama. Terus teringat dulu, begaduh dengan member sebab dia suka 'curik' gula-gula ni dari beg sekolah aku. Balasannya? Aku suruh dia ganti dengan ais krim pop ataupun kad tikam-tikam yang ada sticker tu.

Heh.


NUke

A friend of mine, this afternoon gave a comment about a restaurant.

An Indonesian-food restaurant by the name of Sari Ratu Authentic Nasi Padang.
Something like that.

She said, "...padahal makanan pun lebih kurang makanan biasa saja...".
She took a breath and continued, "... tapi harganya, mahal gila!"

I added to her statement. It sounds something like this:
"Sebab ada word Authentic tu lah yang jadi mahal..."

She complimented my statement by adding:
"Ye la! Additional RM10..."

And we laughed.



Morale:
Kadang-kadang, rasa masakan kedai yang mahal dan gerai-gerai tepi jalan tu lebih kurang sama saja. Tapi disebabkan oleh pengaruh tempat, jenama, dan menu yang sedikit diolah... menjadikannya MAHAL. Senang saja kan orang sekarang ni nak buat duit....


NUke

Eventhough aku tahu ramai yang macam 'like I care...?' bila aku tak update blog dalam masa yang lama; but deep in my heart, aku tetap percaya akan ada seorang dua yang kisah bila aku tak update blog ni. Nak tahu siapa?

Aku. Myself.

Takkan tiba-tiba Maher Zain kisah nak baca blog aku ni pula kan?

End of last week, aku agak busy dengan macam-macam perkara. Ada event di MidValley, bermain perasaan sabar dengan KTM Komuter, dan juga konflik dengan ex-company berkenaan dengan satu event yang bakal dianjurkan. Hectic. Walaupun jauh dalam benak, aku cuba untuk lupakan segala masalah, aku tetap tak boleh buat camtu. Sebab pada aku, melarikan diri daripada masalah... cuma akan menambahkan masalah.

Ok then. Close friends of mine maybe tahu pasal konflik itu. Dan aku sekarang ni sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbetulkan apa-apa yang perlu... walaupun sekarang ni aku dah tiada apa-apa kaitan dengan company lama. Let's not go into details.

For those yang ada follow twitter aku, maybe last 3 / 4 days, pnah nampak la tweets yang mana aku agak 'marah' dengan segelintir individu yg tak reti nak appreciate sumbangan kita pada mereka. This is reality. Sometimes, kita dipergunakan - without receiving any credits. Not that kita tak ikhlas menolong, tapi balasan yang diterima tidak setimpal.

I did learn my lesson.

Nak menolong orang, biar berpada-pada. Aku tak nak, sebab mereka, professionalism aku dipertikaikan.


NUke

Okay. Zaman-zaman dulu memang tak sama langsung macam zaman sekarang. Budak-budak sekarang dah boleh bersenang-senang main PS2, PS3, dan macam2 lagi game yang aku sendiri pun tak tahu. Keji kan? Seingat aku, zaman aku budak-budak dulu, kalau dah dapat pistol air pun dah cukup gembira. Tambah-tambah pulak menang main game tikam-tikam. Tak sangka dulu-dulu aku pernah berjudi. Tapi, tu dulu.

Dan pistol air tu pun dah dipatahkan ayah, sebab tak siap kerja rumah and punca pergaduhan antara aku dan abang, atau adik beradik yang lain. Nak buat camne. Pasrah saja. Time tu ayah garang. Mungkin juga sebab tu hasil kemenangan bermain judi-judi.. so tak kekal lama.

Then, bila dah besar sikit, baru lah main game-game yang berteknologi sikit. dulu-dulu pun, game ape je yang ada? Game lumba-lumba kereta, game tembak-tembak... tak banyak. Dan yang paling best; akak aku sorang tu, ada Brick Game. Dia punya game tu best sebab ada 9999 Games in 1. Gila kau!

Memang inilah game yang akak aku ada dulu. Sama rupa, sama bentuk.

Time hari Sabtu je, kena ambil turn nak main game tu. Ada masa, sampai bateri habis, so lepas-lepas tu, siapa nak main kena guna bateri AA sendiri. Dari situ lah aku dapat tau kalau bateri AA tu dah habis, boleh dicaj semula. Caranya dengan menjemur di tengah panas.

Aku tak tahu huraiannya secara saintifik, tapi aku rasa ia berkesan kot. Sampai masuk asrama aku amalkan petua itu.

Game tetris, lumba-lumba kereta, dan macam-macam jenis game tu lah... kalau sehari memang takkan cukup masa nak main. Sampai lah mata dah naik boring, baru lah pass kat orang lain. Itu semua hanya akan berlaku setelah ibu dan ayah memastikan kerja sekolah siap sepenuhnya. Kalau tak, kena rotan lah jawabnya.

Budak-budak sekarang... rilex je aku tengok... main game dengan mak ayah diorang sekali.

Aku jeles.

Gambar ihsan Google.

NUke

Mungkin sebab dah diajar sedari kecil, adik-beradik aku mempunyai satu pantang larang yang barangkali bagus kalau dilihat secara positif. Buku-buku tidak sekali-kali dibenarkan dibiar berhampiran kaki, apatah lagi dipijak atau dilangkah. Ianya ibarat membawa ke'sial'an! Cewah.

Bukan apa, buku itu ibarat satu pe-naskah-an ilmu-ilmu yang tak terkira nilainya. Ilmu tu bro... baik ilmu hisab, ilmu agama, ilmu-ilmuan. Semuanya memberikan manfaat kepada kita kalo digunakan dengan baik. Jadi, buku memang mempunyai tahap darjat yang sangat tinggi dikalangan keluarga aku. Semua orang harus dan wajib me-respect buku.

So, bila ada salah seorang daripada kami terlangkah atau tersepak buku; dan terlihat akan seseorang, maka akan adalah yang menjerit:

"Woi!!! Kurang hajar betul! Kau langkah buku tu, apahal..?"

Begitulah. Kami dididik untuk menghormati ilmu.


NUke

It's not like everyday korang boleh baca pasal kisah cinta NUke. But, this time, aku dah buntu. Macam pasrah pun ada juga. Sayang tu memang ada, tapi entah; aku tak mahu lepaskan semuanya macam itu saja.

Dia memang merajuk.

Dan ikhtiar aku  pun dah sampai ke penghujung.

Sekarang apa?










NUke

@ n u k e r u d e










(Aku akhirnya tewas dengan teknologi)


NUke

Matanya ligat menuruti anak panah di skrin, anak panah kecil, atau nama Inggeris-nya adalah 'cursor' itu ligat mencari butang 'Send' pada ruangan emel. Siap. Satu correspondence dihantar kepada potential client yang berminat untuk menyertai ekspo yang diuruskannya.

Perutnya berbunyi. Mengenangkan akan hal itu, dia segera mengaktifkan tetingkap 'Skype' dan sedia berhubung dengan rakan sepejabatnya yang duduk di partition yang lain. Lazimnya, tepat jam 12 tengahari dia akan bertanya, tetpi tidak pada hari itu. Lewat 12 minit.

Hey, what's for lunch?
Lintas jalan?

Dia lebih prefer untuk ke kedai-kedai yang terletak di seberang jalan berbanding dengan deretan kedai makan yang ada di tingkat bawah bangunan. Bosan barangkali asyik menikmati lunch di tempat yang sama. Dengan menu yang sama.

Ok je, assuming that it's not raining lah... haha.
It's okay. I have an umbrella.
Ella
Ella
Eh
Eh
Eh
Hey, kena eja according to pronunciation - Umberella.


Historic. Hillarious. That simple word - Umbrella has somehow lead us to sing Rihanna's signature single. Habis di situ, masing-masing menghabiskan sisa-sisa masa yang ada sebelum waktu makan dengan menyudahkan kerja yang penting.

1.08 petang. 5 orang pekerja itu semuanya bergerak menuju ke kedai makan di blok bangunan kedai yang terletak di seberang jalan. Makanan dan minuman dipesan. Dan sesudah 20 minit, barulah hidangan tiba, sedia dinikmati oleh perut-perut yang lahap mahukan nasi... melainkan seorang rakan yang memesan kuey teow kantonis.

1.58 petang.
Rintik. Semakin lebat. Lebat. Teks ringkas dihantar kepada salah seorang staff, menyatakan akan situasi mereka yang terperangkap dalam hujan dan tidak dapat masuk ke pejabat dengan segera. Sesi bernyanyi-nyanyi di meja makan berlangsung, dari satu lagu ke satu lagu. Sehinggalah lagu hits Rihanna itu.

Hah!!! Where's your Umberella??
It's all because of you. Kalau you tak mention pasal hujan tadi...
No no! You lah! No worry konon. I have umberella lah!
Ha ha.


Berlalu sudah suatu tengahari nan hujan.


NUke

Isteri Pendekar Mat Nayan & Pendekar Mat Nayan




"Tak sangka aku boleh hidup 36 tahun dengan ayah kau..."
- Ibu


5.4.1975

Happy 36th Anniversary
Ibu + Ayah



NUke

Ingat lagi Faris? Budak kecil yang semakin membesar dan mula bercakap. Dan dia juga ada sedikit kepayahan untuk menyebut huruf K dengan betul. Bak kata mak dia la. Aku iya kan saja. Anyway, ini yang berlaku apabila Faris berkunjung ke rumah.

Dia ke hulu dan ke hilir membontoti Wan nya. Wan adalah gelaran kepada seorang Nenek.

Wan. Nak Shadderdor. (Bunyinya seakan Shut-the-door)
Ha? Apa dia?
Nak shadderdor.
Nanti kejap Wan cari kan ya.

Dia mengikuti saja Wan nya ke sana, ke mari. Masuk ke dalam stor. Tiada berjumpa. Keluar. Menghala ke almari kayu yang terletak di tepi dinding berhampiran ruang dapur. Masih tiada bertemu dengan shadderdor.

Wan, Faris nak shadderdor.
Tak jumpa lah. Pergi tanya ibu.

Ibu... Faris nak shadderdor.
Apa?
Nak shadderdor...

Terlihat akan raket ditangan kanan dan kirinya. Faris ingin bermain badminton.

Dan dia sedang mencari shuttle cock.


Nanti ibu carikan shuttle cock ya...?
Nak shadderdor...





Gambar ihsan Google.

NUke

[Live Update starts at 9pm]


Berikut adalah pemenang bagi ABPBH2010:-

Penyanyi Lelaki Popular

  • Aizat
  • Anuar Zain
  • Black
  • Faizal Tahir
  • Shahir
Penyanyi Wanita Popular
  • Adira
  • Ana Raffali
  • Alyah
  • Stacy
  • Yuna
Artis Duo / Berkumpulan Popular
  • Ana Raffali / Sohaimi Mior Hassan / Altimet
  • Azlan & the Typewriter
  • Bunkface
  • Meet Uncle Hussain
  • 6ixth Sense
Penyanyi Nasyid Popular
  • Hijjaz
  • Inteam
  • Mirwana
  • Rabbani
  • Raihan
Pelakon TV Lelaki Popular
  • Aaron Aziz
  • Ady Putra
  • Fizz Fairus
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam
Pelakon TV Wanita Popular
  • Fasha Sandha
  • Lisa Surihani
  • Noorkhiriah
  • Scha Alyahya
  • Tiz Zaqyah
Artis Baru Lelaki Popular
  • Daus
  • Maulana
  • Shahir
  • Sharnaaz Ahmad
  • Shahz Jaszle
Artis Baru Wanita Popular
  • Adira
  • Ana Raffali
  • Mizz Nina
  • Nurul Elfira Loy
  • Nur Shuhaida @ Dottie
Artis Komedi Lelaki Popular
  • Along
  • Angah
  • Johan
  • Nabil
  • Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
  • Didie Alias
  • Kenchana Dewi
  • Noorkhiriah
  • Raja Azura
  • Sharifah Shahirah
Pelakon Filem Lelaki Popular
  • Aaron Aziz
  • Bront Palarae
  • Remy Ishak
  • Shaheizy Sam
  • Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
  • Diana Danielle
  • Lisa Surihani
  • Liyana Jasmay
  • Maya Karin
  • Scha Alyahya
Pengacara TV Lelaki Popular
  • Ally Iskandar
  • Awal Ashaari
  • Aznil Nawawi
  • Jimmy Shanley
  • Zizan
Pengacara TV Wanita Popular
  • Cheryl Samad
  • Fara Fauzana
  • Nurul Syuhada
  • Raja Azura
  • Sharifah Shahirah
Penyampai Radio Lelaki Popular
  • Aznil Nawawi
  • Faizal Ismail
  • Halim Othman
  • Kieran
  • Salih Yaakob
Penyampai Radio Wanita Popular
  • Abby Fana
  • Fara Fauzana
  • Linda Onn
  • Raja Azura
  • Sharifah Aleya
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
  • Dato' Rosnani Jamil
Bintang Paling Popular 2010
  • Shaheizy Sam

Moment of the night:
Ucop Wilchar & Johan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) diberi penghormatan untuk mengumumkan Anugerah Bintang Paling Popular 2010.


NUke


I dedicated this writings to the peminat fesyen.

Recently, in newspaper, I do came crossed with an article or news saying that 'No need to worry for the climate changes', something like that lah. For the public, like me... how come we aren't allowed to worry? These days, rasa panasnya sangat lain macam! Is this what do they call Global Warming? How does it relates to us? And how does it relates to the Earth Hour?

Mungkinkah Earth Hour yang menjadi punca kehangatan semua ini? Atau kesan pergerakan Bumi akibat earthquake and tsunami in Japan? Only Allah knows. To cut it short, lately sangat panas. That's all.

I got the time to go out and went to some places. Just hang out with my friend, watching people in few different places. With lots of ragam! We can say that Malaysia is a tropical-climate country. Hujan and panas saja all the year. Itu saja musim yang kita ada; with exception of musim Durian, Rambutan, and other musim buah. But the rest... tiada. No No. No musim winter di Malaysia. At least, not yet.

So, no need lah you people nak berpakai jaket-jaket tebal dan jaket-jaket berbulu while you're crossing on the road; in front of other motorists. Kau tak rasa panas ke weh? Seriously...?

That's why kadang-kadang aku tak faham dengan budak-budak baru nak up ni. Even though you people minat sangat pada fesyen-fesyen Barat ni semua... but sometimes, just be realistic ya. This is Malaysia. Thot that orang-orang macam ni ada zaman aku sekolah menengah dulu je...


NUke

Kadang-kadang, kita kena faham. Kalau seorang blogger itu tidak update blog untuk satu jangka masa yang agak lama; maknanya...


'dia sedang menunggu gaji, untuk membayar bil broadband...'








NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.