NUke Rude Blog
mempersembahkan

NUkeComics




Malam tadi la... xde keja sangat. Edit2 gamba. Buat komik. Juga atas permintaan my sis.

NUke

He He He~


Gaji dah masuk.

He He He~


NUke


Dah lah terbangun lambat (sikit), lepas tu tersesat jalan pula. Itu semua dugaan yang diberikan pada aku, dalam usaha nak pergi ke tempat peperiksaaan khas pagi tadi. tapi, Alhamdulillah, semua yang lain berjalan lancar.

260 soalan yang perlu diselesaikan dalam masa 2jam 30 minit. Tapi memandangkan aku dah lambat setengah jam, maka kesemua soalan tu aku perlu selesaikan dalam masa 2 jam. So, berapa lama masa yang aku gunakan untuk menjawab soalan2 tu?

1 jam 56 minit.

lebihan 4 minit tu aku gunakan untuk mecari tempat duduk dalam dewan, keluarkan kad pengenalan, dan jugak menulis nama pada kertas jawapan. Tu pun lepas aku sedar yang aku tak tulis nama lagi just before pengawas exam nak kutip kertas jawapan.

Heran kan? Exam apa? Kerja2 pun ada exam ke?

Haha. Exam untuk carik kerja lain kot?!

Sapa yang pergi exam hari ni, diorang mesti tawu.

p/s: Bole lak terjumpa Nana kat sana. Haha! Hai Nana!. Hm, kat mana aku exam tadi..?

NUke


Salam.

Kadang2 pernah jugak terfikir, macam mana pandangan org lain terhadap diri aku. Ya lah, ternyata sebagai seorang blogger, berdepan dengan macam2 kritikan, dan juga pandangan orang lain. Sama ada yang baik mahupun kurang baik.

Senangkah menjadi blogger? Menjadi blogger barangkali memang senang. Tetapi menjadi blogger yang menceritakan kehidupan peribadi... barangkali agak sukar. So, aku agak respek bagi mana2 blogger yang secara terang2an menceritakan tentang pengalaman hidup, isi hati dan juga penerimaan masyarakat luar thdp diri sendiri.

Bukanlah menyatakan yg aku ni blogger tipu. Bukan... Cuma, di alam luar, aku ada lah diri aku yang biasa. Cuma di dalam alam blogging saja aku menjadi NUke Rude.

Aku selesa begitu. Dan kalau boleh, aku mahu dikenali sebagai NUke Rude juga kalau ada yang terserempak dgn aku di MidValley, dlm LRT, mahupun di mana2 saja.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun menggunakan khidmat blogspot, akhirnya aku berjaya mencipta logo peribadi untuk NUke Rude Blog.



Terima kasih kepada semua yang singgah dan membaca nukilan aku selama ini.

NUke


Klik sini untuk senarai pemenang.

Seperti yang semua orang tau, calon2 AIM17 dah pun di umumkan. Berikut adalah calon2 AIM17:-

Artis Baru Terbaik
  • Azlan & The Typewriter
  • Bunkface*
  • Prema Yin
  • Tomok
  • Yuna
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  • Faizal Tahir - Bencinta*
  • Hazami - Survivor
  • Jamal Abdillah - Tak Hilang Cinta Di Dunia
  • Riz - Kehilangan Kamu
  • Vince Chong - Buah Hati
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  • Dato' Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta*
  • Dayang Nurfaizah - Hilang (Live Version)
  • Jaclyn Victor - Bertamu Di Kalbu
  • Juwita Suwito - Sejak Hadirmu
  • Yuna - Dan Sebenarnya
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
  • Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah
  • DJ Fuzz & Malique feat. Salam - Cerita Kedai Kopi
  • InTeam - Allahu Rabbi
  • Rabbani - Kejora Sinar Zaman*
  • Ruffedge - Pemuja Dari Jauh
Kulit Album Terbaik
  • To Prevent The Earth From Moving With You - Disagree*
  • Liyana Jasmay - Liyana Jasmay
  • All About Rynn - Rynn
  • The Great Battle - SevenCollar T-Shirt
  • Kronologi Cinta - Vince Chong
Rakaman Album Terbaik
  • Into... Akasha - Akasha
  • Inspirasi - Ayu*
  • Dayang Live - Dayang Nurfaizah
  • Inderawala - Hattan
  • Eyo Eyo - Prema Yin
Video Muzik Terbaik
  • Fiqir-Fiqir - Ahli Fiqir
  • Haley - Disagree
  • Osaka - Disagree
  • Oh! Sizuka - Pop Shuvit*
  • Eyo Eyo - Prema Yin
Lagu Pop Etnik Terbaik
  • Dusta Berkalang - Aiman (Hafiz Hamidun / Ahmad Fedtri Yahya / Aiman)*
  • Penangan Rindu - Ghazala (Tok Wan Aie / Ghazala)
  • Barangkali - Mawi (Aidit Alfian / Ad Samad)
  • Enjut - Noraniza Idris (Cat Farish & Adeeb / Ahmad Fedtri Yahya)
  • Inang Anak Perantau - Saujana (Manis / Helma Atie)
Album Nasyid Terbaik
  • Syukran - Hafiz Hamidun
  • Allahu Rabbi - InTeam
  • Suatu Perjalanan - Marjan
  • Mahabbah - Rabbani*
  • Nota Cinta - Saujana
Lagu Nasyid Terbaik
  • Allahu Rabbi - InTeam (Amin InTeam / Zubaralhadid & Amin InTeam)
  • Dia Muhammad - InTeam (Frizdan)
  • Kejora Sinar Zaman - Rabbani (Dakmie / B. Nury)*
  • Mahabbah - Rabbani (Dakmie / B. Nury)
  • Syahadah - Rabbani (Dakmie, B. Nury, Hassan Morad /Hj. Abu)
Album Rock Terbaik
  • Adrenalin - Faizal Tahir
  • Rasa - Flop Poppy
  • Mencari Konklusi - Hujan*
  • Prolog 2009 - Maximus
  • Rasopariso - XPDC
Lagu Rock Terbaik
  • Kelibat Si Penyair - Azlan & The Typewriter (Tass & Lan)
  • Situasi - Bunkface (Sam)*
  • Bencinta - Faizal Tahir (Audi Mok / Faizal Tahir)
  • Mencari Konklusi - Hujan (Noh)
  • Drama King - Meet Uncle Hussain feat. Black (Taja / Tun Teja)
Album Pop Terbaik
  • Tahajjud Cinta - Dato' Siti Nurhaliza
  • CTKD - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti*
  • Dayang Live - Dayang Nurfaizah
  • Aku Stacy - Stacy
  • Kronologi Cinta - Vince Chong
Lagu Pop Terbaik
  • Pergi - Aizat (Pete Teo / Amran Omar)
  • Masih Jelas - Hafiz (Aidit Alfian / Ad Samad)
  • Permaisuriku - Jay Jay (Omar K / Azlan Zel)
  • Cinta Ada - Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor (Fred Chong / Asmin Mudin)
  • Dan Sebenarnya - Yuna (Yuna)*
Album Hip-Hop Terbaik
  • Irama Berirama - Ahli Fiqir
  • Jian - Altimet
  • 1212 - Colabr8
  • K. O. The Mixtape - DJ Fuzz & Malique*
  • The Turning Point - Point Blanc
Lagu Hip-Hop Tebaik
  • Chantek - Altimet (Altimet)
  • Syukur - Altimet (Avex / Altimet)
  • Sayang-Sayang - Altimet & DJ Fuzz (DJ Fuzz / Altimet)
  • Masih Hip-Hop - DJ Fuzz & Malique feat. Daly (Ahli Fiqir) & Altimet
  • Cerita Kedai Kopi - DJ Fuzz & Malique feat. Salam (Malique, DJ Fuzz, Salam / Malique)*
Album Inggeris Tempatan Terbaik
  • Yeah - Amanda Imani
  • To Prevent The Earth From Moving With You - Disagree*
  • Running - Hazami
  • The Turning Point - Point Blanc
  • The Great Battle - SevenCollar T-Shirt
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  • Prom Queen - Bunkface (Sam)
  • Haley - Disagree (Mohamed Zahid Yon)
  • Osaka - Disagree (Mohamed Zahid Yon)*
  • Survivor - Hazami (Hazami)
  • Deep Conversation - Yuna (Yuna)
Album Cina Tempatan Terbaik
  • Stardom - Andrew Tan
  • Jeanie - Jeanie Lee
  • I'm Karen - Karen Kong
  • All About Rynn - Rynn Lim
  • Thomasjack - Thomasjack
Lagu Cina Tempatan Terbaik
  • Stardom - Andrew Tan (Percy Phang)
  • Na Han - CK Chen Jia Kai (CK Chen Jia Kai, Percy Phang / CK Chen Jia Kai)
  • Insane - Jovi Theng (Jovi Theng /Zhang Guo Xiang)
  • Tian Shang - Karen Kong (Chen Wei Chuan / Xiao Han)
  • Sunrise - Xie Jia Wang (Xie Jia Wang, Kuan Chi Yuan / Vinx Lim Yi Xin)
Album India Tempatan Terbaik
  • Paarthu - Ruthless
  • SMS - Emergency
  • Neethikku Poraattam - Masta Clan
  • Saran Z - Saran Z
  • Life Is A Mystery - Shruthi
Lagu India Tempatan Terbaik
  • Uyartinthidu Thoza - Jey Raggaveindra, Ashokan, Dr Ombala, Sidhartan, Jegathisan
  • Thuli Thuli Mazhai Thuli - Preeta Prasad (Jay Santhanar)
  • Uyirile Ondrage Kalantida - Sidharthan (Arulselvan)
  • Talattu Paade - Sitharthan (Jay, Parameswara)
  • Megathul - Sivakumar a/l Jayabalan (Sundrra Nantha)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara
  • Teruskanlah - Agnes Monica
  • Aku Wanita Biasa - Krisdayanti
  • Madu Tiga - Muhammad Dhani
  • Terlanjur Cinta - Rossa feat. Pasha Ungu*
  • Nuansa Bening - Vidi Aldiano
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
  • Sebagai Teman - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti (Aubrey Suwito)*
  • Masih Jelas - Hafiz (Acis)
  • Sejak Hadirmu - Juwita Suwito (Aubrey Suwito)
  • Cinta Ada - Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor (Jenny Chin)
  • Eyo Eyo - Prema Yin (Greg Henderson)


* - Jangkaan pemenang.

Anugerah Industri Muzik ke-17; 2 Mei 2010.



NUke

Damn!


Malam tadi aku mimpi kena patuk ular!






NUke


Oh! Baru perasan yang aku telah di-tag oleh Epong. Memandangkan hari ini agak rajin, maka aku dengan rajinnya menjawab soalan2 tag beliau.

Q1. Siapakah saya di rumah?
Seorang yang pemalas; jika ibu bapa ada di rumah. Seorang blogger. Seorang yang kadang2 asyik tak puas hati dengan style rambut sendiri.

Q2. Siapakah saya di samping kawan-kawan?
Bila saya tanya kawan2 saya, diorang kata saya ni annoying. Bagi orang lain, mungkin itu satu penghinaan; tapi saya mengambil itu sbg 1 pujian. Haha! Barangkali, saya kelihatan seperti seorang yang sangat poyo dan berlagak; tanpa mempedulikan orang lain. Entah. Susah pulak soalan ni.

Q3. 5 perkara yang diidam2kan tetapi tak dapat2 lagi...
-Hubungan sulit yang sah & halal. haha...
-Mempunyai bntuk badan dan punggung yang menawan!
-Mendapat tahu Faizal Tahir membaca blog ini & meninggalkan komen beliau. Hahaha~
-Kembali ke zaman Darjah Enam untuk menyelamatkan Digimon drpada dicuri.
-Berjalan2 sambil pegang tangan si dia di satu pantai.

Q4. Siapakah pasangan anda?
Pasangan saya ialah dia.

Q5. 5 perkara yang saya suka tentang dia.
-Dia pandai memasak.
-Dia tahu apa yang saya suka; makanan.
-Dia mempunyai mata yang cantik.
-Dia sangat baik, walaupun saya selalu bertindak jahat dan nakal.
-Dia pemalu.

Q6. Anniversary..?
-22.2.2007
-14.6.2008

Q7. Kenangan pahit bersama si dia.
Perpisahan sementara waktu itu betul2 menyakitkan hati dia dan jugak saya.

Q8. Lagu tema cinta.
Kiss A Girl - Keith Urban

Q9. Perubahan yang saya nak tengok...
Perubahan apa? Perubahan pada siapa? Soalan tak lengkap.

Q10. Tag 10 orang.
-Kamu;
-Dan kawan kamu di sebelah;
-Dan kamu yang tiba2 tergelak;
-Dan oh! Yang berpura2 tak baca tag ini;
-Dan jugak kamu, yang tiba2 muncul dari tepi kanan;
-Kamu pun! Yang menggaru2 telinga yang tak gatal;
-Dan juga kamu yang membaca blog ini dengan rasa jijik;
-Dan kamu... Ya! Kamu..!
-Kamu. Yang berbaju biru.
-Last skali, kamu... Yang perasan cantik tu...




NUke


Yet, today was another tiring day for me.

Bangun pagi dengan keceriaan; di samping bergegas utk bersiap ke pejabat; sebab kna ikut one of my colleague to UiTM Shah Alam - ada appointment.

Only to realize that my motorbike could not be started. I mean, the engine, of course. In that situation; after spending some money earlier on that bike, with hopes that it will not cause me any trouble any more (at least for a few months to come lah); there goes my morning... Trying damn hard to start the engine. This time I did not really have ideas on what's happening. Taking for granted that the problem this time might not be the battery, so, I made an assumption that something's wrong with the wiring.

8.30am.
Went to the office by car; not really actually, I drove myself to the office - with mom sitting next to me. She's gonna tk the car back later. Reached the office at 9.27 am. Damn!

Went out for the appointment and doing some bulk mailing at Pusat Mel Bukit Raja, Shah Alam.

My colleague then dropped me at Shah Alam's KTM Station; since I'm taking half-day leave today; to fix whatever problem with my bike. Reached KL Sentral like an hour later and quickly jump into the Putra LRT. Delayed. Sabar lagi.

Masjid Jamek. Delayed for like 40 minutes...? Then the train was then moving...BACKWARDS; heading to Kelana Jaya! I was supposed to go to Terminal Putra okay.. not the other way round. Damn for the 2nd time.

Took KTM again from KL Sentral; heading Kuala Lumpur Station, taking Star LRT to Ampang. Mom fetched me up and went home.

Trying to figure out the problem with my bike, I changed the new battery back to the old one and surprisingly the engine started... (the new battery.. I put in the bike's basket). For a while. Few times. Okay, maybe 3 or 4 times lah. Immediately grab this opportunity to go to the nearest workshop; like 300 metres away from house and that fella said that the battery was the problem. So, there goes my money again, changing the battery since the previous 'new' battery that I bought was actually rosak! Damn! (3 times).

Rode back home with a smile. Switch off the engine and got amazed with the magic - the lights were still on! Anyway, I didn't really realize it until Dad tegur... Rode back to the workshop. That fella pun pening. He later then said that smthg wrong with the wiring.

And you know what? My bike is still there - at his workshop. He asked me to come again around 9pm.


Sigh.


NUke


Woo woo..
Nampak ketarakah dilema di wajahku?

-Dugaannya; Hujan

--

Hari ni tak masuk office, sebab motor kesayangan telah mengkhianati tuannya. Boleh plak mati enjin tengah2 aku kat hiway; just 500 meter sebelum tol Penchala LDP.

Motor motor... Sayang betul aku dekat kau ni. Malam ni kita tidur sama2 eh! Kita peluk-peluk and cium-cium ya motor... Sayang motor!



Melayang lagi duit. Bajet pun lari. Kepala pun makin botak.

NUke

Apahal?

Nuke Rude tak update blog weh?


Ramai gak blogger lain tak update blog?



Apahal?


NUke



Slot The 8 kali ni menyenaraikan 8 lagu terbaik yang pernah ditulis / dicipta / dinyanyikan oleh Avril Lavigne. Dalam erti kata lain, ini merupakan 8 lagu Avril Lavigne yang anda WAJIB dengar.

#8 : Fall To Pieces (Under My Skin)
Kenapa lagu ni menarik? Sebab ia menceritakan konflik dan dilema Avril; sama ada untuk meneruskan hubungannya dengan si kekasih, atau berpisah. Fall To Pieces barangkali bukan lagu cinta terbaik yang pernah ditulis Avril, tetapi maksud disbalik lagu ini yang membuatkan si pendengar utk berfikir dan berteka-teki barangkali...? Should listen to: Unique intro.

#7 : Girlfriend (The Best Damn Thing)
Lagu ini menjadi satu penanda aras bagi Avril dalam kariernya. Menjadi lagu pertama mengungguli carta Hot 100 di US, tak mustahil la lagu ni boleh ada dalam senarai The 8. Catchy, energetic dan kedewasaan adlh antara points yang menjadikan lagu ni hebat. Dirakam semula dalam beberapa bahasa asing, Girlfriend sememangnya salah satu lagu terbaik yang pernah dinyanyikan Avril. Straight to the point. Should listen to: second verse, the edgy voices.

#6 : Keep Holding On (The Best Damn Thing)
Dengan vokal yang mantap, lagu ni sememangnya patut didengar, dihayati, dan diiktiraf oleh peminat muzik sebagai salah satu rock ballad yang hebat. Dengan kombinasi strings; di tambah dengan alunan vokal Avril yang gemersik, bridge lagu ni memang betul2 boleh menaikkan bulu roma si pendengar. Should listen to: vocal during bridge.

#5 : Runaway (The Best Damn Thing)
Jarang kita dapat dengar Avril menyanyi dengan nada yang (sangat) tinggi. Tapi inilah salah satu kelebihan Runaway. Sekali dengar memang rasa macam nak terputus urat tengkuk tu. As we all know, suara Avril yang edgy dan tajam tu sdikit sbanyak memberi kekuatan pada lagu. Lirik & lagu yang sempoi dengan sentuhan tangannya, Dr. Luke dan Kara DioGuardi, lagu ni jugak menggunakan khidmat Travis Barker untuk drum. Thumbs up! Should listen to: Intro; drums through out the song.

#4 : Innocence (The Best Damn Thing)
Untuk peminat instrumen piano dan string, lagu ini memang sesuai untuk anda. Ada ketika, dan jika pada moodnya, lagu ini boleh membuatkan anda menangis. Serius. Avril sendiri berkata yang ini merupakan lagu yang 'cantik' pernah dihasilkan olehnya. It is the moment where you got the bliss; and you don't want to let it go... memang patut dengar. Kekuatan lagu ini bukan pada piano nya, tetapi strings. Should listen to: Bridge part, with strings.


#3: Anything But Ordinary (Let Go)
Kalau ikutkan inilah tajuk albumnya yang pertama. Lagu Anything But Odinary kalau diikutkan dari segi struktur lirik dan melodi, adalah jauh lebih bagus berbanding dengan lagu2 lain yg ada dalam album Let Go. Lirik yang betul2 stripped down dan menceritakan dirinya, sememangnya perlu didengar, dan dihafal. Of course, dengan kombinasi muzik yang ringan dan tidak terlalu berat, lagu ni merupakan salah satu produk pop terbaik yang dihasilkan Avril. Tak pernah dengar ke lagu ni? pergi carik kat youtube. Should listen to: the lyrics.

#2 : When You're Gone (The Best Damn Thing)
Gorgeous. Speechless. Itu antara respon aku ketika pertama kali mendengar lagu ini. Intro synth yang unik dengan alunan key piano yang ..... cool! Meaningful, sweet but yet mengekalkan identitinya sebagai seorang penyanyi pop-punk-rock yang hebat. Lagu ini dikategorikan sebagai 'power ballad' yang mana tak semua orang boleh simply nyanyi lagu2 mcm ni... Kolaborasi Avril dan Butch Walker dalam lagu ni memang menjadi, sekali gus mengulangi kejayaan menerusi single lamanya.. Single yang mana? Aha.... Should listen to: Last chorus & the Outro; the fading of the piano.



#1 : My Happy Ending (Under My Skin)
Intro dan outro yang sama, awal2 lagi pendengar akan dihiburkan dengan alunan kesemua instruments; percussion, strings, guitar, drum, piano, chamberlain. Aku harus akui yang ini merupakan lagu terbaik pernah dihasilkan Avril sepanjang kariernya. Lirik yang menceritakan bagaimana dia harus melupakan semua memori dan kisah silam bersama ex-nya, ending lagu ini kadang2 membuat si pendengar berfikir; sama ada perpisahan itu membawa kebaikan atau tak..? Dan yang nyata bridge lagu ni dikatakan sebagai yang 'terkuat' dan 'terhebat' baik dari segi lirik dan vokal. Perdengarkan juga drum yang hebat serta kesan electric guitar yg ada dlm lagu ni. kalau boleh pakai headset! Haha. Kolaborasi Avril dan Butch Walker yang sangat berjaya! Should listen to: every sound, lyrics, and instruments through out the song especially electric guitar & drums!

--

Overall, ia cuma pendapat peribada sahaja dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Bukan menafikan kehebatan lagu2nya yang lain, cuma kelapan-lapan lagu ini tak patut dipandang sebelah mata kerana kehebatan lirik, melodi dan jugak kesan bunyi yang ada.

Tahun ni Avril Lavigne akan release album baru.

NUke

"You found me, you found me..."

Yeah. Ada ketika kita akan rasa sunyi dan keseorangan. Tambah2 bila kita tidak ditemani oleh mereka yang memahami, mereka yang disayangi, dan mereka yang lebih mengerti.

Sama ada mereka sudah pergi,

Meningggal kan aku,

Atau berada jauh dari sini...




Kalaulah aku dibenarkan untuk memeluk dirinya ketika ini...


p/s: Satu lagi entry tak bergambar oleh Nuke.

NUke


Ini cerita waktu sekolah menengah.

Dia pernah satu kelas dengan aku dlu. Dan kitorang memang rapat. Rapat jugak la. Erm, memang rapat. Aku akan sentiasa menjaga dia; baik dr segi pergi rehat, masuk lab, sampai la keja sekolah dia; semua aku tanya, sama ada nk bg dia tiru aku... or aku yg tiru dia.

Sama seperti aku, dia jugak slalu tanya macam2 pasal aku. Amik berat jugak lah.

Sampai lah kami masing2 dah membawa haluan masing2, belajar di universiti yang lain; dengan tempoh belajar yang tidak sama. Aku grad awal drpd dia.

Dan kami masih akrab sehingga kini...

Walaupun aku sudah berpunya; dan begitu juga dengan dia. Tetapi aku ada dengar2 cerita drpada kawan2 kitorg yang dia kini berseorangan yakni single. Aku pun terkejut. Kalau boleh, aku nak saja tolong carikan pasangan untuk dia; sebab aku tak mahu dia bersendirian sedangkan aku punyai kekasih sendiri.

Tapi itu semua diluar batasan aku. Aku sedar yang aku tak mampu melakukan semua itu.

Sahabat, walau siapa pun & bila pun masa itu kan tiba, aku doakan kau bahagia.

Sahabat, aku yakin kau takkan membaca nukilan ini (kot), tapi ada satu ketika, bila kau duduk bertentangan dengan ku, aku pernah sekali terjatuh cinta.

Hanya sekali. Dan aku yakin aku takkan mampu mencintai kamu. Dan sebab itu lah aku terus saja meneruskan langkah dengan kehidupan aku kini; bersama kekasih hati yang dicintai.

Hm, itu cerita sekolah menengah...

NUke

video




NUke

PE'US : Siri 6

"Eh Zam, aku rasa budak perempuan tu tadi satu sekolah dengan aku la dulu..."
"Siapa?"
"Budak yang kat kafe tadi... Khadijah."
"So, kau nak aku buat ape..? Dowh!"
"Takde la... aku rasa instinct aku tu betul la. Dia junior aku kat MRSM dulu."


"Kau ada nombor telefon dia tak?", setelah pebualannya itu tak berbalas, Amiroul cuba mendapatkan nombor telefon Khadijah daripada rakan sebiliknya itu. Sambil berjalan menuju ke arah bilik, Zamri menyeluk saku dan mengeluarkan telefon Sony Ericsson nya itu. Jarinya ligat mencari nombor telefon Khadijah, seperti yang diminta Amiroul.

"Nah!", telefonnya dihulurkan kepada Amiroul yang kemudiannya menekan butang-butang nombor di telefon bimbitnya. Nombor telefon Khadijah disimpan.

"Oul, kau takde study group ke? Exam kau esok pagi kan?", tanya Zamri.

"Hari ni takde. Masing-masing off. Relaks."

"Cantek! Japgi jom teman aku pergi Alamanda! Aku nak carik jeans and kasut futsal la... Naik kereta aku!"

"Oryte."

--

5.44 petang.

Salam. Khadijah kan? Ni Miroul, ex MRSM Tranx. Ur senior. Igt lg x?

Wsalam. Miroul! Kat mn skg ni? Lm x contact.

Eleh. Dia yg tuka no. Slhkn kta lak.

Sori2. :P Ktne skang?

Somewer near u. Td g kafe kolej 3 kn? Xnmpak Miroul eh?

OMG! 1 U ke? Miroul ad kt stu ke td? Sori2 Khad x psan. Mn dpt no khad ni?

Zamri; ur senior bg. He's my roomate.

Haha. What a small world.

Guess what, can we meet tonite? Hv lots of thg to tell u.

Sure. Wer? I pun da lama x jmpa u n byk story nk cte.

I meet u at ur kafe. 9pm. ok?

K. C ya. Kim slm Zam.

--

Berbaju putih bercorak ringan dengan seluar bermuda coklat, Amiroul perlahan melangkah menuju ke arah satu meja di satu sudut kosong. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan. Tangannya menggenggam telefon bimbit sambil matanya ligat memerhatikan kelibat Khadijah.

Bagaikan malu dengan diri sendiri, Amiroul terpesona dengan ayu wajah Khadijah yang sopan mengenakan baju kurung maroon dengan tudung berwarna cream. Langkahnya sopan menuju ke arah Amiroul yang tiba-tiba berdiri dan tersenyum.

"Miroul, Khad bawa kawan sekali. Mastura dan Ain."

Senyum.

"Takpelah Khad, kitorang duduk kat meja sana.", Ain memberitahu Khad akan kemahuan mereka yang tidak mahu mengganggu privasi antara Amiroul dan Khadijah. Setelah minuman dipesan, Amiroul kembali duduk menghadap Khadijah yang ceria tersenyum; menanti perkhabaran yang ingin dikongsi Amiroul.

"So, apa dia?"

"Miroul minta maaf. For everything yang dah berlaku sebelum ni. I'm really sorry."

"It's okay Miroul. Lagipun hal tu dah bertahun dah. Khad anggap itu semua perkara biasa... menjadikan kita matang. No worries ok."

Khadijah menyambung lagi, "Khad rasa waktu tu pun kita macam tak stabil kot. Sedih memang lah sedih bila Miroul decide nak clash dengan Khad, tapi... Khad ambil perkara yang positif."

Tersengih lalu tertawa kecil. Minuman pun tiba; dihantar oleh pelayan kafe.

"So..."

"Miroul macam mana sekarang? Dah ada girlfriend..?"

"Nope. Lepas you, Miroul dah tak couple."

"Kenapa?"

--Bersambung...

NUke


Kadang2 aku tak faham kenapa ade orang ni jenis yg hidung tebal... boleh pulak dia tak bau peluh yang dihasilkan diri sendiri. Haha! Normal lah kot, kalau dah 24/7 bau diri sendri.. macam mana nak beza kan? So, inilah perlunya kawan2... untuk menegur mereka yang ada masalah bau badan.

Tapi, biasanya kita takkan tegur.. sebab tak mahu kawan kita tu rasa offended. Time aku skolah menengah dlu, aku ingat lagi ada sorang kwn perempuan aku ni. Gila daring sial! Dia sound member dia pasal bau badan. Dah la time tu kat kantin., jerit kuat2 lagi! Kesian member dia tu. Haha, kalau nak tegur pun, biarlah kena pada tempatnya. Or else, boleh menegur secara 'anonymous' dgn memberikan nota2 kecik dalam laci or hadiahkan dia deodorant.


Apa yang kita patut lakukan bila menyedari kita ada 'bau badan' yang tak menyenangkan..? Normalnya, kita akan sapu deodorant kat ketiak (sebab area ni lah penyumbang bau yang paling utama) and spray perfume satu badan. But ade certain2 perfume yang initially nya bau takdelah sesedap n sewangi mana, but then bila dah bercampur dgn peluh, maka berbaulah ia sangat wangi. Serius weh! so, usually, bila aku mencuba perfume yg baru, aku akan test sehari; dari pagi sampai petang. Then, bila dah petang, tanggalkan baju tu, dan bau. Kalau rasa nk termuntah; ko simpan je lah perfume tu... sebab mungkin ia tak serasi dgn peluh dari badan. But kalau baunya wangi dan sedap.. dan boleh diterima hidung, maka baguslah.

Aku serius dowh! Ko jangan lah gelak.

J aku suka sangat bau aku tau! Haha.. bau lelaki beb!

Kadang2 bukan ape guys, kita memang lah takde body odour problems, tapi mungkin jugak pengaruh perfume n peluh kita tu... menjadikan kita berbau busuk.


NUke


Bila dah tinggal berdua dengan abang aku, maka takkan adelah kuali dan periuk nasi yang akan digunakan di dapur. Bukan tak reti masak, cuma rasa mcm tak berbaloi saja. ya lah, kalau masak pun... nak masak ape? Tinggal berdua je pun. Dah tu plak, masing2 ade agenda masing2. Main futsal la, lepak2 ngan member, so lebih baik makan kat luar saja.

Tapi, sakit la weh poket aku kalau asyik nk mkn luar je tiap2 malam.

Kenapa makan kat luar?

Sebab ibu balik kampung. Usually, ibu yang masak. Tapi, sebab ibu balik kampung, kitorang jadi malas nk masak - melainkan Maggi mee! Peergh... tambah2 lak time hujan, memang lah layan. Abang aku ade cara masakannye yg tersendri, aku pun ada style aku jugak. Maggie kari yang aku masak slalunya 'hampir tiada kuah'. Mungkin sebab aku add in skali telur n hancur2kan or mmg sengaja aku bubuh air yang kurang.

Ya! sengaja aku bubuh air yang kurang swaktu masak megi sbb nk bagi rasa kari tu lebih! Bila dah terpaksa rajin; haa.. mulalah nk masak megi style itu lah, ini lah.. campo itu skit lah, cili padi skit la. But then, ianya takkan lengkap tanpa minuman yang mengasyikkan. Pilihan kami berdua adalah sama - Nescafe ais!

Sambil2 masak megi, skill di dapur akan difokuskan pada pembancuhan nescafe. Kalau dalam kole besar lagi bagus. Siap bancuh.. tambah ais! Pergh.. memang layan.

Megi siap! Nescafe ais siap!

Hurung mangkuk and kole tu masuk dlm bilik n ngadap pc.. sambil tangan gigih mencari koleksi movie. Nope2.. mana sesuai makan megi & minum nescafe sambil tgk blue. Cerita pilihan mestilah yang ganas2.. samurai ke, geng2 kapak ke... but sometimes, aku layan la jugak crite cinta; kalau dah bosan sgt la.

Habis je megi.. sedut nescafe. Sedar2 dah habis. Tutup movie yg tak abis tu then sambung online.

Routine.



Nak masak megi jap!

NUke


Normal lah bagi orang yang sebuk; baik lelaki atau perempuan, untuk berada dalam keadaan bersepah dan tidak kemas. Tetapi situasi itu menjadi tak normal kalau seseorang itu tidak sebuk, tetapi biliknya bersepah dan semak. Mungkinkah itu namanya pemalas? Aku pun tak pasti.

Kalau dulu2, kerja2 mengemas, sapu sampah (habuk) dalam bilik ni lebih cenderung dikaitkan dengan perempuan; tetapi trend skarang dah berubah. Banyak lelaki zaman skang ni yang particular pasal kebersihan. Sometimes, lebih particular drpd perempuan. Wah?!

Ya. Mungkin sebab gaya hidup, personaliti dan kehendak kerjaya menjadikan someone itu begitu particular dalam bab kebersihan. Bukan takat pakaian, malah tempat tidur, bilik mandi, etc.

Aku? Takdelah very particular, cukup sekadar 'nampak kemas' dan bersih. Walaupun aku tegangkan cadar lpas tidur & lipat slimut, kat satu sudut lain dlm blik aku tu bsepah gak dgn longgokan baju kotor! Haha. Standed ah! Main campak2 je baju koto kat tepi. hujung minggu baru la kutip and baso! Ok la kan...?

Alhamdulillah, abang aku pun xde la jenis bersepah2 gila. Lebih kurang cam aku je. So, bilik kitorang nampak la kemas dan bersih. Tapi habuk tu mmg banyak la. Haha.


Korang?

NUke


For some people, 'OI!' adalah satu ungkapan dan teguran yang kasar. Ya, memang... kalau tak kena pada intonasi suara, memang ia kedengaran kasar! But swaktu aku Form 5, seorang cikgu English aku pernah cakap, dalam bahasa Belanda, perkataan 'oi' itu maknanya hello. Kiranya macam satu teguran la kalau bertembung dgn org lain.

Cara aku menegur sapa org juga selalunya dengan menggunakan perkataan ni.

'Oi!.. Buat ape?'

Dan kalau ada yang merasakan itu adalah kasar, aku betul2 mintak maaf. Sebab aku dah terbiasa kot dengan cara perbualan macam ni. Sejak habis sekolah lagi. Tapi bukanlah niat aku untuk berkasar dengan kamu, cuma ianya sudah menjadi sebahagian gaya hidupku.


Jadi, kalau bila2 kamu nampak aku 'oi!' kat blog ke... atau terserempak kat mana2 ke, jangan lah kecil hati.


NUke


Bila difikir2kan semula, lately aku agak emotional dan being too care about my family. Which I never thought I will... Sebab dari dlu lagi aku rasa yang aku ni bukan family-type punye person. And ada ketikanya aku rasa aku cuma hanya ada dalam dunia aku sendri saja.

Anyway, semua org rasa camtu kan? Broadband, internet, dan blog merupakan salah satu benda penting buat aku skang ni. Gila!

Aku banyak berfikir pasal kerja. Fikir jugak pasal family. Ada ketika aku terfikir pasal adik aku yang akan amik SPM tahun ni. Hopefully dia sedang rajin buat ulangkaji, daripada duk bergossip sambil main teka silang kata atau menghafal lagu korea.

Aku pikir pasal J.

Sometimes, aku terfikir pasal my ex.

But most of the time, aku fikir pasal J.

And yet, aku masih sempat berfikir pasal kalian; pembaca blog aku ni. Fikir, entry apa yang sesuai utk dipertontonkan pada korang. Ye lah, sebab tak semua perkara perlu dikongsi, dan tak semua perkara disenangi oleh kalian kan? Sebelum ni aku sendri tak pasti apa yang buatkan aku masih mahu berblogging dan terus menulis segala yang spontan terfikir di minda.

Dan hari ini, aku mungkin dapat tahu apekah puncanya... Jawapan itu aku temui tatkala aku berfikir tentang kamu.

Kamu; lelaki berkain pelekat yang duduk di atas kerusi kayu sambil bermain facebook.

Kamu; perempuan yang memakai baby-T dan tracksuit biru, sambil berchatting dengan rakan sekuliah.

Kamu; seorang blogger yang tidak jemu menyokong blogger kecil2an seperti aku.

Dan Kamu; seseorang yang sangat jauh, akan tetapi sentiasa menjaga akan perihal aku di sini. Terima kasih.

Berfikir membuatkan aku makin botak. :)

NUke


Sedang berborak2 dengan seorang staff baru di ofis, tiba2 perbualan kami menjurus ke arah mengenali diri masing2...

Dia : So, awak umur berapa?

Aku : you guess...?

Dia : Erm... 24.. 25...?

Aku : Lebih kurang la.

Dia : Cakap la betul2.. Lebih ke? atau kurang dari tu?

Aku : around that figure la.

Dia : I think you're 28.

Aku : Haha.. What make you said that?

Dia : You look like 28 years old.

Aku : Yeah... I'm 28. Hahaha.





For some people, aku nampak sangat kebudak2kan.. Tapi aku bersyukur sebab di mata dia, aku nampak lebih matured. So, camne rupa aku bila dah 28 thn nanti? Aku pun tak pasti.. Ada janggut lebat skit kot? Macam ni..?



NUke


Maafkan saya ayah, pagi tadi bila saya bangun dan keluar dari bilik untuk ke pejabat, ayah masih di dalam bilik; terlelap sesudah selesai solat subuh.

Saya pergi ke pejabat tanpa sempat mencium pipi dan bersalam dengan ayah.

Dan ketika tadi, saya pulang... ayah sedang tidur; setelah penat bekerja dan bertukang di tengah hari. Saya tak mahu mengganggu rehat ayah.

Ayah... beza usia kita cuma 40 tahun. Jauh bezanya. Hari ini, usia ayah sudah mencecah 62 tahun.

Ayah, boleh tak ayah maafkan anak ayah ni sepanjang 22 tahun anak ayah ini hidup bersama-sama ayah. Boleh kan ayah?


Selamat hari lahir, ayah. Ayah tahu kan, anak ayah ni sebenarnya sayang sangat pada ayah.

6 Mac 2010.

NUke


PE'US : Siri 5

"Thanks sebab pulangkan balik kunci aku."

Fairus cuma tersenyum. Dia kemudiannya menepuk bahu kanan Amiroul sebelum meminta izin untuk ke tempat lain. Dalam pada mereka berbahasa, sempat juga Fairus memesan kepada Amiroul untuk menjaga kunci biliknya itu dengan baik, dan masing-masing ketawa.

"Karang aku jugak yang nak kena pulangkan balik...", sayup-sayup kedengaran suara Fairus yang semakin menjauhi ruang sinki bilik air itu. Amiroul cuma mampu tersenyum sebelum mencukur jambang nipis yang mulai tumbuh di bahagian pipi kirinya.
--

Entah kenapa ayat-ayat terakhir yang dilaungkan Fairus tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Sambil langkah diatur menuju ke arah bilik, Amiroul cuma mampu tersenyum.

--

Melihat Zamri yang asyik bermain Counter Strike, Amiroul sengaja mengajak roommate nya itu bersarapan bersamanya. Gagal. Masuk kepada percubaan kedua. Masih gagal. Memaksa Amiroul untuk menggunakan cara lain.

"Time aku nak belanja... kau yang tak nak. Okay... aku sarap dulu!", katanya sambil membuka pintu dan berjalan keluar bilik. Pintu kayu itu ditutup semula. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Sunyi. Sehinggalah langkah ketujuh diambil, kedengaran pintu bilik dikuak dan dihempas kuat. Seseorang berlari ke arahnya.

"Kau belanja kan? Aku nak roti telur dengan teh tarik!", sapa Zamri yang tiba-tiba muncul di sebelah kanan Amiroul dan merangkul bahunya.

"Boleh! Tapi guna duit kau la... sebab aku tak bawak wallet!" balas Amiroul yang kemudiannya membuktikan kenyataannya itu. Memang sungguh dirinya tidak membawa wallet, akan tetapi ada saja sekeping not RM10 di poket kiri di bahagian belakang jeans birunya itu.

"Sial! Kenakan aku!! Patut lah aku macam berat hati je nak join kau breakfast tadi... Kalau aku tau, aku main je CS tu... Babi la kau Oul!", rungut Zamri yang kemudiannya dituruti dengan tawa kedua-dua mereka.

--

Sambil mulut mengunyah roti telur yang sama dipesan dengan Zamri, mata Amiroul terpaku kepada seorang gadis yang sedang berdiri; menanti air yang dipesannya siap dibancuh. Hatinya yakin mengatakan bahawa mereka penah bertemu, cuma tidak pasti saja di mana.

"Budak tu namanya Khadijah! Budak Chemical Engineering. Second year. Kolej Lima.", Zamri memberikan satu jawapan yang tidak ditanya Amiroul.

"Yang pakai baju kurung maroon tu?"

"Ha'ah."

"Mana kau tahu?"

Diam. Memaksa Amiroul untuk kembali berpaling kepada Zamri yang sudah pun merenung tepat ke arah matanya.

"Junior aku. Sure lah aku tau."

Tersengih. Amiroul memaksa dirinya untuk memberikan satu sengihan paksa kepada Zamri yang masih mengunyah sarapannya; sebelum kembali menghadap roti telur yang semakin sejuk itu.


"Khadijah...", Amiroul berbisik perlahan.

--Bersambung...

NUke


Dah lama tak update, dah ada few readers bising. Tanya pasal series la, itu la.. ini la. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, ku gigihkan diri jua utk mengupdate blog malam ni. Actually, minggu ni agak busy dgn paperworks and meetings; sampai rumah pun kadang2 dah lambat and penat. So, atas sebab2 tu aku agak kurang mengemaskinikan blog dan singgah di laman2 penulisan kalian. Maaf. Berkenaan series Pe'us; insyaallah esok atau lusa akan ku publishkan.

--

Normal lah bagi seorang chatter dan blogger tegar utk mlakukan ksilapan dalam typing. Kata lainnya, typing error. Singkatannya - Typo. Jangan tanya aku mcm mana leh jadi word 'typo', sebab aku pun tak tahu.

2001 - tahun ni mnyaksikan penglibatan aku dalam dunia siber dan chatting buat pertama kalinya. Aku takdela join room Kampung, mIRC, whatever la. Aku ni chatter kecil2an saja. Join room Malaysia1 via Yahoo! Messenger. Dan sampai sekarang, kalau aku ada kelapangan skit, aku akan join Malaysia1 (M1).

Dari situ aku kenal dgn mcm2 ragam dan gaya penulisan orang. Ada yg tlalu ringkas mngalahkan bahasa sms. Ada jugak yg sanggup taip panjang lebar as in complete spelling. Even bagi salam dalam room - 'Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh'.

Orang itu adalah aku.

The best thing is bila ada sorang typo. Lets say instead of saying 'babai'; he typed 'babi'. Missing another A. Tak ke lawak jadinya.. tengah2 wishing gudnite to other chatters, tiba2 terkeluar 'babi'! Dalam room M1, jgn la korang typo! memang akan ada yang akan nampak & on the spot korang akan jadi 'bahan'. Haha.


Petang tadi lepas office hour, aku trapped dalam office sbb hujan; aku surf la tenet, tgk2 nuffnang aku. Ade la few keywords yang indirectly linked to my blog. Thanks to anyone who google-d for 'nukerude'. But ade 1 keyword yang btul2 menarik perhatian aku.. Bukan! Bukan keyword lucah2 tu, itu adalah normal.. tapi...




"BUKERUDE".



Typo sial! Haha, whoever do that, I would like to thank to him/her for making my evening ceria!

NUke

Hujan Hujan...

Hujan Ceria.
Jangan Ganggu
Hujan Ceria.

Kau datang
Dan Pergi

Mari padaku
Hujan Ceria.

Kau datang
Dan Pergi...

Mari padaku
Hujan Ceria...





Sapa ingat lagu iklan ni? Dah lama rasanya lagu ni? Anyway, Hujan tak stop lagi dan aku masih di office. Chat dgn Khairul Anwar kat FB, dia ada mention pasal masakan mak.

Terus aku lapar.


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.