Salam.

Selamat Hari Lahir Tanah Melayu yang ke 52. Tapi, sayang... kau telah bertukar nama. Elok2 dah ada nama melayu, nama yang sesuai dengan asal usulmu, alih2 nak tuka nama yg ada unsur ke-mat-salih-an. Nama kau kini Malaysia. Gerek seh! Bak kata sorg kawan aku. Dah 52 tahun. Tua dah kalau nak dibandingkan dengan aku. Aku ni, nak mengundi pun belum cukup umo. Kena tunggu lagi sebulan la baru leh register as pengundi. Tapi, malangnya, aku tak tahu sama ada aku patut register sbg pengundi atau tak. Bukan apa, walaupun Tanah Melayu dah merdeka, tapi aku tetap khuatir kot2 kalau once aku dah register as pengundi, nama aku ni nnti diguna oleh pihak2 tertentu utk pilihan raya kecil yang mana aku tak menetap pun kat kawasan tu. Kiranya, aku ni jadi pengundi hantu la. Tapi kalau tak register kang, takleh nak mengundi lak. nanti lah. Tu belakang kira.

Sejak Tanah Melayu ni dah merdeka, tiba2 ada Proton Saga. Dan tiba2 jugalah ada Perodua Kancil. Bangga tu beb! Kereta nasional. Tapi, itulah... Pantang ter'sentuh' tiang pagar rumah sikit.. dah kemek! Merdeka kah kereta nasional itu daripada pembaziran yang tidak sepatutnya? Ah, itu pun belakang kira sebab aku sendiri tak punyai kereta lagi.

Tanah Melayu merdeka dari jajahan British. Tapi sehingga kini, kita si muda mudi, tetap meminati Coldplay; satu band muzik British yang memang sedap lagu2 mereka. Tak kurang ngan itu, pakaian anak2 muda (dan tua) juga pun ada berkonsep2kan Inggeris. Ingatkan dah merdeka dah, rupa2nya ada juga saki baki penjajahan moden kat Tanah Melayu ni. Oops! Malaysia. Muzik, fesyen, dan hiburan semuanya universal la. Biaq pi lah. Music is a universal language. Kata aku dalam hati.

Dalam kita cuba menghayati erti sebuah kemerdekaan, kita acapkali terlupa dengan pejuang masa silam. Tok Janggut? Siapa tu? Dato' Bahaman? Ah? Ulang balik?? Mat Kilau? Kau sebut Mat Kilau atau M. Daud Kilau?

Sedarlah wahai sahabat dan bangsa Malaysia-ku, tanpa mereka yang berkehendakkan kemerdekaan (kebebasan) daripada sebarang bentuk penjajahan... kita secara tak sedar telah membiarkan diri kita dijajah. Oleh siapa? Oleh setiap perkara yang mengubah diri sendiri. Bebas kah kita sebetul-betulnya? Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Aku juga begitu. Dan ini juga peringatan kepada diriku.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52.

NUke


Salam.

Freebies. Betul ke ejaan aku tu? Hm, benda-benda free. memang best kalau kita dapat kan? Tapi, freebies dgn hadiah menang peraduan tu aku rasa tak sama. Kalau hadiah menang peraduan, maknanya ada skit pelaburan n stiap pnyertaan tu ada peluang untuk menang. Sedangkan freebies tu benda2 yang dibagi scra percuma kpd org ramai. Ye ke?

Huhu, selama aku hidup ni, ada gak la 3 4 kali aku dapat benda2 free. And kadang2 tu ada gak aku menang hadiah praduan. haha. tapi selalunya aku menang peraduan la. Tak kesah la gores dan menang ke, main tikam2 time skolah2 dlu, or menang kuiz sms. hahaha. Dan selalunya hadiah yang aku menang tu nilainya takdelah besar sangat. Tapi, ok la untuk menghiburkan hati. hahaha.

Tapi, hadiah peraduan yang paling mahal penah aku menang ialah tiket konsert. Haha, last year punya cerita. Hotlink ada wat contest via sms. Jwb 3 soklan mudah dan berpeluang menang tiket konsert. Konsert siapa? Avril Lavigne. Haha, member2 rapat aku sure tahu ke-die-hard-fan-ian aku kat minah Avril ni, so, mula2 aku dapat tau minah ni nk wat konsert kat KL, aku konon2nye nak la beli tiket, alih2 mahai la pulak. So, aku pun biar je la. Sampai la 1 pagi tu aku join je la kuiz sms tu tanpa mengharapkan kemenangan! (sebenarnya mngharap gak menang! haha).

Dah rezki, dapat la aku 2 tiket konsert worth RM180+ each. Huhu. Sapa yang pergi? Aku and member kamcing aku since form 1, Izham. Dah dia je yg free time tu. And konsert tu on pada 29 August 2008.

Eh! Last year la!! ngam2!!!

Skang ni aku malas dah nak masuk apape contest sebab 'luck' dah kurang! hahaha.

NUke


Kita ni manusia. Tak pernah terlepas daripada persepsi baik dan buruk manusia lain. Dan dalam masa yg sama, kita jugak ada persepsi tersendiri kat orang lain. Jangan tipu la. So, slot Pantang Larang kali ni nak mengupas isu (isu kah?) melabel orang lain.

Hah! Katakan lah kita nampak ada sorang laki ni jalan kat Pavilion. Gayanya segak, dengan kaca mata hitam disangkutkan kat atas jambul. Then, kita noticed gak cara dia berjalan agak meninggikan kepala sambil tak menolih kiri kanan...

The first thought yang dtg kat dalam kepala ialah "POYO gila mamat tu..."

Ok. Situasi lain lak, kalo ada member kita ni asyik nak marah2 dalam blog/dalam real life. Kiranya, pantang ditegur skit or else, nak melenting je kejanya. Label yang dia dapat ialah "BUDAK EMO".

Dalam kuliah lak, ada sorang budak yang mmg tak pnah missed class and always duduk depan & sentiasa ada soalan yg nak dtanya kat lecturer... label yang dia dapat ialah "NERD".

Label. Macam2 label kita selalu bagi kat orang. KEPOH, POYO, LANGSI? .. et cetera.., but then, kita sendiri pun tak sedar ada juga org yang melabel kita. Well, aku rasa sikap or habit melabel ni tak elok diteruskan. Kalau orang tu tak kaco kita, why should we kaco dia kan? Suka hati dialah nak poyo ke apa. Huhu. Tapi itulah realitinya. It happens everywhere, ryte?


NUke

Maha Hebat ujianMu
Akui kini, aku si hamba lemah
Besar ujianMu terhadapku
Ya Allah...

Ramadhan yang suci
Memberikan kesan kepadaku.
Ampunkan segala dosa dan salahku
Ya Allah...

Jangan biarkan aku terus berputus asa
Ya Allah, Ya Tuhanku...


NUke



Siri 5

Segera ku capai telefon bimbit itu. Dalam leka aku memerhati nombor yang terpampang pada skrin, Xyryll menolak daun pintu. Berpaling. Melihat kami sesama sendiri. Bisu. Tanpa suara. Hanya dengkuran Arief sahaja yang kedengaran. Riak wajah Xyryll kelihatan sedikit berubah.

"Kenapa?", tanya Xyryll memecah kebuntuan yang sepi.

"Tiada apa, ada satu mesej untuk kau."
"Jangan risau, aku tak baca..."

Telefon bimbitnya aku letakkan semula di atas meja. Aku kemudiannya kembali ke bangku berhampiran meja tulisku. Xyryll pula dengan pantas membaca mesej yang diterima. Dan apa yang nyata, mesej itu dikirimkan oleh Alya', seseorang yang masih misteri identitinya bagi aku. Siapa sebenarnya Alya' itu? Mungkinkah dia sahabat Xyryll. Atau kekasih? Saudara barangkali? "Ah! Jangan terlalu difikirkan tentang seseorang yang kau sendiri tidak kenal, Asyraf", teriak hati kecilku.

"Asyraf."

Xyryll berdiri betul-betul di belakangku. Aku menoleh menghadapnya. Dari wajahnya aku tahu yang dia sememangnya menyembunyikan sesuatu. Dan jauh di dasar hati dan fikiranku, aku memberontak mahu mencungkil rahsia yang dipegang erat oleh Xyryll.

"Bukannya aku berniat nak berahsia... tapi, aku rasa aku perlu berterus terang.", tambah Xyryll. Dia kemudiannya duduk di atas katilku. Aku cuba bertindak seperti biasa, seolah-olah tiada keraguan dan kemusykilan dalam kepala. Cuba untuk membuat tidak tahu.

"Sebenarnya, Alya' tu kawan lama aku. Kawan sewaktu aku duduk di rumah lama. Di Cheras."

Aku diam. cuba mendengar setiap penerangan yang Xyryll berikan. Cuma sesekali aku mengangguk, memberikan respon supaya Xyryll meneruskan penceritaannya itu.

"Perempuan yang kau tenung-tenungkan time di Melaka Sentral tu adalah Alya'. Since kau tak nak and tak ada usaha nak dapatkan nombor telefon dia, so, aku bagilah nombor dia pada kau. Mungkin kau tak perasan aku letakkan kertas dalam kocek seluar kau waktu dalam bas Patt Hup haritu. Dan jujurnya, memang aku yang beria-ia menyuruh Alya' melayan setiap sms yang kau bagi kepadanya."

Diam.

"Aku harap kau tak kisah. Sebab aku tengok dari zaman kita sekolah menengah lagi, kau tak ada girlfriend... So..."

Belum sempat Xyryll menghabiskan ayatnya, aku menyampuk. Memutuskan bicaranya. Aku senyum kepuasan, setelah mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

"Terima kasih Xyryll, kau memang sahabat sejati. Kau tahu apa yang aku perlu kan?"

"Jadi, kau tak marah?", tanya Xyryll yang sedikit musykil.

"Tak. Dan kalau kau benarkan, boleh tak aku terus mahu berkawan dengan Alya'?", ujarku kepadanya.

---Bersambung...


NUke



18 Ogos lepas, lebih kurang jam 4.05 ptg, aku naik atas pentas untuk amik skrol (skrol kah?) Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Sains Nuklear); setelah 3 tahun belajar di UKM. Mungkin ini menjadi moment of my life yang bergelar student sejak berusia 7 tahun lagi. Syukur kepada-Mu ya Allah. Terima kasih ibu & ayah. Terima kasih para guru dan pendidik. Dan tidak lupa, terima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa mendoakan.



Nuclear Science : Where Atomic Expert Is Born

Bergaya jap ngan Nora.

Practice baling cap ngan Ferdi.


Apai & Izham - my very best friends!

Terima kasih Ayah & Ibu.

That's It!

NUke


1 Ramadhan pun tiba lagi.

Sama seperti tahun2 sebelumnya.

Dan kita, umat Islam pun melaksanakan rukun Islam yang ke-3.

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al-Mubarak.

Semoga doa dan keampunan yang kita pohonkan diterima oleh-Nya.


NUke



Salam.

Pernah tak time korang masuk asrama, and ada sesi suai kenal. Then, kita masing2 disoal "Asal dari mana?". Sure pernah kan, even time memperkenalkan diri dalam kelas pun kita diajukan ngan soalan tu. Huhu. Kalau ditanya kepada aku, aku akan jawab "Asal dari Kuala Lumpur."

Reaksi si polan yang bertanya mungkin tak banyak beza. Mungkin ada yang tidak hirau, dan mungkin ada yang memberikan pandangan sinis. Tak kurang juga dengan reaksi orng2 sekitar yang turut berada di situ. Dan salah satu respon yang aku kurang gemar ialah:-

"Oo.. Budak bandar lah ni..."

dan itu masih dikira okay lah. Lagi yang aku tak suka kalau ade yang memberikan respon sambil berbisik2 dan menjeling2..

"Oo.. Budak bandar lah ni... Patutlah pun..."



Apa yang di'patut'kan pun aku tak tahu. Tapi, aku tetap senyum. Aku tahu, kalau kita kata kita ni dilahirkan di bandar, sure sikit tak banyak ada persepsi negatif dr segelintir org. Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin 'bandar' tu memang sarang maksiat, bak kata sorg kenalan aku dulu. Ya, aku akui. Memang bandar merupakan satu srg maksiat. Dahtu, kalau aku kata yg aku ni org bandar, maka kesimpulan awal kamu ialah "aku ni ROSAK dan budak bermasalah"? Begitu.

Ya, aku rosak dan bermasalah. Sebab apa? Sebab aku ni budak bandar. Hidup dan membesar di tanah yang penuh dengan pusat hiburan yang mengalpakan. Hidup dan membesar di kota yang penuh dengan benci dan noda hitamnya. Dan dicelah2 itu lah aku mendapat ilmu yang mematangkan diri, dan ilmu yang aku cari dalam usaha memajukan diri.

Syukur ya Allah.


p/s: Lahir dan membesarlah di mana saja, bandar atau kampung. Yang penting fikiran dan iman.



NUke

Salam.

Kuasa tuhan. Semalam baru je aku bergembira sebab naik pentas and terima sijil degree aku. Tapi, petang tadi, aku diuji lagi. Kuasa tuhan. Dia yang mengetahui sebab berlakunya satu-satu perkara itu. Aku tahu ada hikmahnya. Huhu..

Petang. Kira-kira 5 minit jarak perjalanan dari rumah. Ketika aku tak sabar mahu pulang dan rebah di atas tilam, dan ketika aku sedang fokus menunggang motor.

Sebuah lori yang bawak tong2 gas menghimpit ke tepi, di sebelah kanan aku. Mendahului aku, dan bahagian belakang lori itu melanggar motorsikal ku.

Sadis kan.

Nasib baik aku tak jatuh, but then motor aku tu mngalami internal failure yang teruk. Fok, or spring absorber tayar depan motor itu telah PATAH. Huhuhu. Mudguard ade skit crack.

Dan lori tong gas tu boleh plak blah sebegitu saja. Bagus kan?!

Aku patah kaki. Bukan lah sebetulnya. Cuma patah kaki untuk bergerak ke sana sini. Macam mana la aku nak pergi kerja esok ni?



NUke

Semalam, sedang aku leka2 melayari dunia maya, tiba2 ibu mengetuk pintu dan menunjukkan muka. Senyum je. Aku pun senyum la balik! Ingatkan dia nak offer air kopi ke apa. But then, satu persoalan yg lebih kpd ajakan tlh pun diajukan kpd aku.

"Jom kita solat Isya' sama-sama. Dah lama kita tak solat jemaah sama-sama."

Aku senyum. Terkejut. Dan yang nyatanya, aku cuba mencari pelbagai alasan untuk mengelak. Tapi tu cuma dalam kepala otak je la. Lama aku tersengih. Dan lama juga ibu tersengih kat aku, menantikan jawapan "YA".

Tak sempat aku nak mngelat2, ibu pun terus berpaling dan mnuju ke bilik dia. Huhu, aku dengan rasa serba salah, mengikut ibu ke biliknya dan suruh dia tunggu aku amik wudu' jap.

Solat Isyak.

Selesai solat, aku berpaling ke blakang, aku tgk ibu berdoa. Mengalir air mata dia. Aku sedih. Aku cuak. Dan aku risau. Segera aku salam dan kucup pipi ibu. Basah pipinya. Air mata masih lagi bergenang. Dan satu perkara yang aku tak mahu dgr pun terkeluar drpd mulut ibu.

"Dah besar dah anak ibu. Syukur lah, ibu sempat tgk Nuke (realitinya, ibu sebut nama aku lah!) besar. Tapi tak tahu lah sempat ke tak ibu tgk adik kau tu besar n berjaya..."

Bagi aku, itu satu tamparan yang cukup besar. Kenapa ibu ckp macam tu? Kenapa ibu? Aku cuba la bertindak cool dengan membalas statement ibu dgn nada bergurau. Ibu senyum je. Ibu, kenapa ibu cakap macam tu? Lpas tu, ibu ada sebut pasal wasiat. Apa saja harta yang ibu ada. dan ibu pesan kat aku supaya jgn nti bila ibu dah takde, adik-bradik gaduh berebut harta. Aku sayu. Dan aku masih senyum. Ibu ada pesan, jangan tinggal solat. Ibu jugak ada pesan utk langsaikan mana2 hutang ibu kalau ibu 'pergi' dlm sehari dua ni.

Kenapa ibu cakap macam tu?

Kenapa ibu?


Ibu tahu kan, saya sayang ibu. Ibu tahu itu kan?


NUke


Salam.

Kepada sesiapa yang masuk ke blog ni petang semalam, maybe anda ada mngalami skit masalah dgn loading and maybe jgak tak dapat baca entry ngan sempurna. Perhaps, korg jugak mesti tergago-gago carik button 'comment' kalo nk drop komen kan?

Ye ke? atau itu hanya satu imaginasi liar aku saja?

Masuk kali ni, dah 4 kali aku tukar layout blog dalam masa 1thn 3bln berblogging thru blogspot nih. Huhu, previously, my blog theme was white. Not so white lah, but more to 'newspaper' theme. That changes was made because aku sendri yang mahu melenyapkan persepsi 'emo' daripada blog aku.



But now, what happened Nuke?

Aku kembali kepada dark and black. Some says, it is mysterious. Some says it is 'gothic'. But the rest; they don't really care, ryte?

Reason kenapa aku kembali kpd tema hitam ialah PICTURES. Well, kalo korg perasan, gambar2 akan lbih mnyerlah dalam laman yang berlatarblkngkan warna gelap. Hitam adlh plihan terbaik. Ia akn mnjadikan gambar klihatan eksklusif dan menonjol. So, itu yg membuatkan aku bertukar smula kpd tema hitam.

Besides, aku rasa aku blog ni mungkin akn dipenuhi ngan emo and persepsi sarkastik aku; sebagai seorang lelaki kot! Tak ke korang rasa camtu? Few friends told me that i am full with sarcastic statement. (Btul ke ejaan aku tu?). And, aku anggap itu sbg satu pujian dan aku mnghargai komen2 mereka tu.

Hitam. Dark. Mysterious.

Itu yang aku mahu kot.

Anyway, korang rasa layout aku ni ok ke tak?


NUke


Normal lah kan kalu kita lihat kat jalan2 raya or shopping complex kalau ada 2 or 3 org geng perempuan berjalan2 sambil memegang tangan. Tambah2 lak mereka tu comel2 je... Ish! geram lak tengok kan? hahaha, tapi camne lak reaksi kita kalo ternampak ade 2 or 3 org berjalan2 sambil berpegang2 tgn.. dan mereka adalah LELAKI? Ha? Ape? Ape? Mungkin persepsi kita hanya terbatas kepada perkara2 ini:-

a. Mereka itu adalah Bangla yang baru pertama kali masuk bandar, yang mana suka berjalan2 smbil berpegang tgn sesama sendiri; OR
b. Adik beradik..??? Ish... OR
c. GAY!

Ada yang lain?

Cis! Diskriminasi betul! kalau perempuan, takpe. Kalau lelaki pulak, tak boleh! hahaha. Ye lah, sure la nampak pelik kan? Hilang lah macho! Hahaha. ANyway, kali ni aku saja nak bincang isu Lelaki! Something yang jarang2 org perasan dan org tahu, Male-Bonding.



Aku lelaki. Bila aku masuk U, aku buat kawan baru. Drpd sorg kawan laki, jadi 2. Kemudian, jadi 3, 4, 5...6! Bila nak makan je, kitorg akan bkumpul ramai2 before pergi kafe. even, kalau nak gi kelas pun kitorg akan tunggu sesama sendri dlu. But then, bila dah masuk tahun kedua, geng kitorg semakin longgar bondingnya. Masing2 dah ada awek dan mengalihkan perasaan 'ambil berat' kepada awek. BUT then, when it comes to dinner, or tgk wayang ke, kitorg tetap berkumpul and pergi sama2. Bila masuk tahun ketiga, bonding among ourselves mmg dah loose, aku maybe hanya concern akan 1 or 2 org kwn aku saja. Yang mana aku akan tahu kalau dia ada masalah hanya dari riak wajahnya saja. Dan kawan aku itu ialah someone yang boleh dikongsi segala macam cerita dan aku tak kisah pun kalau nak pinjamkan dia duit tanpa pertanyakan bila dia nak bayar semula.

Ok, kat atas tu adalah contoh ringkas tentang 'Male-Bonding'. Satu ikatan lutsinar antara sekelompok kecil individu lelaki. Mereka tidak bercinta, tapi cuma mngambil berat sesama sendiri saja. Sdah mengenali hati budi dan sikap sesama sendiri dan tidak kisah untuk saling membantu.

Lelaki takkan menunjukkan sifat 'sayang'nya kepada kwan mereka secara terang2an (eg: pegang tangan or whatever). So, camne Lelaki menunjukkan kasih dan concernya kepada sahabat2 mereka?

Figure out yourself la!



NUke


Salam.

Sejak dua menjak ni, aku tengok ramai gila orang kat shopping mall. Tak kurang gak dengan hypermarkets such as Tesco, Giant, and Carrefour. Kenapa eyh? Oh! rupa-rupanya ada Mega Sale. No wonder lah. Tambah2 lak bulan puasa dah nak dekat, aku tgk kat shopping complex pun dah banyak outlets yang mengoffer diskaun raya. (walaupun raya masih jauh dan tak kunjung tiba lagi). So, apa kaitan shopping complex, raya dan entry kali ni?

Haha, well, aku just nak berkongsi pngalaman dan pndapat ttg sikap sesetngah org yang bercelaru fikirannya. Dan ianya sering berlaku kat pasaraya! Hahaha!

Pernah tak korang pegi pasaraya. Then, pergi amik troli yang mempunyai roda yang sengal dan terus menyorongnya ke sana sini. Then, bila da nampak poster2 diskaun, korang pun mula la rambang mata. Kalau bole semua benda nak beli. Asal murah je beli. Asal ada diskaun je beli.

But then, bila korang da sampai satu tahap, korg baru sedar troli korang dah penuh but at the same time dalam wallet korg ada RM100 sajer.

Hah? Jeng jeng jeng!!

Troli dah penuh ni. Camne eyh? Apa lagi, operasi mengurangkan timbunan harta yang tak diperlukan pun bermula. Mula lah korang kelam kabut letak sos cili kat rak kasut. Tin sardin lak korang letak kat rak air gas.

Berus tandas pulak, main letak je kat rak koko krunch....

Dan yang paling best... Tepung pancake tu korang letak plak kat rak Spender! Macam kat dalam gambar ni.






Entahlah.


p/s: aku mnasihati kalian dan diri sendiri utk membuat list brgn yg perlu dibeli sebelum menyerbu pasaraya. Huhuhu...



NUke

Salam.

Hari ni, suasana kat ofis agak serabut. Well, takde lah serabut sangat, cuma masing2 sebuk ke sana sini... Ada yang asyik buka tutup kabinet sebab amik fail, dan ada juga yang sibuk mnggunakan faksimili. (Walaweh, hebat tu vocabulary aku!!) Aku? Getting better dengan suasana office, cuma bosan time pagi2 je. Maklumlah, mata masih berat and salu rasa nak tidur.

Oh ya, entry kali ni aku mahu kongsi satu kesah lawak yang diceritakan oleh officemate aku sebentar tadi. Lawak tu maybe tak berapa sangat la kot.. tapi cukuplah kalau mahu memberi pengajaran kpd kita. Huhuhu.

Di suatu masa di dalam Ofis yang sejuk...

Joyah masuk ke department A dengan memegang beberapa helai borang pendaftaran event. Tanpa sempat orang lain bertanyakan hajat kedatangan Joyah ke situ, dia telah pun bersuara...

Joyah: Hey... Kenapa banyak sangat PROFESSIONAL yang register untuk event kali ini?

Maka, berpandanglah orang2 di dalam department A itu sesama sendiri. Salah sorang daripada mereka pun bertanya..

Lili: Aiyo Joyah, apa yang professional ini? Mana? Mana? Tunjuk kat I sini...

Maka si Joyah tu pun menunjukkanlah beberapa borang pendaftaran event yang tercatat di atasnya nama2 peserta. Terkejut si Lili memerhatikan borang2 itu.

"Prof. Madya Dr. Ali Deraman"
"Prof. Hasnah Rusly"
"Prof. Dato' Iskandar Bahari"

Sambil menggelengkan kepala, si Lili pun berkata...

"Aiyoooo Joyah!! Ini bukan PROFESSIONAL... tapi, ini PROFESSOR!!!"

Joyah yang kemalu-maluan itu terus berlalu sambil mengangkat muka sombongnya. Khabarnya 2 hari si Joyah tak masuk department A itu. Malu agaknya.


Itu lah, lain kali kalau tak tahu.. sila la bertanya..

p/s: nama2 watak surelah aku ubah. Nak mampus ke kalau aku letak nama betul?



NUke


Siri 4


Aku membalas senyuman Xyryll yang mematahkan hasratku untuk tidur. Aku duduk. Xyryll melabuhkan punggungnya di kerusi kayu berhadapan katilku itu. Dia cuba bertanya tentang apa yang aku sembangkan bersama-sama Alya' menerusi sms sebentar tadi.

"Alah, sembang-sembang biasa saja."

Dia menepuk bahu kanan aku sambil tertawa kecil. Ramah yang ditonjolkan malam itu kelihatan sedikit berbeza. Aku mula mengesyaki sesuatu. Masakan dia tahu aku sedang berbual bersama Alya' menerusi sms? Pelik. Aku merasakan ada perkaitan antara Xyryll dan Alya'. Aku begitu yakin dengan perkara itu. Perlukah aku bertanya kepada Xyryll yang dari tadi asyik tersenyum lebar? Setiap butir kata yang diperkatakan olehnya hanya menjadi juadah telinga. Hanya berlalu tanpa sempat aku mendengar. Aku seolah-olah khayal memikirkan perkaitan Xyryll dengan Alya'. Aku langsung tak menghiraukan apa yang dibicarakan Xyryll.

"Eh, okay lah! Aku nak tidur", kata Xyryll. Nada suaranya agak tinggi berbanding tadi.

"Okay.", balasku ringkas, sebelum aku merebahkan badan ke atas katil.

---

Hi Asyraf. Saya Alya'. Igt lg x?

Hi Alya. Ingt lah! Ada apa tba2 sms sy tghr ni?

Xde ape. Saja. Sy tgh bosan ni. Skg ad dlm kuliah. X fhm
ap yg lecturer ajar kt depan tu.

Oh. Awk study katne? Sy kat KMC.

Sy study kat UiTM.

UiTM mana?

Lendu.

Perbualan sms kami terhenti seketika disebabkan teguran oleh Fadhiri yang ingin meminjam kamus Bahasa Inggerisku. Dengan segera aku memberikan kamus itu kepadanya. Fadhiri kemudiannya berlalu meninggalkan aku sendirian di meja tulis. Tengahari yang panas itu sememangnya merimaskan sesiapa sahaja. Arief mengambil keputusan untuk ponteng kuliah Biologi yang sudahpun bermula 15 minit yang lalu. Xyryll pula entah ke mana. Yang pasti, dia masih berada di sekitar blok kediaman kami. Ya lah, dompet dan telefon bimbitnya masih ada di atas meja, itu saja sudah memadai sebagai penunjuk yang menyatakan dia masih berada di kawasan sekitar ini. Dalam pada aku mahu menguatkan kelajuan bilah kipas bagi menghilangkan peluh, aku terlihat akan telefon bimbit Xyryll yang menyala lampunya. Ada satu mesej diterima.

Aku pun tidak pasti apa yang patut aku rasakan. terpampang nama Alya' di skrin telefon bimbit itu. Serupa nombornya seperti apa yang tercatat di atas secebis kertas putih yang ada di dalam kocek seluarku tempoh hari.

Aku sudahpun mengesahkan kemusykilan dalam diri.

---Bersambung...



NUke

Salam.

Dah seminggu aku memulakan hidup as a pekerja. Oh, indahnya bekerja. bekerja menjadikan aku seperti seorang insan yang mulia. Tidak terikat dengan masa, dan juga bebas daripada stress dan tekanan.

Kau percaya ke kata-kata dusta itu? hahaha!

Baru seminggu kerja, aku rasa macam nak sambung belajar di peringkat sekolah menengah! Sebab apa? Sebab kat sekolah menengah, kalau kita lambat pergi kelas pun, paling kuat pun kena denda ngan En. Basri; si Guru Disiplin. Best kah itu?

haha. Konklusinya, lebih baik duduk rumah dan menikmati cuti.

Ok. Back to main topic. Kotak Jerit a.k.a ShoutBox!

Aku rasa blog ni dari segi kemajuan berchatting, surelah ketinggalan zaman. Ye lah, kat blog aku ni je yang korang boleh tak jumpa shoutbox. Nak bersembang2 pun susah kan?

Kenapa aku tak letak shoutbox kat blog aku ni? Well, ada byk gak benda yang aku consider. 1st, daripada experience lalu lah. Satu masa dlu, blog aku ni ade je shoutbox, but then ianya dipenuhi ngan kata2 caci maki. Wah, mungkin sebab content blog aku dlu agak kontroversi.

Pastu, aku konsider gak tendency org lain yg masuk blog aku ni just semata2 nak berchatting kat shoutbox. Maklumlah, kalau ada yang memula, akan ada yang menuruti. So, instead of menjadi laman blog, aku khuatir juga ia akan btukar menjadi laman chatting.

Dan yang paling penting... Sebab aku nak visitor baca kandungan blog aku. Maknanya, Content first, not the unnecessary thing. Cewah! Poyo betul.

Realitinya, aku masih fobia dengan komen2 cacian yg aku pnh dpt kat shoutbox dlu. Tu je.


p/s: En. Basri tu memang cikgu disiplin time aku sekolah kat Melawati dlu. Hahaha.


NUke


Siri 3

Helaian kertas itu aku letakkan di atas meja, bersebelahan dengan buku rujukan Fizik. Langsung saja aku teruskan niat untuk mandi petang dan kemudiannya bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Arief dan Fadhiri kemudian muncul di muka pintu, selesai bermain badminton bersama-sama. Masing-masing melabuhkan punggung di hujung katil bagi menghilangkan penat. Aku berlalu membiarkan mereka.

---

"Wei, jom makan sekali. Geng kelas aku banyak tak free lah malam ni.", pelawa Xyryll yang tiba-tiba menegur aku yang baru sahaja melipat sejadah. Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian aku pelawa juga si Arief dan Fadhiri untuk makan bersama dan mereka juga bersetuju.

Setelah pintu bilik dipastikan berkunci, kami berempat memulakan langkah menuju ke kafeteria. Tidaklah begitu jauh, tetapi boleh jugalah berpeluh. Kalau tak mengenangkan perut yang laparkan nasi ini, tidak kuasa aku hendak ke kafe. Baik saja aku duduk di bilik sambil menjamah maggi.

8.43 malam.
Kami berempat masih menunggu makanan yang ditempah untuk dihantarkan ke meja makan. Fadhiri dan Xyryll memesan nasi goreng ayam, Arief pula tidak sudah dengan mi kung fu. Aku? Nasi pattaya saja sudah memadai. Dalam leka kami berborak, tiba-tiba aku tergerak untuk mengacukan satu soalan kepada Xyryll. Dengan pantas aku bertanya; "Kau ke yang letak nombor telefon Alya' dalam poket seluar aku?". Dan dengan serentak juga, semua rakan sebilik ku itu memandang ke arah ku.

"Alya'?"

Fadhiri mengerutkan dahi. Arief pula menahan gelak. Entah apa yang gelihati pun aku tak tahu. Manakala Xyryll pula seakan-akan keliru dengan soalan yang aku ajukan sebentar tadi. Dan dia menafikan pertanyaan aku itu. Seperti biasa, Fadhiri dan Arief mula menyakat aku. Mengkenenkan aku dengan si gadis yang kami sendiri tak tahu asal-usulnya itu... Alya'. Tak lama kemudian, gelak tawa mewarnai meja makan; menjadi hiburan tatkala diri masih menunggu hidangan makan malam.

---

12.38 tengah malam.

Arief sudah lama melelapkan mata. Dan dapat aku dengari dengkurannya. Kemudian, aku toleh pula ke kanan, ku lihat Fadhiri sudah mula tersengguk mengadap buku Biologinya. Fadhiri kemudian menutup buku itu dan terus sahaja meletakkan kepalanya di atas bantal. Sudah terlalu letih dan mengantuk agaknya. Aku menutup buku rujukan Fizik berwarna biru itu. Bagaikan terlupa seketika, aku terkejut apabila terlihat akan helaian kertas yang tertulis nombor telefon Alya' itu. Aku tekad! Aku mesti berhubung dengannya. Aku mesti tahu siapakah gerangan pemilik nombor telefon ini. Ya, aku tekad!

---

Salam. Ini Alya' ke? Saya Asyraf.

Salam juga. Ya. Ini Alya'. Asyraf? Asyraf mna 1 ni?
Rasanya saya xde kwn nm asyraf.

Err.. sy pun x pasti. sy jumpa no fon awk ni
dr dlm kocek sluar sy. X sure sape yg bg no fon
awk ni.

Hah?! Blh plak camtu.

Ye la. Btw, sy saja je try sms no fon ni. X sangka lak
pmiliknya mmg btul2 bnama Alya. Hrp awk x ksh.

It's ok Asyraf. Erm, ok lah. hr da lewat. sy nak tdo.
Salam n nite.

Salam. Nite and thx.

---

Senyum. Aku tersenyum sendirian di atas katil sambil memerhati siling. Aku tak pasti apa yang aku rasakan ketika ini. Mungkinkah aku bahagia? Kerna apa? Mungkin disebabkan kesudian Alya' membalas setiap mesej yang aku kirimkan kepadanya.

Ya. Mungkin.


Baru sahaja aku mahu mengiringkan badan ke kiri menghadap dinding, Xyryll menegur aku. Satu senyuman lebar terpampang di mukanya.

"Kau mesej Alya' eh?"


---Bersambung...


NUke

Salam.

Kehilangan aku beberapa hari lepas adalah bersebab. Pertama, khamis lepas aku ada interview kerja. Mula2nya, tak memberi harapan yang tinggi, just mahu menambah experience temuduga. Dan nyatanya, itu adalah temuduga pertama aku sejak aku abis belajar. Ngee..

Then, petang Khamis tu aku menghilangkan diri. Dating! Wah?! Takdela. Aku gi rumah femily angkat je.

Jumaat.
pergi solat jumaat.

Sabtu.
Pergi solat sabtu.

Ahad.
Pergi ke Seri Iskandar. Lepas tu singgah Lumut untuk membeli jajan sotong dan mengambil2 gambar sambil menikmati cendol dan mi udang. Serius sedap.
Malam tu, bergegas balik ke rumah.

Sebab apa?






Isnin.
Aku masuk kerja jam 9 pagi. Yea, hari ini 3 Ogos merupakan hari pertama aku kerja sebagai... entah! Yang nyatanya aku kerja. Yup, temuduga aku khamis lepas memberi tuah untuk aku mendapatkan satu peluang yang mungkin susah diperolehi tatkala ekonomi dunia merudum. Aku dapat kerja. Walaweh!


terima kasih ibu dan ayah sebab mendoakan. Tak lupa juga ahli keluarga, kawan2. dan yang paling penting; J!




p/s: aku dah kerja. Masa tidur menjadi kurang. Macam mana nak gemuk nih?



NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.