Poll from Says.my


Aku vote 'Lelaki lagi Kuat!'

Sebab1: Soalan tu tak lengkap. Kalau logik akal, melihat dari segi fizikal; usually lelaki ni lebih kuat daripada perempuan. But, don't just take the statement for granted or as it is. Ada juga perempuan yang lebih kuat fizikalnya daripada lelaki.

Sebab 2: Sebab aku lelaki. So, aku cakap lah lelaki lebih kuat.

Bagi korang, lelaki ke perempuan lebih kuat?



NUke


Menyesal, ku akui tak terima cintamu.
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku.
 - Menyesal; 6ixth Sense

Kita park dekat sini saja lah. Nanti, senang sikit nak keluar. Kalau letak kereta kat sana nanti susah nak buat U-turn.

Farah mengangguk sambil mencalit lipstik pada bibirnya. Dia ingin sekali tampak jelita ketika bergambar bersama dengan Jasmyn dan Zack di atas pelamin nanti. Bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Hafiz menunggu Farah menyiapkan solekan dan mengemas alat-alat soleknya masuk ke dalam tas tangan; sebelum pendingin hawa dimatikan, radio ditutup, dan enjin dipadamkan.

Eh! Eh! Betulkanlah sikit kolar baju kau tu.
Alah... okay lah ni. Kau ni kecoh lah Farah.
Sure lah. Aku tak nak ada yang bikin spoil dalam gambar nanti.
Eleh. Diorang yang kahwin, kau pulak berlebih-lebih.

Sedar tidak sedar, mereka telahpun berada di pinggir khemah putih. Kelihatan kedua ibu bapa pasangan pengantin di muka pintu pagar rumah. Masing-masing gembira menyambut tetamu, bertukar-tukar salam sambil tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Respon pabila kunjungan mengucapkan tahniah atas penyatuan dua mempelai. Gembira itu merupakan petanda. Ada kerestuan yang tidak disangkal. Hafiz bengang.

Pengantin dah sampai ke, Uncle?, tanya Farah.
Belum lagi. Katanya dah ada dekat surau depan sana tu. Kejap lagi beraraklah diorang.
Korang dah makan ke belum? Kalau belum, pergi lah makan dulu.

Farah dan Hafiz meminta izin untuk menikmati hidangan 'nasi minyak' dahulu. Dalam pada mereka mencari tempat duduk yang kosong, kedengaran beberapa suara memanggil mereka. Siapa lagi kalau bukan kenalan-kenalan sewaktu di sekolah satu ketika dulu. Mereka mengajak Farah dan Hafiz untuk bersama-sama mereka.

Tidak dijangka, kenduri kahwin Jasmyn dan Zack ini ibarat mini-reunion. Soraya tampak manis berkebaya ungu. Hizami masih lagi kekal dengan style rambut beralunnya, sementara Helmi Hakeem masih lagi kekal sebagai 'si galah' di kalangan mereka - satu 'title' yang dipegang sejak Tingkatan Tiga. Dan ramai lagi yang turut hadir. Ada juga yang sudah beranak dua. Ada juga yang sedang menanti lahirnya cahaya mata sulung. Semuanya bergembira.

Kompang dipalu. Pengantin yang sama padan itu kelihatan dalam persalinan putih. Anggun sekali wajah Jasmyn, walaupun dengan solekan yang serba sederhana dan ringkas. Hafiz terpesona. Sepatutnya, yang berada dan berdiri di sebelah Jasmyn adalah dia. Adalah dia.

Dirinya...

...jika tidak berlaku akan se-peristiwa yang mengubah segalanya.

-

Hafiz.
Ya, Jasmyn?
Have you make up your mind?
I don't know.
You terima sajalah offer tu. Lagipun, itu kan apa yang you mahukan selama ni.
Then, how about you?
Me? I tunggu sini saja lah...
(pause)
... I tunggu sampai you balik lah, sayang.
Then, I'll take the offer.
When are you leaving?
Next 3 weeks.

Hafiz ke United Kingdom untuk 5 tahun. Jasmyn setia menunggu.


Seiring camar pulang, setia pada janji. Itu doaku selama ini.
- Kau Kekasihku; Siti Nurhaliza

- End of Part 3 -

NUke



Ape citer, bila korang duduk dalam LRT, seat yang mengadap muka masing-masing. Waktu malam. Nak kata ramai orang, tak berapa la.. kira ok juga la. Still ada yang kena berdiri.

Ada sorang lelaki duduk bertentangan dengan aku. Pakai smart! Baru balik kerja. Ada 1 Blackberry & 1 handphone biasa. Pakai earphone, dengar lagu kot.

Dari reflection kaca tingkap LRT, aku boleh nampak apa yang terpapar di skrin BlackBerry nya itu.

Porn & koleksi-koleksi gambar tidak senonoh di laman sosial Facebook.




Agak-agak lah weh. Dalam LRT pun nak layan blue ke?

Sumber Gambar: Google.

NUke


Meski tak seindah yang kau mau, tak sesempurna cinta yang semestinya.
- Tak Seindah Cinta Yang Semestinya; Naff

Tak disangka, perkhabaran yang dianggap sekadar khabar angin itu sebetulnya akan terjadi. Jasmyn kini memilih  Zack, sahabat sekelas mereka ketika di Tingkatan Tiga. Dalam tren menuju ke Kelana Jaya, Hafiz cuma mampu memekakkan telinga dengan segala macam lagu dalam playlist iPodnya itu. Segala perbualan dan hingar rel tren yang bergesel ditulikan.

-

Farah, you're right. Jasmyn is getting married.
Next month.
Yes. You're right.
With Zack.
She asked me to pass you the invitation card. You want to come over to my place or you want me to go over there?
Okay then. I'm going there kejap lagi.
Okay. See ya later. I nak solat Isya' dulu.

Talian dimatikan. Blackberry-nya diletakkan di atas meja komputer. Sejadah yang disidai di kerusi segera diambil dan dibentangkan. Hafiz menunaikan solat. Walaupun pergelangan tangannya masih berhias gelang kayu pemberian Jasmyn; buah tangan dari Auckland.

Liberal dan naif.

-

Here's your invitation card. Anyway, where's your mom? Dari tadi I tak nampak dia.
Thank you. Oh, my mom ada kat atas. Tengah update blog dia kot. She told me dia ada new collection.
What collection? Antiques?
Ye la! Apa lagi? Dia nak share dengan kawan dia la tu. You know la my mom kan? Such a big fan of local antiques.
Cool apa! Not like you, suka barang-barang IKEA je!
Shut up! I nak baca kad kahwin Jasmyn ni...

Oh my God!!!!! She's really getting married!!!!!
Farah tiba-tiba menjerit girang! Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sebetulnya Jasmyn terlebih dulu memberitahu khabar gembira itu kepadanya, cuma tidak berpeluang untuk memberikan jemputan itu sendiri ke tangannya. Farah ternyata teruja dengan berita kenalannya yang bakal bergelar isteri orang itu. Tambahan pula berkahwin dengan rakan sekelas mereka juga. Namun, girangnya itu cuma sementara setelah terlihat akan Hafiz yang sedari tadi menghadap televisyen.

Beb! Kau macam tak happy je?
Beb!
Beb!
Farah menepuk kuat bahu kanan Hafiz. Serentak lamunannya hilang.

Sakit la!
Macam pondan! Tepuk sikit dah sakit. Anyway, apsal kau macam tak teruja je ni?
Takde apa.
Sudah lah tu Hafiz. Let bygones be bygones. Just face the fact that she's chosen Zack. Not you.

Terdiam seketika. Belum sempat hafiz menjawab segala dialog yang dilemparkan Farah ibarat peluru berpandu itu, kedengaran Puan Zakiyah, ibu Farah turun dari tangga menuju ke arah mereka.

Eh, Hafiz! Dah lama sampai?
Aunty, takde lah. baru je kejap ni.
Tangan dihulur. Bersalam. Tangan lembut wanita itu dikucup.

Hafiz dah makan ke? Kalau belum, marilah kita makan sekali.
Farah... ajak Hafiz makan sekali, nak.

Eh, tak payah lah aunty. Susah-susah saja.
Betul tak mahu? Kalau macam tu, duduk dulu. Nanti aunty suruh maid buatkan kopi.
Thanks aunty.
It's okay mom. Nanti Farah buatkan. Kalau mom nak makan dulu, makanlah. Farah nak diet ni!

Kembali menghadap Farah yang kemudiannya duduk di sofa.

Aku menyesal lah Farah. Aku rasa, aku yang patut berada pada tempat Zack sekarang ni.
Hafiz...
No. Aku rasa macam bodoh sangat lepaskan Jasmyn dulu.

Lepaskanlah diriku, kerna aku tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu.
- Cinta Sempurna; Yuna

-End of Part 2-

NUke

So, kalau ditanya pasal sukan kegemaran aku; sure aku akan jawab 'Skuasy'. Sebab aku rasa lega bila libas-libas bola getah tu ke dinding.

Pasukan bola sepak Premier League favourite aku?
Chelsea.

Pasukan yang aku sokong bila tiba Piala Dunia?
France. But, in case that in future Harimau Malaya layak ke Piala Dunia, aku sokong lah diorang!

How about my favourite athlete?
Nicol David & Azizulhasni Awang, the pocketrocketman.



Sumber dari Google.

What? Salah ke kalau kita minat atlet tempatan? Salah ke kalau aku adore achievement dia & semangat kesukanan dia?


Bangga dengan semangat sukan anak Malaysia!

NUke



Dan memang selalu aku bersalah. Selalu saja mengabaikanmu, meninggalkanmu.

Bait-bait lirik lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir itu senang saja diulang Hafiz. Entah kenapa dia begitu tertarik dan tertangkap dengan couplet lagu itu. Baginya, memang ada signifikan dan maksud yang mendalam - terhadap apa yang telah berlaku antara dirinya dan juga Jasmyn. Lagu Hanyut yang didengari menerusi iPodnya itu segera dimatikan setelah menyedari dirinya sudah sangat menghampiri stesen LRT Wangsa Maju. Dia berdiri dan berjalan perlahan menghampiri muka pintu, langkah awal yang diambil bagi memudahkan dirinya untuk keluar dari koc yang sedikit padat dengan manusia yang baru selesai beraktiviti pada hari Sabtu.

Tren berhenti. Hafiz keluar.

-

Sesekali Jasmyn menoleh ke kiri dan kanan memerhatikan kenderaan yang laju memecut di sepanjang Jalan Genting Klang. Sudah hampir seminit dia menunggu giliran untuk melintas. Berkali-kali dia menekan punat lampu isyarat pelintas jalan. Masih tidak bertukar hijau. Dia sudah terlambat untuk ke Alpha Angle; ingin bertemu dengan seseorang yang dahulunya pernah bertakhta di hati.

'LINTAS'. Isyarat untuk melintas akhirnya bertukar seperti yang diharapkan. Setelah memastikan tiada kenderaan melanggar peraturan, Jasmyn segera melangkah dan melintas.

-

In case that u reach there 1st, just wait for me at the food court.

Teks ringkas dikirimkan kepada Hafiz, menyedari dirinya mungkin terlewat untuk bertemu. Mengenali Hafiz untuk 13 tahun sejak di bangku sekolah menengah, dirinya tidak mungkin akan lewat kerana lelaki itu sangat persis dan mirip Dato' Hamzah, bapanya - yang sangat menepati masa. Mungkin juga sikap itu yang membuatkan Jasmyn jatuh hati dengan Hafiz satu ketika dulu. Jasmyn tersenyum sambil menghayunkan langkah laju.

-

Hafiz?
Jasmyn...?

Minuman dipesan. Tiada niat untuk menjamah makanan. Masing-masing tersenyum dan tersipu setelah 2 tahun tidak bertemu. Kali ini, perjumpaan yang sepatutnya seringkas dan secepat yang diharapkan itu perlu diselesaikan dengan satu matlamat - menyampaikan khabar dan berita, dan kemudian berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

It's been a long time kan?
Yes. How are you?
Nothing much. You?
As you can see lah. Macam ni saja. Eh! Minumlah.

Here. Jemputan kahwin I. Untuk you and Farah. I hope both of you can come over to my wedding.
Jasmyn menghulurkan sampul berwarna hijau muda kepada Hafiz. Sampul dibuka dan satu kad berwarna putih kelihatan. Ternyata, perkhabaran yang didengar Hafiz selama ini memang benar. Jasmyn is getting married.

Dengan siapa?
Bila?
Di mana?

Persoalan itu muncul satu persatu di benak fikirannya. Dia seakan-akan tidak percaya akan perkhabaran yang diberitakan sendiri oleh si bakal pengantin - Jasmyn. Sambil-sambil Jasmyn menceceh akan persiapan perkahwinannya itu, fikiran Hafiz entah melayang entah ke mana. Puas di tatap satu persatu muka kad jemputan itu. Setiap baris ayat dibaca. Mencari siapakah jejaka yang bakal mengahwini Jasmyn.

Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair.

Rakan sekelas mereka ketika di Tingkatan 3 Bakti.

-

If we love again, I swear (to) love you well. I go back in time and change it; but I can't. So if the chain is on your door, I understand.

- Back To December; Taylor Swift


-End of Part 1-


NUke

Bagi mereka yang mengenali aku sedari sekolah rendah, pasti mereka akan tahu akan tabiat buruk aku yang tak suka makan sayur. Selalunya, kalau ada jamuan2 kelas atau dapat makanan bungkus lepas aktiviti sekolah, aku akan makan saja apa yang diberi...kecuali sayur. Sayur tu, sama ada aku akan buang dalam longkang, atau aku asing ke tepi. Yelah, buang dalam longkang sebab duduk makan dgn kawan2 tepi longkang. Huhu.

Maaf lah sayur. Bukannya aku niat nak buang kau ke apa... Bukan juga niat aku untuk membazir. 
Lebih kurang camtu lah dialog aku kepada sesayur itu.

Tapi, aku macam ada satu perasaan geli kot dulu-dulu. Semuanya sebab aku pernah ternampak sorang budak muntah kat tandas sekolah. Keluar sayur-sayur. Eyek. Geli dowh! Muntah-muntah warna kuning, then ade helaian2 daun (yang aku assume time tu adalah sayur).

Gila tak trauma! Dah ter-set dalam fikiran:

Makan sayur = Muntah!

Then, bila dah masuk Darjah 6, aku mula lah makan sayur sikit-sikit. Tak boleh banyak sangat sebab setiap kali makan sayur, terbayangkan muntah daun! Tu yang buat tekak tertutup rapat dan susah untuk menelan sayur!

Sayur; menurut sumber ini.

Bila dah masuk usia remaja dan akil baligh, aku makan juga lah sayur. Tu pun takde lah banyak. Sebab lepas tu baru tersedar yang sayur ni, kalau kena pada masakannya, jadi sangat sedap! Kiranya macam jakun jugak lah.

Masuk universiti, aku jadi alah dengan sayur balik! Sebab selalu je aku tengok kat dalam tray sayur yg ada kat kafe kolej tu, ada telur2 lalat. Dan masakannya tidak begitu meyakinkan. Sayur pun macam dah terlalu layu. Lagipun, kalau ambil lauk sayur, kena tambah 30sen. Zaman2 study dulu, mana la ada duit sangat nak mkn sayur! Hehe.

Sekarang?

Aku makan petai beb! Kagum gila! Pecal pun aku bedal!


Kau gelak pulak?! Kau makan petai?

NUke

Heh! Sekali sekala kena jiwang. Walaupun itu bukanlah sifat aku secara natural di dalam dunia blog, tapi, sesekali dengan si dia, feeling jiwang tu terlepas juga! Haih! Gatai noo nak kawen aih!

Tidak lah. Bukan aku yang nak kahwin. At least bukan dalam masa yang terdekat ni la kot. Nak kena stabilkan diri dari segi mental, fizikal, rohani, dan kewangan. Bila badan da betul2 terserlah six-pack nya, barulah boleh ready nak kawen! Barulah larat nak angkat isteri bawak ke bilik tidur! Haha! Imaginasi liar. Tapi, apa-apa pun, kewangan tu kena standby jugak. Nak kahwin ni bukan boleh tangkap muat saja. Kalau boleh, elaklah berhutang dengan sapa-sapa semata-mata untuk selesaikan urusan kenduri kahwin.

Zaman sekarang ni, kalau takde RM10 ribu, jgn la mimpi nak bercakap pasal kahwin. Apatah lagi kenduri-kenduri bagai. 10 tahun akan datang.. mungkinkah perbelanjaan itu akan double? Wallahu'alam.

Perkahwinan Idaman aku? Hm, mestilah berkahwin dengan si isteri yang berpegang utuh pada ajaran agama. Se-rempit-rempit mat rempit pun, jauh di sudut hati, mesti dia nak kahwin dengan wanita yang beriman, so isteri dia tu nanti boleh jadi ustazah pada anak-anaknya. So, tengok, betapa pentingnya pegangan agama dalam kehidupan berumahtangga. Cewah!

Then, nak yang pandai masak! Supaya aku berjimat. Tak yah nak membazir asyik makan kat kedai mamak je. Dahtu, aku ni dah la suka makan. Tapi sayang... belum tiba masanya lagi untuk aku betul2 menjadi berat! Jadi, diharapkan dgn penyeri rumah tangga yang suka memasak nanti.. akan 'taff' lah aku!

Then... hm. ape lagi? Nak live-stream kenduri kat blog ni.. boleh? Baru lah style!


NUke



This writings, I dedicated to all bloggers; both the newborn-, teenager-, established-, and old-bloggers. Keep on writing fellas!

These days, when people ask you "So, do you have a blog?", most of us will say "Yes." or maybe "Ahahaha. I know it's quite embarrassing, but honestly, I don't have a blog." Choose the 2nd answer will make other people think you're such an outdated-person. Or else, maybe he/she will think that "You're boring...".

But hey! who said that everyone now must have a blog? Nobody. It's just our perception towards oneself, and another. There's no need to have a blog if you don't really need one. Lagipun, kalau banyak sangat blog, dunia internet ni pun jadik pening! Overcrowded.

And that's what happened when someone became a 'blogger' sebab ikut-ikutan. They create a blog for the sake of nak update dgn trend or something. Blog is not a trend, I guess. It's just a platform for you to improve your writing skills, your PR skills, and also a platform to ber-bisnes. Jual-jual tudung, kuih-muih, all the tempahan baju. Even my mom has a blog for her antiques. Antiques! See? Who said that orang-orang tua tak tahu berjalur-lebar?

But these people, created a blog with a reason. Maybe a lot of reason. Now, let us ask ourself again, why do we created a blog? Is it for fun, to show off, to publish all the porns, the not-necessaries? Or we just created them to share with others with the good things, the nasihats, the religious facts so that we'll be always remember the God..?

Or, we just created it for no concrete reason and ready to go with the flow?




Pelik kan? Lately, I always came crossed with blog that tells nothing except "Hi readers, today I ate Taugeh! So good!".


Is it the new trend of blogging right now? Am I being the one who duduk bawah tempurung?


NUke

The fact is, this exact moment; aku rasa sangat bersalah pada dia. Yeah. Aku telah merahsiakan sesuatu bagi tujuan tidak mahu dia risau dan marah; tapi kenyataannya bila tindakan aku merahsiakan perkara itu sebenarnya membuatkan dia lagi marah.

Aku tak marahkan dia bila dia kata dia membenci aku sejak 3 jam yang lalu.

Aku bertindak bodoh. 3 jam sebelum ni, aku suruh dia tunggu di YM since aku ada sedikit urusan. Terlupa akan perkara itu, aku boleh bantai tido dan rehat petang.

Dan dia setia menunggu aku selama 3 jam.


Tadi, segala perkara dan permasalahan aku jelaskan. Aku perlu meyakinkan dia semula. Aku perlu bersungguh untuk memenangi hatinya semula. Aku perlu ketepikan ego yang barangkali boleh memusnahkan semuanya. Aku tak mungkin mahu kehilangan dia. Aku terasa bodoh atas kesilapan yang boleh dielakkan, sebetulnya.



Aku minta maaf.



p/s: When you have someone that really, really care about you. Someone who really loves you for who you are... please; please jaga hati dia dengan sebaik mungkin. Aku pernah kehilangan dia sekali. Tak mungkin aku mahu kehilangan dia untuk kedua kali.

Saya minta maaf.

NUke

Aku pun tak pasti sama ada individu-individu Hindraf tu ada blog atau tak. Tapi entry kali ni tiada kaitan dengan mereka. Kali ni, semuanya pasal 'Blogger In Draft'. Bunyik dah dekat-dekat kan? Cuba sabut lelaju...

At first, aku tak tahu kewujudan 'Blogger In Draft' ni, as aku prefer guna 'Blogger' as in www.blogger.com ; sehinggalah diperkenalkan oleh Lissa kepada aku pada penghujung 2009. Tapi, time tu aku masih kekok menggunakan Blogger In Draft ni, sebab tak biasa sangat dengan functionnya.




Blogger In Draft ni lebih kepada 'eksperimen' Google terhadap new function yang akan diaplikasikan pada standard Blogger. For example, the function of Stats, terlebih dulu dieksperimen menerusi Blogger In Draft, sebelum diapply pada standard Blogger.

So, siapa-siapa yang nak tahu akan features terbaru utk platform Blogger ni, memang sesuai sangatlah menggunakan Blogger In Draft, utk mendapatkan early exposure kpd new features / functions.

Lagipun, utk menghasilkan entry pun, lebih flexible, berbanding standard Blogger. So, macam 1 step advanced la! Eventhough namanya 'In Draft'.

Instead of using www.blogger.com; apa kata beralih kepada draft.blogger.com.

Cakap lelebih pun bukannya korang faham, cuba la sendiri baru leh faham! Ye tak?


NUke

Malam semalam diakhiri dengan re-adjustment of Alarm. From 6.45am to 6.00am sharp. Considering my handphone clock is 7 minutes earlier, than, my alarm (after this) will be buzzing my morning exactly at 5.53am.

5.53am - Alarm bunyi. Snooze for 10 minutes.

6.03am - Snooze it again. Wake up. Look for towel. Balut keliling pinggang. Undress & get naked behind the towel.

6.07am - Morning shower.

6.13am - Get out from the bathroom & turn off the alarm. Continue shower.

6.16am - Put on singlet & seluar kerja. Perform the solat.

6.20am - Put on the office attire / shirt. Grab the necktie & put it inside the bag.

6.22am - Breakfast.

6.30am - Make a move to LRT station.

7.00am - Get on board the LRT. From end-to-end.

8.01am - Wait for the bus.

8.15am - The bus finally make a move.

8.25am - Just nice to reach the office.




Kerja ke-3.

Now I'll make use of the public transport habis-habisan!

NUke




If I am not mistaken, Kak El of Yoyooh.com Blog Squad, pernah menyarankan (dalam kritikan) pada aku untuk memiliki satu header blog yang sedikit personalized. 


Kalau korang perasan, gambar gitar kat atas-kiri sebelum nilebih kepada intro-header or tagline pada NUke Rude Blog ni. Dan sesungguhnya aku memang tak menafikan yang aku memang tak ada header blog yang 'personalized' sebelum ini.

One of the reasons is:-
I am so worried to play and mess up with HTML coding. I have learnt my lessons previously.

Aku tak belajar html coding ni. Layout yang terhasil ni pun adalah ubahsuai aku secara cuba-cuba daripada template yang sedia ada. Adjust sana sikit, sini sikit, bagi nampak 'personaliti' NUke Rude ni.

Tadi, setelah hampir 1 jam berhempas pulas meng-adjust html codes, aku (akhirnya) berjaya mem-'personalized' kan header blog ni. Tu pun setelah hampir 3 tahun berblogging secara serius. Heh! Aku rasa kagum dan kaget pada diri sendiri. Haha.

To Kak Elnorize, if you happened to read this, I hope that your 'wish' to see this blog ada header sendiri sudah tercapai! Haha.




NUke





Sengaja mahu berkongsi entry pertama aku dengan kalian. Bila aku baca smula entry lama2 ni, rasa malu pun ada. Skema kot. Rasa mcam betul2 budak baru belajar ber-blogging. Padahal dah jadi blogger bertahun2.

Tapi yang nyata, aku tidak mendapat so-called readers itu secara mudah. Pelan-pelan kayuh bro.




NUke



Okay, someone pernah melakukan kesalahan. Tak kira sama ada pada diri sendiri, orang lain, Tuhan, atau pegangan agamanya. Prinsip yang selama ini menjadikan dia adalah dia, kini sudah dilanggar. Terlebih batasan, dan akhirnya memakan diri.

Berlaku penyesalan di situ.

Isi hatinya mula berniat untuk kembali kepada kebenaran, kembali kepada pangkal. Dan juga kembali kepada jalan yang lurus.

Tapi, tidak selalunya jalan itu akan lurus. Sesekali akan ada selekoh dan beloknya juga. Dan ketika itulah kita perlu menjadi lebih waras. Dan gerak hati menjadi penting, bagi memastikan langkah pemulihan yang diambil itu akhirnya membawa hasil yang diinginkan.

-

Aku. Pernah memberi nasihat. Secara sarkastik, obviously. Tapi aku juga tahu yang kadang kala, aku juga perlukan nasihat. Sebab seperti yang aku katakan, tak semua jalan itu lurus. Dan gerak hati aku juga meragui pilihan yang ada.


(Menginsafi diri...)


NUke

Awas: Kalau takut, jangan tak baca!



When you decided to work in event industry; one thing that you need to really-really realize - that you have sacrifice your own sweet-young-life. And please expect working on public holidays or over the weekends. Aku rasa, itu satu nasihat yang berguna kepada generasi2 muda yg sibuk nak mencari kerja. Ingat pesan aku tu.

So, yeah. Aku kena kerja over the weekend, and also, kena kerja waktu public holiday. Dalam kes ni, agak ringan lah, sebab aku kena kerja time 'Hari Wilayah'.

Pukul 11, aku buka ofis dan mulakan kerja seperti biasa. Sampailah lbh kurang jam 12.30 tengah hari, one of my colleague datang. She's from the accounts department lah. So, takdelah sunyi sangat ofis tu. Aku pun, sambil2 buat kerja, sembang2 lah jugak dengan dia yang sebuk mem-fotokopi beberapa dokumen penting untuk presentation CFO minggu depan. Oh, dia datang atas dasar suka rela. Manakala aku, lebih kepada 'kena kerja'! haha. Tapi, okay apa dapat triple pay!

1.30 petang. Aku cakap kat dia yang aku nak keluar carik lunch kejap. Tak ke mana sangat pun, pergi beli McDonald's saja. Tapau, bawak balik untuk makan kat ofis. Risau jugak aku nak biarkan si kawan sekerja tu sorang2 kat ofis. Dah lah dia tu perempuan. Ofis pulak kat tingkat 3. Kang kalau apa-apa jadi, kan susah.

2.45 petang. Dia punya turn pulak keluar lunch. Katanya, dia pun nak tapau McD. Mungkin terliur setelah nampak aku makan fries McD yang panas2 tu. 5 minit lepas dia keluar, aku pun sambung la mngadap pc, balas2 emel kpd clients. Then, tiba2 aku terdengar bunyik kuat seolah2 macam ada orang tepuk cermin tingkap. Ada la dlm 10 meter di sebelah kanan aku.

Aku toleh la. Takkan la burung eksiden langgar tingkap kot? Haih! Berdegup jantung! Abaikan.

5.45 petang. Kawan aku tu pun dah hampir selesai dengan kerja2 dia. Ada lagi 2 3 files je yang nak kena buat salinan. Tengah2 aku pun nak siapkan kerja, tiba-tiba pulak loceng kebakaran tu berbunyik2. Yang bestnya, bila aku keluar ke bhgn lobi lif, aku dengar loceng kat aras 3 tu saja yang bunyi! Ah! Takpe, abaikan. Masuk balik ofis. Taip emel laju2. Member aku tu pun fotokopi selaju yang mungkin.

Senyap. Takde dah bunyik loceng. Lega. Taip2 emel secara slow-mo. Nak membuang masa.

6.10 petang. Ade pulak bunyik loceng pintu ofis. Sape pulak lah yang main-main loceng ni?? Aku tengok kat depan, takde pulak orang! Pak guard ke yang main2 ni????

"Ira, aku rasa... dia nak suruh kita balik sekarang la...", kata aku.
"Tu la pasal. Aku setuju dengan kau.", Ira sempoi je tinggalkan kerja dia tu, angkut fail-fail bawak ke meja dia dan terus berkemas2.

Aku pulak, make sure report & emel dah siap dihantar, then off pc. 6.45 petang. Aku tutup ofis.

Dalam lif. Aku memberanikan diri untuk menceritakan kpd Ira perihal cermin tingkap tu. Surprisingly, respon dia camni:
"Oh, time kau pergi lunch pun, aku terdengar benda yang lebih kurang juga..."

Floor Display dalam lif dah menunjukkan '0' (Ground Floor). Tapi pintu tak terbuka. Sampailah aku tekan butang < >.


Jahat kan dia!


NUke



Aku masih lagi ingat kegilaan membuat seni origami time Darjah 5. Entah ape kes ntah, semua budak2 kelas sibuk nak belajar origami time kelas Pendidikan Seni. But origami yang aku tunjukkan dalam Vlog ni, bukanlah diajar / dibelajar ketika kat sekolah. Tetapi di rumah.

Oleh adik-beradik ku.


Dan oh. Ini je la seni origami yang aku masih ingat sampai skang; except seni membuat kapalterbang kertas. Huhu.


NUke



To all public-transport users, the commuters, and people who made the community.

It's 2nd of February 2011. As I disembark from the couch at the KL Sentral station, all I can see is the selfishness of everyone. People tend to be so selfish whenever they see the gerabak which was already-full-with-people. I wonder why are they so bangang to berasak-asak to get into that 'sardine-pack' couch? I feel so confuse.

While waiting for the interchange train, at the platform:-
This white guy, carrying his daughter in his arm with no one bother to offer him a seat. And there's also an old lady carrying a big red plastic bag, terhuyung-hayang right and left, also standing  - just few centimetres away from the yellow line marked on the edge of the platform 3. In contrast, the youngsters; sitting; are damn busy chatting with each other - talking about the new clothes that they'd bought previously in MidValley.

While waiting for the interchange train, at the platform:-
There's one Bangladeshi, in which I think he cannot control and unable to hold anything longer; threw out. Vomit. Facing the wall. Near the public phone. Again, no one seems to bother about his condition. Was he sick or something? Was he an alien or something that everyone started to look at him with disgust-faces? After all, he's still a human being, right? Just that he threw out in a public place.

Then, the train came and everyone is making their ways. At that time, I'm heading Batu Caves. The third couch was easily filled with Bangladeshi, Indians, Malays, and some foreigners within few minutes. Everyone managed to get a seat. But then, I noticed something. I was in the middle-end. I have 2 Kelantanese sitting at my back talking about their holiday plans. In front of me were few Indians, speaking a language that I didn't understand. Everyone seems to be in a specific group; talking about something; pointing at something; and of course, being selfish from one group and another. Everything around me was a community with one sikap; SELFISH.

And I started to wonder; am I being selfish too?

I looked out to the orange-evening skies. And smiled. I thot I knew the answer.

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.