Perbualan ini berlaku pada hari semalam. Antara seorang blogger, dengan bekas rakan sekerja, bercerita akan perihal seorang sahabat lelaki yang mempunyai isteri yang kini sedang hamil. Nama-nama watak diubah bagi memelihara keharmonian sejagat.


Nuke: Eh, Siti. Bukan ke bini si Mamat tu tengah pregnant?
Siti: A'ah. Ntah, rasanya dah masuk 10 bulan kot.
Nuke: Ish, kau ni. Takkan lah kot. Dia kahwin haritu bulan berapa? Bulan 10 kan?
Siti: Bulan 10 or 11 la. Cuba kira. Sekarang bulan Mac....

(pengiraan sedang berlaku...)

Nuke: Agak-agak lah kau ni, Siti!!!

Nuke: Mana ada orang pregnant 10 BULAN !!!!
Siti: Eh! A'ah la.! Hahahahahha.

Nuke: Hahahha! (Gelak besar jugak! Sambil diperhatikan oleh kawan2 lain dari jauh).




Got the point?
Manusia normal pregnant 9 bulan, brapa hari je.

Original picture credit to Google.

NUke


Dari pandangan matanya yang sayu itu, ku mengerti;
Tutur budi bahasa yang memikat hati, ku senangi;
Ku jatuh hati.
- Mungkin; Ella

Hari yang baru sedikit pun tidak mampu mengubat hati Jasmyn yang terluka dek cinta yang dilupakan Hafiz. Dicapainya telefon bimbitnya, tiada mesej diterima. Hampa. Kemalasan untuk menghadapi hari-hari mendatang terpaksa dilupakan kerna dia kini bertanggungjawab menyara dirinya sendiri.

Setelah dipastikan tubuh sedikit merenggang, diletakkan semula telefon bimbit ke atas katil bersebelahan bantal, sebelum menuju ke bilik air.

-

136 hari berlalu. Dan masih terselit sekeping gambar Hafiz di dalam purse berwarna perang milik gadis itu. Menimbulkan soalan di minda Zack yang menemaninya menikmati cendol di Keramat AU. Petang Jumaat itu dirasakan waktu yang sangat sesuai untuk menikmati kesejukan dan manis rasa cendol itu. Bagi Zack, lebih enak jika dinikmati sekali dengan mi rojak, memenuhi kehendak diri yang mahu dimanjakan setelah penat seminggu bekerja.

Jasmyn... If I ask you this, promise me you won't get mad, ya?
What is it?
(Mengunyah perlahan mi rojak, sebelum menyambung persoalannya.)
Why do you still simpan gambar Hafiz dalam your purse?

Tersenyum dan tunduk, memandang cebisan-cebisan cendol yang sesekali tenggelam timbul dalam larutan gula. Kedengaran Jasmyn berdehem sebelum dia mampu membalas persoalan Zack itu.

I don't know, Zack. I don't think that I have an answer for that question.
It's okay. I'm just asking. Haha.
Haha.

Zack.
Ya, saya.
Should I take out his photo from my purse?
Only if you wanted to...
What do you think?
I think...
(Tertunggu. Dagu ditongkatkan dengan tangan kanannya. Merenung tepat ke sisi wajah Zack yang mulai berjambang.)
I think lah kan...
Apa dia? (Menepuk bahu kiri Zack.)
Haha. I think you should replace it with my photo.
Eleh! Tak mahu lah! You ni tak tahu malu betul...!
Siapa suruh you tanya pendapat I?
Hahahaha. You ni kelakar la Zack.
Hahaha.

Anyway, if you decided to put my photo in your purse, you boleh ambil profile picture I on my MySpace.
You mean, gambar yang you pakai cap hitam tu?
Haih! Macam berminat saja!
Hahaha. I tanya saja lah...

-

Telefon berdering. Panggilan dijawab. Sedikit tertawa. Selamat malam diucapkan kepada insan yang baru saja menelefonnya itu. Dia kembali menghadap komputer ribanya itu. Dia berkira-kira untuk melakukan sesuatu.

Should I print it?

And you could be my summer, and you could be the one;
And you could be my saving grace, and you could be the one.
- The One; Disagree


- End of Part 6 -

NUke

Result SPM dah diumumkan dan dah keluar. Jadi, siapa-siapa yang dapat keputusan yang cemerlang, sila lah bergembira seketika ya! Dan yang tak berapa nak cemerlang, it's okay. It's not like the end of the world; eventually, lepas ni akan ada yang sambung belajar di peringkat Sijil, Diploma, or matrikulasi. Lepas tu sambung Ijazah Sarjanamuda, then so on...

Hidup ibarat jadual yang telah ditentukan oleh sesuatu yang bergelar 'sistem'.

Pengalaman aku ambil keputusan SPM mungkin tak banyak beza dengan orang lain. Since, sekolah aku terletak somewher 300 km away dari rumah, maka ibu ayah aku takda lah rajin nak mengangkut aku ke sana semata-mata untuk ambil keputusan. Lagipun, time tu aku rasa memang aku nak pergi amik keputusan dengan kawan. So, sehari sebelum itu, aku ke Ipoh, ke rumah Ahmad Faisal; rakan sekelas aku time Form 4.

Cuak, gemuruh, kecut perut... semua perasaan tu aku rasa tatkala pagi hari result-SPM-keluar. Tak sabar pun ada. At the same time, masing-masing tak nak ambil keputusan tu dulu. Semua menolak-nolak sesama sendiri untuk ke depan dewan menghampiri meja yang tersusun lurus dengan barisan cikgu-cikgu yang duduk di belakangnya.


Ni slip SPM time zaman aku dulu-dulu. Dah dapat result ni, baru boleh certified blogger!

Gamble lah! Tawakal saja. Keputusan pun dah ada. Itu semua adalah usaha aku selama 10 tahun bergelar pelajar since Darjah 1. Ini lah kemuncak zaman persekolahan. Di mana kita akan melihat pencapaian kita. Sebelum membandingkannya dengan kawan-kawan. Suatu sistem yang kejam untuk meninggi dan menjatuhkan air muka seseorang... kan?

After all, it's all about your own effort!

Aku agak rindu dengan perasaan tertunggu-tunggu akan setiap kali keputusan peperiksaan mahu diumumkan oleh cikgu kelas. Atau pun, koman-koman aku rindu akan perasaan nervous bila Cikgu Norliah Adom mahu memberikan semula kertas jawapan subjek Maths, ketika di Tingkatan 2 dulu-dulu.

Dan perasaan itu berpindah-pindah kepada generasi muda saban tahun. Dan adik aku merasainya sebentar tadi.

SPM : Sampai Perut Memulas....


NUke

Cakap bannyak pun tak guna. Pagi tadi, kul 6.17 pagi, aku ke bilik air untuk mandi, only to find that berbelas ekor lipas pelbagai saiz sedang berpesta dalam bilik air aku. Kuajaq tul! Padahal bilik air aku tu bersih!


Aku lukis, dengan niat nak berkongsi kisah kejadian.


Then ibu cakap:-
"Memanglah bilik air kau tu bersih. Tapi sesekali kena spray jugak! So, bila selalu spray, lipas pun takde lah beranak pinak dalam lubang-lubang salur air tu."

Moral of the story: Bilik air yang bersih, tidak semestinya menjamin ketiadaan lipas.



NUke

Well, some people actually left their works, immediately after the clock shows '5.30pm' or maybe 6pm. Or whatever lah masa kerja korang tamat! For me, now, in the new working place... it's 5.30pm. And yet, some people can even wait at the door few minutes before the 'time's up!' moment. mengeluh... bak kata orang putih: Sigh~

working enviro aku kat ofis lama dulu.

Aku? Depends la. Kalau betul-betul aku ada hal yang memerlukan aku balik cepat, maka aku akan keluar dari ofis on-time. Kalau tiada, maka, tak perlu apa yang nak dikejarkan. Jalan jammed? Mungkin sekarang itu bukan satu isu besar bagi aku since aku menunggang motor. But, if let's say aku naik LRT, yeah! aku agak rush juga lah sebab nak kena tunggu bas lagi, and naik tren. But it's no big deal pun sebab lately perkhidmatan RapidKL agak bagus. Ada saja bas lalu setiap 15 minit. Dan naik tren pula dari satu hujung ke satu hujung. Jadi, available seats tu suatu kepastian.

Well, I must agreed that working environment membuatkan kita terikut-ikut dengan sesuatu habit. Dari situ, ia berkembang menjadi Budaya.

Sometimes, initially kita ni memang jenis orang yang tak kesah nak keluar ofis lambat; but yet, bila dalam department tu, acapkali kita menjadi orang yang terpaksa menutup suis lampu dan mengunci pintu, maka lama kelamaan akan mula rasa tidak seronok. Esoknya, kita cuba balik sedikit awal berbanding biasa. Last2, nampak je member sebelah kemas beg... tau tau je kita pun dah siap berkemas. Tunggu nak balik saja.

But, honestly.. best ke balik awal weyh? I mean... it's Kuala Lumpur. Jalan jammed kot!

NUke

Perkataan Nostalgia dan Klasik itu dah terlalu common bila mahu men-describe-kan sesuatu perkara yang sudah menjadi sejarah. Sebab tu aku guna terms 'Aku Dah Rasa Tua' untuk segmen terbaru kat blog ni.

It was way back in 1998. Time tu aku Darjah 5, setelah berjaya melompat katak kelas bersama-sama Asyraf Yaakub, Muhammad Haziq Abdul Haiyee, Ahmad Fauzul Adzim, dan juga Ahmad Ridhwan Hassan. Aku satu kelas dengan Muhammad Haziq.

Time tu, aku ingat lagi; bila dah penghujung tahun; satu fenomena dan senario luar biasa berlaku di SKSTB. Budak-budak semua sibuk mahu bermain yoyo. Ini semua gara-gara iklan dan komersil Pro-Yo!



Kiranya, sapa yang ada Pro-Yo memang dah hebat dan up-to-date. Dulu-dulu, walaupun harganya RM19.90; tapi, bagi budak sekolah yang pakai uniform biru (sebab aku jadi pengawas disiplin) macam aku ni... Besar wooo amount RM19.90 tu. Brape banyak kali boleh main tikam-tikam and menang coklat atau pistol mainan yang ada belerang tu. Dan ketika itu, aku cuma mampu memasang niat untuk memiliki Pro-Yo.

Sehinggalah penghujung tahun 1999. Lepas habis UPSR, ada lawatan kelas PEKA 21 ke Pulau Langkawi. Time tu, ibu bagi aku duit poket sebanyak RM30 sahaja. Dan aku menyerahkan wang itu kepada Cikgu Zainal Abidin yang pakai kopiah tu untuk simpan. Sebab apa? Sebab takut terbeli benda yang bukan-bukan and entah apape kat Langkawi. Hari terakhir di sana baru aku minta balik duit aku tu; dan beli lah jajan and key-chain bentuk penyu or burung helang.

On the way balik KL (naik bas sekolah), barulah rasa macam mewah sebab masih ada duit yang banyak. Then, nak di jadikan cerita; bas sekolah tu berhenti kat stesen minyak BP untuk isi minyak. Dan aku, bukan main gembira lagi sebab dapat beli PRO-YO !! ! ! ! !

Aku punya Pro-Yo, lebih kurang yang macam ni lah.

(Dulu2, Pro-Yo ada jual kat BP je.)

Ada juga kawan-kawan aku yang lain beli.

Balik sekolah; since UPSR pun dah habis, maka bermainlah kami Pro-Yo itu. Belajar skill yang macam2 through manual yang disediakan. Antara yang aku ingat... 'Walk the Dog' dan 'Round the World'. Mula lah berlawan2, tunjuk sapa lagi hebat.

So, bila aku dah tiada mood untuk berPro-Yo...?

Bila tali yoyo tu dah putus. Abang aku punya pasal. Lepas tu, dia pulak beli Pro-Yo... setelah aku punya dah jahanam.

At the same time, aku ada permainan lain! Nanti aku cerita...

Gambar: Sumber Google.

NUke

Skrin: Hang pasai apa ni? Dari tadi duk pandang-pandang aku...?

Aku: (Merenung skrin)

Skrin: Buat prangai dah ni... Sah la ni!

Aku: (Muka blur, pandang skrin).

Skrin: Pasai apa hang ni? Habaq mai. Hang boring ka?

Aku: (Diam. Mengangguk perlahan)

Skrin: Aku rasa la kan... Hang ni dah tak buleh nak update blog hang selalu la.

Aku: (Kerut dahi.)

Skrin: Hang bukan tak dak idea. Cuma hang tu malaih jer kadang-kadang...

Aku: (Mengangguk perlahan).

Skrin: Sudah la. Baik hang pi makan. Tadi duk ngadu sorang2 dalam bilik. Terjerit-jerit..."Lapaq! Lapaq!"







Kurang ajar dowh! Skrin komputer carut kat aku!


NUke




Aku agak kagum dengan seorang sahabat; yang masih lagi mewarisi dan mengekalkan budaya masyarakat kita. Yakni bersilat. Dia siap boleh promo kat aku lagi, kot-kot kalau aku nak join Silat Gayong ni. Respon aku, mestilah tersenyum dalam hati.

Silat Gayong tu brader.

Yeap. Walaupun zaman makin maju. Semua dah ada facebook, tapi budaya dan warisan perlu dan tetap perlu dijaga. Aku respek member aku tu. Sebab, aku rasa dalam keadaan dan zaman sekarang yang serba canggih ni, masih ada yang masih mempelajari seni mempertahankan diri tradisional dan klasik.

Silat. Aku tak pernah terfikir pun untuk pakai baju 'uniform' silat warna hitam tu. Ya. Sampai sekarang aku tak pernah pakai sebab aku ni bukanlah peminat seni mempertahankan diri ni. Kalau ya pun aku khusyuk menyaksikan orang bersilat; itu pun sebab pasukan Malaysia ada bertanding dalam mana-mana Sukan SEA, atau Sukan Asia. Tak pasti pula Sukan Komanwel & Sukan Olimpik ada acara Silat ni...? Ada ka?

Yeah. Aku respek. Dengan usia yang tak seberapa muda, masih ada juga dikalangan 'remaja' (cewah) macam aku ni masih mengamalkan dan mempelajari Silat Gayong!



(Kagum...)



NUke

Tengah hari
1 Baju Kemeja : RM 39.00
1 Seluar Kerja : RM 49.00
1 Beg Plastik : RM 0.20

Malam
1 Singlet : RM 7.00

Malam
2 Baju Kemeja : RM 69.00
1 Tali Leher : RM 19.90

Jumlah : RM 184.10


Heh. Heh. Heh.

NUke


Kata hati merayu aku pergi,
Meninggalkan dirimu, tapi ku tak terdaya.
Mengapa kasih, harus ku alami?
- Jika Kau Kekasih; Linda

Zack memperlahankan kereta yang dipandunya, bagi membenarkan matanya ligat mencari parkir kosong untuk mereka. Dataran Putra itu tidak sehingar seperti selalunya. Tidak ramai umat manusia membuang masa di situ. Barangkali kerana hujan renyai sebentar tadi. Parkir. Enjin tidak segera dimatikan. Membiarkan Jasmyn terus berada di dalam kereta, Zack meminta izin untuk keluar dan duduk di bangku taman. Hatinya begitu pedih melihat luka yang dialami Jasmyn. Ingin membantu, tapi tidak tahu bagaimana. Sedangkan dia bukanlah siapa-siapa pada Jasmyn; yang baru saja berpisah kasih dengan Hafiz.

Bodoh lah kau!
Kenapa pula?
Sekarang ini lah masa untuk kau dapatkan Jasmyn.
Tapi, aku tak boleh.
Pengecut!
Bukan! Tapi dia sedang berduka, kan?
Jadi?
Bukan sekarang. Bukan sekarang.

Fikirannya buntu melawan kehendak emosi dan rasional minda. Mana satu harus dituruti.

Jasmyn melangkah menghampirinya sebelum duduk bersebelahan. Mata Zack tidak beralih memerhatikan riak wajah Jasmyn yang cuba berlagak biasa. Dia buntu. Dan tidak tahu apa yang patut dibualkan.

Here. Your car key. I dah lock dah kereta you.
Thanks.
You're welcome.

You don't mind kan I bawa you ke sini.
It's okay. I need this actually. Lagipun, dah lama kita tak lepak sini ramai-ramai kan?
Yeah. Macam dulu-dulu. Dengan Farah, Izwan, Borhan... Ija.
True.

Jasmyn tersenyum, sesekali menyelak jalur nipis rambutnya yang mengurai ke belakang telinga kirinya.

I missed that good days, Zack.
(Berpaling. Memandang sesama sendiri)
Zack, if only we can turn back the time... kan?
What do you mean, Jasmyn? Saya tak faham.

Dan Jasmyn terus tersenyum, kali ini mengalihkan pandangannya ke dataran yang dilimpahi neon putih. Kelihatan sebuah keluarga kecil sedang bermain lambung bola bersama. Girang. Dialihkan pula pandangan ke sebelah kanan. Sepasang kasih sedang berkongsi aiskrim kon yang dibeli dari pakcik motor yang menjual aiskrim tak jauh dari situ. Tersenyum. Dan sekali menyelak rambut ke belakang telinga.

Jasmyn.
Yes, Zack.
I am so sorry.
For what? (Keliru)
I don't know what to do. Saya minta maaf sebab tak tahu nak cakap apa untuk buat awak lega.
You no need to say sorry. You dah bawa I ke sini. Tu pun dah buatkan I happy.
Glad that you say that.
Jom pergi makan. I lapar lah.
Mapley?
Sounds good. I nak makan prata.
Okay! I belanja malam ni!
If that's the case, I nak makan pizza lah!
Hey...


Dan ketika itu, masing-masing tidak pasti sama ada luka itu sudah terubat; atau bermulanya sesi perkenalan hati budi yang baru. Hati yang hancur berderai; satu persatu dilekatkan; terubat, walaupun parut itu suatu kepastian.

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas cuba menggores pipi
Dan bibirmu
- Awan Nano; Hafiz


- End of Part 5 -

NUke



Her last record was way back in 2007, which is 4 years ago. Avril Lavigne is back with the much-anticipated album, Goodbye Lullaby released on March 08; comprising of 14 tracks including Alice, served as a hidden track. Well, not so hidden anyway since the track was listed on the track list on the back cover of the album.

Goodbye Lullaby was a moderate performance from Avril in terms of song-writing, and lyrics. Synonym with her style, there's just a lot of short lyrics in almost every song, for example 'I can be tough, I can be strong. But with you, it's not like that at all' in her Wish You Were Here; also, not to forget in her Alice. Give Black Star an exception as the song was originally compose as a jingle in supporting her Black Star fragrance. The song however saw the mature side of Avril in selecting instruments (for the entire album, I can say...) to make it a little 'epic-sound' and it deserves a compliment as the opening track of Goodbye Lullaby.

She also wrote and co-wrote each of the songs in her latest album (as usual), and also produced 2 tracks - 4 Real and Goodbye; which were fully written by herself.

Overall, What The Hell is the most outstanding and the pop-est song in Goodbye Lullaby, while the rest sounds more or less of ballad, a bit of 'country'. Thanks to the other co-writers like Butch Walker, Max Martin, Evan Taubenfeld and Shellback, for polishing up some of her songs; hence creating some (extraordinary) pieces like I Love You and Everybody Hurts, which I can say the best songs in this album besides What The Hell.

After all, Goodbye Lullaby is so comparable with her previous work; Under My Skin, where Avril seems struggling (a lot) in proving to others about her ability in song writing. No harm okay! But I think she is not that good when it comes to 'filling up the yada yada yada with meaningful words or phrases'. As a result, there were 'oh oh', 'la la la la' and 'yeah yeah yeah' here and there. Also, you can easily notice that this album is more like a 'therapy' for her divorce with her ex-husband, Deryck Whibley in 2009. 

Try to look on the good side; Goodbye Lullaby somehow proves that her vocal is still good, ear-friendly and getting better (maybe) compared to her previous works. Her voice seems to be a bit 'edgy' in some tracks which has made the songs 'rock' like hell (yeah).

Goodbye Lullaby is a must for her fans, but for others; it's no big deal if you didn't get a copy of it. Just purchase couple of good songs as listed below.

Recommended songs from Goodbye Lullaby:-
  1. What The Hell
  2. I Love You
  3. Everybody Hurts
Avril Lavigne's previous album was The Best Damn Thing (2007); and last heard on Alice (2010). Her most successful single to date is Girlfriend, topping the Billboard Hot 100 for a week in 2007.

Score: 66%

By
NUke

Menjadi blogger bermakna menanggung risiko. Dalam hal ni, macam2 risiko akan datang bila saja seorang blogger klik 'Publish' button setelah entry dikarang. Well, tanya lah mana-mana blogger sekali pun; apakah perkara yang dituliskan itu; 100% diyakini tidak akan menyinggung mana-mana pihak. Ada ke yang yakin seyakin-yakinnya jawab 'Ya!'.

Aku?

Aku tak yakin yang entry2 aku ni bebas daripada sebarang ancaman atau penyebab berlakunya konflik atau perdebatan. Sebab, semua orang ada hak pada pandangan masing-masing. The different is, the way you express it out.



Aku doubted dengan kebanyakan blogger baru sekarang ni. Maksud aku, kenapa mereka berblogging? Apa yang mendorong mereka berblogging. Okay lah. Aku takkan cakap yang 'aku ni pun baru berblogging'; while the fact is that aku dah jadi 'blogger' dah dekat 8 or 9 tahun. Cuma baru 3 tahun menggunakan platform 'Blogspot' saja.

Sebab zaman-zaman aku berblogging; kuasa 'alternative media' itu sangat terasa dan berkesan. Dan oh, bukan sahaja dari segi politik negara, tetapi juga environment dan pengaruh di kalangan sahabat2 belajar. Blog memang menjadi medan perang dan perdebatan berkenaan sesuatu isu.

But now; since everyone seems to be a 'blogger', keistimewaan tu dah makin malap. It's okay to post those little things about whatever you eat; whatever you shit; and wherever you date; but there's always something else for us to share among other readers.

Of course, I am not that professional blogger anyway, my blog pun tahap cikai je. And yet, aku tak mahu ianya kelihatan agak bodoh dengan kisah-kisah aku makan nasi campur, atau pergi berkaraoke dengan si polan...menyanyi lagu Luka Seribu Rindu.

Aku suka weh lagu tu! Tapi itu bukan isunya sekarang.

Aku cuma terasa ke-kaw-an berblogging sekarang ni dah makin malap dan dah tak uummph! macam dulu-dulu. Sebab apa?

Sebab blogging kini dah menjadi satu trend dan terlalu komersial.

Ya. Terlalu banyak perhatian kepada blogging.


NUke

I write better when I am sad, awak.




I still love you, awak.




NUke

Amaran : Entry ini maybe offensive kepada segelintir pihak. Baca atas risiko sendiri.


Ada risiko bila seorang lelaki itu tertidur untuk tempoh masa yang agak lama ketika menaiki tren / LRT waktu pagi. Tambah2 pula, jam masih lagi menunjukkan waktu 6.45 pagi, ketika dia mula-mula menaiki tren. Ngantuk. Perjalanan ke tempat kerja memerlukan dia untuk menaiki tren di Stesen pertama. Tempat kerja pula sangat hampir dengan Stesen ke 24; yakni stesen terakhir.

Mula tertidur di Stesen ke 4. Dan tersedar dari tidur bila saja sampai di Stesen ke 23. Mata digosok2 perlahan. Begitu juga dengan muka. Badan ditegakkan sedikit dan dijauhkan dari sandar bangku. Mengeliat sedikit. Menegangkan otot-otot yang sasa. Ya. Otot-otot yang sasa; juga terdapat di dalam seluar. Berlaku ereksi di situ.


Gambar sumber Google ini dipilih; sebab tidak terlalu lucah dan masih dapat menyampaikan mesej dengan berkesan.

Namun, disebabkan keadaan yang sedikit sejuk dan masih lagi pagi. Ereksi itu sedikit tidak terkawal. Sama situasinya apabila baru saja bangun dari tidur. Bagaimana mahu cover bila berhadapan dengan situasi sebegini?

  1. Ambil beg sandang / beg galas, letakkan di bahagian hadapan; dan berjalan seperti biasa.
  2. Bagi yang memakai seluar yang agak longgar, masukkan kedua-dua tangan ke dalam poket; dan tarikkan sedikit ke bahagian depan, supaya tidak begitu kelihatan ada berlakunya ereksi.
  3. Duduk seketika dan ambil masa untuk otot-otot mengendur. Jalan seperti biasa.
  4. Stay je dalam tren tu... and penyudahnya, terlepas bas, and lambat masuk ofis.
  5. Ketuk lutut? Berkesan ke?


Kedengaran agak keji bukan? tetapi itu adalah normal bagi kaum lelaki.

Chill.

NUke




Do I sound so naive?
When I don't hold J's hand when we're out; dating.

Do I sound so naive?
When I don't drink. Far away from getting drunk.


Do I sound...

No, sayang.
Nobody's judging you except yourself, now.

Do I sound naive now?


Konklusi: I have a lot of friends. Some are so religious, but some are not. I don't judge them. As long as they're good to me, I'm good. Kita dah dewasa. Kalau tak pandai nak tegah orang lain; tegahlah diri sendiri.

Aku pun kadang-kala terlupa.


NUke


Gave you all I had and you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes, you did
- Grenade; Bruno Mars

Sekembalinya Hafiz dari UK langsung tidak diketahui oleh Jasmyn. Masakannya, nombor telefon sudah lama ditukar, emel kirimannya tidak berbalas, pesanan suara dan macam-macam lagi ikhtiar yang dilakukan; semuanya menemukan jalan buntu. Hanya kepasrahan saja yang mampu digenggam Jasmyn. Namun, itu semua tidak lama sebelum perkhabaran pulangnya si kekasih hati itu diberitahu secara tidak sengaja oleh Zack.

Jas! Kenapa kau tak pergi birthday party Norul last week?
Aku baru balik dari site visit kat Ipoh petang tu. Penat. And malas pulak nak pergi.
Oh... Itu yang aku hairan tu, sebab Hafiz ada saja kat party tu.
Sorry...? Hafiz?
Ya, Hafiz. Itu yang aku lagi hairan. Selalunya, mana ada Hafiz, situlah ada engkau.
Hafiz dah balik KL ke, Zack?
Ya. Sempat juga aku berborak sekejap dengan dia. Dah 2 minggu dia balik.
Really?
Haih! Kau ni memang tak tahu ke, atau buat-buat tak tahu? Dia tak contact kau ke?

-
Hafiz yang sebelum ini terkenal dengan sikap tegas dalam ramahnya kini sudah banyak berubah. Mungkin persekitaran di UK membantu dan menyumbang ke arah perubahan tak terjangka itu. Langsung dia tidak mengambil peduli akan Jasmyn yang selama keberangkatannya di negara asing itu. Jasmyn cuba meyakinkan dirinya bahawa perubahan yang berlaku itu barangkali bersifat sementara. Bagi Jasmyn, kekasihnya itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri semula dengan segala macam perkara di Kuala Lumpur... termasuk juga hakikat sama ada dirinya itu masih lagi bergelar kekasih kepada Jasmyn.

Tapi tidak langsung dalam benak dan hati Hafiz memikirkan akan fakta yang bertaut kukuh selama 5 tahun di dalam hati si gadis.

Hafiz, I know this is your number. Don't lie. It's me, Jasmyn.

Ahh.. Jasmyn. What do u want?
I need to see u. I need 2 talk to u.

Abt what? There's nthg 2 talk abt.
The Dome; KLCC. 2moro. 6pm.

-
Gemuruh, cuak, dan gementar. Semua itu dirasakan Jasmyn; ketika pertama kali ingin bertentang mata dengan Hafiz yang sudah 5 tahun tidak berjumpa. Perasaan itu menjadi lebih teruk apabila Hafiz datang lewat 45 minit dan bersama-sama dengan seorang perempuan yang langsung tidak dikenalinya.

Jasmyn. Meet my girlfriend.

Tangan dihulur untuk bersalam.
Bersalam.

I'm Jasmyn.
Hai Jasmyn. I'm Sofia.
Nice to meet you Sofia.
-

Zack memandu keretanya sedikit perlahan. Dia tidak mahu segera menghantar Jasmyn pulang ke rumah. Biarlah dia menyusur masuk ke arah lebuhraya yang menjadikan perjalanan mereka sedikit panjang. Dia tidak mahu mengikuti jalan biasa yang selalu dilalui Jasmyn. Di sudut hati lelakinya itu, mahu saja dia memeluk Jasmyn, membiarkan gadis itu menangis semahunya di bahu kirinya. Tetapi, siapalah dia pada Jasmyn. Hanya teman yang dicari pabila hati dilukai oleh Hafiz.

Zack sedar akan realiti itu. Kereta Satria berwarna perak itu dipandu laju; menuju ke arah selatan bandaraya penuh dusta. Dan Jasmyn membiarkan Zack terus memandu. Tanpa kata dan soal.

Tak pernah ku bayangkan cerita kita berakhir begini
Tegarnya kau dustai semua janji kita berdua
- Entah; Afgan

- End of Part 4 -


NUke

Harta pertama aku.

Semalam, kejadian baik & buruk berlaku pada keluarga aku; dalam sehari. Abang aku, ditimpa kemalangan yang menyaksikan banyak perkara perlu dikorbankan. terutamanya kewangan... sebab motor dia rosak teruk di bhgn depan. Eksiden lah katakan... Kesian dowh, aku tengok condition motorsikal dia tu. Sedih. Tapi syukur pada Tuhan, sebab abang aku tu okay je. Cuma luka2 kat lutut dan lengan. Normal lah kalau jato motor. Tapi yang paling aku takleh blah, dia sangat bersyukur that muka dia takde cedera apa... dia kata kalau tak nanti market dia hilang! Sabar je lah aku.

Aku lagi hensem kot daripada dia!! (Cewah!) tak nak kalah jugak!

Semalam juga, aku telah menerima aset pertama milik aku. Yakni motorsikal baru. Yeah! Setelah bertahun-tahun menggunakan motorsikal biru hasil keizinan abang ipar; maka aku sudah memiliki harta pertama yang didaftarkan atas nama sendiri... selain broadband!

So, lepas ni boleh pergi kerja naik motor. Pergi dating dengan J pun naik motor.

Yeay....







Hm, bertambah lagi komitmen bulanan.


NUke

Ok. Aku rasa macam nak gembira. Sebab akhirnya aku berjaya memiliki aset atas nama sendiri. Tapi, semalam; abang aku terlibat dalam kemalangan on the way nak ke tempat kerja dia.

So, tak boleh nak gembira sangat.

I got something, while he lost something.






Nasib baik dia panjang umur lagi. Dia kata "nasib baik muka aku okay! Kalau tak nanti, tak 'market' lah weh...!"

Sabar saja lah.

NUke





Kenapa weh?

Kenapa????



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.