Hari ni, aku mengambil satu langkah baru dalam perjalanan karier aku. Bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, first day aku kat tempat baru tu berjalan lancar. And ramai juga yg bertanya, "So, how's your 1st day?". Dan jawapan aku, "Macam biasa saja.". Sebab hari pertama, aku pun takdelah nak expect lebih2. For sure lah ada sesi suai kenal, introduce sana-sini.

Macam budak baru pindah sekolah. Bezanya, sekarang ni aku masuk kat tempat kerja baru. So, kena pandai communicate sikit la. Mana2 yang aku tak tahu, aku tanya je.

So far, aku masih dalam proses mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ye lah, kat tempat baru ni, staff nya agak ramai and banyak jugak departments; compared dengan tempat kerja lama.

Dan perkara yang betul2 buatkan aku rasa macam 'hek el leh' kat tempat baru ni... Nak keluar masuk office kena swap magnetic card! Jakun lak! hahaha!

Barulah ada suasana office!

Oktober 25, 2010. Kerja ke-2.

NUke



Siri 6

Keadaan di dalam ruang makan kafeteria itu sangat sesak. Sesak dengan pelajar lelaki yang rancak bersembang, dan juga sesak dengan pelajar lelaki yang beratur untuk memesan makanan. Dalam kesesakan itu, Xyryll dengan mudah mengecam Asyraf yang sudahpun duduk di satu sudut kiri kafe, sedikit jauh daripada kesesakan di ruang tengah.

"Sorry lambat.", sapa Xyryll, lalu melabuhkan punggung ke bangku bersebelahan dengan Asyraf.

--

8.44 malam. Masing-masing sudah selesai menjamu selera, menikmati makan malam. Dan kini sedang asyik menikmati teh o' limau yang semakin tawar dek kerana ais yang semakin mencair. Dan ketika itulah Xyryll mengambil peluang untuk bertanya dan berbual seperkara yang sedikit serius bersama Asyraf.

"Sayang... You ada kawan nama Meor tak?"

Matanya tak berkelip memandang raut wajah Asyraf. Menantikan jawapan yang bakal dikeluarkan dari baris bibir yang nipis. Sedikit air diteguk menerusi penyedut minuman.

"Ada. Classmate."
"Mana awak kenal dia?"

"Oh. Tadi pergi bilik member, nak ambil buku. Si Meor tu tegur... Boleh pulak dia tanya pasal awak."

"Ha?"

"Tak kisah lah. The point is... saya taulah yang dia tu kawan awak."

"Dia kacau awak ke?"

"Nope."

"Awak suka dia ke?"

"Hish... ke situ pulak."

"Eleh..."

Asyraf kembali menghadap gelasnya yang semakin kurang air di dalamnya. Manakala Xyryll memandang ke kanan, melemparkan senyuman entah kepada sesiapa. Sedikt tawa kecil kedengaran. Dan itu menyebabkan Asyraf yang duduk disebelahnya berpaling ke arahnya. Badan Xyryll disiku oleh Asyraf. Segera dia bangun dan mengajak Xyryll berlalu dan pergi ke tempat lain.

--

Berpelukan. Bercumbu. Bergomol. Kesemua itu menjadikan Meor dan Xyryll berpeluh-peluh. Baju kemeja yang dipakai masing-masing untuk ke kuliah itu segera ditanggalkan, menampakkan matang tubuh Xyryll yang berkilat, akan tetapi meninggalkan Meor bersinglet putih. Ruang tandas yang terletak sedikit jauh daripada laluan pelajar lain itu dikuasai mereka. Beg-beg galas mereka dibiarkan di atas permukaan singki sambil mulut masih bertaut menikmati setiap cumbuan.

Sehinggalah pintu itu diketuk sedikit kuat oleh sesorang. Xyryll termangu. Dan sedikit panik. Dan serentak itu, dia tersedar daripada lamunan panjang. Dirinya tersedar. Dan dia masih di meja, menghadap buku Kimia. Tidak berbaju. Di dalam bilik tidurnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.", balas Asyraf, segera membuka pintu biliknya. Kelihatan Meor yang bersinglet putih dan berseluar pendek tersengih di muka pintu. Ingin bertemu Asyraf untuk membincangkan tugasan matematik. Dibawa sekali buku Xyryll yang dipinjam Hazieq dan dihulurkan kepada Xyryll.

"Oh. Kenalkan! My roomie, Xyryll"

"Xyryll. Ni classmate aku. Meor."

"Korang dah berjumpa tadi kan...?"

Asyraf mendahului Meor ke meja belajarnya, meninggalkan Meor dan Xyryll di belakangnya. Peluang itu diambil Meor untuk berjabat tangan dengan Xyryll. Dan peluang itu juga diambil oleh Meor untuk mengenyitkan mata kirinya kepada lelaki tidak berbaju itu.

Dan Xyryll membalas kenyitan itu dengan melepaskan jabat tangannya, dan tersenyum.

--Bersambung...

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.

NUke



Ingat tak jingle tu? Dalam iklan milo dulu-dulu ada jingle ni:

"Minum Milo, Anda Jadi Sihat... Dan KUAT!!"

Tak ingat? Never mind.

Anyway, aku rasa kebanyakan korang yang lahir pada tahun yg lebih kurang dgn aku, pasti merasa dan melakukan perkara yang sama. Waktu aku tadika and sampai lah habis sekolah kebangsaan, aku ada satu habit dan perangai. Yang mana, aku rasa ianya diperturunkan daripada kakak2 aku, sampailah ke abang aku, dan aku menurunkan perangai itu kepada adik aku yang sorang tu.

Makan MILO.

Selalunya hari Sabtu lah. Sebab tak sekolah, atau lepas habis aktiviti ko-kurikulum, dan sesudah makan tengah hari, adik-beradik aku akan lepak kat ruang tamu untuk layan cerita hindi. Dulu2 kat TV3 ada 'Panggung Sabtu'. Zaman aku skool dlu, pelakun Kajol, Karisma Kapoor, Anil Kapoor, Sanjay Dutt, Aamir Khan, dan segala macam Khan tu semuanya tengah up! Dan yang kongker TV, surelah akak2 aku.

Dan dialah yang memperkenalkan tabiat makan milo tu kat kitorang ni.

Amik cawan, bubuh Milo barang 4 - 5 sudu, lpas tu mngadap TV dan nikmatilah Milo itu. Kalau nak lagi best, tambah susu sikit. Zaman dlu, ibu beli susu F&N. Layan kan saja.

Flashback.
1996. Darjah 2. Sabtu. Lebih kurang 3.15ptg.

Kerusi dapur ditarik rapat ke kabinet yang menempatkan gula, periuk nasi, horlicks, dan tin MILO. Seorang budak lelaki yang hensem dan comel memanjat kerusi itu dengan harapan utuk menikmati Milo. Milo yang dikunyah halus dengan campuran susu F&N sememangnya menjanjikan senyuman manis pada petang yang panas dan bosan itu.

Langkah budak lelaki yang hensem & comel itu tidak dapat didengari dan dikesan oleh sesiapa. Dia merasa gembira dan berhajat untuk menambahkan lagi serbuk Milo ke dalam cawan plastik yang sudah pun dibubuh susu F&N itu. Sehinggalah kedengaran pintu dikuak oleh (arwah) Wan (panggilan kami utk Nenek).

"Eh! Laa... Baik-baik.. nanti jatuh!!"

Budak lelaki yang hensem & comel itu terkejut dan disebabkan itu, cawan yang berisi serbuk Milo itu hampir-hampir terjatuh ke lantai. Matanya bulat memandang Wan. Dan dia tersenyum. Kantoi...!

"Apsal tak bagi tahu Wan.. Nanti Wan buatkan air Milo untuk kau...", Wan dengan selamba neneknya 'merampas' cawan itu lalu memasukkan air panas. Sudu dicapai dan digunakan untuk mengacau minuman tenaga itu.


"Terima kasih Wan...", budak lelaki hensem & kacak itu berlalu perlahan sambil memegang cawan yang berisi air Milo panas itu, dan membawanya ke ruang tamu. Cerita hindustan itu ditonton tanpa sebarang perasaan.

Jauh di suatu sudut di dapur, kedengaran Wan memberi nasihat...

"Lain kali, kalau nak air panas ke apa, bagitau Wan. Biar Wan je yang buatkan. Kang jatuh ke apa, siapa jugak yang susah...?"


Jauh di sudut hati budak lelaki yang hensem & comel itu kecewa kerana niatnya untuk memakan Milo tidak kesampaian.

p/s: 2010. Wan dah setahun meninggal dunia. Dan budak lelaki yang hensem & comel itu... sekarang dah jadi Kacak & Bergaya. Heh!

NUke



Our friendship does not ends here... you know what I mean. I'll always be in touch with you nukerude! Hope you'll do the same. Gonna miss teasing you & gonna miss you a lot!

Good Luck & All the best!! Stay in touch.

Wish you all the best! Take care & keep in touch.

Selamat Maju. Buat apa yg ko mahu, bukan buat apa yg org mahu... - Baru ikhlas keje-

Life is either a daring adventure or nothing... Follow your dreams & pursue them with courage!

Decide what you want. Believe that you can have it. Believe you deserve it & believe it's possible for you.

Wish you have a different & exploring future. Good luck!

Bye2 En. A----.

Make sure we still keep in touch. Di mana jua anda berada, kita tetap bersama... hehehe

All the best in all your future undertakings. Work hard & chill harder :P

If there is a WILL, everything is POSSIBLE!! March forward! All the best in ur future undertaking! Gonna missssss u...

The first step 2 getting the things u want out of life is this. "Decide What You Want".

Esok Lusa Masih Ada...

All the best & take care =)

All the best in yr future undertaking & Best Wishes !

Ha... nanti jangan rindu nak panggil Kak Sue plak ye...he he he... tapi Kak Sue pulak yg rindu nk dengar. Hu hu. Nanti kat tempat kerja baru bleh dpt kawan baru yg best2 lagi okey...

Dearest Nyamuk, Jaga kesihatan and don't spread wabak denggi at your new workplace. Keep in touch ok!!

We'll never forget you... Your sweet smiles will be missed :)

Kini Sudah Tiba Hari Terakhir Anda.. Be Positif !

I tak senang ni. So, no much words for ya. Hope ya understand :-) All the best!!

Best of Luck !

We want you to come back!




Kerja ke-1
(August 03, 2009 - October 18, 2010)


NUke

Masih ingat lagi kisah Satria vs Monster? Kali ni, Monster kembali lagi dengan episod yang baru...














TAMAT



NUke

Heh! Baru 3 hari tak udpdate blog! Rasa macam dah lama je. Anyway, kepada pengikut siri KAC2, akan ada sambungannya tak lama lagi, insyaAllah. Jadi, hari ni aku nak berkongsi dengan para pembaca blog, akan cara-cara memasak Megi Kari - Claypot Style.

But of course, aku tukar2 skit style masakan, menggunakan bahan-bahan dan benda yang mudah didapati di dapur setiap rumah. Semuanya sangat mudah, dan boleh siap dalam masa yang singkat. So, aku harap, korang dapatlah meluangkan sedikit masa untuk mencuba Megi Claypot ni.

Megi Kari - Claypot Style

Konsep Asal : NUke Rude
Olahan : NUke Rude, Angah, Alang
Jurugambar : Angah, NUke Rude


Cara-Cara:-


1. Sediakan mi segera, apa-apa jenama pun boleh, mengikut selera masing-masing.


2. Panaskan periuk claypot a.k.a Lesung Batu, pada api yang sederhana besar! Saiz lesung batu, mengikut kuantiti mi segera yang ingin dimasak. Kalau banyak, gunalah yang besar!


3. Tumiskan mi segera itu, dengan packaging nya sekali. Make sure, serbuk kari / perencahnya sama-sama ditumis. Kecilkan sedikit api, jika perlu. Anda juga boleh memasukkan segala macam daun2, sayur2, atau telur sebagai penambah rasa. Masak sehingga 2 - 3 minit.


4.  Ta-da! Dah siap. Dan sedia dinikmati!


5. Juga boleh dinikmati dengan air sejuk kalau rasa megi tu panas!!




Selamat mencuba. Hahaha!!


NUke


  1. My first concert yang aku pergi was back in 2005. Simple Plan.
  2. My first camera-phone was back in 2006. Motorola L7.
  3. My lepak-port during my student's life in UKM. Kedai Mamak Ameerali.2007.
  4. My first time dapat bilik sorang2 kat universiti. Sesi 2007/2008. K8N 101.
  5. My first time amik gambar mengarut & berjaya control gelak. "Smokok", rumah. 2008.
  6. My first time Raya, selepas bergelar seorang pekerja swasta. 2009.
  7. My first time sikat rambut ke tepi and go to the office. 2010.
  8. My first time photoshop-ed gambar dengan janggut. 2010.
  9. My first time ever buat rambut mohawk pergi ke office. 2010.
  10. My first time doing event, with the responsibility of so-called 'Project Leader'. 2010.
  11. My first time ambil gambar pakai baju melayu kat office. 2010.
  12. My first picture yang aku transfer lepas pc pulih dr serangan virus. 2010.
  13. My first time taking photo with songkok on my head, after so many years I kept the songkok in d cabinet. 2010.
  14. One of the only picture of me alone, during raya. 2010.
  15. My first time tapau & makan McD kat sekolah my sister. 2010.

Live your life.



Before you die.



NUke

Offended!

Barangkali itu bukanlah perkataan yang begitu sesuai dengan situasi yang aku hadapi sekarang. But never mind, maybe boleh dikaitkan sikit-sikit lah kot. Aku bagi korang satu situasi lah, yang mana ianya lebih kurang saja dengan apa yang aku alami sekarang.

--

Dari awal lagi kau memang dah declare yang kau tak nak involve dalam projek A. But yet, nama kau tetap naik dan dipanggil dalam meeting projek A, ended up, kau pun di-dragged masuk ke dalam projek. Tugas kau cuma untuk coordinate mana-mana perkara kecil saja. To make it much more contrast, nama kau tak tersenarai pun dalam Project Team tu.

Yet, kalau ada pertolongan diperlukan, kau tetap hulurkan even though dari awal-awal lagi kau kata kau tak nak involve. Yet, yang lain tetap suruh kau buat. Kau buat, dan deliver tugasan tu on-time so that kau boleh fokus pada tugasan utama kau.

Then, time projek A tu berselang seminggu dua, kau dimaklumkan bahawa kau kena pergi tolong teammates yang lain dan kau pun agreed lah. Not until 2 3 hari sebelum actual day, nama kau dikeluarkan. Kononnya, kau tak diperlukan ketika actual day.

Now, actual day projek tu ialah esok! ESOK! And yet, boleh orang-orang yang keluarkan nama kau dari senarai tu tanya, "Esok kau pergi on-site kan?". Dan macam2 persoalan macam "Kau tak tolong teammate lain ke?", sambil buat muka pelik, mempertikaikan diri kau yang masih berada di office, sedangkan teammates yang lain sudah berada di tempat berlangsungnya acara esok.

Jawapan kau, "Hell NO!".

--



Jawapan aku juga adalah "Hell NO!"

Aku ni bukannya puppet yang kau boleh suka hati tolak ke sana sini. Sorry ya! Aku agak selfish kali ni. Not to you. But to all of you! Sebab aku rasa offended dan kecewa.

p/s: Entry emo tak boleh ada gamba, nanti jadi lawak!

NUke

Heh! Aku tau, hari ni, 10 Oktober 2010, pasti ramai blogger nak buat entry khas and schedule pada 10.10 pagi or 10.10 malam. Sama lah macam aku dulu, tahun lepas, buat entry pasal 09 September 2009. Anyway, tahun ni, aku macam malas je nak buat entry macam tu. Bagi lah peluang orang lain pulak kan?

Angah cakap, aku ni mementingkan hujah yang logik untuk menerima sesuatu info. Mulanya, aku macam menyangkal dalam hati, sebab aku rasa aku macam boleh adapt je dengan semua info dan berita yang aku terima, sampai lah ada satu ketika yang mana perbincangan antara aku & kawan2, selalunya akan mengambil masa yg lama... semuanya sebab aku yang mahu penjelasan yang detailed dan berinfo. Entah apa-apa. Moral of the story, kalau kakak kau tu dah kata kau tu macam tu.. kau terima je lah! faham?



Fight #1 : Ayam Fast Food CKF (Bukan Nama Sebenar) Tak Dibasuh!

Ibu buat story-telling kat aku lepas dinner tadi, dia kata ada someone kat kampung cerita (one of the kampungers tu kerja Manager CKF) yang mana ayam2 kat restoren tu tak dibasuh terlebih dulu. Ayam tu terus diperap dengan 11 (bukan nilai sebenar) rempah rahsia, sebabtu lah rasanya sedap! Ibu juga mengexagerrate dengan mimik muka sambil berkata, "entahkan ayam tu disembelih dgn cara betul atau tidak..?". Tambah bonda, "Manager itu sendiri tak nak makan ayam2 tu...".

Aku fight! Aku kata, as a Manager kat CKF, mana leh makcik/pakcik tu buat story macam tu sebab itu akan reflects pada imej restoren. Logically, kalau ayam2 tu semua tak diproses mengikut kaedah pengurusan makanan secara Islam, masa kan restoren tu boleh dapat Sijil & logo Halal? Or, simply thinking, kalau cerita buruk pasal restoren sendiri kat clients, of course takkan ada yang akan datang. So, restoren pun tak laku. Ended up, manager tu jugak kena buang kerja! Kan?

Setelah 5 minit masing2 memberikan pandangan dan ego, maka keputusan telah dicapai. Pemenangnya ialah... IBU!

Sebab dia ibu, dialah yang menang! Gila apa kalau aku nak membangkang lebih2, dah lah dia tgh bancuh air Nescafe, kang tak pasal2 aku dapat cium aroma saja. Lagipun dia kan IBU.

Fight #2 : What's the point of cukur-ing bulu ketiak, Ended up dia tumbuh balik?!

Kawan aku kata, reasonnya supaya syaitan tak bergayut kat bulu ketiak! Dia cakap aku bengong! Sorang lagi member tanya aku balik, lbh kurang camni lah "Kenapa sibuk utk survive, ended up akan mati juga?". Dan ada juga kawan suruh aku blog about it.

Aku fight! Aku berstuju dengan part syaitan tu. Bila difikir balik, agak seram juga kalau ditakdirkan kita boleh melihat syaitan sedang bermain buaian yang dibuat dari bulu ketiak yang panjang! Tapi, aku tak puas hati sebab dia panggil aku bengong! Aku ni ngeng je! And pada member yang kedua tu pulak, aku tak puas hati dengan soalan dia! Dah lah aku yang tanya soalan mula2, ended up dia pulak tanya aku balik! Ape ni weyh! Dan kawan yang terakhir pula, ini lah dia jawapan aku, terhasillah entry ini.

Keputusan: Aku Menang! Sebab kalau dilihat, perbincangan terfokus pada jawapan yang korang berikan, dan bukanlah pada bulu ketiak yang panjang!

Fight #3 : Perkahwinan Sheikh Muszaphar, Angkasawan Negara

Tahniah Astronaut sebab berkahwin juga anda! Moga berkekalan hingga ke alam syurga yang kekal abadi! Kalau angkasawan nak tau, saya lah yang berdiri pegang banner UKM sewaktu menyambut ketibaan angkasawan di KLIA dulu2.

J call and tanya kalau2 aku tgk 'Perkahwinan Kayangan Angkasawan Negara' tu...? Aku jawab, tak. Sebab keluarga saya sedang menonton acara Lawn Bowl Sukan Komanwel 2010. Aku tanya dia balik, dia tengok ke rancangan perkahwinan tu? Adakah dia rindu kat aku setelah melihat wajah Angkasawan itu? Adakah mukaku mirip muka angkasawan tu?

Dia jawab tak. Aku suruh dia berkata jujur. Dia kata, tak baik menipu.

Pememangnya: J. Sebab dia kan J.


NUke

Memandangkan aku ni blogger kecil-kecilan cuma, maka entry-entry aku ni takde lah sehebat blogger2 lain. Setakat 2 3 komen tu pun aku rasa dah cukup bagus lah kan? Apatah lagi kalau receive feedback and komen yang melampau-lampau banyaknya, lagilah teruja! But yet, tujuan mendapatkan komen yang banyak tu, bukan lah salah satu perkara yang aku kejar dalam stiap penulisan.

Cukup lah sekadar ada yang sudi membaca. (Ayat sedih...)

Tadi waktu aku tengah menelaah setiap entry, baru aku sedar, daripada 513 blog entries (termasuk entry ni) aku ni, cuma ada 34 entries saja yang tidak berkomen. Huh! Alhamdulillah, syukur. Kiranya, masih ada lagi yang sudi memberikan pandangan peribadi atas stiap benda yang aku karutkan dalam blog ni.



Sebab aku ni bermula dari zero-blogspot-knowledge, aku ni barangkali melebarkan sayap kemengarutan through kawan2 kat universiti dulu. Bermula dengan kawan2 sekolej. Sebab time tu masing2 macam tengah gila nak buat blog. Aku ni, mmg terkategori dalam someone yang suke merepek! That's y aku ada blog... kot.

But, ada jugak orang yang mula2 saja create blog, terus da dapat hits and attention daripada public. kagum. Dalam masa yang sama... teruja! Haha!

Dan penulisan aku ni pun mulai berubah daripada something yang too diary or personal, kepada sesuatu yang boleh dibincangkan. Semuanya bila aku sedar yang blog ni dah ada 'readers' tersendiri. Antara mereka adalah followers NUke Rude Blog yang mana aku panggil 'Stalkers'.

Nak menulis entry yang mega hits tu, mungkin agak mustahil lah bagi aku kot. But yet, personally, aku ada beberapa entry yang (tak hits pun) konon2nya macam hebat lah yang pernah aku hasilkan! One of them is Spender Selesa yg ditulis pada April 2009. Start daripada entry ni lah kot, aku rasa cam tetibe je bersemangat nak menulis dan terus menulis! Haha! Then, terhasil lah entry-entry macam Pink Matter? dan Aku Merana Tidur Dengan Jeans Levi's. And all of them are related to one topic.... LELAKI.

So, terima kasih kepada mereka yang pernah, sedang, masih dan akan membaca Blog ini. Sebab tanpa korang-korang yang berfikiran ngeng mcm aku ni, takdelah terhasilnya entry2 merapu entah apape ni.



NUke

Salam kepada pembaca-pembaca yang beragama Islam.

Selamat Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang beragama Islam & yang bukan beragama Islam.



Lately, I noticed that people were talking about BlackBerry. Actually, not lately-lah, it has been a while and months, since the term BlackBerry used by the what-don't-know-company used it. (Sorry for my broken English). Frankly speaking, I am so impressed with my friend those who're using BlackBerry because for me,... to keep yourself updated with the newly and high technology gadget is quite difficult.

Or maybe because I am too lazy to update myself with the new tech. No wonder that I am still comfortable using Windows XP while the rest has started to use Windows 7. Some more, original version.

But the thing is, for the time being, I'd just need a simple-functions phone as my routine does not require me to be mobile, and at the same time, reply to those emails. A basic phone with functions of texting, making & receive calls, have at least 2.0 megapixel camera, and music player is more than enough. Perhaps, yang ada function radio itu pun dah macam terlebih bagus pulak.

Anyway, I still believe that someday in future, I will use this kind of the high tech gadgets... maybe once I dah jadi Manager ke apa, whatever it is lah. Because aku tengok member aku yang sorang ni pakai BlackBerry, rasa macam smart pun ada. Tapi, dia memang smart pun.

BlackBerry & Black Dog Bone... can you tell me what do they share in common?





The names!! nampak gah dan bergaya!

Kan?


p/s: Image courtesy of Google.

NUke



Heh! kebelakangan ni tak berapa nak rajin on-line, sejak-sejak teruja dan berangan nak beli Myvi SE warna Oren. Asyik duduk kat luar, mengira berapa banyak Myvi SE Oren lintas kat depan rumah. Insyaallah, ada rezeki nanti, tercapailah hasrat di hati ini hendaknya.

Dan sebagai seorang blogger, kita kena sentiasa banyak idea untuk menulis dalam blog. Creativity is an additional point. Kiranya extra marks lah! Anyway, salah satu masalah aku sebagai seorang blogger is idea yang banyak, akan tetapi semuanya hilang di tengah jalan. Sometimes, tengah2 bawak motor, ade saja idea nak menulis pasal slot Pantang Larangm ended up, sampai kat depan pc ni, apa segala benda yang aku nak tulis, semuanya hilang.

The same things goes with my series. Nak mengolah jalan cerita tu.. pergh! ambil masa tu bro! But yet, aku tetap menerima segala komen dan pandangan kalian.

Ni, aku rasa pada asalnya, aku nak tulis pasal kucing. Tapi, entah kenapa aku tulis pasal idea.



Kalau korang ni seorang blogger mcm aku, sure korang menghadapi masalah yang sama.



NUke

Padahal, nilainya cuma bergantung pada nilai nombor yang tercetak pada helaian2 kertas yang mempunyai tandatangan gabenor bank. Itu lah duit. But yet, Duit mampu mengubah manusia dan dunia.



Dan duit juga mampu mengubah emosi.





NUke



Siri 5


Perbincangan akan tugasan Bahasa Inggeris itu berakhikr kira-kira jam 6.45 petang. Menyedari akan senja yang semakin tua, Xyryll meminta diri untuk pulang ke biliknya, setelah dipastikan segala tugasan bahagiannya disempurnakan. Pun begitu, dia tetap tidak kedekut untuk meminjamkan buku rujukan miliknya kepada teman-teman lain yang masih termangu menyiapkan bahagian masing-masing.

Hazieq, you keep this book first, okay?
After Maghrib nanti, aku datang ambil…

Pintu bilik ditutup perlahan. Dan rapat.

--

Langkah kedua-dua sahabat itu perlahan saja, melewati beberapa pelajar lain yang berjalan bertentangan, menuju ke arah kafeteria. Fadhiri dan Asyraf lenjun dibasahi peluh yang mengalir sepanjang sesi senaman dan jogging.

Huh… Guarantee malam ni kau boleh tidur nyenyak, Asyraf!

Itu sudah tentu… Aku risau engkau saja yang tidur sampai berdengkur nanti!

Hahaha! Yang itu, tak boleh nak tolong lah!

Fadhiri segera mengetuk pintu bilik, menantikan Arief untuk membukanya, sambil tangan kanannya ligat melonggarkan tali kasut sukan. Asyraf pula membongkok, merenggangkan kakinya yang sedikit kepenatan akibat berlari terlalu laju sebentar tadi.

Assalamualaikum!

Waalaikumussalam…”, balas Asyraf dan Fadhiri dalam nada yang hampir serentak. Masing-masing berpaling untuk mengetahui gerangan kelibat yang memberikan ucap salam kepada mereka. Dan orang itu bukanlah sesiapa; Xyryll.

Fadhiri memandang Asyraf.

Asyraf memandang Fadhiri. Senyum, sebelum kepalanya tunduk melihat gerak tangannya menanggalkan kasut sukan. Dan Xyryll cuma berlalu masuk setelah pintu dibuka, meninggalkan kedua-dua Asyraf dan Fadhiri.

--

7.41 malam. Sesudah selesai solat Maghrib di bilik, Xyryll segera menyalin dan menggantikan kain pelekat birunya dengan seluar Bermuda perang. Baju pagoda juga dilucutkan dari tubuh dan digantikan dengan kemeja tee putih.

Asyraf, I nak pergi ambil buku kat bilik member jap eh!”. Menghadap cermin, membetulkan rambut dengan jemarinya.

Meet you at cafĂ© in 10 minutes time!”. Berlalu dan kedengaran pintu ditutup sedikit kuat.

Allahu Akbar’. Sujud. Asyraf masih sedang bersolat.

--

Sorry, Hazieq keluar pergi bilik kawan dia kot! Kenapa eh?”, soal Meor sebaik saja pintu biliknya dibuka setelah diketuk Xyryll.

Oh! Aku nak ambil buku aku. But it’s okay then, lepas makan nanti aku datang balik lah. Kau tolong pesan kat Hazieq ok?

Eh. Kau masuk la dulu. Aku rasa dia pergi sekejap je kot. Kejap lagi balik lah…

Tak payahlah. Lagipun, aku dah janji dengan member, nak dinner sekali. Thanks.

Asyraf ke?

Xyryll berpaling. Kening kirinya dinaikkan sedikit dengan dahi yang berkerut. Tidak pasti pula dirinya akan Meor yang mengenali Asyraf. Pelik. Dan dia sedang berkira-kira untuk memberikan jawapan.

No.

--Bersambung…

# Komen dan beri pandangan anda berkenaan kisah KAC2 ini. Komen yang 'jujur' dan menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2 dan pengirim akan diberikanpeluang untuk menyiarkan satu 'entry' di laman NUke Rude Blog.

NUke

video






p/s: Barangkali, ini merupakan vlog yg plg lama & pjg pernah aku hasilkan.

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.