Salam.

Memang letih dan penat. Tahniah & thanks aku ucapkan pada DG & Shidee (walopun Shidee x dpt dtg) sebb bjaya mengumpul kawan2 maktab utk turun n join reunion tak formal utk batch SPM 2004. Tak sia2 ada facebook... boleh invite member2 lain.

Aktiviti2 kitorg semalam... makan2 dengan kesemuanya berjumlah nearly RM400.00. Lepas makan, gi main boling. For sure lah aku antara yg tercorot! ahahha. Then, habis main boling dlm kul 5.30 ptg. Ada few member yg terpaksa balik. :(

Ain Nabilah mncdgkan utk karaoke. Survey2 tempat area Midvalley. mahal. Then kuar lak cdgn g karaoke kat Alamanda. Layan. Since ada yg bawak kete, so mnumpang la mana2 celah yg boleh. Karaoke dari kul 9.30 malam sampai 11.30 mlm. Habis, lepak kat mapley Presint 9. Nearly 1 pagi tadi baru masing2 balik.

Supposedly Ain boleh je dropkan aku kat KL Sentral, since aku park moto aku kat terminal Putra. Tapi memandangkan dah lewat, aku lepak rumah Shakhir Sha'in. On the way nk balik UIA, shakhir drop aku kat Terminal Putra.

Fun! Enjoy! Hilang jugak la rindu kat kawan2 yg dah 5 tahun tak jumpa.

Most probably ada Formal Reunion lagi bulan Mac ni. Huhuhu.

Thanks all.

NUke

PE’US : Siri 2

"Eh Eh!! Ni macam member lama aku je ni! Muzamil!!"

Setelah melihat gambar yang terdapat pada profil friendster sahabatnya itu, Amiroul segera klik 'Add as Friend' sebelum terus menghantar mesej menerusi laman sosial itu. Sementelah mereka sudah terpisah sejak tamat darjah 6, maka bermacam-macam cerita mahu dikongsi. Segala yang peribadi juga mahu dimengerti.

Malam itu, mata Amiroul bagaikan tidak mahu lelap, apatah lagi Muzamil yang juga kebetulan online di Friendster membalas setiap mesej yang dikirimkan Amiroul. Ceria. Terpalit senyuman yang cukup lebar di wajah Amiroul.

--

Hari-hari yang berikutnya penuh dengan pengisian yang tidak berfaedah. Sungguhpun masih di dalam minggu ulangkaji, Amiroul masih kerap membalas setiap mesej yang dikirimkan Muzamil di Friendster. Pelajaran entah ke mana, nota pun hilang dari genggaman tangan. Ya, mereka sememangnya akrab sejak darjah satu. Enam tahun persekolahan dahulu, mereka ditakdirkan untuk berada di kelas yang sama. Bezanya tenpat mereka hanyalah ketika peperiksaan UPSR. Itu pun kerana perbezaan permulaan huruf pada nama masing-masing.

--

"Ha. Sure dah ade awek ni? Sapa awek ko? Husna, penolong ketua klas yang gemuk tu ke?"

Itulah antara kandungan mesej yang dihantar Amiroul kepada Muzamil. Gelihati dirinya apabila mengenangkan 'gosip' yang diada-adakan oleh rakan sekelasnya yang lain tentang hubungan Muzamil dan Husna ketika berada di darjah lima. Biasalah, budak-budak dahulu kala, pantang saja ada ketua kelas dan penolong, pasti mahu dikenen-kenenkan.

Belum sampai pun 5 minit, mesejnya itu kembali berbalas.

"Siot kau! Husna skang dah slim la weh.. cantik da. Kalau aku cakap nanti, ko mesti tak caya... aku memang couple dgn dia lah sekarang! hahahaha..."

Tertawa. Kuat dekahnya apabila membaca mesej Muzamil. Berulang-ulang kali dibaca ayat itu, sebelum perlahan tawanya apabila mendapat sms daripada Wahidah.

Oul, mana kau ni? Lupa ke ada study group malam ni?

"Shit! Camne boleh terlupa lak ni?". Dengan tergesa, dia membalas pendek mesej Muzamil, menyarung seluar jean birunya lalu menggapai beg galas merahnya di atas katil. Sebelum keluar, tangannya sempat menyambat t-shirt putih yang tersangkut di bangku kayu.

Dan tidak disedari oleh Amiroul akan kecuaiannya ketika menyarungkan baju menyebabkan kuncinya tercicir di laluan keluar blok asrama.

--Bersambung...

p/s: sorry la, lama x update series. banyak perkara yg perlu diselesaikan.

NUke

Ni gambar aku waktu berjisim 57 kilogram. Harap maklum.

--

"Ibu dengan ayah nak balik kampung malam ni..."
"Tinggal kau sorang je... jaga rumah elok2. Apapehal call!"


Itu lah ayat2 yg ibu cakap yg sempat aku ingat malam tadi. Both of them balik kampung Perak sebab nak tengok brg. Layan je lah. Lepas je aku kunci pintu pagar, aku masuk rumah n online jap. Kul 9 mlm aku kuar gi kedai seberang jalan besar kat dpan rumah. Makan nasik pataya n mnum neslo.

Mahal sial! RM 8.40.

Balik rumah dalam kul 10 malam. Sambung balik on9 sambil main facebook. temankan J aku study jap, pastu aku bgtau kat dia yg aku da mngantuk. Kul 12.05 tgh malam, aku da mula landing kat atas tilam. Tido.

Risau gak takut tak bangun pagi ni nk g kerja, ye la salunya pagi2 da dengar bising2 kat dapo. Ibu goreng2 la ape bagai.. but not this time. Dengan henfon canggih ku rosak tak boleh nak on, aku mengharapkan henfon motorola lama yg dah tercabut keypadnye tu saja utk menggerakkan aku pd waktu Subuh.

Golek ke kiri. Panas. Pusing balik ke kanan. Sakit bahu pulak.

Meniarap, tak boleh nak napas. Telentang... stim pulak.

Lama2 tertido.

---

Sedar2 alarm henfon motorola aku dah bunyik. sekali, snooze. Dua kali, snooze. Tiga kali, aku bangun. Offkan alarm. Capai slimut, lipat n letak bawah bantal, adjust cadar skit... pergi ke blik air, tadah air dlm tempayan. Pergi ruang tamu n bukak lampu.

Gosok2 mata tengok jam.


4.20 pagi.

Damn! Aku lupa time kat henfon motorola tu tak dibetulkan lagi.

NUke

Kalau tak silap, aku terdengar berita tadi.

Pasal ade kepala babi kat perkarangan surau... Area KL.

Apahal?

NUke

It takes hours for me to publish this entry...

Salam.

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun ke 22 aku hidup di bumi Malaysia. Dan dalam tempoh itu, dah macam2 perkara aku saksikan, aku dengari, dan juga aku rasai. Termasuk perubahan dalam meminati genre muzik. So, hasil drpd beberapa bacaan selama ni, maka tak salah kalau aku concludekan dan senaraikan beberapa lagu tempatan yg menjadi 'turning point' kepada selera pendengar muzik tempatan sejak penghujung tahun 90-an.


Irama Malaysia pernah menjadi satu genre muzik yang diminati rakyat Malaysia. Sebelum ini, lagu2 rock mula menampakkan dominasi muzik negara dengan munculnya bahan2 & produk muzik yang membanjiri industri muzik. Buktinya adalah AJL 1992 yang buat pertama kalinya memperkenalkan kategori 'Irama Malaysia'. Sebab? Kerisauan para pemuzik tanah air akan 'hilang'nya genre muzik tradisional ketika itu. Jadi, siapa dan lagu manakah yg menjadi titik perubahan dan bertanggungjawab besar dlm mempromosikan genre ini kepada kita? Cindai - Siti Nurhaliza. Tiba2 lagu ini menjadi satu fenomena dlm industri muzik tanah air. Terima kasih juga kpd lagu ini, populariti Siti Nurhaliza mulai meningkat dari tahun ke tahun. Malah lagu ni juga pernah dinyanyikan semula dan di alih ke bahasa Mandarin oleh seorang penyanyi China, Chien Bai Hui.

Selera muzik tanahair mmg dah sinonim dgn genre Rock. Daripada kegemilangan Search, Wings, Ella, dan banyak lagi kumpulan rock tempatan, tak heran lah kalau banyak lagu rock yg dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik tempatan. Dalam masa 15 tahun kebelakangan ini, ade satu kumpulan yg banyak memberikan impak kpd senario muzik rock tanah air; KRU - Awas. Trio adik beradik ni masih aktif dlm penghasilan material baru; bukan saja untuk mereka, juga kpd bakat2 baru yg aktif memperjuangkan muzik rock Malaysia.

Too Phat - Anak Ayam. Siapa sangka irama muzik tradisional boleh di-hip-hopkan dan menjadi satu lagu segar? Semuanya boleh bagi Too Phat. Aku yakin, semua yg hidup dalam tahun 90an - 2000an tahu akan lagu ni. Memang apabila mula2 dimainkan di radio, rasa macam kelakar, tapi sedarkah kita yg ianya kemudian menjadi siulan ketika berjalan di kaki lima? Lagu ni memang turning point song dalam muzik tempatan okay!


Indie; seperti yg diminati ramai anak muda sekarang ni sebenarnya dah lama dah masuk arus 'mainstream' ni. Cuma sebelum2 ni takdelah menjadi kegilaan sangat. OAG, Jason Lo... mmg notable lah dengan usaha mereka mempromosikan genre ni. Cuma mungkin penerimaan peminat ketika tu tak berapa menggalakkan. So, siapa yg berjaya memberikan impak besar dlm senario muzik indie Malaysia? Bukanlah Estranged, kerana ketika kemenangan mereka dalam AJL, ramai yg masih bising akan pemilihan 'Itu Kamu' yg diangkat sbg juara. Namun ianya beransur reda setelah seketika. Lagu yang betul2 melonjakkan muzik indie tempatan adalh Hujan - Pagi Yang Gelap. Mungkin dek kekeliruan nationality menjadikan Hujan satu topik hangat dlm arena muzik tanahair; di tambah pulak dgn lirik positif yg bersahaja, maka tak hairanlah lagu ni menjadi satu hits dan menerima heavy rotation kat radio2.

Raihan. Lagu Puji-Pujian mmg mnjadi satu fenomena dlm industri muzik Malaysia.

Dan satu2nya genre yg berjaya membuat peminat muzik berpaling minat ialah Nasyid. Kemuncak kegemilangannya bermula pada lewat 90-an apabila industri muzik tempatan dilimpahi dengan muzik2 balada, pop, dan rock yg bertapak kukuh dalam muzik mainstream Malaysia. Bagi aku, ada 2 lagu yg berjaya memberikan impak besar dlm industri muzik Malaysia. Satu lagu Nasyid ketuhanan, dan satu lagu Nasyid percintaan. Raihan - Puji-Pujian dengan tak semena2 mendesak AIM utk mewujudkan satu kategori baru; 'Album Nasyid Terbaik' pada AIM 1998. Pada malam penganugerahan itu, Album Puji-Pujian dinobatkan sebagai Album Terbaik dengan jumlah jualan melebihi 500,000 unit. Kau tanya la semua org yg hidup dalam era kegemilangan nasyid ni, sapa je yg tak tahu lagu Puji-Pujian tu? Dan satu lagi lagu nasyid yg berjaya membuatkan org ramai jatuh hati ialah InTeam - Kasih Kekasih. Antara lagu nasyid percintaan yg paling digemari dan diingati oleh peminat muzik tempatan. Tak pernah2 ada org nyanyi nasyid crita pasal jodoh... Diorg ni lah antara perintis dan bertanggungjawab dlm mempromosikan lagu sedemikian rupa.

So, what's now? mari kita ramai2 nantikan lagu yg bakal mengubah selera muzik kita...

Pic credits to unknown; Google.

NUke

Salam.

Okay. Hmm... teringin jugak sebenarnya nak main instrument. Drum, keyboard... and lately, rasa macam nak belajar main gitar. Hahaha. Cita2 dan angan2 yg besar. Bajet nk blaja main semua bnda tu n buat lagu sendri. Entah bila bole tercapai semua angan2 tu.



Ade sapa2 yg penyabar boleh ajar aku main gitar?

Atau drum, barangkali...?

p/s: Pandai bermain gitar juga menambahkan point masculinity... bak kata sorang kawan aku dulu...

NUke

We only got 86 400 seconds in a day to
Turn it all around or to throw it all away...

Okay, bibit2 lirik lagu Kris Allen (Live Like We're Dying) tu masih melekat dalam kepala sejak aku memulakan perjalanan pulang dr ofis tadi. Anyway, entry ni bukan pasal Kris Allen, tapi pasal sebuah lagu English yang top last year. Cuba teka...

Poker Face.

Originally dinyanyikan oleh Lady GaGa. Aku rasa semua org tau lagu ni. So, tak yah lah nak story panjang2. Cuma malam tadi bila aku melayan youtube (aku tak kata RedTube okay), aku terjumpalah satu video ni.

Poker Face versi Daughtry.



Extremely rock. Kau tahu jelah kan suara Daughtry ni. memang superb. Garau2 kasar. Serak2 basah. Mula2 aku cam tak leh imagine je si Daughtry ni nyanyi lagu pop. Poker Face lak tu? Peergh underestimate sial! But then, haa.. dah macam addict je dgn lagu ni.

p/s: before this aku tak suka lagu Poker Face ni. Dan oh! Rindu J.

NUke


Gambar ni aku tak ingat sapa yang captured. Either Anonymous atau Anonymous. Tujuannya... aku pun tak tahu. Baru tadi aku perasan ada dalam folder pic aku. Nasib baik aku tak garu2 ke ape...

NUke

Salam.


Walaupun aku masih berkabung atas ke-koma-an Steelo; but life must go on. Sial! Bajet wise saying. Anyway, bila somethg bad berlaku, tak semestinya ia akan dituruti dgn perkara2 buruk yg lain. Tuhan itu Maha Adil kan? Semalam, barangan yang aku pesan awal bulan December tahun lepas dengan selamatnya sampai ke tanganku.

Kotak dari USA. Ada apa dengan kotak itu? Tiada apa pun. Cuma terdapat sticker 'Par Avion' dan beberapa butiran mailing lain. Barangan LP Underground 9 yg aku beli dulu sudah sampai. Gembira la sekejap walaupun ianya memerlukan pengorbanan wang ringgit yang banyak. Berbaloi apa tunggu 6 minggu...

Memang sengaja aku beli yang Special Edition sebab utk 1000 pembelian yg pertama akan dapat Vinyl record yg mana kita boleh mainkan kat vinyl player. Dalam masa yg sama boleh digantung sebagai perhiasan. Kiranya aku ni org yg ke 491 la yg membeli benda alah tu. Ni lah salah satu pembaziran wang ringgit.

LPU9 Bonus Pack Special Edition

Dapat 2 helai baju dan beberapa merch lain such as guitar pick, LPU CD, patch, stickers, chains and letter from Linkin Park. Dengan ini maka bertambahlah koleksi merchandise yg pernah aku beli. Ini termasuk merch LPU 6, LPU 7, LPU 9, dan merchandise Hujan.

Aku boros? Ya! Membazir itu memang sifat semulajadi aku. Susah nak kikis. Tambah2 bila berkaitan dgn 'muzik' dan 'band'.

Vinyl record.

There goes my money...

p/s: handwriting orang America ni takde lah cantik sangat pun sebenarnya...

NUke



Kisah bermula pada kira2 jam 5.50 ptg, 18 January 2010 bila aku turun dr ofis dan mula menunggang motorsikal untuk pulang. Cuaca yg cerah sepanjang perjalanan tiba2 menjadi gelap sebaik saja motorsikal aku laju menyusuri bulatan Batu Caves. Renyai. Bertukar ganas dan lebat. Tanpa sempat aku berhenti utk mmakai jaket yg (tak brapa) kalis air tu, dah basah da baju, sluar dan segala isi dalam beg galas dan pouch aku.

Laju. Ada la dalam 100 km/j aku speeding dalam hujan lebat tu. Tawakkal saja. Mahu cepat sampai rumah dan mandi.

Hujan mulai stop bila aku selamat park motor kat porch kete. Aku tanggalkan baju kat luar, bukak pouch, kuarkan handphone, wallet dan kunci rumah. Aku tonggeng beg tu, mak aih! banyak lak air bertakung.

Ni la harta2 dlm pouch bag.

Tengok henfon.

Kelip2 dan skrin dah masuk air. :)

Tanggalkan bateri, sim card, memory card. Jemur bawah kipas sambil pura2 tak sedih. YM ngan J n story kat dia... Puas dia pujuk aku yg kontrol macho tak sedih2 pasal henfon tu. Samsung Steel aku dlm keadaan koma. Hidup segan, Mati macam ya!

Hari ini, 19 Januari 2010; handfon kembali bernyawa setelah koma semalaman. But then, br aku realize yg button on/off merangkap button reject call tu tak functioning. Around 12.08 tghari, samsung ku buat hal jap. Bengong2 sikit.

Aku? gatal2 tgn konon2nya nak cabut betri. Bajet nk 'reset' lah. Lupa lak button on/off tu takleh pakai.

Sakang dah tak boleh bukak. Walaupon betry fon dah dicaj penuh.

Aku macho la beb! Mana ada sedih2 ni...

Mana ada. Serius.

(Selamat bersemadi buat masa ni Samsung-ku a.k.a Steelo)

NUke

Salam.

Kalau ikut kalendar Islam; hari ini 2 Safar 1431H.

Maka genaplah usia aku 22 tahun.

Selamat hari lahir kepada diri sendiri.

Makin dekat dengan mati...

Yes!


NUke


. . .

Aku rasa mungkin aku sudah terpesong dr tujuan berblogging yg sebenar.

parah.

pemarah.

aku mula menjadi diri aku yang telah lama hilang dahulu.

Vabi betul.


NUke

Walaupun aku ni jenis manusia yang malas membaca, tapi ada ketika bila 'mood' itu datang, aku akan menjadi rajin membaca. Selalunya perasaan rajin tu sekejap saja, lepas tu hilang ntah ke mana. Zaman2 skolah dlu, aku paling x suka baca buku sejarah ngan biologi. Maybe sebab byk bnda fakta dan kena hafal kot. Sebab tu skang ni aku tak jadi doktor... huhu.

Sesekali bila otak rase semak, aku akan mula mencari beberapa majalah atau novel yg nipis sbg bacaan rngan. Ya, tambah2 lak buku tu dibuat dgn kertas recycle yg warnanya mcm kuning2 coklat... dan baunya macam bau muntah tu.. lagi la ringan buku tu kan? Apape pun, tak semua buku 'ringan' aku rajin baca. After all, it all depends on my own interest.

Aku tak suka baca novel cinta yg diakhiri dgn babak2 sedih akibat si girlfriend mati diseret treler.. ataupun fiksyen melampau konon2nya tahun 3025 nanti akan ada alien yg bercinta dgn manusia. Walopun itu melambangkan daya imaginasi dan kreativiti sesorg penulis... tapi aku tak mampu nk menghadam bacaan seumpama itu.

So, buku or novel yg macamana yg aku suka?

Novel yg plot ceritanya more or less like a real-life story. Kisah2 budak yg ada masalah lambat cakap yg kemudiannya dibesarkan oleh ibu tunggal. dalam masa yg sama si anak ini semakin akrab dgn si bomba yg pernah menyelamatkannya ketika eksiden akibat ribut dulu2. "The Rescue" oleh Nicholas Sparks. Buku ni mmg dah bjaya buat aku FOKUS membaca sambil berjaya utk tidak menyiapkan assignment fizik swaktu di matriks dlu.


Lepas dah habis baca "The Rescue", aku balik rumah carik2 lagi novel nipis lain dalam kotak kat bawah katil. "The Bombmaker" by Stephen Leather pun bjaya gak buat aku tepukau ngan kemahiran seorg 'bekas ahli kumpulan pengganas' pompuan utk meletopkan 1 bangunan dek kerana nak claim insurance... Sebab apa minah tu folo gak kata org jahat tu?? Sebab org jahat tu sudah culik sama anak dia... Ha! saspen tuh!

Ke aku sorg je yg excited?

Akan ku baca sekali lagi buku2 ni. Pasti!.... Cuma, bila mahu mula ya?

NUke

Actually aku nak post pasal hal ini dah lama dah. But ter-delay dek kerana connection internet yg asyik on and off. Thanks to Lissa, my colleague sebab memberitahu aku pasal remix ni. Okay, DJ Earworm ni aku takdelah kenal sangat but aku tahu dia ade website sendri and every hujung tahun, dia akan buat remix lagu2 English yg top sepanjang tahun.

Based on Billboard's Year-End Chart la. So, 25 lagu yg top dalam carta tu akan di-remix-kan menjadi satu lagu.

Untuk tahun 2009, DJ Earworm mnggunakan lagu 'Jamie Foxx - Blame It (On The Alcohol)' sbg main song.

Aku agak suka lagu yg dia remix ni. Enjoy!




Billboard Best of 2009 (Top25 Songs)

  1. Boom Boom Pow - Black Eyed Peas
  2. Poker face - Lady GaGa
  3. Just Dance - Lady GaGa ft Colby O'Donis
  4. I Gotta Feeling - Black Eyed Peas
  5. Love Story - Taylor Swift
  6. Right Round - Flo Rida
  7. I'm Yours - Jason Mraz
  8. Single Ladies (Put A Ring On It) - Beyonce
  9. Heartless - Kanye West
  10. Gives You Hell - The All-American Rejects
  11. You Belong With Me - Taylor Swift
  12. Dead And Gone - T.I. ft Justin Timberlake
  13. You Found Me - The Fray
  14. Use Somebody - Kings of Leon
  15. Knock You Down - Keri Hilson ft Kanye West & Ne-Yo
  16. Blame It - Jamie Foxx ft T-Pain
  17. I Know You Want Me - Pitbull
  18. Live Your Life - T.I. ft Rihanna
  19. Kiss Me Thru The Phone - Soulja Boys
  20. Down - Jay Sean ft Lil Wayne
  21. The Climb - Miley Cyrus
  22. Best I Ever Had - Drake
  23. My Life Would Suck Without You - Kelly Clarkson
  24. Halo - Beyonce
  25. Hot N Cold - Katy Perry

NUke

Salam & Selamat sejahtera.

Hurm, waktu hujung tahun lalu aku ada singgah ke UKM. Lepak2 jumpa kawan2 n aku amik kesempatan tu jgak nak menjenguk lecturer aku. So, macam biasa la, for sure bila da habis study, mesti la lecturer tanya macam2. Dah keja ke belum... camne ngan keja, okay ke tak? And tanya juga pasal minat nk sambung belajar ke tak... all that stuffs.

Dan bila soalan tu ditujukan pada aku, aku cuma mampu tersengih2 dan cuba memberikan jawapan spontan yg lebih kepada alasan utk tidak mahu berbicara akan soal itu. Bukan nya aku memang dah tertutup hati langsung nak ambung blaja, cuma buat masa ni, aku kena consider byk perkara.

Antaranya, status kewangan family dan jugak diri sendri. Aku ada sorg adik yg still in school. Tahun ni dia SPM. perjalanan hidup dia masih jauh lagi. Dan aku kena sedar yg aku takleh nk mengharapkan bantuan kwangan drpd parents aku semata2. Aku dah 21. Dah cukup besar da aku rasa untuk berusaha & peroleh $ sendri. So, aku decide utk bekerja (terlebih dahulu).

Ada. Memang ada memasang niat nk sambung Master. Most probably aku akan sambung dalam bidang yg sama aku amik swaktu di UKM dlu. Reason? sebab lecturer semua dah kenal, prosiding kat fakulti pun skit2 dah tahu lah since dah pnah buat thesis kan? And some more, aku mmg minat bidang tu. I have to admit that i am more into science line. But i dont deny my other interest in musics, events & blogging. Kalau side interest ni bole membantu aku pergi lbh jauh, alhamdulillah...syukur!

kegilaan zaman2 blaja dlu...

Borak2 ngan lecturer. Borak2 juga dgn kawan2. Borak2 jugak dgn officemate. Most of them encourage aku utk sambung blaja memandangkan usia aku masih di-consider muda. But after all, aku juga yg kena buat keputusan.

Dan aku rasa aku akan sambung blaja kot. Lagipun dah lama dah aku simpan borang permohonan tu dalam drawer aku tu. Hmmm...

Sambung belajar...?

NUke


Okaylah. Memang dah kecoh pasal kes bakar gereja. But now, not just in KL, tapi dah merebak sampai ke Seremban pula. Well, ketika aku menulis ni, ianya masih tidak disahkan. Kena tunggu berita jam 8 malam nanti la. Aku dpt tau pun sebab one of my colleague yg bgtau. Dia ad dapat emel & sms pasal kes bakar gereja di N9.

Benar atau tipu, wallahualam.

Kes bantahan penggunaan kalimah 'Allah' ni memang menarik minat semua pihak; baik yang berniat baik atau buruk. Memandangkan ini isu sensitif dan boleh mencetuskan huru hara pada negara, so banyak la kesah diputar belitkan dan ada juga yg sengaja meng'api-api'kan sesetngah pihak utk bertindak lebih xtreme.

Siapa yg salah? Bagi aku.. semua org bersalah.

Masyarakat Kristian yg tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam (aku kata Islam, bukan MELAYU) di Malaysia. Tolong jangan samakan masyarakat Islam di Malaysia dgn Indonesia ya! Di Indonesia, kahwin campur tanpa bertukar agama pun diorg tak kesah tapi di Malaysia, isu berkaitan agama, memang sensitif. Apa lagi dgn penggunaan kalimah Allah.

Begitu juga dengan mereka yg bertindak mengikut perasaan. Apa nak jadi ni? Sampai bakar2 n baling2 bom petrol kat tempat keagamaan? Walaupun ketika perang, tidak sepatutnya seseorg Muslim (kalau yg melakukan serangan ke atas gereja itu seorg Muslim) menyerang dan merosakkan rumah2 agama. Sebab Islam mengajar kita menghormati agama lain. Begitu juga dengan penganutnya. Hormati hak mereka untuk beragama. Cara kita ialah dengan berdakwah.

Apa yg kau mahu cerita kan bila semua kawan2 non-muslim kamu mula memandang serong tentang agama ISLAM? Walaupun mereka tahu ada juga kemungkinan ianya berlaku bukan disebabkan oleh perilaku komuniti Muslim, tapi sikit tak banyak serongnya pandangan mereka terhadap agama yg aku anuti ini tetap ada...

Ya, siapalah aku nak berbicara ttg agama. Tapi sekurg2nya aku masih lagi menghormati masyarakat bukan Islam yg lain. Sebab apa? kau tahu sebab apa?

Sebab aku masih sedar dan ingat akan imej dan personaliti seorang MUSLIM yang aku bawa.

Dan aku masih menghormati hak dan kebebasan mereka untuk beragama.

NUke_Rude Blog menentang serangan ke atas rumah2 ibadat.

Respect people.. RESPECT!

NUke


Senarai pemenang AJL-24:-


Vokal Terbaik : Black - Aku Rindu Sayang Kamu

Persembahan Terbaik : Aizat - Kau Aku

Tempat ketiga : Faizal Tahir - Bencinta

Naib Juara : Yuna - Dan Sebenarnya

Juara Lagu ke-24 : Aizat - Pergi

--

Siapa sangka Aizat akan mengungguli AJL kali ini. Setelah dominasi selama 2 tahun berturut-turut oleh lagu indie, akhirnya kemenangan kembali berpihak kepada lagu 'balada' yg berentak slow. Pertama2nya, aku ingin sekali mngucapkan Tahniah kepada Aizat, Pete Teo & Amran Omar sbb berjaya mencatatkan kemenangan Pergi dlm AJL dan (skali lagi) memberikan impak kpd industri muzik tanah air. (Walaupun aku tau diorg takkan baca blog aku ni.. aku wish je la tahniah! Haha!!)

Apape pun, 2 drpd 3 ramalan aku tepat. Yuna memenangi tempat kedua dgn lagu bahasa Melayu pertamanya; Dan Sebenarnya. Faizal Tahir pula di tempat ketiga dengan kolaborasi hebat dirinya dengan Audi Mok yg menghasilkan lagu Bencinta.

Sebelum juara lagu diumumkan, Black terlebih dahulu menerima khabar gembira apabila lontaran vokalnya semasa menyampaikan lagu Aku Rindu Sayang Kamu diiktiraf oleh juri2 AJL24. Aizat sebelum itu juga turut memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kau Aku.

Nyatanya AJL 24 sememangnya satu acara yang paling bertuah bagi Aizat. Layak dengan 2 buah lagu; dan kedua-deuanya itu membawa tuah kepadanya. Syabas Aizat!

Dan apa yang nyatanya, kesemua finalis AJL kali ni memang hebat-hebat belaka. Bermula dengan persembahan memukau. Bagi aku, AJL edisi kali ni memang membuatkan para juri pening kepala utk decide artis mana yg layak mengungguli kategori Persembahan Terbaik. Mantap! Memang Mantap!!!

Tapi, sedikit masalah berlaku ketika kumpulan Hujan menyampaikan lagu mereka; Aku Scandal. Ade sikit tuning lari. Perasan jugak bila Noh pusing n jeling 'apsal bro?' kat gitaris lain lepas tu angkat bahu tanda 'entah'.

Faizal Tahir tampil menyanyi dengan bertongkat sebelum Shila membuat cameo di penghujung lagu...

Apa2 pun; semua lagu yg bertanding kali ni memang mantap dan hebat cumasedikit cacat disebabkan masalah2 teknikal. Dan oh! Aku rasa pengacara AJL kali ni macam serabut skit. Tak nampak ape yg dorg cuba sampaikan. Ke, aku sorg je yg rasa camtu?

But still, aku gembira sebab 2 lagu yg aku target menang, memang menang! HAhahahahaah! Takbur! Takbur! macam la aku juri!! Hhahaha..


NUke

Wallet pada aku mrupakan satu benda yg peribadi. Sebab dalam tu lah aku simpan IC, kad2 ATM, $, lesen, plaster, and name cards. So, mmg peribadi. Dan aku rasa kebanyakan org lain pun mrasakan yg wallet tu mmg stu benda yg pribadi.

Habit sesetengah org yg suka membuka wallet org lain tu memang ada. Dan aku pun ada juga 2 3 org kwn yg macam tu. Dan apa pula respon aku? DEPENDS. Kalau dorg selongkar wallet aku depan2 aku, aku cam tak berapa nk kisah sgt la.. kalau sembunyi2 n curi2 tengok tu.. mmg aku MARAH. Dah macam pencuri pulak kan? Bukan risau sgt sebab hilang duit, cuma risau hilang IC, lesen... n kad ATM. Normally, aku tak letak banyak cash dlm wallet, so, nak kata tak kesah hilang duit tu tidak la, cuma takde la terkilan sangat (kalau hilang).

Wallet yg sedia ada ni, aku da pakai since 2005. Wallet kulit yg aku dpt drpd Angah. Kesian Angah waktu tu sebab kena paw dgn aku. Takde lah mahal pun, tak cecah ratus2 ringgit. Tapi since ianya pemberian my sis, aku sgt sayang n jaga wallet tu...

But lately, ade gak terpikir nak beli wallet baru... yang macam dalam gambar kat bawah ni! Ada sesiapa yg nk volunteer membelanjakan aku wallet ni? Ada? Ada?

Ducti


NUke

Salam & Salam sejahtera.

Dah lama da tak update slot Pantang Larang. So, dah masuk episod yang ke 15 dah. Dan kali ni aku nk berkongsi pendapat ttg satu perilaku segelintir orang ketika memandu kenderaan. Terutamanya kereta lah!

Normal la kalau perasaan selfish tu ada kat setiap pemandu kat jln raya, especially bila drive kat jln2 yg bersimpang-siur or melalui jambatan sempit. So, bila dalam situasi mcm ni, kita takleh nk terlalu bermurah hati dengan memberi saja laluan kepada kenderaan di sebelah kiri @ kanan. Kalau tak, kita kena maki dgn driver kat belakang kita! hahaha.

Jadi, give n take tu perlu. Selfish pun kena ada SIKIT. Dan masing2 kna tau and ikut turn untuk menyelit2 dalam laluan trafik yg sesak tu. And apa kaitannya dengan mengangkat tangan?


Sebagai cara mengucapkan 'terima kasih' sebab bagi laluan; atau mungkin secara tak langsung kita berkata kpd pemandu lain "Kejap bro, aku nak masuk lane ni.. Bagi laluan ya!". So, bila driver lain nampak kita angkat tgn tu, takde la rasa cam bengang ke apa kan? Takdela dalam hati berkata camni...

"Comel betul! da aku bagi masuk jalan, angkat tangan pun tidak...!"

Bertimbang rasa lah kepada yang lain. Ini juga peringatan kepada diri aku sendri. :)


p/s: 'Comel' merupakan kata2 keji yg mulia bagi aku untuk tahun ini.

NUke




Aku rasa ni iklan TV Malaysia yang paling best n kreatif pernah aku tengok. Ala2 iklan MTV VMA. Bagus gak la, advertisement kat Malaysia ni makin maju. Huhuhu. Ke aku sorg je rasa macam tu? Based on promotion yg TV3 buat tahun ni, aku rasa kita boleh expect somethg 'meletop' kot pada AJL kali ni. Kau rasa sapa menang?

Susah gak nak teka ni.

NUke

Salam.

Aku tak tahu kenapa, bila family akak2 aku dtg bawa anak2 diorg semua, bilik aku sure jadi port. Maybe sebab takde katil, so masing2 telentang je atas tilam. Anak2 buah aku plak mula la nk menyelongkar rak CD aku, main baling2 jam tangan (Hahah!).

And for sure, Boboy sure akan bertanya ttg figure 'Batman' yg aku da simpan sejak 1999 pemberian Along tu.

Sorry la Boboy, uncle kau ni sayang ngan Batman tuh!

Some more, akan ada yg mula menekan2 keyboard aku sambil pakai headset & mendengar lagu.. Macam yg sorang ni:-


p/s: Rindu pulak dengan diorg semua!

NUke


Sebenarnya kisah masa lalu lah yg menjadikan kita sekarang ni. Kena amik iktibar atas segala kesilapan yg dah berlaku dan cuba memperbaikinya.

Aku ada 1 kehidupan yg teruk dulu2.

NUke

PE’US : Siri 1

"Dahtu? Last-last diorang couple tak?", Aisyah mencelah. Sampukannya itu menyebabkan Wahidah dan Izham sedikit geram. Memanglah, sedari tadi mereka asyik mendengar setiap butiran kata Amiroul yang menceritakan kisah Asyraf dan Xyryll.

"Bising lah kau, Aisyah! Biarlah Miroul habiskan cerita ni… tak sabar-sabar! Ha! Oul, ape endingnya? Couple ke diorang tu?", kali ini Wahidah pula bertanyakan soalan yang sama setelah fokusnya terganggu. Amiroul tidak segera menyambung ceritanya itu. Dicapai botol air mineral Spritzer di atas meja itu lalu diteguk perlahan airnya. Dia merasakan yang tekaknya kering setelah terus-menerus bercerita tentang kisah Asyraf dan Xyryll kepada Izham, Wahidah dan Aisyah.

Ya… couple! Sampai la sekarang…

Jawapan kepada persoalan sahabat-sahabatnya itu disambut dengan tawa si perempuan, manakala Izham bagaikan tidak percaya. Riak wajahnya berubah. Separuh hari Rabu keempat-empat sahabat karib itu terbazir begitu saja. Memandangkan mereka masih mempunyai waktu untuk menyiapkan diri bagi peperiksaan subjek Mekanik Kuantum, maka sengaja Amiroul mengajak teman-temannya itu bersembang dan berbual; sebelum terbuka kisah silam dua lelaki yang dahulunya tidak pernah dikenali; Xyryll dan Asyraf.

Eh Roul! Macam mana kau boleh tau details pasal story nih?

Diorang tu kawan kau ke, Roul?

Izham musykil, sambil menyandar pada bangku simen sambil jari-jemarinya ligat menekan butang handphone. Sambil mendengar cerita, Izham sibuk berbalas mesej dengan girlfriendnya.

"Akak aku yang cerita semua ni. Alya’ tu kakak aku… mestilah aku tau details pasal benda ni.

Hah?? Macam mana kakak kau tahu weh?”, Aisyah pula yang memberikan respon. Buku notanya segera ditutup dan matanya kembali tertumpu kepada wajah Amiroul yang berjanggut nipis itu. Wahidah juga mengikuti Aisyah. Buku yang tertutup itu diletakkan di atas meja batu itu. Mendengar suasana sunyi untuk seketika turut mengundang Izham untuk beralih tumpuan daripada skrin handphonenya kepada setiap wajah sahabat-sahabatnya itu.

Xyryll yg story semua ni kat my sis. Dia minta clash. Sengal kan? Harap je muka hensem, tapi minat kat jantan!

Entah apa yang kelakarnya, masing-masing tertawa dan mula mempersendakan Izham yang memiliki rupa dan menarik perwatakannya. Wahidah berseloroh, bertanyakan tentang status orientasi seksual Izham. Dan ianya berlarutan dengan gurauan dan hilai tawa mereka yang lain.

--

Tak larat la aku nak gelak… perut pun dah lapar! Jom geng, mapley!”, Wahidah akhirnya tewas dengan bingit yang dilaungkan mereka.

--

9.43 malam.

Check friendster jap lah!”, bisik hati kecil Amiroul setelah matanya muak dan penat menatap nota Mekanik Kuantum. Segera dilayari internet dan mendaftar masuk ke laman sosial tanpa batasan itu. Satu-persatu ruangan dilihatnya.

Hm, not bad… 165 views untuk hari ni! Ok la tu…

Klik..

Klik, Klik…

Sapa lak mamat ni? Tiba-tiba view aku…

--Bersambung…

p/s: Kembali!

NUke

Actually aku dah schedulekan entry ni siap2. Sebab hari Ahad ni aku mmg busy dengan pendaftaran sekolah adik aku yg sorg tu.

Hm, takde tajuk yg sesuai untuk entry kali ni sebab aku just nk menulis apa yang ada dalam kepala saja. Memandangkan aku tak reti nk menaip 'stuffs' dlm microsoft words dlu, maka the only way yg aku leh meluahkan apa yg terpendam ialah menerusi blogspot.

Kadang2 aku tak pasti apa tujuan aku berblogging. Adakah sebab aku mahu populariti? Atau sekadar mahu menguji kecekapan dan kemahiran menulis...? Mungkin juga aku mahu menunjuk2 tentang kebolehan aku berblogging dan bolehlah mencanang cerita sana sini. Paling koman pun kalau org tanya "Kau ada blog tak?", aku boleh la jawab "Ya...!"

Dan aku pun pernah terfikir dan bertanya kpd diri sendri; "Apa tujuan blogger2 yg lain ni berblogging?"

Dan sebentar tadi aku ada berbual dengan J. Rindu sangat pada dia. Dan serentak dgn tu, aku terfikir akan sikap dan prejudis masyarakat kita tentang persahabatan berlainan bangsa dan agama. Nasib baik J tu beragama Islam sungguhpun dia ada darah kacukan. Tapi adakah kemungkinan untuk aku direstui oleh keluarga dan masyarakat sekiranya kekasih aku itu asalnya berbangsa lain dan menganuti agama lain? Adakah kau juga pandang serong kalau aku bercinta dengan seorang Cina?

Dan aku masih tahu batasan agama.

Sejak dah bekerja, aku dah ada sumber kewangan sendiri, yang mana aku peroleh dari penat lelah dan cabaran aku mengharungi hari2 yg tak pasti di lebuhraya sebelum bertungkus-lumus di tempat kerja. Dan aku sedikit pun tak pernah menceritakan semua itu kepada para sahabat yang terlalu kerap minta dibelanja. Aku tak lokek wang ringgit bro; malah aku tau keperitan hidup as a student sbb aku pun seorg student dlu2. Aku suka berkongsi rezeki dgn kalian; cuma jgn meminta saja. Aku tahu rezki yg Tuhan berikan tu bukanlah semata2 utk aku, barangkali utk kalian juga. Hari ini mungkin hari kamu, esok lusa, aku pun tak pasti.

Beberapa hari lepas aku nyaris menemui satu kecelakaan jalan raya. Alhamdulillah, pd thn baru ni, aku masih mampu bergelak ketawa dan berjalan2. Mungkin tuhan nak tunjuk padaku akan kekuasaan-Nya yang mampu mengacah hamba2-Nya yang alpa akan suruhan dan larangan yang telah pun Dia tentukan.

Dan baru aku sedar dah lama jugak aku asyik missed dan asyik qada' Subuh.

Ya, lepas membaca semua ini barangkali ada 1 persepsi negatif drpd kamu tentang diriku. Kau boleh simpulkan yg aku ni Gila Populariti, Racist, Boros, dan juga seorang yg Malas sebab tak pernah on-time Subuh.

Dan aku akui kesilapan aku tu.

Tapi kamu mengaku kah setiap buruk perilaku kamu itu?

NUke

Sempena dengan tahun baru ini, saya NUke_Rude, penulis blog NUke Rude Blog ingin mengucapkan selamat tahun baru Masihi yang ke 2010. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. Moga2 kita semua dipanjangkan umur olehNya supaya kebajikan dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan taqwa kepada-Nya.

Okay. Asal masuk tahun baru je, for sure lah akan timbul soalan2 camni...

"Apa azam tahun baru kau?"; atau
"Umur kau dah meningkat ni nak... takde calon bini/suami lagi ke...?"

Gitulah lebih kurangnya. Untuk aku, soalan yang kedua tu jauh sekali pernah terpacul drpd mulut parents ku. Haha. akub bagi tempoh kat dorg lebih kurg 10 thn lagi kot! Ngeh2.. nasib la kau J, kna tunggu B kamu ni masuk meminang 10 thn lagi yer... Tu baru masuk meminang yer... Hahaha! Sian J!

Azam aku tahun ni? Takdelah byk sgt mcm thn2 lepas. Cuma mengharapkan thn 2010 jadi thn yg berfaedah dan terbaik untuk aku la. So, antara azam dan impian aku thn 2010 ialah:-

  • Menambahkan berat badan; koman2 pun 58 kg.
  • Mempunyai pelaburan kewangan; ASB, Unit Trust ke, Tabung Haji ke... (Wajib ada ni)
  • Skurg2nya ada simpanan RM4,000; yg mana duit ni aku tekad takmo sentuh langsung!
  • Kamera DSLR satu!! Model ape, tak survey lagi... advices please!
  • Bercuti di Sarawak! (setelah beberapa kali terbatal hajatku ini...)

Hm, itu saja lah azam dan wishlist aku utk thn ni. Selain drpd 5 perkara tu, of kos la nk support parents aku skit, adik aku yg thn ni amik SPM skit. Sambil memanjakan diri sendri dgn pelbagai benda2 yg tak berfaedah... Huhuhu.

Harap2 impian dan azam dapat dicapailah hendaknya. :)

NUke

.
.
.

Due to overwhelming responses (bajet! Padahal takdelah hangat pun sambutannya) on previous series, 'Ku Ampunkan Cintamu'; the author has decided to continue & work on a new series. Soon! Really... SOON!



Coming Soon.

p/s: Happy New Year 2010!

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.