Entry ke 100 untuk tahun ni.

Anyway, kebanyakan kawan2 aku dan juga kenalan blogger dah memiliki akaun Twitter. Sapa je yang tak tahu twitter kan? Anyway, mula2 aku tahu pasal twitter ni.. macam excited jugak. Tapi bila mengenangkan diri yang tak berapa nk 'sihat' ni.. aku takde lah keen sangat nk create akaun twitter.

Sebab apa?

Aku ni cuma pekerja biasa yg bekerja dari jam 9pg hingga 5.30ptg. Bukanlah artis yg boleh menyanyi, menari, dan berlakon. Artis yang lukis2 kat CM pun bukan. Tapi aku adalah ambil subjek seni dlu.

Mengenangkan perkara itu, aku barangkali tak perlu meng-create akaun twitter yg fungsinya (bagi aku la) untuk mengupdate status cuma. lagipun kawan2 aku pun takdela ramai sangat. Peminat? Takde satu pun.

Lagipun, aku tak mahu buat akaun twitter sebab aku rasa aku ada tendency utk buat status2 macam ni:-

Tadi pergi berak. banyak tahi keluar (15 minutes ago)

Nak makan nasi atau piza? (20 minutes ago)

Wah! ada orang komen kat blog!! Hebat! (21 minutes ago)

Korek hidung juga nikmat! (22 minutes ago)

@(your name here) hey! I saw you in my blog! (1 hour 33 minutes ago)




So, buat masa skang ni aku rasa tak perlu kot utk aku ada twitter.

NUke

Damn!

Setelah hampir 2 bulan stengah bilik dibiarkan berhabuk, hari Ahad lepas aku dah kemas2 bilik. Lap habuk. Sapu lantai. Mop lantai siap guna gel mandian Palmolive. Tu pun sebab tak jumpa sabun lantai... entah mana la ibu letak.

Alih2 baru la tersedar yang aku terlupa buat sesuatu.

Lupa lak nk buang sesawang kat bucu siling tu. Cis.


Kalau tak buang, makin byk lak habuk2 melekat. Tapi kat situ ada labah2, tak sampai hati nk halau dia.

NUke



Sedang2 aku membaca 'Cursing Malay' (yang mana akan aku bloglistkan sekejap lagi) sambil mendengar 1,180 random song dlm pc aku ni, maka tiba2 terplay pulak lagu Evanescence - Bring Me To Life. Terus aku teringat zaman2 tingkatan 4.

Yakni tahun 2003.

Waktu tu citer daredevil baru kuar. And aku ingat lagi kawan aku yg pertam2nya bertanya pada aku pasal lagu Evanescene tu. Time tu aku baru nk keluar dari bilik, menghala ke toilet.

"Eh! Kau tau tak lagu citer Daredevil tu? Yang skarang asyik ada kat radio tu...?"

Aku tak tau. Haha, sampai la aku pinjam walkman sape ntah and terdengar lagu tu kat radio. Time tu kalau nak dengar2 lagu hits English terbaru, kena la dengar Hitz.fm. Nyatanya, lagu Bring Me To Life tu betul2 mengimbau kembali kenangan aku masa zaman tingkatan 4.

Kegilaan kitorang terhadap majalah Gempak dan Utopia. Dulu2, aku tak rajin beli Gempak. Selalu aku pinjam junior punya je, ended up member2 aku yg lain masuk bilik n bawak Gempak tu kat blik dorang. From then, dah takleh nak trace dah. Hahaha. Sampai la terkeluarnya majalah Utopia. Percaya tak, aku ada beli majalah Utopia tu dari bil #1 sampai la yang latest waktu tahun 2006 (rasanya). But then, ada jugak yg dah hilang sebab misplace waktu zmn skolah, matrikulasi dan universiti.

Only after aku masuk 2nd year kat Universiti je aku dah tak beli Utopia. Sebab takde duit nk beli bnda2 alah tu. Lagi pun dah ade internet. Tgk je la porn ke.. baca wikipedia ke.. kat tenet.

The Fishes by Ben

Back to zaman skolah, kegilaan terhadap Utopia menjadi2 bila kartunis Ben menghasilkan karya 'The Fishes'. Aku rasa sapa yang ikut series komik ni tau la kot. Aku suka gila Ben punya katun. Sebab tu aku tak miss beli Utopia. Kalaulah Ben baca blog ni, aku igt nk suruh dia lukis karikatur aku la.. Haha.. (macam la dia baca).

Minat aku kat muzik develop waktu aku form 4. Daripada 1 je koleksi kaset yang aku ada; Avril Lavigne - Let Go; aku scara slow2 mnambahkan koleksi album. From Avril, aku layan Linkin Park - Meteora. Time tu kan dorg baru release album... maka tergla2 lah jugak aku kat Linkin Park. Siap ade skali tu aku spend hr Sabtu aku smata2 nk lukis artwork askar yg macam serangga tu.

Ha.. itu lah dia. Daripada Evanescene, masuk plak citer komik Gempak n Utopia dan macam2.

Best tul zaman sekolah.

NUke


Bila korang drive kereta, ada tak korang perasan motorcyclist tiba2 menjenguk kat tingkap korang dan membuat 'muka'? Sebelum jawab soalan tu, fahamkan soalan tu betul2. Sebab secara umumnya, memang akan ada dan kerap seorang penunggang motor akan menoleh ke belakang untuk memerhatikan kenderaan lain.

Tapi, ada tak yang pandang sambil memberikan ekspresi 'tak puas hati'?

Ada. Tak ada? Well, as a motorcyclist and car driver, aku pun slalu buat dan dipandang macam tu.

Reason? Usually, seseorang motorcyclist tu akan memberi 'muka tak puas hati' kpada pemandu kereta sebab bagi mereka, pemandu kereta itu secara tak sedar telah menyusahkan mereka. Barangkali menukar lorong tanpa memberi signal, atau pun secara tiba2. Since motorcyclist ni berada di tengah2 lorong dan mencelah sana sini, so, mereka jugak mengharapkan kepekaan (bukan saja pada dri sendri), tapi kepekaan pmandu2 lain jugak.

Tapi kadang2 tu, ade jugak motorcyclist yg cuai waktu mnukar lorong, pastu kena hon ngan kete lain, dorg pun rasa tak puas hati n sanggup pecut n pintas keta tu just untuk melemparkan 'pandangan kebencian'. Haha. Standard.

Bila korang bhadapan ngan stuasi camni... buat2 biasa je. Sebab apa? Sebab tu memang perkara biasa pun. Lainla kalo korang mnghimpit mamat2 motor sampai tegolek... Yang tu tanggung sendri la.

So, aku as motorcyclist scra jujurnya mmg akan bengang dgn driver lain yg sesuka hati menukar lorong (scara tiba2 or x bg signal). Usually, aku marah bila dorg wat camtu je la.

Bawak motor ni mmg byk mnambahkan pngalaman. Baik n buruk. semua ada. Heh.


NUke

Hibernation.

April 23, 2010

12.00 midnight


NUke

PE'US : Siri 8

Enjin motorsikalnya segera dihidupkan. Dengan perlahan, Amiroul menuju kea rah Fairus yang sedang berjalan keseorangan.

Hey, Fairus!

Menoleh ke kiri, sapaan Amiroul segera dibalas dengan senyuman. Tangan kanannya dihulurkan untuk bersalam, sebelum matanya kembali menghadap skrin telefon bimbitnya.

Sorang je ke?”, Tanya Amiroul memulakan bicara.

Ye la.

Aku nak gi lunch. Nak ikut?

Oh. Hm. Ok gak. Tapi, aku kena pergi kolej Lima dulu. Nak hantar buku kat someone jap. Takpe ke?”, balas Fairus yang menerima ajakan Amiroul untuk lepak dan makan tengahari bersama.

Jom la naik motor aku ni. Kita singgah Lima dulu, lepas tu baru gi makan.

Takde helmet ni… takpe ke?

Slamber je. Kalau pak guard kejar, pecut je la…”, sambil ketawa kecil, Amiroul membalas pertanyaan Fairus yang agak kerisauan untuk menaiki motorsikalnya tanpa memakai helmet.

Ah! Slamber je la…

Dalam perjalanan yang tidak sampai lima minit itu, Amiroul sempat bertanya akan seseorang yang ingin dijumpa Fairus di Kolej Lima. Sambil-sambil itu juga dia menyuruh Fairus sama-sama berfikir akan tempat yang sesuai untuk makan tengahari.

Aku just nak bagi buku je la.

Ye la. Nak bagi kat siapa? Junior?

Adalah…

--

Motorsikal biru itu segera diparkir di hadapan perkarangan pintu masuk utama Kolej Lima. Fairus segera turun dan memberikan isyarat kepada Amiroul untuk menunggunya seketika. Tangannya ligat mendail nombor telefon sesorang. Langkah yang diatur menjauhi Amiroul itu tidak berjaya memperdengarkan perbualan ringkas Fairus dengan seseorang di talian…

Sayang, abang dah ada kat foyer ni…

Amiroul menggeleng-gelengkan kepalanya. Tersengih.

Jumpa awek rupanya…”, bisik hati kecilnya.

--

Sorry B. Ada kat kafe tadi. Study group dengan Ain before exam petang nanti…”. Buku rujukan itu segera diambil dari tangan Fairus.

Alangkah terkejutnya Amiroul apabila memerhatikan kelibat seorang perempuan yang mendampingi Fairus yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Cepatnya B datang. B Datang dengan kawan ke?”, tanya perempuan itu kepada Fairus.

Ha’ah. Dengan kawan.

Kenalkan, Amiroul. Kawan B.” Bergerak perlahan menghampiri Amiroul yang masih duduk di atas motorsikal, Fairus memperkenalkan Amiroul kepada kekasihnya.

Miroul, meet my girlfriend…

Khadijah.

--Bersambung…


NUke


Zaman aku kecik2 dlu, air kopi slalu dikaitkan dengan minuman untuk orang2 tua. Kiranya, air kopi ni kalau ada sedara mara datang rumah, hanya akan dihidangkan kepada makcik2 dan pakcik2 saja. Anak2 kecil pula, akan dihidangkan dengan air oren kordial atau sirap.

Zaman dulu la. Time aku kecik2 dlu.

Then, aku ikut opah balik kampung. On the way tu, ada la jugak singgah kat kedai2 makan. Opah pun order air kopi. But then, instead of air kopi yang berwarna hitam, orang kedai makan tu bagi air kopi berwarna coklat kap opah.

Aku pun heran, sebab setau aku, air kopi sepatutnya berwarna hitam. Aku tanya opah ape bezanya. Opah kata air kopi yang dia oder tu ade campo susu. Jadi, manis la skit. Tak sempat aku nak tanya banyak2, opah amik piring alas cawan tu, dia tuang skit air kopi dalam piring, dan bagi aku.

"Tunggu air kopi tu sejuk dulu. Lepas tu baru minum."

Terbongkok2 lah aku sambil memuncung je minum air kopi dalam piring. Sedap. Aku takkan lupa peristiwa ni.


Bila dah besar skit baru lah aku tau ada beza kalau kita mintak "kopi" kat certain2 tempat. Sebab di stengah tempat, kalau kita oder air kopi, diorang akan bagi air kopi O (yakni, tak campur susu). Ada jugak di tempat2 lain, kalau kita oder air kopi, diorang akan bagi air kopi susu.

Sampai skarang, kalau aku nak oder air kopi, aku pasti akan cakap dengan jelas; sama ada air kopi O atau kopi susu. Senang. But selalunya, aku akan oder neslo.


Rindu opah.

NUke


Disebabkan perjalanan untuk aku sampai ke ofis dari rumah (and vice versa) tu mengambil masa yang agak lama (sebab aku bwk moto slow2 je..) so, aku ada tendency untuk berpeluh kalau terkena terik mentari pagi atau petang. So, bila badan mula berpeluh, aku jadi tak selesa, especially bila nak ke ofis. Kalau time balik tu dah tak brape kesah.

Then, back to 2003, bila aku mula masuk asrama. Dulu2 aku tak suka pakai singlet atau sehelai lagi baju kat bhgn dalam kemeja skolah. But then, disebabkan skolah asrama aku tu leh lah dikira sbg 'gurun', maka aku ada tendency utk berpeluh.

Peluh. Dan menyebabkan baju sekolah tu melekat pada badan. Memang lah tak selesa. Penyelesaiannya adalah dengan mmakai satu lagi baju kat bhgn dalam. Dulu2 aku tak pakai singlet. So, pakailah aku 2 lapis baju. Bukan ke lagi panas?

Panas la jugak, tapi tak kesah sangat sebab peluh2 and lekit2 badan tu tak mlekat trus kat baju kemeja sekolah. Korang bayangkan je la, baju skolah kan kaler putih. Kalo bpeluh2 tiap2 hari, maunya baju tu jadi kuning.. Erk..! Sib baik aku takdelah jenis bpeluh tahap gaban.

Since 2003, memakai 2 lapis baju tu dah menjadi habit untuk aku. Even sometimes kalau aku pakai t-shirt biasa pun, aku tetap akan pakai pagoda or t-shirt nipis kat bhgn dalam. Selesa kot. Skang ni dah kerja, barulah aku pakai singlet, sebab baju kmeja kerja tu agak ketat kat bhgn bahu, so kalau nk pakai t-shirt slapis lagi kat bhgn dalam boleh sebabkan bhgn bahu dan ketiak aku tu x slesa. So, pakaila singlet.

Lagipun ketiak aku tu takde lah rajin sangat berpeluh. Yang rajin berpeluh cuma bhgn belakang saja. Haha. Cuba korang bygkan, boyfriend / husband korang balik dr keja, tanggalkan baju ofis, dan bersinglet cuma; dengan lengan tangan dan belakang singlet dibasahi peluh... tak ke korang rasa seksi? Hahahaha...

Enough mengarut.

NUke

Aku agak cuak gak tadi.

Bukak page Email kat google chrome. Masukkan username. Masukkan password.

"Incorrect pasword"

Refresh.

taip skali lagi username tu. Masukkan password elok2.

"Incorrect password"


Alamak!! Jenuh lah aku memikirkan ape kesahnya. Aku typo ke? tak mungkin. sebab jari jemari ni da laju je taip password kat keyboard tu.



'Caps Lock' punya ikon tu menyala la pulak kat kibod. Damn!

Aku lupa lak yang password ni case sensitive.

Buat cuak aku je.

NUke


Heh!

Sapa kata kat Malaysia ni takde robot?



Ya! Aku lah org pertama yg bergambar dgn 'robot' ni.


NUke


Title: Telephone
Artist: Lady Gaga ft. Beyonce
Album: The Fame Monster

Sumpah! Aku enjoy gila tengok video klip lagu ni. Bukan sebab banyak yang pakai bra, tapi more to their expression. Cuba korang perati betul2 segala mimik muka Lady Gaga dan Beyonce sepanjang diorang 'berlakon' dalam video ni. Korang patut fokus pada minit ke-7 onwards. Hahaha.

Ringing tone, Busy tone dan recording yang bagus menjadikan lagu Telephone ini betul2 'bernyawa'. Maknanya, memang hidup lah. Kiranya segala remix dan instruments yang digunakan dalam lagu ni memang kena dengan tajuk lagu. Dari segi vokal; Lady Gaga dan Beyonce memang ada gaya dan alunan tersendiri. Kedua2 mereka ni tak memiliki range vokal yang agak sama - menjadikan lagu ni ... puffh!

Lagu Telephone barangkali boleh dikatakan salah satu produk Pop terbaik tahun ini. Seterusnya mengulangi kejayaan Lady Gaga mnerusi lagu2 sebelum ini; Poker Face & Bad Romance. Tak keterlaluan rasanya kalau aku menjangkakan yang lagu ni boleh menang Grammy, dan video klip ni pulak silap2 haribulan boleh mng MTV VMA. But that is just my prediction.

Anyway, congrates to both Lady Gaga & Beyonce.

MyRate: 4.3 / 5.0

NUke


Salam.

Beberapa hari lepas, my brother in law terlibat dengan satu kemalangan. Malang yang tak berbau itu secara tiba2 memunculkan dirinya dan berjaya memalangkan my brother in law & my sis. Anyway, syukur Alhamdulillah, dia tak apape sebab kemalangan tu pun xde la serius sangat. Dan pada masa yg sama, mereka sedar dan kemalangan itu memang tak boleh dielakkan. Oh! diorang tak mengalami apape kecederaan.

Langgar divider n pokok.

Rosak sikit saja, tapi melayanglah jugak duit kan?

--

Anyway, petang tadi tamatlah sudah internship student2 yg ada kat company tu. Sedih tu xde lah sangat, cuma lepas ni dah takde sapa yang kitorg nak buli. Suruh buat filing ke, insertion surat2 ke, and buat follow up calls dengan kementerian.

Hm, back to normal again. But then, one of my colleague said that there will be another batch of student yg akan buat internship dalam masa 2 mgu lagi! Yeah!

Time sembang2 dengan student2 intern tu, ade la jugak yang bertanyakan pasal usia sebenar aku. Then, aku suruh diorang teka (lagi). Ada yang jawab dgn tepat - 22. Ade yg cakap 23 la, 21 la.. around that age, but then someone boleh pulak teka umur aku 30!!

Huu.....


p/s: Tiba2 rasa nak tengok World Cup kat South Africa. Klik sini.

NUke



Dia selalu ada
Tika diriku sedih dan sendiri
Tak mengira masa
Hidupnya lebih untuk diriku

Dia selalu ada
Bila aku membenci
Menukar segala amarah
Menjadi tawa yang tertangis

Ke mana kau sayang?
Ke mana kau menghilang?
Haruskah aku ditinggalkan sendiri?
Kau mengejar mimpi yang pasti

Mungkinkah kamu akan kembali
Kepada daku yang kini tiada

Kepada daku yang telah pergi

Untuk selama-lamanya.

(Dan ketahuilah sayang)
(Bahwa cintaku hanya untukmu)

Dan bila kau merindui
Gerimis senja kan memelukmu



Mana tau sehari dua ni aku pergi dulu.

NUke


Biasa lah. Kadang2 tengah2 kita rancak berborak or membuat sesuatu, maka ada ketikanya benda yang tak sepatutnya berlaku scara tak sengaja dilakukan. Pendek kata 'ter-'. Sama juga dalam perbualan dan relationship. Kadang2 kita tak sedar yang kita dah terbagitahu perkara2 yang tak sepatutnya diberitahu.

Oops! terjatuh pulak Frozz atas memo pad ni!

Atau pun terbuat sesuatu yang tak sepatutnya dilakukan. Contoh yang paling latest ialah waktu aku ter-typo time antar email kat manager. Maklumlah, dah rancak sangat mengarang ayat. Berbunga2 bagai. Alih2 bila dah send, baru lah tersedar yang ade typo.

So, macam mana nak kawal diri daripada ter-ter semua ni?

Pada aku senang saja, kalau dalam penulisan ke, lepas je draft something tu, double check la semua spelling. Kalau nak berkata something tu pulak, kna la pikir2 and sentiasa dalam keadaan sedar. Tapi kalau dalam relationship tu, aku tak pasti lah pulak.


NUke


Nak tau?

Aku suka kuih keria. Anyway, aku tak tahu lah apa nama kuih ni kat tempat2 lain. Back to kuih, most of my sibling akan bersungguh2 mngadap kuih ni once ibu masak sama ada waktu minum petang or malam.

Dan kitorang ada 1 habit buruk.

Kuih yang last tu semua orang takkan ambik. All of sudden, semua jadi kenyang dan masing2 mula buat hal masing2. Maka tertinggallah kuih keria terakhir itu keseorangan. Sunyi. Sepi, mengenangkan rakan2nya yg lain rakus dimakan oleh anak2 Mahmod itu.

Kenapa kah agaknya anak2 Mahmod tidak mengambil kuih yang terakhir itu?



Sebab masing2 malas nak bawak pinggan tu ke dapur and basuh. Hehe. Itulah keunikan anak-anak Mahmod.

NUke


Salam.

Actually, ter-come cross ngan topik ni gara2 perbualan aku dengan my colleague tengah hari tadi. Kitorang berbincang pasal peranan lelaki utk approach perempuan, to make her as his girlfriend la. But then, aku cakap ngan dia, kenapa perempuan yang tak nak approach lelaki yang dia suka tu. Dia kata takkan la perempuan yang nk approach lelaki.

Imagine seorang gadis cina yang tinggi sedaya upaya menyebut ayat ini:-

"Takkan perigi nak carik timba...?"

Comel kan? haha.

Aku reply: "Why not? For me, I find it HOT~"

Kejadahnya kan? But for me, zaman skang ni dah tak perlu kisah sangat sapa approach sapa. Kalau suka, katakan suka. Nanti bestfren korang yang sebat dlu. ye ke? But, of course la it will be nicer & sweet kalau lelaki yg approach perempuan dlu kan?




NUke


Ade yang tak tahu bahawa aku ni seorang yang sangat pemarah. Dulu. Dulu. Itu semua cerita dulu-dulu. Bila dah dewasa ni, dah boleh control la. 2 tahun kebelakangan ni, aku jarang marah. Okay la. To be exact, since aku kenal J and bila dah bekerja, aku dah jarang marah.

One of my classmate time form 5 dlu pernah cakap kat aku:-

"Kalau nak tahu kau bad mood or tak, kena tengok telinga kau dulu. Kalau telinga kau merah, maknanya kau bad mood. Kalau buat lawak ke ape, sure kena marah nanti."


Mungkin itu adalah satu kenyataan benar.

Haha.


NUke


Rabu lepas, aku duk lah berbincang dengan one of my Manager (Big Boss jugak lah) berkenaan dgn satu projek ni. Berceritalah kami apa bagai... masalah itu, masalah ini. Apa cara nak menyelesaikan masalah, and so on.

Sehinggalah ke penghujung perbincangan - my Manager tu suruh aku emailkan dia semua feedbacks yang kitorang dapat daripada clients.

Ok fine.

Lepas je aku compile kan every feedbacks from my side and my other colleagues, maka dengan gigihnya aku menaip emel utk dihantar kepada Manager itu. Memandangkan beliau seorang Singaporean Chinese, maka tak boleh lah aku nak anta email dalam BM kan? So, gigih lah menaip emel dalam Enggeris!

Actually, dalam company tu pun, bahasa pengantara adalah Enggeris. BM tu boleh je. Takde masalah.

Dah siap attach dokumen.

Klik Sent.




Only to realized that aku ada typo pada perkataan pertama. Instead of 'Dear Manager,' aku tertaip 'Dead Manager,'.


Shit!


peace. No war!

NUke


Gila lah. Dah masuk entry ke-400.

Macam2 gak benda yang aku dah cerita. Nasib baik stok cerita ada banyak.

Hm, korang pernah tak tersalah type emel and then hantar pada boss? Ha! Tak pernah? Aku pernah. Nak tau camne leh jadi & apa kesalahannya? Tunggu esok la.


Skang ni mood 400!

Gila!

400!


Jakun.

Terima kasih semua.


NUke

PE'US : Siri 7


Sebab Miroul masih sayang pada Khad...

Kalaulah dia mampu mengungkapkan apa yang sebenarnya dirasakan kepada Khadijah... Kalaulah. Itu cuma kalau. Realitinya, dia kini lebih mengerti akan situasi yang sebenar. Khadijah kini sudah berpunya.

Zam, esok kejutkan aku Subuh ya. Aku nak bangun awal. Pagi nanti aku ada exam.”

Beres!”, balas Zamri ringkas, sambil melipat kain sejadahnya sesudah selesai menunaikan solat Isya’.

--

Tali kasutnya dipastikan terikat rapi, sebelum Amiroul bangun dari cangkungan, dan mengambil helmet yang diletakkan di sisinya. Perlahan melangkah, dia hanya mampu memandang terus ke hadapan – menuju ke arah motorsikal birunya yang diparkir di tempat letak motosikal kolejnya.

7.45 pagi.

Setelah memastikan enjin motorsikalnya panas, langsung saja dia mengenakan helmet kelabu lalu terus menunggang. Perjalanan pagi ke dewan peperiksaan pada hari itu dirasakan agak selesa, sementelah di akhir-akhir minggu peperiksaan, tidak banyak pelajar kelihatan. Tersenyum.

--

11.00 pagi

Masa peperiksaan telah tamat. Para pelajar diminta untuk berhenti menulis.

Amiroul mahu segera keluar dari dewan peperiksaan. Tujuannya hanya untuk keluar dan merehatkan minda. Mungkin kali ini tidak bersama-sama teman biasanya. Bukan bersama Wahidah dan Aisyah. Bukan juga bersama best buddy-nya; Izham.

Khadijah...

Telefon bimbitnya dikeluarkan.

Salam. Khad. Free x? Jom lunch.

Sorry Miroul. Khad ada exam ptg ni. Lain kali ya.

Hampa. Beg galasnya diletakkan ke dalam raga motorsikalnya itu. Helmet dipakai sambil enjin cuba dihidupkan... sebelum matanya terperasan akan kelibat seorang kenalan.

Fairus.

Senyum.


--Bersambung...

p/s: Sorry, sambungan ni dah ada. Cuma lupa mahu schedulekan.


NUke


Dah cukup lama rasanya aku tak update slot pantang larang ni. Okaylah, kali ni aku nak ceritakan satu... erm, pantang larang (kot) pasal jerawat. Actually, aku tau pasal benda ni pun daripada one of my colleague. Dia yang bgtau aku pasal hal ni. Tapi, sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti.

Rimas kadang2 bila tgk kat cermin, muka kita di'seri'kan dengan kehadiran jerawat. Kalau zaman2 sekolah dlu2 tu, memang normal lah kan? Memang time nak membesar. Cewah.

Tapi kalau dah tua2 skang ni pun jerawat pun nak muncul jugak.. payah lah. Memang rimas. Tambah2 lak lagi 2 3 hari, kita kna jumpa client, or attend meeting, etc. Jerawat lak tak masak2 lagi. Haih!

Apatah lagi kalau jerawat penuh satu muka. Lagi la rimas. No offence yah!

My colleague pernah kata, whenever nampak someone yang ada jerawat, maka hendaklah kita untuk TIDAK menegur akan kehadiran jerawat itu. Simplenye jangan lah ditegur jerawat tu. Dialog2 macam ni memang tak boleh (according to my colleague lah):-

"Eh eh, Eton, ada jerawatlah kat pipi kau!"

Dia kata, once ditegur, maka jerawat tu akan 'berpindah' kepada diri kita pula. So, memang pantang lah kalau nk menegur2 jerawat orang ni. For serious, aku tak pernah tahu akan perihal ni. Sebab before this, aku main tego je. And some more, zaman2 penghujung remaja dlu jerawat aku pun mmg dah boleh dipredict. (Ya! time2 dah nak raya, or ada event2, surelah banyak jerawat...)

Jerawat yg muncul di Hari Raya tahun lepas.

Mungkin ada rasionalnya untuk berpantang dalam menegur jerawat org lain. Mungkin tak mahu bg dia rasa kecil hati or offended (kalau mmg kulit mukanya bermasalah).

Aku takdelah mempercayai mahupun menafikan pantang larang ni, sebab aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Mungkin kalian boleh mencuba?


NUke


Tinggal berdua saja di rumah. Dengan ibu. Yang lain mana pergi? Merata-rata. Ada kat kampung, ada yang gi kursus, ada yang dah balik ke skolah asrama.


Bayangkan camne la nanti kalau semua anak-anak ibu dah merantau jauh. Tinggal la ibu n ayah berdua kat rumah.

Anyway, since duk berdua je, makan malam pun simple. Ibu masak gulai labu, ada ikan goreng, dengan telur-teluran.

Ibu: Makanlah nak. Tu ada telur kicap tu. Habiskan lah...

Aku: Ala, amik je la sikit ni. Banyak ni.

Ibu: Habiskan je lah. Ibu dah ade telur asin ni. Gulai labu lagi...

Aku: Eleh. Orang pun ada telur.





Jangan nak lucah ya.

NUke

Senarai Pemenang ABPBH2009.


Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj. Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

Pengacara Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail (Hot FM)

Pengacara Radio Wanita Popular: Fara Fauzana (Hot FM)

Artis Duo / Berkumpulan Popular: Bunkface

Artis Baru Lelaki Popular: Black

Artis Baru Wanita Popular: Yuna

Artis Komedi Lelaki Popular: Nabil

Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah

Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular: Tiz Zaqyah

Penyanyi Nasyid Popular: Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular: Aizat

Penyanyi Wanita Popular: Dato' Siti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki Popular: Que Haidar

Pelakon Filem Wanita Popular: Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Khadijah Ibrahim

Bintang Paling Popular: Dato' Siti Nurhaliza


Favourite Quote: -
"Eh! Memang saja dia bagi lama ke?" - Dato' Siti Nurhaliza ketika memberikan ucapan kemenangan Bintang Paling Popular.

NUke


Ini dialog petang tadi:-

Adik: Bamey! Boleh tolong buatkan carta organisasi tak?

Aku: Hah? Carta organisasi? Ko buat la sendiri.

Adik: Tak reti.

Aku: Mengada-ngada. Sapa yang suruh ko buat?

Adik: Ala, dah memang kena buat. Kan orang setiausaha kelab.

Aku: Padan muka.

Tapi, dah namanya adik... ku tolongkan juga. Gila ke apa, sapa tak sayang adik beb? Adik je kadang2 tak sayang abang. Wuhuu~. Yang buat aku lagi panas tu bukan ape, dia mintak tlg, tapi satu kertas pun tak dibelinya lagi. Terus la aku merajinkan diri drive ke pasaraya Bintang yang tak seberapa itu bersama2nya.

Total kertas2 n manila card = RM9.80. Aku bayar, resit aku bagi kat dia. Suruh dia gi claim kat kelab.

Dari kul 7.30 mlm tadi, aku ngan dia beria-ia lah mengerjakan carta organisasi tu. Adjust sana sikit, adjust sini skit. Last2 siap jugak la. Cuma tak bubuh gamba lagi je, sebab dia tak gi kutip gamba2 AJK lagi.

Lantak ko la.


Layan gak wat art project ni sebenarnya. Heh!

NUke

Silence.






NUke

Ok. Serius.


Iklan ni lawak.

Iklan2 Thailand ni semua best2. Hadeeii...





NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.