>:(


Entry emo tak perlu ada gambar. Nanti jadi lawak.

Dah 30 Jun.

Bermakna dah separuh 2010 meninggalkan kita. Setakat hari ini, aku bersyukur pada Tuhan sebab masih ada yang sudi menggaji aku sebagai kuli pekerja. Walaupun gaji tidak sebanyak mana. Alhamdulillah, syukur. Dan oh, hari ini, aku menolong sang Ibu mempromote kuih lapis Sarawak yang dijualnya. Alhamdulillah, walaupun x semuanya terjual, tapi dapat la meringankan juga beg kertas yang aku angkut sedari pagi tu. Terima kasih kawan2 sebab membeli. Terutamanya my colleague, Ms. L yang duduk dihadapan aku. Lain kali beli lagi ok? Besaaaar punya!

Anyway, senja tadi aku rasa cam dah terderhaka skit kat ibu. Bukan apa, maklumlah orang yang dah semakin berusia, kadang2 tu kunci rumah pun dia lupa mana dia letak. Tambah2lak time tu mmg dia nak cepat, sebab nk g rumah makcik aku, so kelam kabut lah dibuatnya. Guna kunci spare aku dlu nak bukak gate, dan ibu pun chaloo pergi ke rumah ibu teh. Then aku lah sorang2 kat dalam rumah tu terkinja2 macam beruk mencari kunci rumah.

Bukan takat dalam kocek suar yang dah direndam dlm mesin tu aku check, sampai bawah tudung saji pun aku tak jumpa. Ceh! Mula lah nak mengamuk2. Sib baik citer korea tak start lagi.

Dalam pada aku hampir meletop dan berputus asa, tak pasal2 aku accidentally hentak meja makan kat ruang tamu. Kan dah jumpa! Kat bawah alas meja rupanya! Kunci jumpa, tangan juga merana sebab tertepuk kunci.

Kesimpulan drpd kisah separuh tahun:-
1. Ibu kini menjual kuih lapis Sarawak. Nak tempah or beli, sila bgtahu aku. Ada yg peket kecil dan besar.
2. Kunci rumah juga boleh terselit di bawah alas meja.
3. Sungguhpun ibu semakin tua, aku sepatutnya lebih menyayangi dia.
4. Aku ni pemarah orangnya.
5. Waalaikumusalam (menjawab kiriman salam daripada sesorang..)

NUke

"Cantek ah!"


"Pesal?"

"Gaji dah masuk..! hahaha"

"Oh yeah? Cantek ah!!"

"Pesal lak?"

"Bole la ko belanja aku?

"Yeah.. Dream on.."

"Pesal?"

"Nak bayar broadband..."

"Ala. Takkan sampai habis semua gaji kot..?"

"Nak bayar duit repair pc lagi!"

"Aha.. sure ada balance lagi..."

"Nak bayar PTPTN."

"Ala, gaji ko kan besar. Blanje jugak! tak kira..."

"Nak menyara keluarga lagi."

"Fine!"

"Cantek!"

"Pesal?"

"Ko pulak la belanja aku eh?"

"Arrgh..!"



NUke


Teruk dowh. Aku rasa aku dah addict dgn game kat facebook. Hadeii. Camne ni? Camne ni?? Btul kata member aku, kalau dah start main, mesti nak main lagi and lagi... Hm, camne ni? Aku rasa mcm nk isytihar perang je ngan facebook. Okay lah, bukan dengan facebook la, cuma dgn segala macam game yang ada dlm facebook tu.

Woohoo! Disebabkan itulah, aku rasa usage internet aku smakin hari smakin tinggi. Dan sampai je minggu last stiap bulan, data limit pun dah cecah. Ni dah boleh dianggap satu pembaziran. Hanya kerna game, aku hilang penggunaan internet untuk download lagu dan video blue. Ceh!

Download lagu tu ya! Download blue tu, tidak (kot).

Korang rasa kan, apa cara bagi aku untuk memulakan perang dengan game2 dalam facebook tu? Adakah aku patut mengikat tangan di kerusi, bagi mengelakkan untuk terjebak dan menekan butang game itu?

Atau barangkali aku patut mendeletekan account facebook aku, lantas tiada ruang utk aku bermain game?

Atau juga aku tidak harus mencucukkan broadband aku pada pc, so aku tak dapat online, lalu tidak me-login facebook dan bermain game?

Atau tidak perlu bagi aku untuk membuka pc sama sekali, lalu aku akan mati kebosanan di dalam bilik?



Damn! Aku lupa lak yang "Aku takde facebook!".

NUke


"Amey! Bangun weh! Bangun!"

Arahan tu membuatkan aku terus terjaga dan mula memerhatikan sekeliling. Aku tak perasan pulak, bila masanya aku tido atas lantai kat ofis lama ibu. Tapi yang pasti, orang yang mengejutkan aku dr tidur tu bukanlah ibu. Tapi A. Kalau tak silap aku la. Ex-classmate aku dulu.

Aku tak tahu knapa, dgn keadaan berdebu tu. Aku tengok, bukan aku berdua saja dengan dia. Tapi ada ramai lagi orang2 lain yang semuanya terpinga-pinga, berlari sana sini. But then, A bgtau aku yang skarang ni giliran aku pulak berjaga. Dan dia jugak cakap yang aku kena blah dr tempat tu cepat. tak tau lak kenapa.

Aku cam confuse gak pasal hal ni. Sebab tak lama lepas tu, aku tengok ade penjaga tempat tu pakai baju biru gelap, mula menarik2 selected people dan mengheret dorang ke tingkat bawah. A pun kena heret. Dalam pada A bergelut dengan orang baju biru tu, aku sempat la jugak hulurkan handphone aku pada dia. Suruh dia simpan, sebab apapehal nanti aku leh call.

Orang2 lain yang tinggal kat stu, semua mcm terkejut. Tak tunggu lama, aku terus carik jln kuar dr tempat tu dan balik rumah. aku sambar telefon ibu dan call hp aku yg skang ni berada dlm tgn A.

"Kau okay ke?"
"Ok je. Tapi kna kurung dalam keranda. Yang lain2 pun sama. Aku rasa, skang ni dorang dah start timbus tanah la.."

Cuak. A kena kurung dlm keranda? Kenapa eh?

--

Dan walaupun ianya cuma mimpi yang aku hadapi pagi tadi, aku tetap tak boleh lupa untuk mengenangkan akan hal itu. Kadang2 aku takut. Kenapa aku takut? Ada 2 sebab.

1. A tu merupakan ex-classmate aku (perempuan), dan dia sudah meninggal dunia.
2. Aku takut sebab aku keliru.


NUke


Sapa kata produk Asia tak bagus? Well, it depends actually. Of kos la kalau ada barang "Made In Chine", aku pun 2 3 kali pikir nak beli. Apatah lagi kalau brgn elektronik. But that's not the issue. Aku nak cakap pasal KOREA. South Korea, of course.

Entah camne la aku leh terpengaruh nak tengok citer drama korea kat 8tv tu. Cis!!



Dan aku tahu siapa punca dan pengaruh yang menjadikan aku sebegini rupa.

Ya. Adik ku.

p/s: walaupun France dah tak proceed top 16, aku ttp bersama dgn France, yang pulang dgn mnaiki kelas ekonomi...

NUke

Ayah as pekerja Telekom dulu2.

Selaras dengan perkembangan masa dan zaman, maka pemikiran manusia pun pasti akan berubah jugak la. So as fesyen dan jugak cara penampilan diri. Dulu2, aku suka tanya ibu aku, apa yg buat dia fall in love ngan ayah. And aku jugak tau yang ayah aku dlu2 tackle ibu through telefon.

Mentang2 lah dia keja Telekom dulu2, nak salah guna kuasa pulak!!

Apape pun, aku tetap salute pada ayah! Sebab dia barangkali tak menggunakan "ayat2 manis" utk takel ibu, tapi dengan sifat 'caring' dia. Bak kata ibu aku lah. Normallah kalau anak2 nk tau kisah cinta parents kan? korang pernah tanya kisah cinta mak ayah korang tak? Kalau2 dorg crita pun, kita sure nak gelak. Memang macam dalam crita lama2 kat TV! Pergi dating naik bas or basikal. lepak2 taman bunga...

Or, lepak2 kat depan Globe Silk Store kat Jalan Tunku Abdul Rahman, KL.

Bila dengar balik crita2 ibu and ayah yang dah makin tua ni, aku rasa syok and salute kat dorang. Sebab apa? Sebab zaman percintaan dorg dlu lagi lah susah; in term of communications. Pakai surat tu! Manade YM, MSN, FB ape jadahnye ni...

NUke


Aku percaya masing2 ada luck masing2. Dan tak perlu untuk kita semua jeles akan perkara itu. Paling tidak, sekali sure kita pernah menang cabutan bertuah ke, main tikam2... ,ape ke, apape je la yang boleh dikira ada "luck". But then, bila kita terlalu mahu akan sesuatu benda, dan menyedari yang ianya takkan menjadi realiti, maka kita pun sure akan rasa jeles. Tambah2 lak, kalau cabutan bertuah yang hadiahnya begitu menggiurkan.

But then, aku pun tak mahu berharap sangat lah. Sebab, pada aku, walau takde luck nak menang pun, dapat mengexperience excitement utk menang tu pun dah cukup bagus. Dulu2 zaman belajar, aku slau gak menang cabutan bertuah kejadahnye ni. Rezki tuhan nak bagi kot. Jimat la duit poket. Ye la, zaman2 dlu kan miskin. Skang ni dah keja, bole la pakai broadband! Haha.

Bercakap pasal Broadband, haritu aku saja2 la update profile Maxis Broadband aku. Sebab dah alan2 ada peluang bole menang hadiah percutian worth RM 10,000. Aku pun join saja. Dan oh! Dia kata, kalau update pun dah boleh menang payung masix broadband. Tu pun ade tulisan kecik "while stock lasts".


Dengan niat bersahaja, aku update kan saja profile aku tu, tanpa sebarang harapan untuk mendapat apape.

Dan tak lama selepas itu, ade org kurier payung maxis tu kat aku! Tapi aku tetap musykil sebab time aku balik kerja hari sabtu haritu, aku tak nampak pun ada parcel kat porch rumah tu. But then, bila akak aku datang rumah, dia pulak yang prasan ada parcel. Dan before that, aku takde pulak dengar orang kurier panggil2 or hon2 van ke. Mentang2lah aku dapat payung je, ko main campak je kat porch keta!

Apape pun, Alhamdulillah la. Dapat payung pun okay apa. Kiranya, time aku update profile tu, ade stok lagi lah payung tu kan?? Hahaha.

Sebelum ni pun pernah dapat payung jugak time melawat MAHA 2008. Orang2 kat situ ingat aku n kawan2 aku ni "media" yang buat coverage utk Menteri Besar Selangor. Haha. Tah apape.

Skang ni tengah dalam proses nak mengasah 'luck'. Mana la tau lpas2 ni ada kontes boleh menang Myvi... bole la cuba2.

NUke




Lately, aku sangat mudah untuk terleka.

Dengan banyak perkara.

Walaupun ianya tidak penting.

Game.



NUke


Selain muka dan bahagian sulit, aku rasa salah satu bahagian tubuh yang perlu dititikberatkan oleh seorang lelaki adalah bahagian ketiaknya. Dalam bahasa penjajah - Armpit. Sebagaimana bahagian tubuh yang lain, ketiak dirasakan satu bahagian pelipat yang sangat penting dan menentukan keselesaan diri.

Sebab, bahagian ketiaklah yang paling banyak dan senang berpeluh (kot!). Jadi, cara mengatasinya ialah dgn mnggunakan deodorant. Yes, betul. Skarang ni pun dah macam2 jnis deo ada kat kedai. Jenis stick, gel, liquid and spray deo. But then, adakah dgn memakai deo, anda tidak akan berpeluh? Aku tak caya dengan iklan2 kat TV tu yg kata pakai deo boleh jadikan ketiak kering. Sebab, walaupun aku pakai deo, aku tetap berpeluh bila makan kari!

Lagi2 kalau ketiak korang tu berbulu. Tendency untuk 'lenjun' kat bhgn ketiak tu agak tinggi. Untuk sportmen, aku tak heran sangat kot. Tapi, kalau lelaki yg jns duk kerja dlm office, aku rasa kna consider gak hal2 mcm ni.

Nak bela bulu ketiak tu boleh je, tapi biarlah jaga elok2. Meaning to say, takdelah sampai serabut. Make sure your armpit hair is 'neat'. Kalau serabut2 pun, sendri tgk pun silap2 boleh muntah tahi. And make sure time shower, bhgn ketiak dan bulu2nya ti dbersihkan dgn betul, spaya xde la leftover deo yg melekit2 tu, ended up menjadi daki.

But kalau decide takmo ade armpit hair, make sure juga bhgn ketiak tu mmg clean.

Gila Seram...

Disclaimer:
All original images in this entry are courtesy of Google.

NUke


Salam.

Kerosakan pc aku tempoh hari barangkali memberikan manfaat kepada aku - untuk meluangkan masa bersama2 keluarga dan adik-beradik yang lain. Dan oh! Disebabkan pc aku rosak juga lah sekarang ni aku suda berjinak2 melayan citer Korea kat 8TV tu. Tak silap, tajuknya Brilliant Legacy. Alah, kat Malaysia ni, nama je citer Korea, tapi dah alih bahasa ke bahasa Cina. Reason? Tak payah la nak ade subtitle chinese and malay at the same time kan? Kalo tak, semak je aku tgk skrin tu nanti.

Back to family's activities, hujung minggu yang ade cuti hari Wesak haritu, aku dan adik-beradik mengambil peluang cuti hujung minggu tu untuk balik ke kampung Sungkai, Perak. Tujuan? Saja2. But more to nasihat dan ajakan ibu supaya menjenguk opah kat kampung tu. Ye la, Opah dah tua, lepas ni entah sempat atau tak nak berjumpa dan bergurau senda dgn opah lagi.

Orang kampung kata, opah aku ni 'hot' gila waktu muda2...

Walaupun opah tu 'garang' dulu2, tapi itu lah yang menarik. Bila dah berkumpul ramai, bukak cerita dulu2 pasal kenangan masing2 dengan opah. Aku ingat lagi, time kitorang sekolah2 dlu, bila tiba je hujung minggu dan waktu cuti, opah lah yang menjadi 'cook' utk makan tengah hari. Lauk feveret aku dan abang aku (Uda) semestinya Ayam Masak Kicap. Peergh!! Marvellous beb! Memang sedap!! Kalau boleh, tiap2 hari nak makan lauk tu. Tapi of course la tak boleh kan. Parents aku bukannye cop duit nak beli ayam banyak2.

Anyway, pernah ade skali tu, waktu cuti sekolah. Masing2 duk berkumpul tengok citer hindustan (rasanya), time tu dah pukul 4 lebih la. Opah dah start bising suruh aku, Uda, dan yang lain2 solat Asar. Opah kata, takde pekdahnya duk mengadap 'citer Setan' tu. Opah siap ugut nak repot kat ibu n ayah lagi kalau kitorang tak sembahyang.

"Aku kabor kat ayah kamu... Dah tak nak semayang dah ye!", ugut Opah.

Aku pun pergila amik semayang dan solat Asar kat bilik depan, biasalah, mesti tak khusyuk punya, sebab aku boleh sedar opah kuak pintu tu dan tengok aku sembahyang! Nampak sangat dia tak yakin dengan kitorang! Hahahaha!!!

Habis semayang, aku sambung ngadap tv. Cantek je timing aku, aku duduk je, terus kuar iklan, pastu Azan Asar baru je masuk waktu (TV3 manade azan, dia kuar hadis2 tu je). Aku tak puas hati, aku tanya la opah!

"Apa ni opah, baru je masuk waktu Asar!!", kata aku yang tak puas hati. Dan opah dengan slambernye menjawab:-

"Hmm.. mana lah aku tau..."


--

Dan sampai hari ni, aku tetap merasakan yang opah itu COMEL!


NUke




FRANCE !

NUke Rude menyokong pasukan FRANCE untuk FIFA WORLD CUP 2010!

La France sera le champion cette année!!


p/s: Original Image courtesy of Google.

NUke


Hm, tak tahulah. Aku rasa dulu2, kerajaan dah wartakan kawasan ibadah ni sebagai kawasan larangan merokok. Tapi daripada pemerhatian aku baru-baru ni, macam ya tak ya saja. Aku tengok ramai jugak orang smoking kat kawasan masjid. Tambah2 lak bila hari Jumaat. Maklumla, pergi sembahyang jumaat (setakat sembahyang je la, khutbah entah ke mana...), jumpa la ramai geng kat masjid. sambil2 manunggu azan Zohor masuk, sembang2 la kejap.

Dah sembang2 sambil makan pisang percuma, keluarkan lah rokok and lighter. Terus sja menghisap rokok. Lpas tu, rasa segan dekat member, offer la sebatang rokok kat dia. Yang member tu pulak memang da sangap rokok, ape lagi, terus la sambar. Daripada sorang saja merokok, dah jadi dua.

Datang pulak budak ofis sebelah, join sembang2. Salam2 tangan, bertanya khabar, lepas tu mintak sebatang rokok. Berasap lagi sorang...

Agak-agak la weh. Nak berasap pun, tgk2 la masa dan tempat. Masjid tu bro!

p/s: Original image courtesy of Google

NUke



PETALING JAYA, 10 Jun 2010 - Dunia siber langsung tidak terkejut dengan kehilangan seorang blogger secara tiba-tiba sejak Selasa minggu lalu. Blogger yang dikenali sebagai NUke Rude itu langsung tidak meninggalkan sebarang pesan kepada para pembaca laman blognya akan kehilangan dirinya selama seminggu lebih itu. NUke Rude, yang tak terkenal itu mula mendapat perhatian orang ramai apabila menyertai satu pertandingan dan cabaran blog di satu laman komuniti remaja tahun lalu. Selain daripada gemar untuk melakukan dropping-one-comment kepada laman-laman blog tertentu, tiada apa kelebihan yang luar biasa pun pada NUke Rude.

Kehilangan dirinya dalam satu tempoh masa ini menyebabkan rating blognya yang sememangnya rendah itu, semakin jatuh merudum akibat kehilangan peminat dan pembaca. Nukilan ringkas bertarikh 1 June 2010 tempoh hari juga gagal menarik minat para pengikutnya untuk memberikan respon dan komen, justeru mengundang satu spekulasi bahawa dirinya yang sememangnya tidak dikenali itu sememangnya tidak terkenal, ibarat cebisan ayam di celah gigi.

Sekembalinya NUke Rude ke dalam dunia siber barangkali tidak diduga. Semestinya tidak ada sesiapa yang akan bertanya akan kehilangannya seminggu lalu. Namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa kehilangan beliau tempoh hari adalah disebabkan tekanan yang melanda akibat ketidakupayaan blogger untuk menarik minat pembaca. "Sebab dia dah tak famous, dia ingat nak tutup terus je blog dia tu. Entah apa-apa...", kata seorang saksi, Syakimah Mahmod (bukan nama sebenar).

Apakah yang sebenarnya berlaku ke atas NUke Rude? Hanya tuhan saja yang tahu. Sebab anda semua pun tak mahu tahu kan?

NUke

"Lebih Panjang, Lebih RIANG!"


-Ms. L; during her attempt to finish her task.


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.