Menjadi pantang juga bagi aku bila melihat ada dikalangan teman-teman yang tidak menghormati seruan azan. Bukan apa, bila ditegur nanti, ada yang akan cakap2 belakang. Kata aku anak ustaz lah, itu lah, ini lah. Dan yang nyata, sure akan ade ayat "Ala, macam lah kau tu baik sangat..."



Ya. Memang lah aku ni tak begitu baik. Jauh kalau nak dibandingkan dengan pak-pak imam di surau dan masjid. Solat pun kadang2 ter-miss juga. Tapi, sekurang2nya rasa hormat aku pada agama itu masih ada. Bila terdengar akan azan berkumandang, apa salahnya kita 'pause' atau 'stop' kan dulu hiburan dan gelak tawa.

Ya. Aku pun naif juga akan soal2 agama. Ini juga peringatan untuk diri sendiri.

Terima kasih.

NUke

"Celaka lah kau!"
"Apahal pulak?"
"Sebab kau lah kita sekarang sangkut kat sini..."
"Aku pulak? Kau yang ajak kita keluar tadi kan?"
"Ye lah. Kau sepatutnya halang aku..."

Aku cuma mampu menggelengkan kepala saja. Sekarang ni dia menyalahkan aku pula. Gara-gara mahu cepat tiba ke kedai makan Pak Ngah, tayar kereta dia pecah akibat tertusuk paku berkarat sepanjang 3 inci di bulatan Seksyen 15. Jam sudah pun menunjukkan 1.30 pagi.

Dan dalam kesejukan dan kepekatan malam itu jugalah aku bangun dari tempat tidur, untuk mencari makanan di dapur.

Gila lapar... sampai termimpi2 nak pergi makan kat luar.




NUke

Pernah tak?
Bila korang rasa macam nak lari dari semua orang,
Lepas tu kau teringat akan seseorang?

Pernah tak?
Bila kau mulai rasa lapar,
Kau mencari pelbagai alasan untuk menyuruh dia masak lauk kegemaran kau?

Pernah tak?
Bila kau rasa dibebani dengan tanggungjawab,
Kau rasa lega bila semuanya dikongsi dengan dia.

Pernah tak?
Bila dia memerlukan bantuan kau,
Kau lari... dan perbuatan itu disalah sangka?

Sebab kau lari bukan untuk tidak membantu.
Tetapi,
Kau berlari untuk mencari penyelesaian yang mungkin dapat menghapuskan segala permasalahan yang akan diharungi.

Sebab dia merupakan sahabat yang tiada pengganti.


Dan kalau kau rasa engkaulah orangnya,
Aku ucapkan terima kasih.
Sebab kau muncul dalam hidup aku ni.
Dan aku menghargai setiap detik itu.



NUke

Aku harap, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Pergh! Aku rasa penghijrahan aku ke company baru ni, merupakan satu perkara yang baik! Sebab aku semakin busy dengan kerja-kerja yang sememangnya menjadikan kita busy. Faham? Tak faham? Biarlah.

Dan yang nyatanya, aku akan mula bekerja di Serdang bermula Esok. Bak kata orang putih, outstation.

Outstation la sangat... Serdang dengan tempat tinggal aku tu pun bukannya jauh sangat...

Justeru, aku akan meng-auto schedule-kan entry2 dalam blog ini dari:-

22 November 2010 - 6 Disember 2010

Sebarang komen akan di-publish-kan selepas 6 Disember 2010.

Jadi, jangan lupa untuk membaca entry2 yang akan disiarkan di laman ini ya!

NUke

Frankly speaking, aku punya semangat untuk update blog ade sedikit kurang setelah External Hard-Disk aku yang berkapasiti 1.5 TB itu tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik. Menurut beberapa orang kwan yang mahir dalam bidang pengkomputeran, masalah itu mungkin disebabkan oleh connection cable yang rosak.

Bila aku baca2 balik eview pasal external tu kat internet, mmg ramai pngguna mnghadapi masalah yang sama. Dan ramai jugak berstuju dengan masalah kabel tu.

Aku betul2 berharap cuma kabel saja yang bermasalah. Bukan benda lain. Sebab nak pergi hanta2 repair ni pun, bukannya ada duit sangat. Ye lah. nak kena menyimpan lagi. Nak beli Myvi SE.

Aku terkilan sangat sebab dalam external tu ada salinan TESIS time aku undergrads dulu. In addition, gambar2 aku, family, gambar2 raya dan gambar2 kat universiti dulu semuanya ada dalam external tu. And almost 99% of them aku tak print or burn dalam CD. What a mistake!

Disebabkan tu, aku macam malas nak update blog sgt. Sebab takde material, especially gambar. Tengok entry ni. Macam dull je kan? Dan tiada lagi koleksi2 Vlog yang siap di-edit untuk dipublishkan dalam blog ni.. untuk sementara waktu ni lah.

Haih. External Hard Disk, cepatlah sembuh! Aku memerlukan kamu!

NUke


Siri 8

Pastinya Xyryll tidak menyangka dia diajukan soalan sedemikian rupa. Ternyata dia hairan akan satu perasaan yang sedaya upaya disembunyikan dirinya itu dengan begitu mudah dikesan dan diketahui Asyraf. Benarkah Asyraf dapat membaca fikirannya. Mungkinkah Asyraf begitu 'psycho' sehinggakan mampu menilik dan mentafsir ciuman yang tidak diberikan secara ikhlas sebentar tadi?

"Apa lah awak ni."
"Saya main-main je lah..."

Asyraf kembali berpaling menghadap televisyen yang menayangkan satu drama tempatan. Tidak sampai 3 minit, dia pun menguap. Kebosanan melanda dirinya yang tidak dibelai manja oleh si kekasih hati yang sedari tadi membatu di atas sofa yang semakin usang.

"Boringlah. Saya masuk bilik dulu lah. Malam ni tak boleh nak romen-romen. Nak tidur awal."

Hati Xyryll sedikit tercuit mendengar baris akhir yang diluahkan Asyraf. Begitu dirinya mampu berlaku jujur. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar yang mampu dicipta. Dan itu sekali lagi mengingatkan Xyryll akan persoalan yang telah diajukan oleh Asyraf.

--

3.21 pagi.

Setelah memastikan Arief dan Fadhiri lena dan berdengkur. Xyryll mendapatkan Asyraf yang juga lena dibuai mimpi. Di masukkan dirinya ke dalam selimut bersama lelaki itu dan menolak manja; menjadikan ruang yang sangat terhad kepada pasangan kekasih itu untuk berpeluk, menikmati bahang tubuh.

"Ryll sayang awak." Berbisik. Hampir tidak mampu didengari.

Asyraf tersenyum.

--

Telefon bimbit dikeluarkan. Jam mentafsirkan waktu sebagai satu penantian yang lama. Tujuh minit sudah berlalu namun, kelibat yang dinantikan Xyryll masih lagi tidak kelihatan. Jangankan satu panggilan, malah pesanan ringkas yang diharapkan juga tidak diterima. Dia mulai cemas dan resah. Kerana waktu untuk mereka sangatlah terhad.

Ruang tandas lelaki di bangunan Tutorial 2 itu hanya dihiasi dengan terbang para kekatu dan serangga yang tertarik akan cahaya lampu. Dan suasana itu diserikan lagi dengan bingit dan nyaring nyamuk yang semakin banyak. Dan semua itu cuma seketika, sehinggalah kedengaran bunyi tapak kaki seseorang yang semakin hampir.

"Sorry."
"Aku terlelap kejap tadi..."
"Lama ke tunggu?"

Ketika soalan itu diaju, jam telah pun menunjukkan 4.32 pagi. Dengan rakus, Xyryll menarik lengan lelaki yang lama ditunggu itu dan mula menciumnya. Kedua-dua tangan digunakan untuk menyentuh segenap penjuru tubuh insan itu. Dalam bahang yang semakin menebal, mereka menanggalkan pakaian satu persatu melainkan sepatu, dan masuk ke dalam cubicle untuk melakukan aksi ranjang yang menjanjikan kesedapan dan nikmat dunia.

Pun begitu, mereka masih cuba mengawal diri masing-masing daripada menghasilkan bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya; kalau-kalau kelak didengari oleh pengawal keselamatan yang melakukan rondaan. Permainan berahi itu berlarutan sehinggalah masing-masing mencapai klimaks dan kepuasan. Peluh sama sekali tidak menghalang mereka untuk kembali kelihatan seperti biasa dalam persalinan masing-masing.

Mereka mengatur perancangan untuk keluar dari tandas itu. Xyryll mengambil keputusan untuk keluar lima minit awal; barulah dituruti dengan lelaki itu. Sambil melangkah, dia mengirimkan SMS kepada pemuas nafsunya sebentar tadi.

Thx Anuar.

--Bersambung...

p/s: Lupa siapa Anuar? Rujuk KAC2 Siri 1.

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.


NUke

Masih ingat akan kisah Nuke Rude yang bermain game ayam dan menang? Alah, kalau tak ingat, scroll la balik or else pandai2 lah korang cari entry aku tu. Ni nak habaq mai, hadiah kemenangan tempoh hari telah selamat dihantar secara kurier oleh si penganjur - KFC.



Terima kasih KFC. Akan saya gunakan voucher itu sebelum 19 November ini.

Siapa nak KFC???

Main game ayam pun boleh menang ayam!

NUke

Setiap kali aku cuba untuk menjadi seorang yang bukan 'family-man', setiap kali itu jugalah perasaan aku akan diuji olehNya. Dan aku tahu, aku takkan mampu untuk menipu diri sendiri. Aku tak boleh nak berlagak bersahaja seperti tiada apa yang berlaku.

Aku perlu dan harus menjadi diriku.

Ayah.
Kenapa ayah tak suka pergi klinik? Bila dah berlarutan macam ni... anak ayah ini pun buntu, ayah.

Ayah.
Anak ayah ni tak ada banyak kawan untuk bersembang benda-benda yang terlalu peribadi. Anak ayah cuma ada satu laman ini saja, ayah. Semua orang boleh baca dan memiliki satu prejudis pada nukilan anak ayah ini. Tapi kan ayah... untuk kali ini, anak ayah ini cuba menipu dirinya sendiri. Kononnya ingin membuat tidak peduli. Tapi dia tak mampu, ayah.

Ayah,
Anak ayah ni bukannya tak tahu permasalahan yang kita semua hadapi, ayah. Tapi, anak ayah ni tak tahu macam mana cara dan pendekatan yang betul untuk selesaikannya. Ada sesetengah perkara tu, kita pun kena belajar daripada pengalaman.

Ayah,
Ayah tunggu sekejap saja lagi ya. Mungkin hujung bulan ini, atau hujung bulan depan, kita pergi hospital. Kita check apa yang patut. Lagipun ayah pun dah semakin berusia. Baik kita buat medical check-up sekali.

Cuma,
Anak ayah ini sangat meminta dan memohon ampun jika mimik bengis muka ini kerap kelihatan tatkala ayah meluahkan apa yang terbuku dalam isi hati ayah selama ini.

Cuma,
Anak ayah ini meminta satu perkara. Ayah berhentilah merokok. Ayah jagalah kesihatan ayah. Dan ayah janganlah selalu melewatkan dan mencari alasan untuk tidak ke klinik. InsyaAllah, kalau diizinkan Tuhan, lepas Raya ni, dan lepas anak ayah ni selesai dengan kerja luar, kita sama-sama pergi periksa. Pasal duit, ayah jangan risau. Pandai lah kami adik-beradik usahakan.

Boleh kan, ayah?



--
Aku tetap mahu menulis perkara ini sungguhpun aku tahu ayah takkan baca. Aku tak berdaya menunjukkan sayang aku kepada ayah secara realiti. Mungkin menerusi nukilan ini saja. Dan aku yakin, kelak, aku pasti menyesal kerna tidak pernah cuba untuk menunjukkan kasih sayang itu kepada dirinya.


NUke

"Kau nak pergi kenduri kawen kawan kita tu tak, esok?", tanya Normi. Tu pun setelah dia bergelak ketawa dulu. Entah apa yang lawaknya, aku pun kurang pasti. Dah lah dia telefon aku dekat2 tengah malam. And ak pulak tak save no fon dia dlm handset. So, agak cuak la bila ae org call and tiba2 gelak.

"Sapa pulak yang kawen...?", aku tanya.Tak pasti sebab sudah tidak bekerja di company lama. Jadi, sudah ingat-ingat lupa.

"Ezzeq la."

Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju untuk join. Lagipun, dengan pemergian itu membawaku selangkah maju ke hadapan yang mana ia bakal menjadi kunjungan pertama aku ke kenduri kahwin (bekas) kawan sekerja. Macam kelakar pulak sebab ni jugalah first time aku car-pool dengan budak2 ofis lama (3 org je pun termasuk aku) pergi ke majlis perkahwinan.

November 06, 2010.

Sangka ku, majlis akan berlangsung kat Seremban sebab budak tu memang duduk situ. Alih2, on the day nak pergi tu baru lah aku tau kenduri tu kat Kamunting! Dalam hati macam nak jerit! "Apa!! Kamunting...?!". Dalam hati je la.

Bertolak dari KL lebih kurang jam 9.30 pagi. Sampai Kamunting jam 12.30 tengahari la lebih kurang. Normi & Ijan bergilir2 bawak keta. Naik keta Normi. "Tong-tong la. Bayar hujung bulan nanti pun takpe." Kata Normi lah. Aku lagi suka dengar macam tu.

Abaikan budak di sebelah kiri tu. Aku tak kenal siapa dia.

Lepas menunggu2 si pengantin sampai and makan2 semua, around 2.30 pun kitorang decide untuk beransur pulang. Poyo je Normi dan Aku time tu, "Perjalanan kita ni dah lah jauh. So, better kita bergerak sekarang..." sambil bersalam2 dengan kenalan lain dan juga tuan rumah.



Masuk dalam kereta, terus rasa macam nak makan cendol. Lepas tu datang pulak idea2 nak bergambar dekat Taiping. Kononnya nak melambangkan yang kitorang ni pernah sampai sana la. Macam haram... Terus la Ijan bawa kitorang melepak kat Taman Tasik Taiping. Singgah ke Bukit Larut (Maxwell Hill). Ijan pulak berhasrat nak mandi sungai / air terjun. Dia siap bawak baju spare tu! Normi pulak sedaya upaya mengelak sebab dia pakai baju kurung purple & takde sebarang persalinan. Dia kata "Mana tahan je kalau tengok korang je yang mandi sungai..."


Nasib menyebelahi Normi. Lepas kitorang bergambar2 kat Bukit Larut (kat kaki bukit je la), hujan mulai turun. Dalam hati, masih lagi nak makan cendol. Dan kali ni, diorang teringin nak makan laksa pulak! Terus ijan bawak kitaorang ke Kuala Kangsar. Memandangkan situ masih tak hujan, sempat jugak lah kitorang amik2 gambar kat Masjid Ubudiyah, and kawasan sekitar, sebelum singgah di Medan Cendol & Laksa. Pekena la cendol & laksa & mi rojak. Boleh la... sedap gak la.



Dah tu, lalu jalan lama sampai Ipoh. Ijan singgah beli Limau Tambun. Baru la aku tau itu nama lain bagi Limau Bali. Ijan je beli. Aku tak beli.



Masuk highway, Ijan drive sambil kebosanan. Aku pun tersengguk2 jugak lah, tapi aku kena stay awake sebab aku co-pilot. Kena berjaga dan memastikan driver tak mngantuk. Tapi masing2 mengantuk dan Ijan decided untuk rehat kat Tapah. Pekena Kopi kat Shalala Cafe & aku beli pau kaya 2 bijik. Sedap makan panas2. Ijan pulak beli jambu batu. Normi pun sama.

Lepas tu, sampai Kepong, hantar Ijan. Aku pulak drive sampai rumah aku. Then, Normi take over driver seat, balik rumah dia kat Shah Alam. Kitorang sampai KL around 11.30 mlm camtu la. Penat, tak mandi, tidur.

Kesimpulan daripada aktiviti pelancongan:-

  1. Taiping, satu ketika pernah hampir menjadi ibu negara Malaya; kalau tak kerana pembukaan Kuala Lumpur.
  2. Kuala Kangsar mempunyai satu Medan Cendol & Laksa di tebing Sungai Kangsar.
  3. Ipoh mempunyai banyak flyover & jambatan yang cantik. Tak macam MRR2 kat sini yang asyik nak retak je.
  4. R&R Tapah merupakan salah satu kawasan rehat yang paling popular sepanjang lebuhraya PLUS. Lengkap dengan medan selera, ATM, gerai buah, taman permainan, kedai serbaneka, Shalala Cafe & Baskin Robin.

NUke


Siri 7

Dan perjabatan itu membuka satu perkenalan yang lebih mesra antara kedua lelaki itu; Xyryll dan Meor. Sejak perkenalan rasmi malam itu, Xyryll seolah-olah bingung dan serba ingin tahu lebih mendalam akan perilaku dan personaliti Meor. Sesekali dia ke meja Asyraf untuk melihat perbincangan Meor dan Asyraf. Dan ada sesekali, dia cuba mencelah dan membantu mereka menyelesaikan masalah.

Tapi jauh di sudut hati, dia cuma mahu mengambil peluang untuk berdialog dengan Meor.

Walaupun percubaan berkali-kalinya itu dibalas dengan tawa kecil Meor. Xyryll yang berdiri bersebelahan dengan meja tempat mereka berdiskusi terperasan akan gerak-gerak jemari Meor yang sesekali terkeruk dan menggaru celahan kangkangnya. Dan itu sedikit sebanyak menaikkan berahi dan gelora ingin tahunya terhadap Meor.

"Asyraf, pinjam handphone kau kejap." pinta Xyryll.

Barangkali kerana terlalu fokus mencari idea untuk menyelesaikan soalan matematik itu, Asyraf tanpa banyak bicara menghulurkan telefon bimbitnya kepada Xyryll. Sangka dirinya, Xyryll mahu bermain permainan bola yang dimuat turun ke dalam telefonnya itu; seperti yang biasa dilakukannya ketika kebosanan. Tergesa dalam perlahan, Xyryll mengambil telefon yang dihulurkan kekasihnya itu, dan segera menyelongkar direktori telefon. Tujuannya? Mendapatkan nombor telefon bimbit Meor.

Dan yang nyata, hasratnya itu tercapai.

--

"Ryll..."
"Xyryll..."

"Sayang..!", kali ini Asyraf memanggil Xyryll dengan nada yang sedikit tinggi. Sangkanya Xyryll terlelap sambil menghadap televisyen, rupa-rupanya hilang dalam lamunan. Angin malam dalam bilik TV itu sedikit sejuk. Tiada orang lain di situ. Cuma mereka berdua. Di situlah 'port' mereka untuk bercumbu rayu dan melakukan aksi ringan yang bersahaja. Tambahan pula dengan keadaan TV yang kerap rosak, menjadikan ramai penghuni blok asrama untuk tidak menonton di situ.

Tentunya mereka terlebih dahulu mengunci pintu sebelum melakukan sebarang aksi.

Sambil menyandar pada dada bidang Xyryll, Asyraf bertanya akan aktiviti masing-masing untuk penghujung minggu hadapan; memandangkan mereka dibenarkan pulang ke rumah. Dalam rancak persembangan kedua individu itu, tiba-tiba mereka terdiam, membiarkan mata masing-masing bertentang. Merapatkan baris bibir masing-masing sebelum satu ciuman bertaut...

...untuk seketika.

"Awak suka Meor ke?"

"Ha?"

"Saya tak marah kalau awak berterus-terang..."

Diam.

"Awak ada perasaan pada Meor ke?"

--Bersambung...

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.

NUke

Bismillahirrahmanirrahim.

Keluar je dari pejabat, aku terus meluru ke arah lif dan segera turun mendapatkan motorsikal yang diparkir kemas sedari pagi. Perasaan untuk pulang semakin membuak-buak mengenangkan lauk pauk yang dimasak oleh ibu. Enjin motorsikal dihidupkan dan dibiarkan panas untuk seketika, sebelum perjalanan dimulakan menuju ke rumah bonda.

Hujan sedikit renyai menjadikan satu alasan untuk tidak perlu tergopoh. Sabar. Laluan yang lazimnya lancar dengan lampu isyarat trafik yang selalunya hijau, kini berbeza dan sebaliknya. Entah mengapa hari itu jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang bersesak-sesak menuju entah ke mana. Lampu isyarat juga semendangnya merah; seolah-olah menahan diriku untuk segera pulang ke rumah.

Melewati Jalan Tun H S Lee, masuk menyusuri Jalan Tun Perak di bawah laluan LRT; sebelum melepasi lintangan Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum membelok ke Jalan Kuching setelah melepasi bulatan berhampiran Bank Negara.

Jauh di benak fikiran sudahpun membayangkan lauk-pauk yang dimasak oleh ibu. Sedia dinikmati dengan tawa dan gelak si abang dan kakak yang sama-sama menceriakan suasana.

23 minit berlalu.

Aku cuma tersedar yang diriku kini dipisahkan oleh satu persimpangan berlampu isyarat dari rumah. Jaraknya lebih kurang 50 meter saja. 50 meter yang memisahkan aku dengan pagar, dan juga pintu rumah, dan juga meja makan di dapur.

Mungkin jaraknya kini sudah menjadi 55 meter.

Setibanya aku di rumah, keadaan begitu sunyi dan sepi. Tiada gelak tawa si ibu. Aroma lauk-pauk juga tidak dihidu. Yang ada cuma si abang yang tertidur di atas kerusi kayu sambil TV menayangkan ulasan Liga Eropah menerusi saluran ESPN.

Ke mana pula perginya ibu?





NUke

"In this event.. in this place, we work as one!"

"Regardless whether you are senior..."

"Or you are new..."

"We work as a team.."






"Okay, Bob?"








Huhuhu... nama aku bukan BOB! Skarang ni (hampir) semua budak kat ofis panggil / kenal aku sebagai BOB!


NUke

Seperti semua sedia maklum, Anugerah Juara Lagu pun semakin hampir dengan pengumuman senarai 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir. Basically, lagu-lagu yang layak ni dinilai bukan saja dari sudut profesional, tapi populariti dan 'radio-friendly' dari 6 stesen radio popular di Malaysia. Tak lupa jugak hasil undian para penonton MM25.

Apa-apa je lah. Dari segi lagu-lagu yang layak, aku rasa tak banyak kontroversi kot. Cuma, lagu Etnik Kreatif / Irama Malaysia dah macam totally lupus lah kot. But in another perspective, we should thank to the 'Sistem Terbuka' yang digunapakai sejak tahun lalu; menjadikan Kumpulan Mirwana layak ke peringkat Separuh Akhir MM25. Aku kira, kumpulan nasyid yang pertama layak ke peringkat ini barangkali? Correct me if I'm wrong.



12 lagu akan dipilih untuk ke peringkat Akhir a.k.a Juara Lagu 25. But who knows, kalau2 ada kejutan last minute macam tahun2 sebelum ni. So, daripada 30 lagu yang layak, ini prediction aku untuk 10 lagu yang aku rasakan boleh / patut / technically layak ke AJL25.

* - Lagu yang aku rasa layak lah!


  1. Gerak Hati - Azlan & the Typewriter
  2. Inilah Cinta - Akim *
  3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir *
  4. Mencari Konklusi - Hujan
  5. Cinta - Mohd.
  6. Noktah Cinta - Hafiz *
  7. Hujan Bunga di Kuala Lumpur - Ana Raffali *
  8. Nadiku - Sabhi Saddi
  9. Cinta Sempurna - Yuna *
  10. Oh Juwita - Nubhan
  11. Sejujur Hatimu - Adibah Noor
  12. Hanyut - Faizal Tahir
  13. Tika Masanya - Mirwana ft. Hujan
  14. Manifestasi Cinta - Fiq ft. Mirwana *
  15. Kau Harus Ada - Hujan
  16. Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black *
  17. Menggegar Dunia - Adam & Stacy
  18. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
  19. Jahat - Stacy
  20. Susun Silangkata - Aizat *
  21. Cinta Kosmik - The Fabulous Cats
  22. Ku Ada Kamu - Adira
  23. Sofea Jane - Black
  24. Adrenalin - Faizal Tahir
  25. Realiti Dewi - Alyah
  26. Pelita - A.P.I
  27. Berlari - Tomok
  28. Extravaganza - Bunkface *
  29. Bersamamu - Joe Flizzow
  30. Selamat Malam - Faizal Tahir *
Perhatian ya. Ini cuma jangkaan peribadi aku. Sebab, jika dilihat daripada senarai, lagu2 yang bertanding memang tip top! And for sure saingan akan menjadi sangat sengit. But yet, aku rasakan few songs tu memang sepatutnya pergi ke peringkat Akhir.

For example Kebahagiaan Dalam Perpisahan, lagu (yg boleh) dikatakan hits sepanjang tahun ni. Struktur lagu ni pun agak kukuh both lyrically and vokal Shahir. Then, Cinta Sempurna oleh Yuna. Mungkin tidak sepopular lagu-lagu lain, tetapi dari segi melodi dan komposisi, lagu ni jauh lebih bagus daripada beberapa lagu lain. Last sekali, Drama King. Shortlisted utk Lagu Rock Terbaik utk AIM17 haritu, lagu ni mmg (sepatutnya) layak utk ke peringkat Akhir. Kiranya extra point lah. Another point yang boleh mencerahkan lagi harapan ialah dari sudut susunan muzik rock nya yang 'fresh'.

Siapa yang sebetulnya layak ke AJL 25? Sama-sama kita tunggu dan tonton Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 pada 8, 15 & 22 November 2010.

NUke

Malam semalam, sedang melayari laman sosial, aku saja-saja lah ke page satu restoran makanan segera ni. Tetiba je teringat yang aku pernah main game; as participation untuk satu peraduan tu lah. Almost forgot sebenarnya sebab aku main game tu awal bulan Oktober.

Alih-alih, result pemenang pun dah dikeluarkan! Saja-sajalah aku view... tengok-tengok...!


Nampak 'nukerude'?




Alhamdulillah! Syukur!

Siapa sangka main game ayam pun boleh menang KFC!!

Terima kasih KFC!


p/s: Aku takde facebook.

NUke

Ada je idea nak menulis. Tapi, beri laluan kepada tag yang diterima daripada dia nih! Nak tahu siapa? Klik sini.



Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it’s because I want to know you more.



  1. Tak terlalu minat menonton televisyen. Cuma khusyuk mengadap TV bila ada 'Anugerah Industri Muzik', 'Anugerah Juara Lagu', 'Anugerah Bintang Popular Berita Harian', and segala anugerah melibatkan muzik.
  2. CD lagu Original pertama yang dibeli : Avril Lavigne - Let Go.
  3. Memiliki 1 tikar Sarawak di dalam bilik tidur.
  4. Ketinggiannya tidak pernah mencecah 1.7 meter.
  5. Penyokong Chelsea.
  6. Mempunyai 26 name badges yang dikumpul sejak tahun 2000.
  7. Pernah kena langgar motor. Tercampak kat rumput. Tak luka.
  8. Jatuh basikal. Kepala berdarah. Takut nak balik rumah.
  9. Pernah baling kucing dalam sungai. Saja-saja. Lepas tu lap balik kucing tu. Campak balik
  10. Tak pernah pergi luar negara secara sah.
  11. Tidak pernah membeli perfume sejak 2007. Semuanya diberi atau di-paw!
  12. Takut akan keseorangan ketika black-out. Takut kena rompak dowh!
  13. Pernah berkomplot dengan Big Bro, membakar lipas yang baru dibunuh. 1996.
  14. Satu2nya anak lelaki Mahmod yang berdarah B. Sama macam Mahmod.
  15. Penyayang yang tidak diketahui.
  16. Not planned to be a family-type-and-family-first-punya-anak. It changes with my growing age.
  17. Ada escort polis ketika ayah rushing nak ke Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Nasib baik aku tak lahir dalam keta. Teringin nak jumpa polis yang membantu itu.
  18. Tak suka letak 'Bin' bila tulis nama penuh. So, cikgu2 selalu tanya siapa nama ayah!
  19. Selalu kena menyanyi dalam kelas Muzik, since Darjah 5.
  20. Dalam almari, ada 5 perfumes, 4 deodorants, 1 Eye Mo dan 2 pengorek telinga besi.
  21. Blog itu merupakan satu rujukan yang sahih... kot.
  22. "Yeaa... right!?" antara quote kegemaran Nuke Rude.
  23. Pernah bercinta dengan rakan sekelas.
  24. Pernah bercinta dengan junior sekolah.
  25. Tak ada facebook.

Siapa 25 org yg aku nak tag? Ada volunteer?

NUke

Haha. Seminggu tu! Aku tak update apape. Bukan lah masalah kesibukan melampau sangat dengan kerja baru tu, cuma access internet yang tiba-tiba saja limited. Maklumlah, bil broadband aku ni, every 24 haribulan. So, maksimum yang service provider boleh extent, cuma sampai 27 haribulan. Then, kalau lambat bayar jugak, service pun di'hold' sementara waktu.

Nak dijadikan cerita, gaji terakhir aku dengan company lama tu pulak cuma clear pada 28 hb! And aku cuma boleh bayar bil broadband pada 29 hb, setelah mendapat akses internet dari office. Since 29 hb tu hari Jumaat, dan payment mengambil masa 1 HARI BEKERJA untuk clear, maka, hari Isnin lah baru aku boleh akses internet menggunakan broadband nih!


Hebat kan?



Dem-yu!

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.