Bila guna word melancap, nanti ada pulak yg rasa offended. So, the best word is self-pleasure. Ada yang kata lelaki dan self-pleasure ni tak boleh nak dipisahkan? Setuju ke? Barangkali ada benarnya. Mengapa dan bagaimana aku tahu? Sebab aku lelaki. Dan entry kali ini adalah pendapat dan pandangan aku sendiri. Jujurnya, kehidupan di asrama byk mngajar aku akan kehidupan seorang lelaki.

Mungkin statement yg menyatakan lelaki dan self-pleasure tak dapat dipisahkan itu betul. Zaman skarang ni, aku rasa budak sekolah rendah dah jauh lagi advance pasal hal2 macam ni; compare dengan zaman2 aku waktu skolah dulu2. Realiti.

Dan selalunya, lelaki skarang ni tak berapa kisah kalau isu2 self-pleasure ini dibincangkan sesama rakan sejenis. In some cases, ade juga perempuan2 yg dah berani membincangkan topik2 ni secara terbuka dengan kawan2 lelaki mereka. Realiti.

Bila isu self-pleasure ni dikaitkan dengan lelaki, maka ramai yang seakan2 faham dan menerima fakta itu dengan hati yang terbuka. Akan tetapi, bila isu self-pleasure dikaitkan dengan kaum Hawa, ramai di antara kita yang masih susah untuk menerima. Sebab apa? itu, aku tak pasti. Barangkali ada yang mahu berkongsi pendapat? pelik bukan? Seolah2 sudah ada satu label yang diletakkan pada kaum lelaki berkenaan isu self-pleasure ni. memang lah, kalau nak diikutkan, kaum2 lelaki je yang akan excited dengan tajuk2 dan isu2 begini. Self-pleasure, sex, and pornography; these 3 items secara automatik akan menarik minat para lelaki untuk mengkaji dan 'mendalami'. Realiti.

Pada aku, semua itu adalah hak individu. Dah nama pun self-pleasure, of course la untuk kepuasan diri sendiri. Bagaimana melakukannya? yang itu, aku serahkan pada pembaca untuk sama2 mencari jawapan. Aku dah ada jawapan sendiri.

Lastly, aku bersetuju dengan statement yg menyatakan "Lelaki dan Self-Pleasure memang tak dapat dipisahkan".

NUke

Sebenarnya tak ada niat pun nak update blog ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NUke


PE'US : Siri 10 (Akhir)

Amiroul sedar, pengakuan akan apa yang dirasai itu cuma mengundang kemarahan rakan-rakannya. Izham, Aisyah dan Wahidah sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang dirasainya ketika ini; untuk kembali mendapatkan Khadijah, bekas kekasihnya itu. Untuk seketika, dia juga keliru. Tidak pasti sama ada yang mengundang rasa cinta itu hanyalah nafsu, atau satu perasaan jujur yang sebenarnya lahir dari sanubari.

Berjalan seorang menuju ke bilik, Amiroul berbelah bagi untuk mengirimkan SMS pada Khadijah. Habis saja ditaip apa yang mahu diluahkan, terus saja dipadamnya. Sekali. Dua kali. Dan berkali-kali. Sengaja langkahnya diatur perlahan bagi melengahkan masa untuk sampai ke biliknya.

"Ah! Biarlah!!"

--

Komputer dihidupkan. Tujuannya, hanya mahu melayari internet dan mengemaskini status di laman Friendster. Amiroul sedaya upaya mahu melupakan niatnya untuk memikat Khadijah semula. Baginya, ada betul apa yang diperkatakan oleh rakan-rakannya petang tadi. Biarkan saja bekas kekasihnya itu bahagia dengan jejaka yang disayangi.

Shout: Camne nak padamkan rasa cinta pada ex-gf..?

--

2 minit. Itu saja selang masa yang diperlukan Amiroul untuk mendapatkan maklum balas dan komen daripada kenalannya di Friendster. Malah ada juga 'Anonymous' dan mereka yang tidak dikenali turut memberikan komen dan pendapat. Malam itu Amiroul berjaya mensibukkan diri dengan membalas setiap komen dan mesej yang diterimanya di Friendster... sehinggalah seseorang yang tidak diketahui Amiroul menghantar satu mesej yang padat dengan makna; walaupun ringkas.

Salam Bro,
Biarkan lah dia bro. Bukannya kamu tak boleh berhubung langsung dengan dia. Spatutnya kamu kna rsa gembira bila dia kini sudah bahgia.

Dan aku harap, kamu takkan sekali2 menjadi org ketiga dlm cinta dia dgn bf baru dia.

-Pe'us.


Terkedu. Hatinya tidak puas selagi tidak mengetahui siapakah 'Pe'us' itu. Pedas sungguh kandungan mesej yang dikirimkan. Terasa. Terdiam. Tak terkata dibuatnya, setelah berkali-kali dia membaca butiran kata yang dikirimkan Pe'us.

"Siapa Pe'us ni?"

- TAMAT -

p/s: Siri Pe'us dimulakan dengan sambungan siri Ku Ampunkan Cintamu. Bertemakan konflik, penulis merasakan yang siri ini masih boleh diperbaiki dan penulis mengakui akan kekangan masa dan jalan idea yang spontan dan 'on the spot' barangkali mencacatkan sesetengah bahagian dan jalan cerita. Nevertheless, penulis sangat menghargai masa yang diluangkan pembaca untuk 'menelaah' siri PE'US ini. Barangkali identiti Pe'us amat mudah dikenalpasti, dan disebabkan itu, penulis mengambil keputusan untuk menamatkan siri Pe'us di sini. Pengajaran? Biarkanlah si dia bahagia.

Akan ada sambungan? Tidak pasti.

NUke


Dan walau apa pun yang terjadi,

Dia tetap abang aku.

NUke




Malam tu, aku tengah syok je mnikmati makan malam dengan Ibu dan my big bro. Makan lauk2 simple saja sambil masing2 mengadap TV. Rasanya waktu tu dah agak lewat sebab kitorang baru je balik dari somewhere. Kebetulan plak ade crita Kung Fu Cina yang lawak. So, kitorang decide untk dinner sambil mengadap TV.

Aku ke dapur kejap untuk amik air Coca-Cola botol besar yang aku beli on the way balik rumah. Ala, air Coke biasa saja yg ade promosi bukak penutup botol dan menang tu. Layan gak makan malam sambil minum Coke. Dah macam iklan TV yg ada Khatijah Tan (ye ke?), mak si Pierre Andre tu.

Ok la. Dah syok2 tuang air dlm gelas masing, muncul plak iklan Coke kat TV. Pasal promosi buka pnutup botol and menang tu la. Kat dalam iklan tu kata ade 5 unit Proton Saga 1.6 (kot) utk dimenangi. Aku pun ape lagi terus saja check pnutup botol Coke tu. Ade kod camni:-

"SGA03"


Aku terus ngadap iklan TV tu balik. Dia kata utk kod Proton Saga tu, mestilah bermula dengan kod "SGA". hah! Kan tak pasal2 aku dah menang kereta Proton Saga! Walaweh! Gembira buka kepalang lagi aku, abang aku dan ibu! Terus makan malam tu kitorang raikan sempena menang kreta Proton Saga! Abang aku siap pesan suruh simpan pnutup botol tu elok2, and dia kata, jgn kecoh2 sangat, takut org lain tahu...

Dan aku pun tersenyum lah sepanjang malam hingga ke tengah2 pagi yang dah semakin meninggi itu.

"CikMi! CikMi! Bangun... Makan pagi...", kejut anak buah aku, Faris.


Damn! Mimpi menang keta lak! Patut la gembira je!

p/s: Image courtesy of Google.

NUke

NUke Rude Blog
presents


F a r i s R e z k y
"Ebeyuyu"


video


Ebeyuyu
Song & Lyrics by Faris Rezky

Ebeyuyu
Ebeyuyu Paagheez

E Be Yu Yu
E Bea... yu yu Paagheez

Ebeyuyu
Ebeyuyu Paagheez

E Be Yu Yu
E Bea... yu yu Paagheez

Translation:

Happy Birthday to you
(Happy) Birthday to you Faris

Happy Birthday to you
(Happy) Birthday to you Faris

Happy Birthday to you
(Happy) Birthday to you Faris

Happy Birthday to you
(Happy) Birthday to you Faris



Only in NUke Rude Blog.


NUke


petang tadi, lepas balik kerja, sempat jugak la aku sembang dengan sorang junior aku waktu kat MRSM dulu. Sembang2 tanya khabar masing2. Dia baru lepas habis exam, walhal aku pula dengan kerja yg tak habis2. Situasi itu memang berbeza. Sibuk seorang pelajar takkan sama dengan sibuk seorang yang dah bekerja. dan dia pun mengingatkan aku; bahwa masing2 sudah mningkat dewasa. Tanggungjawab kena ada dan semua perkara takkan sama - peringkat bergelar pelajar & pekerja.

Ya! Mungkin ada betul jugak kata dia.


Dah lama tak buat kerja gila, amik2 gamba kat tengah2 jalan yang sunyi dan terang. Merayap2 ke tengah bandar pada tengah2 malam. tujuannya? Hanya mahu menikmati life malam hari bersama kawan2.

Rindu pulak kawan-kawan kat universiti dulu. Ok la. Bukan semua kawan kat universiti dlu aku rindu. sebahagian saja.

NUke

As I am going off!
After the tiring Wednesday
In my heart - deep inside
I wished I am dreamin'
Of the end of Wednesday

Got packed up
Got packed up
It's time for me to go off now!!

Hey..
It's Five-Thirty!
And please remind me
There's just no such thing...
That you called OT!

And here I am
Not even dreaming
(And) it's not evening
How disappointed I could be...

To sit and face the PC
Staring at the digits
Made my eyes think that they're crazy

Yeah I think that they are crazy!
Yeah I think that they were crazy!

Hey..
It's Five-Thirty!
And please remind me
There's just no such thing...
That you called OT!

Come home! Call me up!
Go home! No need to stay now...
Cause it's your time
To get your home-ride
Cepat cepat!!


:Workplace Depressions
:by NUke


NUke


"Duan!! Amer!!!!!!"

Dulu2, kalau dengar saja teriak yang dilemparkan ayah, aku dan abang pasti akan bergegas masuk ke dalam bilik. Dah takdenye nak berani duk terjegat depan TV tengok kartun. Ataupun, bila saja kami menyakat adik kitorang, menangis pulak budak kecik tu. Ayah pun terus lah bising. Dasar pemikiran budak2. Manalah kitorang tau yang org2 dewasa ni penat bila saja dorang balik kerja. Dengar je panggilan ganas itu, secara automatik kitorang akan hilang drpada tempat 'kejadian'.

Ayah memang garang. Sangat garang. Sehinggalah dia dengan jayanya menunaikan ibadah haji! Lepas tu dah tak brape garang sangat la. untung la adik aku tu. Time dia membesar, ayah takde nak rotan2 sangat. Mungkin sebab semakin tua kot. Anyway, kitorang yg dulu2 ni dibesarkan zaman2 ayah garang, still ada ketika rasa cuak bila berdepan dgn ayah.

Ayah aku bersaiz besar? Kejadahnye!! Kurus je pun orang tua tu. Tapi mungkin sebab pengalaman dirotan dan didenda menjadikan kitorang adik-bradik ni sangat cuak dan respek pada ayah.

Mungkinkah aku mewarisi kegarangan ayah?

kalau kakak2 kitorang buat hal, ayah akan bising dan berhujah. Tapi tu tak bermakna yg adik bradik lain boleh mengejek dan bersenang lenang. sebab ayah pasti akan men'denda' kesemuanya. Yang selalu jadi mangsa... aku dan abang aku lah! Sebab kitorang ni berdua saja lelaki. So, akan ada lah sesi tilawah Al-Quran sama ada dari waktu Zohor hingga selesai Isya'. Ataupun dari Maghrib sampai ke tengah malam.

Sadis tu memang lah (kalau nk diikutkan hati budak2 la). kakak2 yg buat hal, kitorang pun kna skali. memng la tak puas hati!! Tapi yang bagusnya, ayah tak denda yg bukan2. Da suruh mengaji. Dan disebabkn itu jugak lah, aku dan abang aku bjaya mengkhatam Quran awal. Thanks to Ayah!! Ibu pulak lepas saja menyambung 'bebelan' nasihat pada mereka yg buat salah, akan trus dtg teman aku and abang aku mengaji depan ayah. mengalir jugak la air mata.

Tapi ayah sangat hebat... lepas saja dia 'puas hati', dia suruh kitorang pgi makan malam. kejadahnya aku nak berselera kan? terus saja aku and abang aku tidur. Sebab esoknya nak kena pergi sekolah.

Aku n abang aku siap dah boleh tau dah bila akan ada sesi tilawah yang seterusnya!!

Mula2, aku rasa benci sangat sebab ayah denda kitorang yag diklasifikasikan 'tak bersalah'. tapi aku perlu bersyukur sbnrnye, sebab ayah mendenda kitorang dengan cara yg mulia. Takdelah sampai nak cucuh puntung rokok, libas tali pinggang x tentu pasal kan?

Ayah. Sekeras dan segarang mana pun ayah itu... dia tetap seorang ayah. Sikit, tak banyak, pasti ada rasa sayang dirinya untuk anak2nya.

NUke

Kecoh je. baru ingat nak update tadi. Aku bukak je page 'New Post', aku perati yg ikon2 utk mengedit entry tu tak cukup. Pastu br aku prasan yg aku ada kat page 'Edit HTML'.
--
Malas la nk eja betul2. bagi nampak lain skit!

Aku memang tak sesuai dengan rambut panjang. Messy and berserabut bagai apa kejadah ntah. Dah macam landak pun ade gak rupanya.

p/s: Ejaan betul adalah Porcupine

NUke

Dengan keadaan PC sendiri yang masih lagi bermasalah, aku dengan tak malunya meminjam pc my cousin yg baru saja balik dr kampung semalam untuk terus beron-line dan mendengar lagu.

Ha. gila bai tak online! Ok la, online tu takde la aku kemaruk sangat. Cuma mendengar lagu itu agak penting. Untuk sama2 mengupdatekan diri sendiri dengan lagu2 baru da seterusnya memberikan komen dan kritik.

Edisi kali ni. Lagu Insha Allah daripada Maher Zain.

Dikeluarkan sebagai single kedua (kalau tak silapla) dan single pertama (di sesetengah negara), suara Maher Zain ini sememangnya sangat sesuai dengan lagu nasyid. Maher Zain bukanlh adik kepada Ziana & Anuar. Dia adalah seorang penyanyi berkuturunan Arab yg mengenengahkan muzik nasyid kontemporari yg berjaya menarik minat para pendengar dan penggemar muzik di sekitar UK & Eropah, Mesir dan kini sedang cuba menembusi pasaran Malaysia menerusi kerjasama Awakening Records & InTeam Records.

Insha Allah barangkali satu produk nasyid yang bagus sebagai permulaan utk menembusi pasaran nasyid Malaysia. Lirik? Of course la dalam bahasa Inggeris - menjadikan lagu ini universal dan boleh dihayati oleh semua orang. Tujuannya hanya satu - menarik minat orang ramai terhadap realiti dan ke-berserah-an kepada Tuhan yang Satu.

Kiranya kalau ada apape masalah, Insha Allah akan ada jalan penyelesaiannya; dengan izin Allah.




Title: Insha Allah
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

MyRate: 3.7 / 5.0

NUke


. Cikgu Aishah . Cikgu Rogayah .
. Cikgu Norlaily . Teacher Shamsiah . Cikgu Saiful . Ustaz Shamsul .
. Cikgu Saliza . Cikgu Hafiz . Cikgu Kamal . Cikgu Nasution .
. Cikgu Salawati . Cikgu Rohayu . Cikgu Salwati . Cikgu Baharuddin .
. Ustazah Hamidah . Ustaz Khaswi . Teacher Hamdan . Cikgu Zainal .
. Cikgu Hashimah . Cikgu Chew . Cikgu Zawiyah . Cikgu Norlia Adom .
. Cikgu Nor'aini . Cikgu Rozana . Ustazah Salmah . Cikgu Azizah .Cikgu Norlina .
. Teacher Hamidah . Cikgu Abdul Samad . Cikgu Shuhaimi . Cikgu Norafida .
. Cikgu Norsham . Ustazah Sufiah . Cikgu Abdul Manaf . Cikgu Faizal .
. Cikgu yang ajar Kimia tu . Cikgu Faridah . Cikgu yang jadi Kaunselor tu .
. Ustaz yang ajar Pendidikan Islam . Cikgu Norhaslinda . Cikgu Julianaasnizah .
. Cikgu Roslinda . Dr. Samudi . Dr. Faizal . Dr. Irman . Dr. Md. Soot .
. Dr. Khoo . Dr. Ismail Bahari .

. Semua tenaga pengajar institusi-institusi berikut .
Tadika Amal
SK Sungai Tua Baharu
KAFA Amaniah
SRA Sungai Tua Baharu
SMK Taman Melawati
MRSM Transkrian
Kolej Matrikulasi Melaka
Jabatan Sains Nuklear, Fakulti Sains & Teknologi, UKM
Bahagian Teknologi Industri, Nuklear Malaysia

. Dan kepada semua yang bergelar tenaga pengajar yang mengajar aku .
. Bahasa Melayu . Bahasa Inggeris . Bahasa Arab . Pendidikan Islam . Sains .
. Kajian Tempatan . PJK . Kemahiran Hidup . Pendidikan Seni . Biologi .
. Kimia . Fizik . Geografi . Sains Nuklear . Matematik. etc .

Tanpa kalian sebagai guru, aku mungkin tak mampu menggunakan komputer dan seterusnya menjadi seorang blogger. Terima kasih CIKGU!

Selamat Hari Guru!

NUke

Rindu aku tak?



PC kat rumah buat hal!

Damnit!


NUke


Aku pun tak tahu ade ke tak perkataan alienated tu. Tapi bila aku try taip kat words, takde pulak garis2 merah kat bawah word tu.

Anyway, aku ni takde lah begitu mementingkan diri sendiri bila berada dalam majlis2 atau kenduri2, atau pun konsert2 bagai. Aku ni ikut jugak flow keadaan sekitar / sekeliling. Just go with the flow. Kalau orang melompat2 kat konsert, aku pun lompat2 la jugak. Tapi takdela terlalu extreme sampai nak panjat2 bahu member ke apa. Aku cuma biasa2 saja.

So, kalau siapa2 kebetulan ternampak aku kat konsert Tokio Hotel haritu, jgn lak korang terkejut bila nampak aku terjerit2, sambil tangan2 ni ligat menumbuk langit dan melambai2. Lumrah lah. Dah namanya konsert, ter-havoc la jugak sekali sekala.

Ya! Aku pergi konsert. Aku ni takdelah terlalu pasif sampai keja asyik nak mengadap pc je. Tak larat gak aku nk mengadap blog ni tanpa berkelip mata walaupun seminit cuma. Sekali sekala kena la pergi majlis apape ke, konsert ke hape. Barulah sekali2 tu datang idea nak menulis.

Ya, bila attend majlis2 or konsert2 ni, aku agak cepat la kot menyesuaikan diri. Kalau ke pesta2, havoc la sesekali. Kalau ke majlis2 agama, takde la aku nak terkinja2. Walaupun aku agak suka Ustaz Akil Hayy bagi ceramah, tapi tidak la aku sampai nak terkinja2 depan dia. Gila apa?

NUke


Dah 2 tahun blog ni ada di laman blogspot. Dah bermacam2 kritikan, pujian dan komen diterima. Aku akan berusaha untuk mempelbagaikan topik dan membinarakan tentang imaginasi dunia aku dari pandangan aku sendiri. Untuk dibicarakan bersama2.


salam adik...
nmpknya abg org 1 la bg komen...
nice introduxing...
keep go on k...
posting more benefit posts...
taking gud care...
keep in touch with ALLAH & ISLAM truth way of life..
wassalam...

p/s:moga amal yg sedikit ini membantu kita dan mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat... :)
: Muthaqqaf Azhari. May, 11 2008. Kebencian Suatu Kasih

GOOD LUCK exam nnt k!!
wish u all d best..Ganbatte kudasai..

p/s: ~
: itit. October 27, 2008. Final Exam

wah! aku nmpk kedewasaan ko dlm gamba ni.tah nape.. mebe sbb ko pki sleeveless atau ko dh makin gemok. tp ms abselling ko cm knk2 lak. adekah itu ko?

p/s: p mines xpenah btau pon ceh
: sikurus. February 5, 2009. Gunung Angsi Ditawan

euw...

gross~
: oyen. February 11, 2009. Pantang Larang 1 : Kencing

sesungguhnya.. ajal tidak lmbt sminit n tidak cepat sminit.. insaf la sblm anda diseksa ngn azab kubur yg dahsyat...
: ejan. March 19, 2009. Pemergian Yang Ditangisi

Mr. Z itu tak dapat kebebasan sempurna. Ini juga boleh mengganggu prestasi penghasilan benih2 anak yang sempurna, kacak, dan lawa kelak!

____________________________
mcm cakap hal agro pertanian pulak...wakakakaka

weird thing is
u often got this kind questions from people around you...and why you?
aha...
ada la sifat ko yg buat org selamba je tanya benda tu kan?

good post bro ! entertaining..
: [r][a][y] eusouff. April 9, 2009. Spender Selesa

K kan? hehe...
baca entri kaw ni, aku lak teringat kat cinta nyet aku..
hehe..

tersenyum sorang2 gk td.. huk3..
apa-apapun cool jek ngn J..

doa byk2...moga2 dia lah jodoh kamu =)
: AkuAyie. May 26, 2009. Bila Monyet Bercinta

tak sangka plak ada award ntuk blogger.
TAHNIAH untuk nuke...
memang kreatif pun.
tak boring baca blog ni.
: idazafri kamil. July 15, 2009. Yoyooh! Blogger Awards

hehe sronok bace! teruskan =p
: rizz. July 24, 2009. Ku Ampunkan Cintamu : Perempuan

huhu, senior sains nuklear beb...
nanti turn aku plak, lam 3 tahun ag kot, Insya Allah.
: Dough. August 23, 2009. Konvokesyen

semakin hari semakin complicated entry blog ko nih...

kawan.. sumtimes pemikiran manusia ni blom sampai ke tahap melebihi di luar kotak akal.. bukan mudah nak paham uyg tersirat kalu bahasanya sgt terbelit, dibelit dan membelit...

huhu..
: Adam Arjuna. October 1, 2009. Penamat

Aduh bertuahnya kamu..
: Janggel. October 22, 2009. Bekalan Pagi

owh..report card..bila ntah last time tgk card ni..nasib baek skola menengah takde..kalo tak mmg warna warni colour pen dlm buku tu..

hehe...

mode: sejuk + terpaksa pakai jaket tebal2...
: charco. December 2, 2009. Report Card

kipas susah mati bunkface neh.hehehe.
aku suka situasi dr revolusi.hehehe

nice choice! and got shocked dgn lagu selamat ulg thn sayang berada di no6. jiwang gak nuke ni.hihihihi
: faizalsulaiman. December 31, 2009. 2009 100 Most Played Songs

hahaha..
saya ingin cadangkan kita sediakan kain pelikat sendiri dlm beg...
hahaha
klu pakai boxer tidur pakai boxer jer..
blh tk..???
: tengku_fir21. February 15, 2010. Aku Merana Tidur Pakai Jeans Levi's

haha..xawet muda langsung..tgok mcm aku..org cakap aku amek spm dis year..haha
: iyllienaz. March 7, 2010. She said I Am 28 y/o

hahaha.. ko dh blh stat mntak keje kat tmpt len ni.. haha.. klaka wei..
: tOpeQ. April 9, 2010. DeaR Boss...

serius2 la best..
muke kau gangsta siot.
lol
: fikri FAUZI. May 7, 2010. Serius


NUke Rude Blog kini sudah berusia 2 tahun di Blogspot.
Selamat Hari Lahir juga buat adik ku.

NUke

Balik-balik saja dari Melaka semalam, aku terus keluar2kan barang dari dalam kereta and kemas skit2. Dalam masa yang sama, aku terus on kan pc sambil undress utk mandi (sekali lagi) walaupun waktu tu dah pukul 11 malam. And before that, aku dah tumpang mandi kat rumah Ayah Chik dulu sebelum bertolak pulang ke KL.


Damn! PC tak boleh nak buka. To be exact, sampai je kat page log in user tu, mouse and keyboard tiba2 mcm dysfuction. Mula-mula tu aku ingatkan wayar mouse & keyboard ni tercabut ke ape. Adjust2 sikit, lepas tu try reset. Still tak boleh juga. Hantar sms kat abang Boy, tanya kat dia apa masalah kalau pc tba2 jadi camni. Sementara tu, aku godek2 CPU, bukak CD Driver, hard disk, power supply, motherboard pun skali... sebab dah dekat 20 kali aku try on, masalh yg sama jugak timbul.
Fed up! Aku pergi makan dulu, tengok TV dan layan anak buah kjap. Makan kek coklat yang aku baru beli dari mak member aku. Tak lama lepas tu, aku tidur semula, setelah berpeluh2 memasang CPU aku tu smula dalam keadaan yang sangat tertekan. Dalam hati, aku rsa PC aku ni dah kena serang virus.
-
Pagi tadi bangun, dapat sms dr abg Boy. Simpla saja balas smsnya - Virus.

Dah agak dah. Entah macam mana tadi pagi, setelah aku berusaha utk menembusi BIOS Setting, aku dapat gak log in. Terus saja aku transfer semua projek2 aku, lagu2 dan video2 dalam external hard disk. Member aku dari dulu pernah pesan kat aku... suruh aku transfer or wat back-up kat external. Aku je degil. Sib baik x hlang projek2 logo and design baju yg akan aku usahakan tak lama lagi.

Code Red. Aku kna expect PC aku tak dapat bernyawa lagi lepas2 ni, sebab aku rasa serangan virus ni mcm kronik. Andai kata kalau tiba2 aku sepi seketika dr NUke Rude Blog ni, aku harap kalian faham akan situasi yg sedang berlaku.

Terima kasih.

NUke


PE'US : Siri 9

"Eh! Amiroul!!!", balas Khadijah dengan intonasi suara yang agak terkejut. Dia tidak menyangka bekas kekasihnya ketika di zaman sekolah dahulu kini menjadi rakan kepada teman lelakinya kini, Fairus.

"Eh, awak kenal Amiroul ke?", terkejut Fairus dibuatnya apabila teman wanitanya itu sebenarnya mengenali Amiroul.

"Kitorang kenal satu sama lain... Kitorang...", belum sempat Amiroul menghabiskan ayatnya itu, Khadijah pula menyampuk...

"Kami satu sekolah dulu. Amiroul ni my senior..."

Tersenyum.

--

Setelah memesan makan tengahari di kedai mamak Fariz Maju, Fairus memulakan bicara. Hanya bualan kosong tentang segala hal yang berlaku di universiti, permasalahan tesis yang sedang dilakukannya... sebelum dia membuka dan memula bicara tengtang kekasih hatinya itu, Khadijah.

"Tak sangka pula aku yang kau ni kenal Khadijah. Satu sekolah pulak tu dulu."

Kunci motorsikal diletakkan di atas meja. Belakang badannya disandarkan ke kerusi. Nafasnya diambil sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan. Amiroul kemudian membalas perbualan sahabatnya itu. Sungguhpun dia baru saja mengenali Fairus, tapi dia begitu selesa untuk berbicara. Sangat selesa untuk berbual akan seorang gadis yang satu ketika dulu pernah bertakhta dihatinya.

"Ya. Satu sekolah. Tu pun tak sangka boleh jumpa semula kat universiti..."

"Korang rapat ke dulu?"

"Hm... nak kata terlalu rapat tu tak adalah. Biasa-biasa saja." Berdalih. Semahunya dia tidak mahu memberitahu kepada Fairus bahawa Khadijah itu adalah bekas kekasihnya. Sementelah pula Khadijah seolah-olah sudah memberikan 'hint' untuk tidak bercerita kisah lama mereka semasa mereka bertiga berbual pendek di Kolej Lima tadi.

"So, amacam exam kau?", laju saja Amiroul bertanya kepada Fairus. Tujuannya hanya satu, untuk mengubah topik perbualan yang dijangkakan akan menambahkan runsing di mindanya. Tak lama selepas itu, makanan dan minuman yang dipesan pun tiba. Berbual lah mereka sambil menikmati hidangan tengahari yang semestinya mahal itu.

--

"Kau tau Zam, Khadijah tu sekarang dah couple dengan Fairus lah!"

"Fairus budak yang pulangkan kunci kau tu ke?"

"Ya!"

"Padan muka kau. Dulu-dulu kau tak nak jaga awek kau tu."

"Hm. Nak buat macam mana. Dulu aku bodoh sikit."

"Sekarang pun sama je bodohnya..."

"Babi lah kau."

Dan selepas itu masing-masing tergelak. Sebelum gelap malam yang memenuhi bilik tidur itu kemudiannya melahirkan perasaan mengantuk yang teramat sangat; memaksa kedua teman sebilik itu tidur dan berehat untuk menantikan hari yang mendatang.

--

"Aku dah ajak Oul dah! Dia kata tak nak join doh!", balas Izham apabila Aisyah dan Wahidah bertanyakan akan Amiroul yang sejak kebelakangan ini sudah jarang keluar melepak bersama mereka. Selalunya hari-hari terakhir semesta ini, banyak saja aktiviti mereka. Ke Putrajaya untuk bergambar lah, atau ke Tasik Titiwangsa dan berjalan sekitar Kuala Lumpur. Bagi Wahidah, Aisyah dan Izham, 'kehilangan' Amiroul itu sedikit sebanyak mengundang perasaan ingin tahu. Manalah tahu kalau-kalau sahabat mereka itu ada masalah.

"Aku rasa lah, jom kita ramai-ramai pergi kolej dia la. Lepak-lepak dengan dia. Aku rasa dia ada masalah kot."

Aisyah mencadangkan kepada teman-temannya untuk sama-sama ke kolej Amiroul, lepak-lepak minum petang di kafeteria kolej bersama Amiroul. Dengan segera, dia mengirimkan SMS kepada Amiroul untuk minum petang bersama di kolej kediamannya.

Ok. Da sampai kafe nti, gtau aku.

--

"Kitorang perasan lately kau macam ada masalah je. Cerita lah. Mana tahu kalau-kalau kami boleh tolong...", Izham memulakan bicaranya kepada Amiroul.

"Tak ada apa lah. Cuma..."

"... aku rasa... aku dah mula jatuh cinta balik lah..."

"... dengan ex aku."

--Bersambung...


NUke


Setiapkali aku nak tulis seperkara yang serius, aku pasti berfikir panjang. Wajar atau tak untuk aku menulis perkara2 yang serius kat blog ni. Yeah, aku masih ingat lagi komen salah sorang pengkritik Yoyooh.com Blogsquad. Yang mana dia cakap memang bagus kalau sesekali kita menulis ttg perkara2 yg serius; as of isu semasa ke, politik ke.. or anything yang selalunya kebnyakan blogger refuse utk tulis.

Dan aku ni bukan la seorang pemerhati politik. Jauh sekali menganalisa ekonomi. Journalist? Erm...

So, bila ada ketika aku cuba untuk menulis perkara2 serius, walaupun kadang2 ianya berkaitan dgn dri sendri,aku sure akan berbelah bagi. dah taip satu perenggan; lepas tu padam balik. Ended up, slalunya aku akan terus sambung siri novel (kalau ada la). Oh ya, tetiba teringat kat siri Pe'us aku tu. Insyaallah takde ape aral melintang, esok kot aku update series tu.

Usually, kawan2 aku slalu jugak anggap aku ni seperti seorang budak. Hanya budak 'kecil' yg mana peranan aku utk menceriakan suasana. Just utk meng-happening-kan keadaan saja. Pendapat aku, tak selalunya dipandang serius, walaupun aku ada kalanya tersenyum bila serius. Tapi xde lah semua kawan2 aku anggap aku ni budak kecil. Cuma... ada lah beberapa. Bila dah jadi camni, kadang2 dah rasa malas nak jadi serius pun ada. Biar org lain tgk kita ni enjoy saja. Ceria2 ni boleh menceriakan diri sendri. Dan satu persepsi org lain kpd diri sendri akan timbul...




Aku ni tak serius.


NUke

Oh ya. Ibu aku tu orang Melaka.

Tadi kat ofis, kawan aku dah siap2 tulis kad, nak bagi kat mak dia sempena Hari Ibu yang akan datang ni. Pergh. Kagum aku.

Aku? Takdelah menyambut kot. Ye la.. seingat aku, aku takdelah sambut kot. Koman2 puna aku wish je la Happy Mothers' Day. Tu pun lepas ternampak iklan kat TV yang sebuk duk promote sms2 kasih syg sempena Hari Ibu dulu.

Esok2, melawan cakap gak. Derhaka balik... apa pekdah?

Tapi jauh dalam sanubari tu, ade gak la teringin nak wat surprise ke apape ke untuk ibu. Bila dikenang semula... Malas pun ada. Sebab aku pikir 1 benda je.

"Kenapa hari ANAK takde? Atau tak disambut?"

Sebab tiap2 hari mak ayah kita duk layan kerenah kita; sejak kita lahir, meraung melalak bagai nak gila... sampaila masuk sekolah, masuk universiti, dah keja dah pun. Elok je mak ayah duk mngadap dan mlayan kerenah anak2 dorg tu. Tak payah nak ada satu hari istimewa utk anak2.

Terlayan ke kita dengan karenah mak kita nanti? Wallahu'alam.

Got what I mean right?

Anyway, layankan saja lagu Oh! Sizuka nyanyian Pop Shuvit ni. Video klip ni memang sempoi dngan kesan grafik yang nostalgik. Menang la jugak Video Muzik Terbaik AIM 17 haritu.




Pop Shuvit - Oh! Sizuka

Bai.

NUke

Kalau ada bakat menyanyi, jadi lah penyanyi. Takpun masuk AF, nangis tiap2 minggu...


Mampu kah aku terus bekerja di bawah tekanan dan expectation yang menggila ni?
.
Tak pasti. Sebab aku masih mencari kerja idaman hati. Untuk bergerak ke sana sini. Terbang. Datang dan pergi.
.
Dan tidak hanya sekadar bertali leher dan kemeja. Aku juga mahu rasa bagaimana jika minyak hitam dan kotor terpalit di muka.
.
Dengan hilai tawa rakan sekerja yang menyaksikan kotoran wajah di muka masing2.
.
Masih mencari lubang rezeki yang halal lagi menceriakan hati.
.
Bukanlah aku tak suka kerja aku sekarang ni. Tapi, kalau ada yang lagi menarik dan mencabar... Tak salah kalau aku pergi.

Helo! Ada kerja kosong tak?

NUke Rude masih mencari kerja idaman hati. Siapa yang mahu hire aku?



Layan Disagree - Osaka

NUke

Berikut merupakan pemenang Anugerah Industri Muzik ke-17.

* - Jangkaan pemenang.
TEBAL - Pemenang.

Artis Baru Terbaik
  • Azlan & The Typewriter
  • Bunkface*
  • Prema Yin
  • Tomok
  • Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  • Faizal Tahir - Bencinta*
  • Hazami - Survivor
  • Jamal Abdillah - Tak Hilang Cinta Di Dunia
  • Riz - Kehilangan Kamu
  • Vince Chong - Buah Hati
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  • Dato' Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta*
  • Dayang Nurfaizah - Hilang (Live Version)
  • Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu
  • Juwita Suwito - Sejak Hadirmu
  • Yuna - Dan Sebenarnya
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah
  • DJ Fuzz & Malique feat. Salam - Cerita Kedai Kopi
  • InTeam - Allahu Rabbi
  • Rabbani - Kejora Sinar Zaman*
  • Ruffedge - Pemuja Dari Jauh
Kulit Album Terbaik
  • To Prevent The Earth From Moving With You - Disagree*
  • Liyana Jasmay - Liyana Jasmay
  • All About Rynn - Rynn
  • The Great Battle - SevenCollar T-Shirt
  • Kronologi Cinta - Vince Chong
Rakaman Album Terbaik
  • Into... Akasha - Akasha
  • Inspirasi - Ayu*
  • Dayang Live - Dayang Nurfaizah
  • Inderawala - Hattan
  • Eyo Eyo - Prema Yin
Video Muzik Terbaik
  • Fiqir-Fiqir - Ahli Fiqir
  • Haley - Disagree
  • Osaka - Disagree
  • Oh! Sizuka - Pop Shuvit*
  • Eyo Eyo - Prema Yin
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Dusta Berkalang - Aiman (Hafiz Hamidun / Ahmad Fedtri Yahya / Aiman)*
  • Penangan Rindu - Ghazala (Tok Wan Aie / Ghazala)
  • Barangkali - Mawi (Aidit Alfian / Ad Samad)
  • Enjut - Noraniza Idris (Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Inang Anak Perantau - Saujana (Manis / Helma Atie)
Album Nasyid Terbaik
  • Syukran - Hafiz Hamidun
  • Allahu Rabbi - InTeam
  • Suatu Perjalanan - Marjan
  • Mahabbah - Rabbani*
  • Nota Cinta - Saujana
Lagu Nasyid Terbaik
  • Allahu Rabbi - InTeam (Amin InTeam / Zubaralhadid & Amin InTeam)
  • Dia Muhammad - InTeam (Frizdan)
  • Kejora Sinar Zaman - Rabbani (Dakmie / B. Nury)*
  • Mahabbah - Rabbani (Dakmie / B. Nury)
  • Syahadah - Rabbani (Dakmie, B. Nury, Hassan Morad /Hj. Abu)
Album Rock Terbaik
  • Adrenalin - Faizal Tahir
  • Rasa - Flop Poppy
  • Mencari Konklusi - Hujan*
  • Prolog 2009 - Maximus
  • Rasopariso - XPDC
Lagu Rock Terbaik
  • Kelibat Si Penyair - Azlan & The Typewriter (Tass & Lan)
  • Situasi - Bunkface (Sam)*
  • Bencinta - Faizal Tahir (Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Mencari Konklusi - Hujan (Noh)
  • Drama King - Meet Uncle Hussain feat. Black (Taja / Tun Teja)
Album Pop Terbaik
  • Tahajjud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
  • CTKD - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti*
  • Dayang Live - Dayang Nurfaizah
  • Aku Stacy - Stacy
  • Kronologi Cinta - Vince Chong
Lagu Pop Terbaik
  • Pergi - Aizat (Pete Teo / Amran Omar)
  • Masih Jelas - Hafiz (Aidit Alfian / Ad Samad)
  • Permaisuriku - Jay Jay (Omar K / Azlan Zel)
  • Cinta Ada - Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor (Fred Chong / Asmin Mudin)
  • Dan Sebenarnya - Yuna (Yuna)*
Album Hip-Hop Terbaik
  • Irama Berirama - Ahli Fiqir
  • Jian - Altimet
  • 1212 - Colabr8
  • K. O. The Mixtape - DJ Fuzz & Malique*
  • The Turning Point - Point Blanc
Lagu Hip-Hop Tebaik
  • Chantek - Altimet (Altimet)
  • Syukur - Altimet (Avex / Altimet)
  • Sayang-Sayang - Altimet & DJ Fuzz (DJ Fuzz / Altimet)
  • Masih Hip-Hop - DJ Fuzz & Malique feat. Daly (Ahli Fiqir) & Altimet
  • Cerita Kedai Kopi - DJ Fuzz & Malique feat. Salam (Malique, DJ Fuzz, Salam / Malique)*
Album Inggeris Tempatan Terbaik
  • Yeah - Amanda Imani
  • To Prevent The Earth From Moving With You - Disagree*
  • Running - Hazami
  • The Turning Point - Point Blanc
  • The Great Battle - SevenCollar T-Shirt
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • Prom Queen - Bunkface (Sam)
  • Haley - Disagree (Mohamed Zahid Yon)
  • Osaka - Disagree (Mohamed Zahid Yon)*
  • Survivor - Hazami (Hazami)
  • Deeper Conversation - Yuna (Yuna)
Album Cina Tempatan Terbaik
  • Stardom - Andrew Tan
  • Jeanie - Jeanie Lee
  • I'm Karen - Karen Kong
  • All About Rynn - Rynn Lim
  • Thomasjack - Thomasjack
Lagu Cina Tempatan Terbaik
  • Stardom - Andrew Tan (Percy Phang)
  • Na Han - CK Chen Jia Kai (CK Chen Jia Kai, Percy Phang / CK Chen Jia Kai)
  • Insane - Jovi Theng (Jovi Theng /Zhang Guo Xiang)
  • Tian Shang - Karen Kong (Chen Wei Chuan / Xiao Han)
  • Sunrise - Xie Jia Wang (Xie Jia Wang, Kuan Chi Yuan / Vinx Lim Yi Xin)
Album India Tempatan Terbaik
  • Paarthu - Ruthless
  • SMS - Emergency
  • Neethikku Poraattam - Masta Clan
  • Saran Z - Saran Z
  • Life Is A Mystery - Shruthi
Lagu India Tempatan Terbaik
  • Uyartinthidu Thoza - Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan
  • Thuli Thuli Mazhai Thuli - Preeta Prasad (Jay Santhanar)
  • Uyirile Ondrage Kalantida - Sidharthan (Arulselvan)
  • Talattu Paade - Sitharthan (Jay, Parameswara)
  • Megathul - Sivakumar a/l Jayabalan (Sundrra Nantha)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara
  • Teruskanlah - Agnes Monica
  • Aku Wanita Biasa - Krisdayanti
  • Madu Tiga - Muhammad Dhani
  • Terlanjur Cinta - Rossa feat. Pasha Ungu*
  • Nuansa Bening - Vidi Aldiano
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
  • Sebagai Teman - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Aubrey Suwito)*
  • Masih Jelas - Hafiz (Acis)
  • Sejak Hadirmu - Juwita Suwito (Aubrey Suwito)
  • Cinta Ada - Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor (Jenny Chin)
  • Eyo Eyo - Prema Yin (Greg Henderson)
Anugerah Wirama
  • Adnan Abu Hassan
Anugerah Kembara
  • Bunkface
Lagu Terbaik
  • Dan Sebenarnya - Yuna
  • Situasi - Bunkface
  • Dia Muhammad - InTeam
  • Cerita Kedai Kopi - DJ Fuzz & Malique feat. Salam
  • Enjut - Noraniza Idris
Album Terbaik
  • Allahu Rabbi - InTeam
  • Adrenalin - Faizal Tahir
  • K. O. The Mixtape - DJ Fuzz & Malique
  • Dayang Live - Dayang Nurfaizah



NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.