Salam.


As usual, rambut pada aku adalah penting. Dulu2 zaman sekolah asrama, aku rasa banyak masa aku terbazir sebab-sebab yang berkaitan rambut. Antaranya ialah:-

i) Memikirkan rambut yang semakin panjang.
ii) Memikirkan style rambut yg bagus.
iii) Pikir pasal kedai gunting yang bagus dan murah... sesuai dgn jiwa pelajar.
iv) Membelek2 gel rambut kat pasaraya... semua ni penting bagi penggayaan rambut.
v) Memikir syampoo ape yg paling bagus utk buat rambut kelihatan mantap dan takde kelemumur.

Yah! itu antara pembaziran masa semata2 mahu MEMIKIRKAN hal2 lagha yang tidak mendatangkan untung kpd diri sendiri. Namun, masalah yg paling utama bg aku ialah masa yg diluangkan untuk menggayakan rambut. Sebab aku pernah cakap kat cikgu English aku dudulu... "My hair is my beauty..."

Haram jadah ape lah aku dulu2...

So, kelemumur sangat tak berguna bagi aku. Sebab aku suka pakai baju gelap dan kaler hitam. So, kehadiran kelemumur yg jatuh dr kepala merencatkan suasana hensem diri ini... dan juga kesemua lelaki lain. For sure lah kan, kalo korg pun tgh2 jalan kat Pavillion, pastu terserempak lak ngan org yg penuh kelemumurnya jatuh kat bahu... sure geli kan?


Jadi apa caranya utk memusnahkan ancaman kelemumur? Syampoo. Itu je lah yg dapat aku fikirkan. Well, ada sstgh produk mmg disyorkan pakai tiap2 hari, kalo boleh 24/7 non-stop. But ada jugak produk rambut yg tak menggalakkan penggunaan kerap. Mungkin boleh menyebabkan botak. Aku pun tak pasti.

Cuma bagi aku yang naif ni, aku rasa kesemua produk dan company jual syampoo ni penipu. Katakan lah, aku jual satu syampoo yg for sure lah boleh menghilangkan 99.9% kelemumur dgn satu or dua kali cucian. Dah tentu lah ramai org beli... pastu kelemumur dorg mmg hilang! Ha.. lepas2 tu dah takde org dah nak beli syampoo aku tu dek kerana dorg pun dah takde kelemumur. Logik kan?

Skang ni aku mula berfikir.. mana2 syampoo yg boleh mnghilangkan peratus kelemumur yg byk tu entah2 sebenanrnye mmberi dan mengembalikan kelemumur itu dgn pratus yg tinggi! Kalau lah betul begitu.. memang vavi ah tokey2 syampoo.

Semua itu hanya mainan bisnes yang mengaut keuntungan cuma! Mangsanya adalah aku... dan mungkin kamu... Shit!

Syampoo = Buih2 harapan yang menipu setiap kaum lelaki... (dan perempuan)

But don't take it serious okay! Banyak gak punca kelemumur utk kembali bertepek kat kepala. Stress adlh salah satunya! Cis!

NUke

Kau pernah tak rasa bosan dan semak dengan pandangan yang sama? Aku selalu rasa macam tu. Especially dengan keadaan dan posisi perabot dalam bilik aku ni. Tapi, masalah yg lagi besar ialah perasaan malas yang mula menebal. MAlas menjadi punca byk kerja aku tertangguh... Daripada menyapu habuk dalam bilik, hinggalah pengumpulan longgokan baju yang banyak untuk dibasuh pd setiap hujung minggu.

Dalam almari buku aku, bukan stakat ada buku... trofi, sijil, drum sticks, tin kosong... sampai lah kotak external hard disk 1.5TB. Tu tak kira lagi brape byk majalah Utopia yg aku collect time blaja kat MRSM dlu... Oh ya. Kalkulator saintifik fx-570 (yg menjadi kontroversi waktu SPM) dlu pun ada dalam almari buku aku tu...

Semak bukan?

Semalam tengah kebosanan, aku (sekali lagi) menyelongkar almari buku aku yang semakin penuh tu. Konkononnye nk clear kan apape yg patut la. But as usual, ended up with somethg yg lbh messier. Padan muka aku.

Dan oh! Aku ada terjumpa satu incomplete drawing of an aircraft... drawn by me during my super-best-form-5 time.

Bajet!



MAS Aircraft.

p/s: Aku fail dengan coloring... Ada sapa2 yg boleh tolong aku dgn digital coloring? Toksah la gelak.. aku tau ar lukisan aku tu buruk...

NUke

Salam.

di kesempatan ini, NUke Rude Blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Insyaallah, sama2 kita doakan agar mereka yang pergi menunaikan ibadah Haji dapat menyempurnakannya dengan haji Mabrur hendaknya. Moga-moga kita semua mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah yang Maha Esa. Amin.


Gambar tahun 1993. Cuba la cari yang mana satu aku...


NUke

Salam.

Alhamdulillah, demam makin pulih. Cuma tekak saja masih perit. Pantang kena bayu dingin, sure akan kedengaran alunan muzik batuk yang menyakitkan telinga. Kesian officemate aku. Takpe, aku masih berdoa dan berharap agar aku kembali pulih sebelum Aidiladha ini.

Uniform pada aku adlh sesuatu yg mengagumkan. Even sejak sekolah lagi, kita masing2 bangga ngan 'badan beruniform' masing2. Kadet bomba, PBSM, Pengakap, Kadet Polis, Putri Islam la.. apa bagai lagi lah. Masing2 kagum ni. Bercerita tentang hal itu ini.. Dan yang paling best, bila ada pertandingan kawad kaki. Sure lah yg mnjadi tumpuan team dr Kadet Polis & Pengakap... Tapi, tengah syok2 meneka siapa yg jadi juara, last2 pengetua, Pn. Rohani Bakar (of SMK Tmn Melawati) announce PBSM jadi juara kawad kaki. Padan muka yang lain!

Anyway, itu semua kisah lama.. era awal2 2000. Baru nak kenal dunia. Skang, dah keja. Dan nyatanya, aku takde kena pakai uniform kat ofis. Kalau tak, mesti suasana menjadi agak bosan bagi aku. Ye lah, tgk org sebelah pakai baju kaler yg sama, org dpan pun sama... org belakang pun sama gak. Tapi, sebenarnya uniform kerja ni menampak-kan ke-smart-an seseorg itu. Walaweh!

Uniform aku? Tak tentu. Kemeja sepanjang minggu. Yang bertukar cuma warna kemeja. Takpun ada yg satu color, otherwise baju belang2. Itu saja option yang aku ada. dan yang pasti, setiap pagi aku mesti akan pakai jaket. Dulu aku pakai jaket ala2 jaket hujan. Tapi sejak seminggu ni, aku suka pakai jaket Padini pemberian my big bro tu. Daripada duk dalam almari dan berhabuk, ada gak pekdahnya aku pakai buat alas badan pagi2 naik moto. Koman2 pun jaket tu berhabuk kena asap dan debu, pastu leh cuci...


Ye lah, aku naik motor saja, mestilah terdedah ngan habuk dan asap si lori2 besar yang mengangkut pasir. Sedangkan kamu, duduk dalam kereta ber-aircond. Cewah!

But lately, aku rasa mcm nak pakai singlet je pergi office. Patut ke? Sebab apa.. panas lah!?

NUke


40 Degree Celcius

Bleeding Nose

. . .


. . .

NUke

Salam.


Dah lama sangat aku tak update slot pantang larang, bukan kekeringan idea, cuma masalah malas menjdi2. Itu saja. Anyway, slot PL kali ni nk membicarakan tentang satu habit orang Malaysia ni yg suka menyandar pada tiang. Tiang apa? Kalau setakat tiang pagar rumah ke, tiang lampu ke, tiang khemah ke.. takdelah aku heran sangat. Tapi kalau ada habit menyandar kat tiang dalam LRT and komuter tu, apehal lak?

Perkara ni berlaku bila aku amik LRT dari gombak menuju ke KLCC untuk kerja! Untuk pergi ke KERJA ya, bukan bersuka ria. Pagi, crowded. Ramai orang masuk berhimpit2 dalam tren. Ada yg sempat duduk setelah berebut2 dan bertolak2an sesama sendiri. Ada juga yang sempat memaut tali pemegang yang tersangkut pada palang besi atas kepala tu. Dan aku lak camne?


Dah nasib diri sendiri dan beberapa lelaki kacak yang lain, kami terpaksa lah bergantung harapan dengan memaut tiang bhgn tengah tren. Tu pun sipi2 je. Nak tau sebab apa? Ada pulak seorang akak ni selamba rock dia je menyandar kat tiang tengah tu, sambil buat muka mnyampah. Eii!! Rasa cam nak tampor je!

Bukan apa la, dah tau tren ramai org, consider la skit. Bgi la org lain hold tiang tu. Kang terpegang tubuh badan itu karang.. haa tau nak melenting... (aku suka je!)

Mungkin dia ada masalah tulang belakang ataupun kecewa tak dapat duduk bersandar... jadi, beliau pun bersandar lah pada tiang itu sambil dikelilingi lelaki2 tampan. Oh! Mungkinkah itu tujuan sebenarnya?

Oh No!

p/s: Happy Birthday to J! May your wishes come true. Eh betul ke aku nyer ayat tu?

NUke


Remember aku pernah review album 'Out of Ashes' daripada kumpulan Dead By Sunrise? Okay, single pertama dorg - 'Crawl Back In' mmg dah lama receive airplay & video clip pun slalu je main kat MTV. Minggu ni, dorg releasekan single kedua lak; 'Let Down'.

Sedap gak sebenarnya lagu ni. Aku nyer favourite song drpd album diorg nih.





Song : Let Down
Artist : Dead By Sunrise

Album : Out of Ashes

MyRate: 4.0 / 5.0


NUke

Sini aku senaraikan lagu2 yg layak ke final AJL24 mngikut turutan:-

1. Aku Skandal - Hujan
2. Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
3. Aurora - Estranged
4. Bengang - Akim
5. Aku Rindu Sayang Kamu - Black
6. Dan Sebenarnya - Yuna
7. Rindu Terhenti - Tomok
8. Pakai Buang - Stacy
9. Kau Aku - Aizat
10. Pergi - Aizat
11. Situasi - Bunkface
12. Bencinta - Faizal Tahir (digantikan oleh Shila)
13. Cinta Adam & Hawa - Misha Omar
14. Masih Jelas - Hafiz

More update on AJL later.

NUke

Siri 12

Aktiviti riadah sebentar tadi sememangnya sesuatu yang baru buat Asyraf. Dia merasakan yang skuasy mulai mendapat tempat dihatinya. Segera dirancang waktu-waktu lapang petangnya bersama-sama Xyryll dan Khairul.

--

"Alya' mesej kau ke tadi?", sapa Xyryll yang sama-sama berjalan dengan Asyraf menuju ke blok kediaman. Terperasan olehnya riak wajah Asyraf yang sedikit berubah selepas dia diajukan dengan soalan itu. Segera Asyraf menyeluk poket seluarnya dan memberikan telefon bimbitnya kepada Xyryll. Ya, Asyraf memang tidak kisah dan memberi kebenaran kepada sahabatnya itu untuk membaca 'inbox' mesej-mesejnya.

"Apahal pulak minah ni..? Tiba-tiba je!"

Ya, memang itulah respon, reaksi, dan paculan kata-kata yang diungkapkan oleh Xyryll selepas dia membaca berulang-ulang kali mesej yang dikirimkan oleh Alya'. Sambil mengeluh dan berbincang sesama sendiri, kedua-dua jejaka itu melajukan langkah sementelah mendapati waktu maghrib semakin hampir.

--

Xyryll terkial-kial menyiapkan tutorial Bahasa Inggeris-nya. Dia yang sememangnya 'terkenal' dengan penguasaan yang mantap dalam subjek itu, dengan mudah saja menyiapkan karangan 13 mukasurat yang diminta oleh pensyarahnya, Puan Hamidah.

"That's it! Siap dah! Yeeha!"

Sambil belenging tidak berbaju, dipaling tengkuknya ke arah meja belajar Asyraf. Tiada apa. Asyraf terbaring di katil, merenung siling yang putihnya semakin pudar dek usia bangunan barangkali. Langsung saja Xyryll datang menghampiri temannya itu dan duduk di hujung katil. Tangannya menepuk betis kiri Asyraf.

"We'll figure it out, okay?!"
"Jap lagi aku nak beli roti bakar kat kafe, kau ada apa-apa nak kirim tak?"

Masih sepi. Xyryll berdiri untuk kembali ke ruang mejanya, ingin mengambil dompet sebelum ingin keluar ke kafeteria. Belum sempat disarungkan singlet hitamnya itu, Asyraf memanggilnya. Segera langkah diatur ke arah Asyraf yang sudahpun kelihatan duduk di atas katil. Belakang kepala Asyraf disentuh lembut, rambutnya sedikit diusap.

"Later, okay! Later..."

--Bersambung...

NUke

Salam,

Will not be able to read your comments & reply. Currently busy with on-site preparation of projects.


Will update soon.

Don't miss me ya!

NUke

Cis!

Ray (one of my friend) merupakan org yg pertama tegur aku pasal gelak ketawa. Dia kata, the way aku gelak thru blog or YM adalah sama dengan cara gelak aku in real.

Ha ha ha.

Kau gelak macam mana lak? Ha? Ha? Ha ha ha....

Thanks ray!

NUke

Actually, aku takdelah plan nak publish any entry hari ni. Mungkin sebab malas nak edit gambar utk topic yg ada dalam kepala ni. Lagipun, kalau nak update series, rasanya masih awal lagi. Just now, aku tlg my mom dengan her blog. You can visit here.

Apape pun, walaupun mngambil masa nearly sejam menolong ibu, aku rasakan yg ianya perlu dan menjadi tanggungjawab sebagai seorang anak. Bukanlah mahu berlagak baik, cuma, lebih kepada malu terhdap diri sendiri. Lagipun, menlong ibu bapakan satu amalan mulia, kan?

Aku menulis malam ni dengan penuh emosi dan tanda tanya. Kau pernah terfikir tak kalau satu hari nanti, kau akan mati dan ketika itu, tiada seorang pun akan datang menziarahi kau? Atau, kau mati kemalangan, kena langgar treler, tapi takde sorg pun nak tolong alihkan cebisan mayat kau yg berterabur kat tgh jalan?

Tak pernah kan? Aku pun tak pernah terfikir gak. Tu cuma imaginasi liar aku saja. Sengaja mahu men-saspenkan para pembaca.

Kali ini serius.

Kau pernah dengar tak, kalau2 ada tafsiran mimpi ke apa ke... Sebab 2 3 hari ni, aku ada mimpi someone yang dah meninggal dunia. Kali pertama aku mimpi, arwah tu tgh baring disebelah ku. Kali kedua pula, aku mimpi yg arwah ada di laman rumah tgh menyapu laman.

Dan tadi, ketika aku sedang menunggang motor utk balik ke rumah, aku tiba2 teringat akan semua pesanan mereka yg mengenali aku.

Kau pernah terfikir tak bagaimana kau akan mati?

Aku pernah. Dan lately aku merasakan yang ianya mungkin akan jadi kenyataan kot? Oh ya, dan aku pernah mention akan hal ini kdp one of my sisters.... very long time ago. I guess, nearly 5 years ago.

Dan aku mulai rasa takut sebab aku rasa aku belum bersedia.

"Ya Allah, kalau dengan nyawa kurniaanMu ini akan menambahkan amal jariah kepadaku...."
"...Dan kalau ianya cuma hanya akan menambahkan dosa bagiku..."

"Aku redha."

"Kau lindungilah insan yang aku cintai dari segala malapetaka. Dan ampunilah dosa2 mereka terhadapku."

NUke

Sedang asyik melayan game di facebook, aku mendengar lagu2. Random songs. Tiba2, terkeluarlah lagu 'Sentuhanmu' by InTeam. Ya. Lagu itu betul2 menyentuh hati aku ketika ini.

Sentuhanmu
InTeam

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

--


Bila kali terakhir aku peluk ayah?

Aku pun lupa. Maafkan aku ayah. Aku sayang ayah.

NUke

Salam.


Actually, mak aku salu bising2. Sebab, kalau dia balik keja lambat je, konfirm takde lauk pauk yg siap dimasak kat rumah lagi! Haha, maklumlah, selain mak aku, penghuni rumah ni semuanya lelaki. Ayah aku akan masak kalau dia rajin je. Haha. Aku lak? HEhehe.. Bukan tak reti, cuma.. MALAS! Haha!

Anyway, masakan aku takdelah hebat bebenor. Konfirm lah tak sesdap masakan ibu. Citarasa pun, ikut selera tekak sendiri je. Sebab tu aku malas masak kat rumah kalau ibu ada! :)

Tapi bila dah kena tinggal sorg2 kat rumah ni, tpaksa lah masak. Masak megi barangkali. 2 bungkus megi.

Aku tak rajin masak. Cuma rajin menolong je. Kalau akak2 aku wat open house, aku lg prefer tlg diorg masak, daripada basuh pinggan! Sebab memsak tu best sebenarnya, cuma bagi aku ni, kalau ada partner yg masak skali, lagi best. So, kalau ada fiesta2 ke yg akak2 aku buat, konfirmlah aku stay kat dapur, menggoreng apa bagai la. Best dowh!


Menu Bihun Pedas ala NUke Rude:-

Ramuan2nya:
1) Bihun
2) Minyak :D
3) Udang / Fish cake / fish ball / apa2 seafoodlah yang kau ada.. sotong ke...
4) Garam, serbuk perasa skit.. paling senang kau guna je Maggi Cukup Rasa. Tu pun boleh.
5) Kicap tamin.
6) Sayur sawi. Kalau nk letak petai pun boleh. Ikut suka kau lah!
7) Tauhu yg dah digoreng.
8) Cili boh / Cili giling / Cili mesin... atau apap2 lah nama yg korg panggil...

Cara2nye:
1) Panaskan minyak skit dlm kuali.
2) Masukkan cili mesin tu ikut byk mana kau nak. Kalau nk pedas, letak lebih.
3) Kalau kau tgk cili tu mcm dah kering, tambah la skit air!
4) Masukkan bihun yg dah direndam tu. Gaulkan ngan cili tu.
5) Ha, skang kau masukkanla segala macam lauk ko ada... Fishball, fishcake, udang ke...
6) Masukkan garam skit, pnambah perisa ke apa.. Gaul sebati!
7) Kalau nk bagi budak2 makan, letak kicap skit, takdela kaler bihun tu merah sgt! Kang gerun bebudak tu nk makan!
8) Masukkan tauhu goreng yg dah dipotong dadu!
9) Last skali masuklah sayur sawi. Sayur kena masuk last2, kalo tak nanti, tak semenggah lak rupenye. Kecut jer.. Gaul2 skit.. Siap lah!


10) Baca Bismillah dan doa makan.. Pastu kau makan lah!

Selalunya aku tak gunakan 'exact' amount dlm pnyediaan ramuan. Sebab selalunya aku bajet2 sendri & calculate dlm kpala je. Sebab tu la Resepi ni dinamakan Bihun Pedas ala NUke Rude. Kau nak cuba? Cubalah.... at your own risk!

Tata!

NUke

Salam.


Dah lama tak bercerita ttg pendapat peribadi or perkara di sekeliling. Asyik2 update series je, hahaha. Okay, usually aku mmg takde masalah sangat mnghadapai traffic jam since aku pergi kerja naik moto. So, senang je mencilok sana-sini; dengan risiko dihimpit lori dan kereta tu agak tinggi lah. Paling koman pun menanggung risiko melanggar side mirror kereta org lain. Padan muka, sape suruh kereta korang rapat2 sangat, kena lah langgar!

Huhu, tapi, bila aku kuar naik keta, aku pasti berhadapan dengan masalah traffic. Tak kira lah kalau destinasi itu dekat atau jauh. Traffic jam ni mmg suka mengekori aku kalau aku naik keta. Revenge kot?!

Bila jalan jammed la (especially malam), aku leh tgk the beauty of red lights. Actually, lampu2 merah yang menyala dari setiap kenderaan tu meriah. Terang je suasana malam. Sama gak dengan lampu2 cerah keta2 dr arah berlawanan. Aku suka.


Ya, aku ghairah terhadap cahaya pada waktu malam. Bukan lah sebab aku takut gelap, cuma aku rasa aku ni terlebih 'urbanisasi' kot?! Hah? Apekah? No lah, aku cuma suka city life pada waktu malam. All the neons, and the congested traffic pada waktu malam. Pada org lain, itu mungkin semak dan menyesakkan.

Bagi aku, sinar cahaya merah dan putih yang mewarnai jalanan malam itu adalah seni.

Bila lah aku nak beli kamera canggih ni?

# Aku dah addict ngan muzik. Again.

NUke

Siri 11

Hai. Watpe 2?

Setelah sekian lama Asyraf tidak berhubung dengan Alya', akhirnya dia mengambil keputusan untuk memulakan langkah semula. Ya, langkah-langkah perkenalan yang sebelum ini terhenti seketika dek gangguan dan ketidakstabilan emosi antara dirinya dan Xyryll. Namun, apa yang diperolehinya hanyalah kekecewaan, setelah sms yang dikirimkannya kepada Alya' itu tidak berbalas.

"Kau kenapa ni, bro?", sapa Xyryll, sambil menghulurkan secawan kopi panas kepada Asyraf. Hubungan persahabatan yang sedikit tercalar tempoh hari, semakin menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih.

Sambil menyambut gelas yang dihulurkan, Asyraf menjelaskan kekecewaan yang dirasainya terhadap Alya'. Entah mengapa, setiap kiriman sms yang dihantarnya tidak dibalas Alya'. Marah kah? Mungkin merajuk barangkali? Atau sibuk dengan persediaan peperiksaan?

Atau mungkin nafsu dan minatnya untuk membina persahabatan bersama Asyraf tidak lagi wujud. Hilang sama sekali? Hanya empunya diri yang tahu. Ya, hanya Alya' yang ada jawapan kepada semua persoalan itu. Xyryll yang sedari tadi mendengar, kini menyandar pada dinding sambil cuba mengalihkan perhatian Asyraf.

"Sudah-sudah lah tu. Bagilah dia masa ke apa... Mungkin busy dengan assignments kot."
"Entahlah Ryll.. aku ingat..."
"Dah! Aku nak main skuasy. Dengan Khairul. Kau nak join tak?"
"Duh! Aku mana reti main lah. Pegang raket squash pun tak pernah..."
"Aku leh ajar. Khairul pun boleh ajarkan."
"..."
"Nak join tak? Pukul 5 nanti aku nak pergi kompleks skuasy."
"Layan je lah."

---

Petang itu, Asyraf mempelajari cara bermain skuasy; dengan bantuan Xyryll dan Khairul. Sungguhpun baru belajar, tapi ternyata Asyraf cekap dan mahir menguasai teknik permainan dengan cepat. Seronok pula rasa dirinya mencuba permainan memukul bola getah ke arah dinding.

Sementara Khairul mengajar Asyraf teknik-teknik membuat pukulan, Xyryll mengambil peluang untuk duduk dan berehat sebentar di luar gelanggang. Peluh di badannya deras mengalir. Dicapainya tuala kecil untuk mengelap dahinya yang basah. Sesekali, dia menyeluk beg kasutnya untuk mencapai telefon bimbit. Manalah tahu kalau-kalau ada orang menghantar sms.

Tiada apa.

Diseluk pula beg kasut Asyraf, lalu diambil telefon bimbitnya. Satu mesej diterima. Menyedari akan hal itu, segera dipanggil Asyraf yang sedari tadi ghairah mencuba teknik-teknik bermain yang diajar Khairul.

"Wei! Ada mesej!"
"Siapa?"
"Entah. Kejap..."

"Alya'!"

Segera Asyraf keluar meninggalkan Khairul di dalam gelanggang. Dicapainya telefon bimbit daripada tangan kanan Xyryll. Tidak sabar dirinya untuk mengetahui isi kandungan mesej itu.

'Sorry. Mungkin ini sms terakhir drpd sy. Kalau blh, lpas ni jgn sms apa2 lg pd sy.'

Terdiam. Dahinya berkerut.

"Apahal pula si Alya' ni?"


--Bersambung...

NUke


Dah lama sebenarnya nak reviu album or lagu dalam blog ni, cuma tak berapa yakin dan mungkin tak cukup masa nak blog about that. Ye lah, some more internet punya connection pun on and off saja. Anyway, aku mulakan sesi review music dengan album 'Out of Ashes' by Dead By Sunrise.

Band ni (bolelah) dikatakan another side project utk Linkin Park; dianggotai oleh Chester Bennington, Amir Derakh, Ryan Shuck, Anthony 'Fu' Valcic, Brandon Belsky & Elias Andra.

Berkonsepkan 'pure rock', aku rasa album ni tak terlalu berat dan memeningkan kepala. Cuma biasa lah, kalau dah ada Chester Bennington, we all can expect few screaming parts in some song. But, overall, ia satu permulaan yg bagus utk Dead by Sunrise. Nak kata muzik nya dipengaruhi Linkin Park... rasanya jauh sekali, sebab band ni ada 'style' muzik yg unik. Kalau ko minat ngan LP, obviously ko leh tau beza muzik mereka ngan Dead by Sunrise.

First single, Crawl Back In mmg dah lama available and on-play. TAPI aku tak pasti yg lagu ni dah receive airplay kat Malaysia, maklumla, lagu2 mat saleh ni, Malaysia mmg lambat play! Betulkan?

Crawl Back In pada aku hanya moderate. But ada 2 3 lagu lain dalam album ni memang sedap! Antaranya 'Let Down', 'Walking In Circles' & 'Too Late'. 3 lagu ni.. kalau ko layan muziknya and lyrics, mmg masyuk... serius.

Damn! aku skang ni mmg dah jatuh cinta dgn album ni. Tiap2 malam dengar...

MyRating: 3.0/5.0
FaveSong: Let Down

NUke

Guess what? Aku masih di office. Banyak sangat kerja dowh!

7:14 PM.

Ada 7 meja dalam department aku nih.
Dan diketuai oleh 1 manager.
Dan 4 yang lain adalah kami, si pekerja di bawah seliaannya.

Walau apa pun komen buruk yg diberikan kepada department ini,
aku hanya mendengar. Kerana apa? aku bekerja dgn mereka,
aku tahu apa yang mereka lakukan.

Lagipun, inilah sumber rezki ku.


Terima kasih.

NUke

It only takes 305 days to (just) realize that it's now November 1.
How I wish there is no tomorrow for me.
As they wished to fade me out.
And it's too late before November (would) come.

---

That was a 'monoblog' luaran yang aku tiba2 ingin luahkan. Mungkin ia akan berkembang mnjadi sebuah lagu pada masa akan datang. Siapa tahu? Well, aku baru perasan yang stalker aku dah cecah 100 orang! Thanks to all my followers. And you, the readers... Hari ni dah masuk bulan November, sekejap je rasanya. Dah nak hujung tahun. Dah nak habis dah satu lagi tahun yang penuh dengan peristiwa pahit dan manis.

Anyway, sarkastik. Sehingga aku mencari makna perkataan itu dalam kamus tadi, aku sememangnya tak tahu apa makna perkataan itu. Most of the time, my friends, colleagues, enemies, readers, and whoever.. melabel aku sebagai 'someone yg penuh dgn kata2 yg sarkastik'.

I take that as a compliment...

Jujurnya, adakah pe-labelan itu sesuatu yang buruk atau sesuatu yang baik? Aku melihatnya sbg sesuatu yang baik dan memajukan diri. Kerana, aku perlu menetapkan pendirian, dalam masa yang sama, perlu menghargai setiap pandangan org lain terhadap diriku.


Be positive dude!

NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.