Alhamdulillah, satu lagi event dah selesai. Kali ni agak mencabar sebab event tu 4 hari, and start hari Isnin lak. Kalo event tu start hari Isnin, maknanya itu memerlukan satu pengorbanan. Knapa? Sebab hari Ahad sebelum tu pun terpaksa lah juga bekerja. Haih! Hari ni menandakan diriku sudah bekerja selama 12 hari berturut-turut!!

Hm, usually lepas habis event, aku suka lepak kejap dkat shopping centre berdekatan. Takdelah lepak lama2, cuma skadar satu round saja. Ended up, terbeli lah satu benda untuk diri sendri. Tak kisah lah apape. Baju, CD or just a dozen of doughnut. Maybe nak treat diri sendri kot. Ye ah, since few months back struggling dgn preparation and paper works. Tu belum cita pasal kerenah delegates during on-site. Macam2 hal la. Tak jumpa hall A, lepas tu comment pasal food yang tak mnepati citarasa la. Macam2 ar.

Trained by experiences, aku pun terpaksalah mendengar je apape yg diorg menceceh. Sambil2, kna cepat berfikir utk carik solution yang tepat. Sebab bila customer bertanya, diorang takkan mahu dengar jawapan "Err... I Don't Know lah... Sorry!".

Pikir. Digest segala macam pro and cons. Explain dan cari penyelesaian utk sgala pmasalahan tu.

Dan oh!! Kena senyum!

Ada sorang customer sembang2 ngan aku haritu. "Nak involve and kerja dalam service line ni nak kena pikir habis2an. Bukannye mcam dalam drama kat TV, nampak glamour saja...". Betul!

Anyway, surprisingly lepas habis event semalam, aku lepak mkn mlm ngan bos dan sorg lagi colleague, before we all finally went home. Takde pulak aku nak beli apape. Mungkin tak sabar tunggu 31 Julai kot. Sebab apa??







NUke

Satu, EED stands is a short form for 'An Event Executive's Diary'.

Insyallah, awal bulan Ogos nanti, genaplah setahun aku berada dalam industri Event ni. Sedar tak sedar, and dalam diam-diam, hampir setahun berlalu. Banyak jugak perkara baru yang aku belajar; mostly customer-related  processes la. Sebab dalam bidang service ni, kita punya PR skills kena la mantap, and also, kena la updated dgn current issues, so bila customer sembang2 time event, takde lah macam org bodo je tak tau apape.

--



"KLCC satu. One-way ya..."
"2 Ringgit, patploh sen."

Naik ke platform Terminal PUTRA, after aku pergi adjust rambut kat toilet. Tengok jam kat handphone. 6.15am.

Menguap. Sumbat telinga dengan earphone, pasang lagu. Tunggu tren. Sambil2 tu, tag 'Organizer' aku selitkan kat dalam poket kemeja G2000 warna perang. Satu tag yang mana sangat penting ketika menguruskan event. Bila kau ada tag 'Organizer' atau 'Secretariat', itu bermakna kau memiliki 'full-access' pada sesuatu event. So, losing your 'organizer' tag in the middle of the journey and crowd, memang sesuatu yang sangat bahaya dan menakutkan.

6.55am. KLCC.
Plan nak singgah Rotiboy, tapi roti macam tak masak lagi. Jalan kaki ke KLConvex. Sangkut tag pada leher. Berjalan laju melepasi orang ramai dan security guard. Masuk dalam bilik sekretariat, breakfast dan dengar briefing daripada Manager. Lepas tu, semua ke workstation macam yang dah ditetapkan.

10.00 malam.
Satu butang kemeja dibuka. Membenarkan udara malam di Taman KLCC untuk menyejukkan dan mengeringkan peluh. Selesai satu hari. Ada 2 hari lagi menanti, dengan rutin yang sama. Apa yang ada di fikiran cumalah mandi dan tidur. Sebelum menanti hari esok.

--
Menguruskan event di Kuala Lumpur memang mencabar.
Seriously.


NUke

Beberapa hari lepas, aku ada satu argument yang cambest gak la dengan akak aku. Semuanya pasal sikap ingin tahu dan willingness to learn new thing berkenaan engine, minyak hitam, et cetera yang related to kereta. Bukan ape, sebab haritu akak aku suruh lah aku temankan dia pergi satu bengkel kereta ni. Sebab bateri kereta dia sudah out. I mean, adh tak bole pakai la. Memang dah tahap kena tukar baru.

So, lepas saja brader kedai tu tuka semuanya, kitorang pun bincang la pasal hal2 kereta ni. And aku mcm tak berapa setuju dgn statement akak aku ni yang kata somethg like this la, "Lelaki ni memang kena amik tahu pasal bab-bab kreta ni."

Oh. Husband dia time tu, kena keja luar bandar. Outstation.

Aku pun bidas la balik. Saying that things that related to car maintenance ni semua bukan letak pada bahu laki saja. In this case, both laki and perempuan kena tahu tak banyak sikit, pasal maintenance kereta. Mungkin, kalau dah tahu setakat benda basic tu pun, dah kira okay lah. To be honest, aku ni takdelah expert bebenor pasal bab2 keta ni. Tapi, still tau la kalo tetiba nk kena tuka tayar ke, pressure angin dalam tayar, check air, dan beberapa hal2 minor la.

Sebab, pada aku la, selain daripada ilmu yg berguna, knowledge pasal hal2 camni jugak barangkali leh mnyelamatkan diri. Or, maybe boleh menyelamatkan wang ringgit drpd melabur and ter-spent pada bnda yg tak sepatutnya.

Biasalah, kalo keta da masuk bengkel, tokey kedai sure akan 'advise' utk tukar banyak benda. kekadang tu benda yg tak sepatutnya tuka or belum masa utk tuka lagi pun, diorang suruh tukar. Bisnes is bisnes.

Back to the argument. Yang membuatkan aku membidas tu bukan ape, sebab beliau terus mention pasal tanggungjawab utk tahu pasal hal2 ini diletakkan pada sebelah pihak saja.

Aku takdelah terlalu 'sexist' Hahah. Cuma mahu memberi pendapat saja.

Right now, in this current living world, bab2 pngetahuan kereta ni, memang semua orang patut amik tahu. Tak kira la laki ke perempuan. For guys, maybe it will menambahkan point masculinity. hahaha.

Just some quick points:-
  • Kalau x pasti berapa pressure angin yg patut dipam dalam tayar, sila refer pada bhgn dalam tepi pintu driver. usually, information pressure angin dlm tayar, diletakkan di situ.
  • Kebanyakan stereng juga boleh di-lock dgn memusing ke kanan sehingga terdengar bunyik 'click'.
  • Pastikan radio / CD Player, air-cond, dan lampu dimatikan sebelum enjin dihidupkan. Pakcik bengkel tu cakap, "supaya bateri tahan lama".
  • Guna fungsi nyahkabus utk menghilangkan kekaburan dan kabus kat cermin belakang ketika hujan.

NUke


Aku tak puas hati...









Korang rasa la kan, ade ke watak Pokemon yang ada Kuasa Kentut?


p/s: Image courtesy of Google.

NUke

Well, selain bergelar blogger, aku sering mencabar diri dgn mlakukan penulisan ringkas dan beberapa perkara yg memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang lain. Maka, dengan itu, terhasillah 2 buah siri (setakat inilah), yakni 'Ku Ampunkan Cintamu', dan 'Pe'us', yang mana merupakan kesinambungan daripada siri yang pertama. Kalau korang nk tau sama ada akan ade lagi penulisan yang seterusnya, aku tak berani nak cakap. Sebab aku masih dalam usaha untuk mengalihkan fokus penceritaan aku daripada tema cinta kepada sesuatu yang lain.

Yes. Kau orang boleh kata aku ni 'jiwang'. harap je muka ganas, tapi tup tup, last year dapat tau yang lagu 'Selamat Ulang Tahun Sayang' berada pada kedudukan #6 senarai 100 lagu yang paling banyak aku dgr pada tahun 2009. Sekali sekala jiwang... tak salah rasanya. (Back-up diri sendiri).

But yet, sometimes aku suka bermain dengan photoshop and photoscape. Most of the time, aku suka main dengan alphabet. Bukannya aku tak suka main dengan color or graphic, but aku lebih cenderung utk bermain dengan huruf. Kombinasi huruf2 yang kemudiannya menjadik logo.

Normallah. Kadang2 tu, yang buat aku bersemanta tu sebab ada permintaan dan galakan daripada kawan2. Thanks to all of you. For this case, and tonight, aku menggunakan sampel MOFA.

Volunteer nya aku utk saja create a trademark for my friend. I think he deserved it. Now, let's see how does it develop.

1st draft selalunya dan jarang2 akan menjadi perfect. But dari situ la aku dapat inspirasi. A logo should be a simple and meaningful. And not so messy.

When it comes to 2nd draft, aku cuba bermain dengan kombinasi warna. dan pemilihan huruf yang betul. But then, aku kna dapatkan jugak feedback si bakal pemilik trademark / logo itu. Jika dapat 'green light', maka proses men-develop dan kreativiti akn diteruskan.



Semuanya utk mencari kesesuaian karakter si pemilik dan kesesuaian logo yang bakal digunakan pada mana2 background.

Developing the logo.



Ended up, satu persepakatan dicapai. Warna2 yang digunakan melambangkan keperibadian si pemilik. Dalam masa yang sama, tagline itu perlu tepat. Dan hasilnya ialah ini...




Aku takdelah pakar dalam designing ni. Tapi, so far, ini antara logo or individual trademark yang terbaik pernah aku create. Simple je. Barangkali ada yang boleh buat jauh lebih baik daripada aku ni. And kalau ada sapa2 yang mahu berkongsi ilmu pasal penciptaan logo, aku alu2kan. sebab aku pun nak tahu in deep dalam designing ni.

NUke

aku tak pasti.


keliru.

salah kah aku mencintainya?

perlu kah aku menceritakan bagaimana ia bermula?

dan sampai bila kasih sayang itu akan kekal antara aku dan dia?

siapa dia?

berbaloikah aku mencintainya?








knb oirhih 49p9z8P( c


io




deasx 4444444444412






!!PLEH


Berbaloikah dia mencintai aku?
NUke

Aku mengaku. Kadang2 tu aku memang susah nak bangun dan berpaling daripada mengadap skrin komputer ni. So, kalau boleh, semua benda aku nak buat through program dlm komputer ni, or through online. Blogging, surfing, wikipedia-ing. And also downloading songs, etc.

Not forgetting. On-line Shopping.

Semuanya semakin senang bila kita ada akses on-line banking. I mean, i'm not promoting any banks, but nowadays, aku boleh kata 99% bank yang ada kat Malaysia ni, semuanya ada sediakan perkhidamatan on-line banking.

Aku pun ada. 

So, lately, aku agak perasan yang duit aku semakin banyak dibazirkan secara halus... Yakni, bukan lah secara terang2an yg mana aku keluarkan duit dr dompet dan memberinya kepada cik cashier, tetapi wang ringgit aku tu ternyata cepat bebenor kering dan habis through online payment, etc.

Beli CD pun on-line.

La ni, aku ada perasan pasal album Yuna - Decorate yang akan di launch pada July 23. Hehe! Kalo nak mengenangkan masa utk aku berjalan jauh ke kedai CD tu.. memang tak ada lah. Busy dgn kerja kat ofis yang berlambak2 tu. hujung minggu pun tak free.

So, layan kan saja on-line shopping. Of course lah aku shopping kat sites yang boleh dipercayai. usually kalau gna Chrome or Firefox, ade ikon padlock yg indicates that site tu secure ke tak. Or else, maybe korang boleh check kat Cyber Security Malaysia. Kalau tak silap la.

Memang. Malaysia ni agak slow skit dgn on-line shopping. But pada aku, aku akan cuba mempraktikkannya semaksimum yang boleh. Sebab apa? Sebab:-

  1. Aku malas nk naik moto, gi kedai buku ke, cd ke.. utk beli.
  2. Saja nak guna servis online banking. Kalo tak, sesia je create account.
  3. Bagi org2 yg keja kat POS Malaysia, or company2 currier tu keja yg menarik skit. Haha.
  4. basically.. sebab aku MALAS. Tu je.
Ok what, online shopping...? Ape... konon2nya nak men-support benda alah 'e' 'e' ni.. electronic kejadah la.

NUke

Tengah merajinkan diri memeriksa folder2 gambar ketika 1st year bergelar student di universiti dulu. Macam2 gambar aku jumpa. Pergi dinner lah, join aktiviti kolej. Segala bagai lah. Lepas tu terus terjumpa gambar ni...



lantas mengimbau kembali zaman aku menjadi "wartawan" kolej lah konon2nya, untuk Majalah Kolej. Dalam pada masa yang sama, AJK Redaksi secara halus 'dipaksa' menghantar karya untuk dipenuhkan dalam magazine kolej. Entah apa-apa lah.

Macam lawak pulak bila dikenang2 balik. Pandai la sangat aku buat komik...

NUke

Semalam, I call you,
You tak answer.
; Kantoi - Zee Avi.

--

Bukan itu yang aku nak pertikaikan. Tapi, semalam (13 Julai 2010), aku diberi satu lagi peluang oleh boss untuk mengikutinya dan seorang lagi rakan sekerja untuk join Food Tasting & Food Testing kat sebuah hotel di KL. Ye lah, event hujung bulan ni akan menggunakan khidmat kepakaran tukang masak hotel berkenaan untuk majlis makan malam. Anyway, walaupun ke-ber-ikutan aku itu sebenarnya bukanlah semata-mata untuk food tasting, tapi lebih kepada keperluan ketika mesyuarat dengan organizers event yang dijadualkan selepas acara makan2 percuma itu.

First time aku gi food tasting. Layan jugak lah. Tapi, since menu yang kitorang order utk event tu, lebih kepada "Chinese Style", meaning serving course by course, aku memang dah expect hidangan nasi akan diserve di penghujung2 'rancangan'. Just before the dessert. Betul kot spelling aku tu..?

So far, okay. Makan2 tu memang best. But then, bila dah masuk discussions and meeting, peergh!! mula la nak pening kepala. Itu la, ini la. No wonder lah setiap kali aku mandi petang, makin banyak rambut gugur. Pantang je syampoo, banyak lak gugur. Aku pun tak tahu kenapa syampoo yang sepatutnya menghilangkan kelemumur itu, kini mengkhianati aku dengan menghilangkan sejumlah rambut.

Mungkin kah aku boleh mencuba meng'apply'kan syampoo di ketiak? Haha. Saknikebenda!

Apape pun, pengalaman pergi food tasting tu memang satu pengalaman baru buat aku yang kini dah hampir setahun dalam bidang event management.


p/s: Al-Fatihah buat Wan yang telah pun genap setahun meninggalkan family ku pada 13 Julai 2009.

NUke



MAHER ZAIN
Thank You Allah




Seriously,


His music is just...


TOO HARD TO RESIST.




Track list:-
  • Always Be There
  • Ya Nabi Salam Alayka
  • Insha Allah
  • Palestine Will Be Free
  • Thank You Allah
  • Allahi Allah Kiya Karo
  • The Chosen One
  • Baraka Allahu Lakuma
  • For The Rest of My Life
  • Hold My Hand
  • Awaken
  • Subhana Allah
  • Open Your Eyes
  • Thank You Allah (Acoustic)
MyRate: 4.5 / 5.0


Buy Original!


NUke

The fact that my ulcer kat mulut semakin teruk dan memaksa aku utuk kerap ke dapur dan minum air sejuk. Well, takdelah teruk sangat pun. exaggerate je. Anyway, hari Ahad aku bermula seperti hari2 minggu sebelum2 ni. Menggunakan alasan hari minggu untuk bangun lewat, dan bila dah terjaga jam 6.45 pagi, aku dengan gigih dan sedaya upayanya menghasut roh diri untuk terus lelap. Mungkin juga perilaku ini dibantu oleh syaitan yang dilaknat itu.

10 pagi. Perkasakan jugak tubuh badan yang berketul 6 di perut ini untuk bangun dan mula melonggokkan baju2 kotor di sekitar blik, masuk ke dalam bakul baju. Sebelum mengangkatnya ke bilik air. Sesi basuh baju mmg slalu aku mulakan around 10am to 11 am. Dalam pada aku take turn, menukar2 dan mambasuh pakaian2 gelap dan cerah, ada pulak cik adik manis datang.

Abang aku, suruh aku pulak yang layan perempuan yang muncul kat gate rumah. Aku pun, dengan tak mandinya, trus saja menjemput perempuan tu masuk dan duduk. Nasib baik dia sendri yang offer duk kat luar. Mungkin takut dipengapa-apakan oleh aku dan abang aku kot. Atau, mungkin jugak sebab dia tak tahu yang dalam rumah tu turut ada seorang perempuan lain. Yakni adik aku lah.

But, wait, kalau dah tau takut, yang gatal2 offer diri muncul kat depan gate rumah aku tu kenapa?

BANCI.

Damn! Aku lupa lak skang ni Jabatan Perangkaan dah start banci-membanci. No wonder lah abang aku dengan volunteernya menyuruh aku melayan pompuan tu.

Apape pun, ni lah 1st experience aku menjawab soalan2 banci. Susah gak, pening aku dibuatnya. Kadang2 tu rasa macam jawab soalan peperiksaan. Oh ya, soalan yang paling susah yang pompuan tu tanya aku ialah "Macam mana eja nama awak ya?"

Serius, aku macam blur jap...

"N .. U .. K .. E ... eh! Jap... Salah, salah..."

'Sreet.. Sreet.. Sreett..' (bunyik kertas digosok pemadam..)

"A... M... (dan seterusnya..)"

"Tu je nama awak?"

"Ya."






NUke


Actually kan...

Layan jugak cerita Twilight : Eclipse tu. But yang tak berapa bestnya, banyak sangat adegan cium-mencium. Haih! Bukan lah tak seronok, cuma, bila dah terlalu banyak cium-mencium, mula lah aku tak senang duduk. Kiranya dah mcam tgk mukadimah porn berlesen pulak. Haha. But then, like one of my friend said and commented, kalau Lembaga Penapisan Filem potong banyak2 sgt, alih2 critu tu entah2 tinggal 5 minit je.


So, tercapai gak hasrat nak tengok citer Twilight yang terbaru ni. Dan skaligus melengkapkan 'pengikutan' aku sejak dari siri yang pertama, Saga. Overall, aku boleh kata citer Twilight kali ni lebih pada romance, walaupun scene fighting tu mmg ada. Dan jugak, jln crita kali ni lebih mnonjolkan dilemma Bella nak pilih Edward or Jacob.

Biar lah si Bella tu. Dah director suruh buat cam tu.. camtu lah jadi critenya.

Habis Twilight.

Aku balik rumah naik motor petang tadi dengan dibasahi dan ditembak dengan rintisan hujan yang teramat lebat. Dan ketahuilah, walaupun dada ini dilapisi sehelai baju, sakit dan bisa akibat rintik hujan itu teramatlah sakit. Perit. Pedih. Untuk seketika, aku rasa mcam "blessed" untuk mengecapi nikmat kesakitan itu. So, wallet mmg dah basah lenjun la. Nasib baik aku sempat simpan handphone dalam backpack aku dlu.

Apape pun. Hari ni memang 'penuh' dengan aktiviti. Kerja, tengok wayang, masak, makan, dan online. Dan oh! Digigt nyamuk...

Bila duduk mengadap pc ni, aku mcm teralpa skejap. Cuma kepada satu perkara yang berada di belakang aku cuma. Ya, itulah dia longgokan baju kotor sejak seminggu lalu, menanti masa untuk bertukar wangi dan bersih; sebelum dikotorkan semula dengan daki dan peluh seorang lelaki.

Bersabarlah baju. Esok aku basuh ya!

NUke

Dah agak lama aku tak review lagu. Mungkin disebabkan kekurangan material idea dalam kepala untuk mengulas dan merekomenkan lagu2 yang baru di-release-kan kpd para pembaca sekalian. Jadi, sebagai pengganti, kali ni aku hidangkan Highlights untuk bulan ini.

#5 : Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
Lagu ciptaan Edry KRU ni sememangnya kukuh dari segi susunan lagu dan lirik. bertepatan dengan suara Shahir yang mirip Jay Jay, menambahkan keunggulan dalam penyampaian. Ternyata "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" ini merupakan satu produk baru yg berkualiti dan kedudukannya dalam carta2 lagu tempatan diramalkan 'kukuh' untuk beberapa bulan yang akan datang.

MyRate : 3.8 / 5.0

#4 : Decorate - Yuna
Lagu ini.... berdurasi kurang daripada 2 minit saja. Kalau tak silap la. Dan kalau korang carik video clipnya di youtube, memang simple saja. Yuna. Memang well-known dgn kemahiran dan bakatnya mencipta lagu dengan lirik yang puitis dan melodi yang bersahaja. Sama juga dengan lagu "Decorate" ini. Tak ada apa yang mahu dikomen lebih2 untuk lagu ini.

MyRate : 3.3 / 5.0

#3 : Obsesi - Hujan
Watch out! Lagu ini dibisik2 akan direleasekan sebagai single seterusnya. Obsesi mengisahkan kehidupan zaman remaja yang obses akan gig. Dalam masa yg sama, peringatan kpd semua yang tidak semestinya org berusia yang 'pergi' dulu. Jadi, havoc tu havoc la juga. Tapi biarlah berpada2. A loud music. Sesuai utk mereka yang mahu menjerit bersama2 dan merelease tension selepas kerja / belajar.

MyRate : 3.3 / 5.0

#2 : If It's Love : Train
Single terbaru Train selepas "Hey, Soul Sister". Layan dan masyuk juga bila didengar. Music arrangement agak menarik. Intro boleh menyegat telinga. Verse 1 juga macam pantun. Haha. Chorus; memang sedap~ Pasangkan lagu ini di dalam kereta, buka tingkap, keluarkan sebelah tangan sambil jemari menepuk2 pintu kereta... dan layankan saja lagu ini.

MyRate : 3.4 / 5.0

#1 : For the Rest of My Life - Maher Zain
Wajib dengar! Satu produk nasyid antarabangsa yang berkualiti. Dah top dekat Brunei, menunggu masa menembusi pasaran dan muzik mainstream Malaysia saja. Yang mana aku rasa agak sukar la. "For the Rest of My Life" dipetik daripada album sulungnya, 'Thank You Allah', dialun dengan lontaran vokal yang gemersik dan tersendiri. Menjadikan Maher Zain satu identiti tersendiri; Maher Zain. Dia adalah dia. Another good combination of vocal, lyrics, and melody. Yet, expect more great products from Maher Zain after this.

MyRate : 4.3 / 5.0


NUke

Sedang2 membelek2 kamera, aku merajinkan diri untuk mengemas rak CD. Sambil2 melayan lagu yang sedia di-"rip" ke dalam pc, maka aku merajinkan juga diri ini untuk menyusun semula timbunan2 album yang dikumpul sedari sekolah menengah lagi.

Ya! Satu koleksi yang tak mungkin akan ku jual kepada sapa2. haha! Bongkak sekejap.

One of my favourite album.

Aku mmg minat muzik. Sebab dlu2 zaman melukis, aku slalu sumbatkan tlinga dgn earphone walkman. beli pun kaset je. Zaman skolah, CD player pun mahal gila. CD pun memang mahal. So, beli kaset saja dan pinjam walkman roomate dan layan lagu. Yang penting, bateri AA tu bli sendri lah. Kalau dah habis, jemur kat tgh panas skejap, ketuk2 skit, pastu boleh guna lagi.

The award winning albums.

Ya. Sejak itu, koleksi muzik aku semakin bertambah. Dalam koleksi itu, cuma ada 2 CD je yang cetak rompak. Yang lain semua original. Gila bukan? Kalau dikira2 tadi, aku dah habis around 900 to 1000 RINGGIT for those CDs and cassettes. But, kalau dah minat, nak buat macamana kan?


Memang, ada yang kata membazir saja beli CD Original. Kan lebih senang download. Ada benarnya. Tapi aku ni membeli atas dasar mahu menjadikan koleksi. Dan juga kehendak mendapatkan kualiti muzik yang tinggi. Maklumlah, kalau nk jadi artis tu, mmg jauh drpd nyata, so, sekadar meminati muzik dan menjadikan album2 yg menarik tu sbg koleksi pun dah ckup bagus bagi aku. Gamba2 tu smua cuma sbhgn besar koleksi lbum yang ada dalam simpanan aku saja. :)


So far, aku paling suka album Disagree - To Prevent The Earth From Moving With You. Mungkin sbb lagu2 tu memang kena tepat ngan jiwa aku kot. Kot! Kot je...

Nak pinjam??



Jangan harap la weh!! Aku kedekut skit bab2 CD Ori nih! Hahaha.

NUke


Jujur. Bila kita kenang2 semula, zaman sekolah adalah zaman yang paling best. Dan mungkin dah brapa kali aku mention kot, yang aku suka zaman tingkatan 5. Sebab aku amik subjek Seni Visual. eventho time tu aku tak berpeluang melukis atas kanvas, tapi aku tetap suka bermain dgn color. Takde maknanya kalau bergelar art student, tapi baju or sluar tak kena color. Aku rasa mcm pelik.

1st year kat UKM, aku amik subjek Ko-K seni lukis jugak. Dapat pluang menconteng kanvas. Aku rasa itu lah feeling yg paling best kot. (Bagi aku lah). Tapi kesenian visual aku stakat situ saja lah. Lepas2 tu aku dah takde dah main2 dgn color minyak. Damn! I missed that moment.

Dah ada degree Sains Nuklear. Skang ni aku rsa nak sambung smula dlm bidang Art. Seriously. Tapi aku bergarap sangat yang ianya bukan skadar hangat2 tahi ayam saja. Sigh!

Aku target nak beli rumah next year. So, aku kena gigih mengumpul duit. Area mana tu, nanti2 lah aku crita. Plan jangka masa pjg kena ada. Then, aku nak sambung jugak study aku dlm bidang art. Sebab aku masih tak puas menyimbah color kat atas kanvas.

Ni yang rasa nak carik balik kontek2 lama time zaman2 skolah dlu. Kawan2 yang se-art dengan aku dulu.


NUke

Perlahan-lahan, aku membuka sehelai lapisan yang membaluti tubuhnya.

Ahh.. Nyaman sekali rasanya.

Kerana terlalu lama memendam rasa, aku bagaikan terpesona dan hilang dalam keghairahan menikmati tujahan yang menusuk jauh ke dalam.

Hmm.. sedapnye...

Sesekali, ku keluarkan ia, sebelum menarik semula masuk ke dalam.

Mmm..

Begitu asyik sekali aku menikmati dirinya yang semakin cair dan hanyut dalam keghairahan nafsu.

Begitu mengasyikkan sehingga memaksa aku menikmatinya dengan mata yang tertutup..

Oohh...





Aiskrim potong. Walaupun cuma 50 sen, kau tetap yang terbaik!

memang seronok makan time panas2 di tengah hari.


p/s: Oh! Happy Birthday abang besar!

NUke


Of kos la, perkataan "Fuck" memang dah terlalu common dicarut bila kita berada dalam keadaan marah. So as "Shit", bila kita tersedar akan kesilapan sesuatu perkara. "Damn!" juga perna menjadi salah satu carutan kegemaran aku satu ketika dulu. Hm, mungkin sehingga kini kot.

But then, kat office, aku n colleague aku sempat la jugak mencambahkan beberapa idea baru sebagai alternative carutan. Lagipun, takdela kedengaran kurang ajar sangat. So, what happened then? Kitorang came out dengan beberapa words yang bole la dikatakan sesuai digunakan bagi mengganti carutan yang common.

1. Vladivostok!
Intro: merupakan salah satu bandaraya di Russia.
Alternatif kepada: Babi!
Contoh ayat: Vladivostok betul!! masuk simpang tak bagi signal...!

2. Firefox
Intro: Browser internet.
Alternatif kepada: Fuck you!
Contoh ayat: Blah la ko... Firefox la!! (sambil menunjukkan ibu jari).

3. Google Chrome
Intro: Browser internet juga. salu jugak hang kalo byk tabs dibuka.
Alternatif kepada: Damn!
Contoh ayat: Google Chrome!!! Aku lupa pulak nak bawak henfon...

4. Soprano
Intro: perkelasan suara.
Alternatif kepada: Shit!
Contoh ayat: Soprano man... aku tak punch kad pagi tadi!!


Yang lain2 tu dalam consideration. Hm, mungkin kalau ada yang lebih bagus, aku akan perkenalkan juga.

Entah apape.

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.