Aku boleh migrain kalau terdedah dengan cahaya terang yang melampau. Kiranya silau lah. Sebelum ni pernah aku tba2 pening dan migrain waktu bawak moto. Mula2 aku ingat pening biasa je, sampai lah awal tahun 2006, lepas aku check mata kat kedai spek. Saja2 lah cek kan dah dia kata percuma.

Then, barulah tahu aku punya mata sangat sensitif dgn cahaya yg terang. Org tu advised aku untuk buat spek silau.

Aku tau dia mmg saja nak suh aku kuarkan duit and spend kat kedai dia. Aku refused.

Bila dah nak masuk UKM, aku rasa silau aku dah tak tertahan lagi. Asal bwk moto malam2 je, sure pening. Tu belum lagi bawak keta time balik kampong lalu jalan2 gelap tu. Peergh! Sangat lah silau.

Atas keprihatinan ibu, maka aku buat jugak lah spek. Sib baik time tu ada promosi and ada plak student price, sebat je lah! RM200 dihabiskan utk wat spek silau. Kalau tengok cam takde ape pun spek tu, but bila kita sendri yg pakai, ada lah bezanya. Dan Alhamdulillah, kesilauan aku dpt la dikawal bila pakai spek tu malam2.

Tapi aku ni jenis yang tak berapa suka sangat pakai spek (pulak!). Mengada-ngada! So, bila nak drive saja aku akan pakai! Tu pun waktu malam la. Jarang jugak la aku pakai sebenarnya sebab spek tu slalu tetinggal dalam almari. Bila dah start pjalanan, baru la teringat! Huhu.

Lagipun, aku rasa aku cam tak sesuai je pakai spek ni. Sebab kawan2 aku pernah cakap;

"Kau nampak macam IT NERD lah kalau pakai spek tu!"

Cis. Terbantut niat aku nak pakai spek lpas2 ni. Huhu.

NUke





Artwork segera. Mungkin aku tak gembira? Perlu kah aku makan ubat? Atau dia?


NUke


Pagi tadi aku bangun awal. Bangun je, ngeliat skit, mandi dan solat; then bersiap2 nak ke office. Pagi tadi supposed aku kna ada kat ofis jam 8 pg sbb Manager aku akan fetch aku untuk ke Bangi, ada meeting dgn Organising Committee utk event bulan July ni.

Sampai kat tempat meeting, tak sampai 10 minit aku prepare note book & evrythg, ada fire drill pulak. Siot je. Dah la pagi tu panasnye semacam punya terik. Tak pasal2 nak kena berkumpul utk fire drill plak. Bak kata Manager aku.. "Takpe la.. at least badan kita boleh generate Vitamin D".

Aku stuju.. tapi Boss, takkan la time nk meeting kna fire drill.. Adoyai... Pasrah saja.

Bila aku jumpa saja Director General organisation tu, dia da dapat mengagak yang aku ni Nuke. Sebelum2 ni dia pernah nampak email aku saja, but then tak pernah jumpa. Dia cakap kat aku;

"Based on your name, saya ingatkan awak ni jenis yg berbadan besar.."

Senyum.

Tak kesah juga sebab ini bukan kali pertama aku dikatakan tidak mempunyai ciri2 pelengkap yang sepadan. Sebelum ni, waktu event, ada beberapa client aku terkejut bila first time jumpa aku on-site. Sebab diorang kata dalam telefon suara aku sangat matured. But in fact, aku ni kecik je orgnye. Janggut pun halus2 saja. Tak banyak menunjukkan kematangan dari segi luaran.

Heh. Awet muda!

Bila habis meeting, aku cakap la pasal hal ni kat Manager aku, dia bantai gelak kat aku. And some more agreed dgn mereka2 yg kata suara aku tak padan dgn badan. Cis! Hahaha. Nak wat camne...? Apape pun, pngalaman join fire drill swaktu menghadiri mesyuarat memanglah satu pengalaman yang sukar dicari.



p/s: Suara aku kasar sangat ke weh?

NUke


PE'US : Siri 4

Sambil berbaring, mata Amiroul ligat memerhatikan bilah kipas yang laju saja berpusing. Dalam samar-samar malam itu, matanya dirasakan amat payah untuk lelap. Tambahan pula hasrat untuk mengucapkan terima kasih kepada Fairus tidak kesampaian. Fairus tidak ada di biliknya ketika itu.

Telefon bimbitnya dicapai. Dengan ligat dia mencari nama-nama kenalannya dari simpanan direktori telefon bimbitnya... sehinggalah namatanya tersinggah pada satu nama; Khadijah. Hatinya sedikit tergerak untuk menghantar sms kepada bekas kekasihnya itu ketika di sekolah menengah. Tanpa berlengah, ayat-ayant diatur kemas didalam minda; sebelum akhirnya diterjemahkan dengan perlakuan menaip mesej yang kemudiannya dikirimkan kepada Khadijah.

Semoga tidurmu diberkati olehNya. Nyte.

Ringkas. Dan seperti yang dijangkakan, tiada jawapan dan balas. Lantas dipalingkan badannya yang letih itu menghadap dinding.

--

Berpinar mata Amiroul setelah mendapati silau mentari tepat mengenai matannya. Jam loceng yang diletakkan di sebelah bantal tepat menunjukkan jam 9.25 pagi. Masih cukup waktu baginya untuk bersiap dan bertemu Izham, Wahidah dan Aisyah untuk membincangkan past year seperti yang dijanjikan semalam. Segera tuala birunya dicapai setelah dia membaca kiriman sms daripada Khadijah. Senyum.

--

Pintu bilik air dibuka. Langkahnya perlahan menuju ke arah sinki, setelah selesai mandinya. Sambil mencukur bulu halus yang mulai panjang di pipi, Amiroul menyedari dirinya disapa seseorang.

"Awal bangun hari ni?"

Toleh lalu matanya segera menangkap dan memerhatikan kelibat seorang lelaki yang baru saja melangkah masuk menuju ke arahnya. Perlahan tangannya menurunkan shaver dari permukaan pipi, sebelum kemudiannya dibilas menggunakan air di sinki. Senyum.

"Aku Fairus."

"Amiroul."

Berjabat.

--Bersambung...

p/s: Ni antara episod yg pendek. sebb episod lpas ni agak panjang. heh.

NUke

Heh.

Kat ofis tadi agak kelam kabut. Virus da masuk kat dalam server. So, masing2 cuba nk mem-back up mana2 file utk projek yg akn dtg. Heheh. Memang best tgk management tanya2 kat IT Guy kitorang pasal virus thingy nih.

Aku?

Aku cuma mampu tersenyum bangga sambil menggunakan workstation Lissa yang kebetulan cuti hari ni. Kenapa aku tak guna pc aku sendri?

Sebab dah kna 'attack' and infected by virus. Langsung tak boleh on. haha. Hilang lah jugak bbrapa kerja keras aku utk projek bulan July ni. Tapi aku takdelah kisah sgt sbb kbnyakan documents tu boleh diretrieve smula dr email dan server.

Lagipun aku pernah mengalami peristiwa yg lagi teruk sebelum ni.

Kna format pc lalu Thesis aku hilang ketika semester akhir di universiti. Exactly last year!

Tension kan bila kerja yg spatutnya siap hari ni, kna tangguh sampai... entah?

NUke


Salam.

Maka, hari Ahad pun sudah hampir tida ke penghujungnya (sekali lagi). Ternyata, bila sudah berkerjaya, aku hanya me-looking forward terhadap hari Sabtu dan Ahad. Bukan! Bukan sebab aku boleh bangun lewat, cuma ketika hari-hari itu lah aku boleh tersenyum lebar sambil melakukan blogwalking dan membaca nukilan teman2 yg lain. Sesungguhnya aku merupakan seorang silent readers kepada blog2 kalian. hahaha.

Anyway, yeah, salah satu sbb knapa aku suka weekend ialah 'kebenaran' utk bangun lewat pd waktu pagi. Tipikal reason. Usually, hari2 Sabtu (kalau tak kerja la), aku akan delaykan breakfast aku. Sebab sebolehnya aku akan cuba untuk bangun sedikit lewat. Dah terjaga dah, cuma malas untuk bangun dari tempat tidur. So, around 11 pagi baru la aku btul2 bangun dan mandi. Then, kalau ade xtvt, aku akan bsiap2 la. Kalau x, aku duk dlm blik sambil dgr lagu & main tenet. Malam pulak, aku akan spend ms ngan member2; lepak2 minum neslo. Slalunya aku ajak Izham lepak; tu pun kalau dia free la.

Ahad bagi aku adlah hari membasuh baju. Aku ni jenis yg kumpul baju2 kotor spanjang mgu. Then, hari Ahad baru lah basuh. Pagi Ahad pun bangun lambat skit. Dah nak tghari baru aku start baso baju. Senang je baso baju hr Ahad ni, bangun je tdo, masukkan smua2 baju dlm laundry basket, bwk gi blik air n baso gna washing machine. Kadang2 aku suka teknologi. Sebab menjadikan hdup senang. Then, last round time baso baju tu, aku masukkan skali shorts n singlet yg aku pakai utk tdo mlm sblum tu. haha.

Kenapa aku basuh baju hari Ahad? Sebab selalunya, hari Ahad memang panas!

Setel hal baju, baru lah tehegeh2 nk cr mknn. UNLESS kalau tghr tu aku da ad plan lepak2 ngan member. Usually ex-schoolmates aku jgak la. Bdak2 skolah Melawati. Kalau takde plan, cam biasa, aku duk dlm blik dgr2 lagu n on9. Hm. Dah jd cam rutin lak.

But then, hari Ahad aku akan jadi kurang biasa bila akak2 aku dtg bawak anak2 dorg. Cam biasa, bilik aku jd port lepak. Maybe sebab agak luas kot. Tilam pun kat lantai je, so, senang anak2 buah aku ni melanyak. Aku layan saja. Asalkan dorg tak ketuk drumstick aku kat almari kaca aku tu sudah la. Or, slagi dorg tak tutup suis komputer aku ni time aku update blog, tu pun da kira bagus la.

Dah puas dorg sepah2 kan bilik. Aku kemas la balik. Koman2 pun ada la xtvt. Bukan leh caya, kalau dah duk sorang2, mula la tangan gatal2 nk membuat benda bukan2. (Aku tak kata yg aku tgk blue). Petang pulak, kalau aku rajin, aku baso moto.

Ahad malam je aku dah rasa tak best. Sebab esoknya kerja. Jadi, apa gunanya membenci hari Isnin sedangkan sudah terang lagi bersuluh bhwa ianya hari untuk bekerja? Jadi, marilah kita tidak suka pada hari Ahad, sebab esoknya adalah Isnin.

Hm, mungkin ianya tak valid pada negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sebab kat sana, hari Ahad dah keja.

Ahad - Hari yang penuh dengan teka-teki. Siapa lagi la yg nk buat kenduri kahwin hari Ahad ni?

NUke



Surat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Setelah 6 bulan menamatkan pengajian di universiti, akhirnya tanggungjawab aku sebagai peminjam haruslah dilaksanakan. Surat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN dah pun sampai. Nasib baik aku dapat pinjaman separuh saja; RM10,500.00. Dalam jadual pmbayaran tu pun amik masa 5 tahun nak settlekan.

Dasyat diorg ni buat untung. Aku diberi pinjaman RM10,500.00 yang mana itu pun tak betul2 cukup aku dapat sebab setiap sem aku dapat kurang bebrapa ratus. But then, dalam surat tu, diorg suruh aku bayar extra RM912.36 as kos pentadbiran.

Kos pentadbiran..?

So jumlah bayaran = RM 11,412.36

Eh, boleh tak kalau aku nak bayar tak ikut amount yg diorg tetapkan tu? Sapa2 tahu? aku kalau boleh nak cepat setelkan hal PTPTN ni. MAlas aa nak kna bayar sampai 5 6 tahun. kalau boleh setel cepat, lagi bagus.


:)

NUke

Setelah menyepi dari menghasilkan album dan single, Avril Lavigne kembali semula dengan 'Alice' yang mnjadi lagu tema untuk filem "Alice in Wonderland".

So far, macam2 kritikan kat lagu ni diterima. Ada yg kata lagu ni sedap dengan alunan vokal yg mantap. Some said that lagu ni ade intro yang menarik as well as 'creepy' at certain parts. But; ada juga yang cakap lagu ni terlalu 'kuat' dan amik masa jugak untuk peminat mnerimanya sebab banyak sangat menjerit.

Aku stuju pendapat yg last tu.

Digital release pada 27 January lepas. Video clip release pada 17 February baru2 ni.

At first agak susah la jugak telinga aku nk accept lagu ni sebab terlalu 'memekak'. But lama2 dengar dah okay skit kot. Another thing yang buat aku suka balik pada lagu ni ialah video klip yang macam best!

So, ape pendapat korang pasal lagu baru Avril ni?






MyRate: 3.7 / 5.0

NUke


"I want nobody nobody but you"
"I want nobody nobody but you"
.
.
.
Life must goes on. Even though aku masih terkejut dengan pemergian ex-roomy aku tu, but there's nothing I can do; except berdoa agar rohnya sentiasa dirahmati-Nya. :)

Dan lagu itu takde kaitan dengan apa2, cuma random song saja. Kebetulan lagu tu berkumandang tatkala aku baru mahu memulakan penaipan entry ni. Anyway, aku baru sdar yang lately aku asyik terasa 'kosong'. Takdelah kosong yang kosong. Cuma bila aku tolong adik aku dlm mencari material untuk projek Pendidikan Seni Visualnya, aku tiba2 rasa rindu pada kertas lukisan.

Not only kertas lukisan yang bersaiz A3 tu. Aku juga mula merindui kertas A4 warna putih yang selalu aku gunakan untuk sketch makhluk2 pelik, anggota badan manusia, dan juga melakarkan ekspresi emosi raut wajah seorang HERO.


Mr. Hero - Diri aku yang sedih. 2006.

Usually apa yang aku lukis ialah gamba2 binatang, rumah2 orang yang ada bumbung, satu pintu, dan 2 tingkap lapis2 tu. Biasalah, tingkap murah. Sama macam tingkap kat bilik aku. Lepas tu, kalau aku rajin, aku akan warnakan lukisan rumah tu dengan pen atau marker. Yang bumbung aku kalerkan warna merah, dinding pulak aku biarkan warna putih.

Lepas je aku siap2 kalerkan drawing tu, aku akan konyokkan kertas tu dan buang. Amik pulak kertas baru. Lukis gambar badan seorang lelaki. Taff je aku lukis tubuh seorang lelaki itu. Dada yang bidang, biceps yg pejal dan mantap, tapi ended up sampai leher saja... sebab aku tak reti lukis potret or muka. Even katun yang simple pun susah bagi aku nak lukis.

Imaginasi liar tu ada saja. Kenyok balik kertas.

Lukis gambar pompuan pulak.. Buah dada sure besar! Tengah syok2 melukis, lalu pulak member aku yang alim2 ulama' itu kat sebelah... Konyok balik kertas tu. Amik kertas baru.

Lukis kapal terbang. Jadila yang macam pernah aku tunjuk kat korang dlu. Semuanya tak habis lukis. Heh! Mungkin ramai yang fikir aku pervert dan pandai melukis. Tapi sebenarnya aku ni baik. Pervert tu kadang2 saja. Pandai melukis tu, biasa2 saja sebab kalau aku pandai melukis, sure aku dah jadi pelajar terbaik peringkat Negara waktu SPM dlu.

Yeah. Aku rindu suasana duduk ramai2 dalam bulatan dan mengkritik lukisan diri sendiri dan kawan2 sewaktu aku Form 5 dlu. Aku rindu cikgu Julianaasnizah Omar yang ajar aku subjek Seni utk skor cemerlang dalam SPM.

Aku rindu kemahiran melukis gambar bontot yang seksi... yang selalu aku lukis atas pasir kat Ulu Yam.

p/s: J kirim salam kat aku. Jadi aku saja yang menjawab salam. Yang lain jgn sebuk nak menggatal dengan J aku yang tersayang.

NUke

Waktu aku masuk Matrikulasi dulu, aku tak tahu pun ape sebenarnya keadaannya. Sama macam sekolah asrama ke? Jadual waktu aku sama mcm zaman sekolah dlu2 ke? Sape la roomate aku nanti? Then, bila aku dah daftar masuk pagi tu (sebab nama aku mula dgn huruf A, so aku daftar sesi pagi), then roughly aku dapatla sdikit sbyk idea pasal life di matrikulasi.

Then, masuk lah roomates aku dlm bilik C119 tu. Arief dr Terengganu, Haniff pulak orang Melaka, dan Mohd. Fadhiri dari Kelantan.

Kiranya memang bercampur aduk lah kitorang ni. Aku ckp bahasa KL, but at the same time cuba memahami bahasa ganu and kelantan; sambil2 membiasakan diri dengan bahasa melaka.

Konflik kitorang waktu mula2 masuk matriks ialah menentukan arah kiblat dalam bilik. Haha, sebab malas nak pergi sembahyang jemaah malam Khamis tu, maka kitorang pakat2 nak sembahyang dalam bilik (secara berjemaah). Imamnya, pastilah Fadhiri yang kemudiannya kitorg bagi nickname 'Ustaz' kat dia. Fadhiri memang baik. Dia antara org Kelantan pertama yg tidak begitu 'kenegerian' yg pernah aku jumpa. Sungguhpun kat aras blok tu ramai je budak Kelantan lain, tapi Fadhiri ni jenis bergaul dengan semua org. So as the rest roomate aku yg lain.

And ade satu malam tu, kitorang nak isi air R.O kat depan koperasi, tapi waktu tu mmg dah lewat sangat. Dah dekat jam 2 pagi. So, kitorang pakat2 keluar bilik senyap2 and berlari gi tempat isi air tu. Memandangkan kitorg ni jenis yg akur pd peraturan, so kitorg pun berlari2 smula ke bilik sambil menjinjing botol air yg besar tu... sebab takut si felo nampak.

Then, ade satu period tu, kitorang gabung 4 4 katil kat sebelah tepi. Katil aku kat hujung. Ade satu hujung minggu tu, bila aku tejaga, semua roomate aku dah menghimpit kat katil aku, dek gara2 Anip yang lasak.

Bila tiba waktu exam, Fadhiri yg akan baca doa dlu sebelum kitorang keluar dari bilik. Dia memang pandai, amik sains Hayat. Boleh kata antara scorer jugak la si Fadhiri tu. Katil dia sebelah dengan katil aku je. Memang bagus Fadhiri ni, alim n banyak pengetahuan agama.

Paling kelakar bila dia cuba cakap2 dalam slang KL or Melaka, aku rasa terhibur sangat.

Tapi, tadi kira2 jam 11; setelah sekian lama aku terputus hubungan dengan roomate2 aku, Arief call. Dia tanya khabar and bercerita tentang diri masing2. Then, dia bagitahu aku yang Fadhiri yang kitorg panggil 'Ustaz' itu dah meninggal dunia.

Ustaz dah meninggal dunia. Kena langgar lori, awal bulan Januari hari tu.









Dan segala memori kami bersama2nya pun kembali satu per satu.

Aku rasa terkilan dan sesal. Kenapa? Sebab aku rasa inisiatif aku untuk kembali berhubung dengannya selepas tamat matrikulasi dlu sangat kurang. Dan aku terlewat tahu akan pemergian seorang sahabat & seorang roomate yang sangat baik budi pekertinya.

Mungkin aku sudah terlambat tahu, tapi aku mengharap agar Al-Fatihah ku ini masih belum terlambat sampai kepadamu, Fadhiri.


Al-Fatihah buat Mohd. Fadhiri.

NUke

-- Topik ini membincangkan anggota bawah tubuh seorang lelaki. Sila ke laman lain kalau tak berminat utk membaca! --

Salam.

Actually keadaan macam ni mmg pernah terjadi. Dan aku rasa mana2 lelaki yang tidur dengan jeansnya (tak kira la ape jenama) sure akan merasa tak selesa dan merana. Terutamanya pada keesokkan paginya. Haha. Anyway, kalau kita terpaksa bermalaman dalam kereta atau di rumah kawan; yang sememangnya takde dlm plan, probability utk tidur dgn dress yg sedia ada tu mmg tinggi.

Unless, kalau kau mintak kain pelekat or baju lain kat member2 korang lah.

Paling latest aku tidur dgn jeans ialah waktu aku terpaksa overnite kat rumah Shakhir after karaoke time reunion. Peergh... Seksa sial! Bukan dek layanan family Shakhir yg tak bagus... Mereka mmg baik2 belaka. Yang seksa adalah jiwa batinku.


Bayangkanlah alat sulit yg sepanjang hari ter'simpan' dan ter'parking' kemas dlm jeans... and then sambung ke tidur pulak selama nearly 7 - 8 jam. Can u imagine? For guys, mmg boleh imagine la.. Yang perempuan, tak payah la berimaginasi. Kang aku menjadi pemangkin penambah dosa pulak. Dah Dah.. yang lelaki pun tak yah nak berimaginasi.

That's the truth girls, kalau kauorang tanya kat mana2 laki pasal keselesaan tidur dengan memakai seluar jeans, jawapannya memang "Tidak selesa & MERANA". Unless kalau lelaki tu pandai cover macho, maka dia jawablah "Steady saja!".

Bagi aku, semua lelaki akan merana bila terpaksa tidur dgn memakai jeans. Betul tak guys?

Girls, lpas2 ni kalau ada sedara-mara korang ke dtg tumpang bermalam kat rumah, pandai2 la sediakan kain pelekat utk tetamu2 lelaki kauorang tu ya! Banyak jasanya tuh!


Merana sial!


p/s: Sebagai mana seorang lelaki memerlukan ruang dalam hidupnya, begitu juga dengan alat sulit mereka! Haha. Harap kaum perempuan akan lebih memahami kaum lelaki selepas ini...

credit pic to: Google.com

NUke

Maaf sayang,

Bukan Abang tak sayang. Cuma Abang tak sambut.






NUke

PE'US : Siri 3

"Sorry geng! Aku tak perasan yang aku dah terlambat tadi...", Amiroul memohon maaf sambil mengangkat tangan kanannya kepada rakan-rakannya yang sudah pun memulakan ulangkaji. Suasana malam itu sedikit panas dan kering. Memang mereka selalu membuat ulangkaji di bilik sumber maklumat kolej, kerana keadaan yang tidak terlalu hingar sedikir sebanyak boleh membantu mereka untuk lebih fokus terhadap segala butir-butir perkataan yang terdapat di dalam nota kuliah masing-masing.

"Oul, kau rasa kan... soalan pasal Schroedinger equation ni keluar tak?", Izham tiba-tiba mencelah setelah menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan soalan latihan. Serentak dengan itu, Wahidah dan Aisyah juga berpaling. Begitu juga Amiroul. Masing-masing mula memberikan tumpuan kepada sehelai kertas yang berisi jalan kira yang ditulis Izham.

"Mak aih! Aku rasa soalan ni sure keluar punyalah!", Wahidah awal-awal telah memberikan pandangannya. Aisyah turut bersetuju dengan sahabatnya itu. Memang kebarangkalian soalan itu untuk muncul dalam peperiksaan kali ini agak tinggi. Sementelah Dr. Nizam asyik bertanyakan tentang persamaan itu berulang-ulang kali semasa di dalam kuliah sepangjang beberapa minggu lepas.

"Confirm lah keluar! Kau tak ingat ke Dr. Nizam asyik mention pasal equation ni setiap kuliah?".

Masing-masing terus berbincang akan penyelesaian permasalahan itu. Sesekali ada yang bercanggah pendapat. Namun, hilai tawa juga turut bersulaman. Sebelum akhirnya mereka tewas dan terpaksa merujuk semula nota kuliah Dr. Nizam.

--

Kafeteria. 11.45 malam.

"Nasib baik Dr. Nizam tu hensem kan Wahidah...! Kalau tak, mesti aku malas nak datang lecture dia..", Aisyah sengaja berkata demikian. Dia tahu sebenarnya Wahidah yang asyik memuji ketampanan wajah Dr. Nizam semasa berada di dalam kuliahnya. Menyedari akan hal ini, Izham dan Amiroul masing-masing mengambil giliran untuk menyakat Wahidah yang mula kemerahan mukanya.

"Okay lah guys. Aku nak balik bilik dulu. Esok pagi kita discuss past years lagi!", Amiroul bingkas bangun dari dudukannya lalu menggalas beg. Disalamnya tangan kanan Izham sebelum berpaling dan memulakan langkah meninggalkan ketiga-tiga sahabatnya itu yang masih belum menghabiskan minuman masing-masing.

"Oul... Before gerak, sms aku dlu bro!", pesan Izham kepada Amiroul.

--

"Fuck! Mana kunci aku ni??"

Amiroul hanya menyedari bahawa kuncinya tiada di poket seluarnya sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam blok kediaman asramanya. Langkahnya diatur pelahan sambil tangannya ligat memeriksa segenap poket seluar dan akhirnya memeriksa setiap ruang yang ada di beg galasnya itu. Kosong. Memang tiada kunci biliknya itu. Ketika ini dia telah pun berada di muka pintu biliknya.

Menyedari lampu biliknya menyala, Amiroul yakin bahawa rakan sebiliknya sudah pun pulang. Segera pintu bilik dikuak dan matanya ligat mencari sekujur tubuh milik roommatenya itu.

"Ha! Kau hilang kunci kan?", sapa Zamri sambil menghirup Nescafe yang baru saja dibancuhnya. "Tadi ada sorang budak hantar kunci kau... Dia kata dia jumpa kat jalan keluar blok ni", sambil memperkemaskan duduknya, Zamri kembali menghadap laptopnya.

"Siapa yang bagi balik kunci aku Zam?", soal Amiroul yang kelegaan. Tidak disangka, masih ada insan yang jujur dan berhati mulia dalam dunia ini. Ya lah, kalau diikutkan kelaziman persekitaran di universiti ni, sudah pasti biliknya itu dipecah masuk dan segala barangan berharga pastinya sudah hilang.

"Ermm.. Budak bilik 411. Kalau tak silap aku... Fairus kot nama dia...", balas Zamri ringkas.

"Oh! Thanks. Aku gi jumpa dia kejap la."

--

Pintu diketuk. Salam diberi. Tiada berjawab. Sekali lagi diketuk. Lalu terdengar akan bunyik seseorang melangkah menuju ke daun pintu.

"Ya?"

"Fairus ada?"

--Bersambung...

NUke

te na na na na... na na..
te na na na na.. na na..
te na na na na.. na na..
te na na na na... na na...

gong xi gong xi gong xi ni...
yap
gong xi gong xi gong xi ni...

te na na na na... na na..
te na na na na.. na na..
te na na na na.. na na..
te na na na na... na na...

gong xi gong xi gong xi ni...
yap
gong xi gong xi gong xi ni...

gong xi gong xi gong xi ni...
yap
gong xi gong xi gong xi ni...


Aku tak tau lak lirik yg lain2 tu.. itu yang "te na na na na" tu. Kalo sape tau lirik penuh lagu raya cina ni, kasitau aku okay! Hm, kat mana bole download lagu raya cina eh?

NUke



"Morning sayang!", kataku sambil mengucup dahinya. Dia tersenyum. Ayu wajahnya jelas menampakkan kejelitaan semulajadinya. Sambil berpaling dan cuba menyandar pada dadaku, dia mengembalikan kucupan pada pipi kiriku.

"Jom la..."

"Berapa lama lagi nak duduk dalam selimut ni sayang...?", tanyaku. "B nak mandi, nak makan lagi. Perut dah lapar dah ni", sambung diriku yang mulai rimas dengan peluh dan keadaan yang mulai melekit. Kurang selesa.

Tambah-tambah setelah penat bermain cinta dengannya sepanjang malam tadi. Mengenangkan perihal itu menjadikan aku semakin berahi dan mulai 'nakal' untuk menggodanya semula. Barangkali cenderung untuk bermain permainan cinta untuk kali kedua?

"Nakal la sayang ni!", balasnya sambil masing-masing bercumbu perlahan...

--

"Nak.. Kau kerja tak hari ni? Dah nak pukul 7 dah ni..!". Serentak dengan itu, lampu bilik pun menyala dan kelihatan ibu di daun pintu.

"Kerja!", cepat saja balasku...

...dan serentak dengan itu menyedari bahawa semua yang berlaku sebelum itu cumalah mimpi. Ya, satu mimpi yang telah mewajibkan aku untuk mandi. Satu mimpi yang telah membasahkan kain pelikatku.




Cis!


p/s: Siapakah 'Dia' ?

NUke

Haha. Memang gila. Bayangkan dah 3 tahun aku tinggalkan raket badminton, tiba2 malam tadi aku gi join budak2 ofis main badminton... tak ke jadi bahan lawak? Hahaha!

Apapa pun terima kasih kat team PComm sbb ajak aku main n join diorg bersukan malam tadi. Serius aku enjoy n banyak rupa2nya peluh aku yg slama ni malu2 nak kuar, membasahi tubuh aku yg genit ni.

Seingat aku, last skali aku main badminton ialah skitar tahun 2007 or 2008. Kat UKM dgn geng2 kolej. Before that aku mmg jarang main sebab aku prefer squash. Ala, sukan yang pukul tibai bantai bola getah kat dinding pastu melantun-lantun.

Lepas je habis main, aku trus balik rumah n mengeringkan badan dan mandi. Segar je rasanya. Trus aku on pc dan mengadap blog ni. Aku mmg admit la, dlm sminggu at least kta kna spend 1 hour utk bersenam n bersukan sebab ianya bagus utk tubuh badan. Cuma bagi aku ni, mungkin sbb takde ramai sangat geng kot kat area rumah ni. So nak bersukan tu pun da jadi malas. Balik keja trus on9 n tdo.

Hm, maybe lpas2 Chinese New Year ni kitorg plan setiap Rabu malam, kitorg kuar main badminton.

Dan aku kena pastikan yg aku tak digelakkan lagi mcm tadi.. hahahah..

NUke

Dan ketika berseorangan, kau mula mengimbau kenangan manis yang dicoret bersamanya. Hanya untuk menyedari bahawa dia telah pun pergi.
.
.
Selama-lamanya.
.
.
Mungkinkah begini pengakhirannya?
.
.
Pe'us.
.
"Kita couple nak tak?"
.
NUke Rude Blog.


p/s: ini adalah iklan utnuk series Pe'us.

NUke


Peristiwa ni berlaku secara spontan. Pagi tadi. Kat ofis. One of my colleague, M bertanyakan tentang warna kulit buku kpd S...



M : Hey, S... what's the color of this book ya?

S : Ohh.. it's peach.

M : How to spell ya?

S : B. I. T. C. H.. Peach!

M : !!!!

--

Bila aku dgr tadi.. lawak pulak!


pic credit to nashvillescenes.com

NUke

Vlog#2 : NUke_Rude membuktikan bahawa setiap kali habis event, suaranya berubah dan mulai hilang.


video

Event dah habis. Penat. Dan semestinya hilang suara. Disini ku sertakan video lagu Bad Romance yang dinyanyikan dengan suara yang tak seberapa nak ada.

Haih~

NUke

Serius penat.

Ade event pulak kat PWTC sampai hari Sabtu ni. Tapi takpe, masa untuk mengumpul kembali wang ringgit yang sudah hilang akibat pembaziran. hahahaha.

Duit duit.. di mana kau duit...?

Oh ya. Seseorang pernah berkata;

"kenapa tak mahu makan? Tak ada WANG ya?"

She's so cute. Da lama sangat aku tak dengar orang guna perkataan 'wang'.

NUke

Salam.

Syukur. Probation da tamat. Alhamdulillah, dapat letter of confirmation drpd management tadi. Accounts bjaya buat aku kecut perut tadi, boleh lak dia suspenkan aku camni..

"Ha... Got letter for you.. BIG ENVELOPE... Bye Bye..."

Syukur, tak kena buang kerja! Hahaha...

Gaji pun naik lah sikit...

NUke


"Tumpang tanya, kat mana rumah Haji Mahamad, anaknye Wan Ngah yang lakinya mati ditembak komunis dulu tu?"

"Ooo.. Haji Mahamad! Kamu jalan teruih sampai nampak 3 trefik lait, nampak simpang empat, kona kanan, lepas kamu lalu 2 bamper, himpit kiri sampai nampak kedai Akob. Rumah si Mahamad tu kat blakang rumah Akob."

--

Membantu orang dalam kesusahan itu memang satu perilaku mulia. Membantu orang yg kehilangan dan buntu mencari arah tujuan juga merupakan amalan mulia JIKA org yg dibantu itu bertujuan baik. Silap2 terbantu org yg berniat merompak ke, ape ke... tak ke naya?

Anyway, bukan itu tujuan entry kali ni. Slot pantang larang edisi ke 16 ni nk memberi peringatan kepada penulis dan pembaca sekalian tentang tips2 mudah ketika memberi panduan arah kepada orang lain.

Jangan memberikan direction seolah2 org yg bertanya itu familiar dgn kawasan tersebut mcm anda. Kalau betul la dia familiar, takkan dia tanya direction kat anda, bukan? Jadi, pastikan direction yg diberikan itu mudah difahami, ringkas dan padat. Berikan gambaran yang betul tentang kawasan sekitar yg hendak dituju oleh si penanya.

mention juga apap2 landmark yg boleh membantu, misalnya '...jalan terus sampai nampak masjid kat sebelah kiri...'. Dan pastikan anda mahir dalam membezakan 'kanan' dan 'kiri'.

Dan yg penting, gunakan bahasa yg mudah difahami.

Tapi lagi bagus kalau sebelum memulakan perjalanan, anda study dlu jalan2 yg ada di area tersebut. Google map kan ade skang ni...

NUke

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Macam tu lah hidup. Penuh dengan ruang kosong yg perlu diisi. Kalau kau rasa tertipu dengan ruang yg kau isikan sendiri... bermakna, kau pun tertipu dengan diri sendiri.

Sama macam kau tertipu dengan entry kali ni.

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.