Sehingga hari ini, dengan berbaki beberapa hari saja lagi, undian mendapati slot Pantang Larang dalam blog ini perlu diteruskan. Jadi, aku teruskan lah jugak, walaupun aku sendiri tak pasti sampai edisi ke berapa patut aku wujudkn slot ini.

terima kasih kepada yang sudi mengundi. Haha, macam speech post-pilihan raya pulak.

By the way, Malaysia ni memang terkenal ngan budaya 'respek' dan saling menghormatinya. walaupun ada sesetengah perkara, pedoman kita ni sememangnya hilang dek hal-hal sensitif (kononnya lah). Tak perlu lah aku mengulas lanjut, sebab slot pantang larang kali ni nak membincangkan tentang satu budaya masyarakat Melayu (khususnya) yang menganut ajaran Islam. memanglah dalam perlembagaan ada statement yg mnyatakan Melayu = komfirm Islam! Tapi aku rasa dengan situasi sekarang ni, tak semua Melayu tu mengamalkan ajaran Islam. (insaf kejap...)

Maghrib or waktu senja memang sinonim dgn kesibukan para mak-mak dan bapak2 memastikan anak2 kecil mereka sudah sedia mandi dan bersedia menunaikan solat Maghrib. Ada juga family yang dinner waktu2 senja ni dan ketahuilah kita, sememangnya waktu senja ni adalah satu WAKTU YANG TIDAK SESUAI UNTUK BERSOSIAL.

Tak perlulah kita call org lain time2 Maghrib ni just semata2 nak bertanya khabar. Tak perlu juga menunggu Maghrib untuk menghantar juadah2 dan lauk pauk ke rumah jiran. Dan tak perlu juga menanti Maghrib untuk melepak dan melalak bagai orang histeria di tembok tepi longkang.

Tidak lah menjadi kesalahan; tapi ianya dah jadi sebahagian budaya kita. lagipun tak elok duk merayau2 time2 Maghrib ni. Syaitan tu tgh syok merewang2 juga. Bukan ke lebih baik kita duk je dalam rumah sambil menonton rancangan 'Mari Mengaji'? Or koman2 pun baca blog aku ni? Tak salah juga kalau waktu2 senja ni kita manfaatkan dengan beribadat. Tak pun tolong ibu potong sayur kat dapur?


betul tak?




NUke



New Limited Edition 'My Friends' T-Shirt from Bizandry.
July 2009



--------------------
DESIGN 01

Front - center

Back - center

--------------------
DESIGN 02

Front - center

Back - center

-------------------
DESIGN03

Front - Center

Back - Center

--------------------
DESIGN04

Front - Center

Back - Bottom Right

-------------------
DESIGN05

Front - Center

Back - Center

-------------------
DESIGN06

Front Only - Center

--------------------
DESIGN07

Front - Center

Back - Center

Note:-
T-Shirt color: BLACK
Short Sleeves : RM27
Long Sleeve : RM29
Baby-T : RM25
Available Size : S - 3XL

How to order?

For UKM students:
Simply SMS your name; college & room no; design no.; size, sleeve; quantity.

e.g Siti Nurhaliza, KUO 7A101, design03, M, Long, 1

For others:
Simply SMS your name; design no; size, sleeve; quantity.

and send to 012-6445789.


Such as more enquiries about ordering and payment (or if you want to see a better and clear version), feel free to contact me at nukerude@yahoo.com / 0133152081

NUke_Rude will be in UKM starting on this Friday, 31 July 2009 until 20 August 2009.

NUke


Sakit hati juga kan bila kita asyik diajukan dengan soalan yang sama berulang-ulang kali. Tak mengapalah, dah Tuhan ciptakan mulut, maka bertanyalah sepuas2 mungkin. Tapi kalau dah sampai tiap2 kali berjumpa dan asyik ditnya dengan soalan2 yang sama je, baran jugak kan?



Lumrah manusia.

Suka nak amik tahu hal2 peribadi orang lain.

Suka tak nak amik tahu perihal diri sendiri yg perlu diperbaiki.

Ada sesetengah perkara memanglah bagus untuk dikongsi bersama, tapi ada kalanya, it's better left unspoken. Ryte? ada sesetengah perkara yang tak boleh dikongsi. Justeru, aku memohon maaf daripada kawan-kawan. Sebab apa?

Ada perkara yang aku tak boleh kongsi. Kerana ianya terlalu peribadi dan berkaitan dengan family.

Full stop.



NUke

Salam.

Pertama-tama, sekalung takziah aku ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah pun kembali ke rahmatullah. Segala hasil karya seni beliau kini diyakini kekal tersemat di dalam hati dan sanubari rakyat Malaysia; khususnya.

---

Semalam, 25 Julai berlangsungnya majlis persandingan 2 mempelai yang rapat dengan diri aku. Siapa lagi kalau bukan kakak aku sendiri; Nurhidayah yang disatukan dengan pilihan hati yang juga sepupu.


Well, itu lah dia. Sebelum2 ni masing2 bercinta dengan orang lain. Last2, jodoh yang ditentukan tuhan tu sebenarnya depan mata saja. Betapa aku mengagumi kehebatan percaturan tuhan. So, kat sini aku letakkan beberapa gambar (3 je kot!) during majlis itu.



p/s: haha! no way la aku nak pakai baju melayu!

NUke


Siri 2

Tergamam. Aku terkedu. Dalam gigilan, aku masih cuba mahu menoleh perlahan. Tak mungkin yang berbisik itu seorang perempuan, kerana apa yang aku dengari hanyalah satu suara kasar milik seorang lelaki.

"Hahaha. Rileks lah Asyraf! Ni aku la!"

Serentak dengan itu, aku menarik nafas lega. Ku tarik juga zip seluarku setelah memastikan istinja'ku sempurna. Itulah Xyryll, rakan sebilik ku di Kolej Maju Cemerlang. Senyuman manis dilemparkan kepada ku. Oh, kalaulah aku ni seorang perempuan, semestinya aku cuba memikatnya. Ya lah, bertubuh sasa dan memiliki ketinggian yang sama dengan kebanyakan 'mat saleh', siapa saja pasti tergoda dengan kacak wajahnya.

"Kau nampak ke?", aku bertanya kepadanya, sambil menuju ke arah sinki untuk membilas tangan. Xyryll cuma tersenyum. Kemas dirinya dalam salinan kemeja putih berbelang biru. Dipadankan pula dengan sepasang jeans biru gelap yang semakin lusuh.

"Ah! Kau ingat aku ni apa? Tak ingin lah aku melihat 'anu' kau tu!", balasnya. Ianya diikuti dengan hilaian tawa. Xyryll kemudiannya meminta maaf kalau-kalau tindakannya itu tadi menakutkan aku. Aku hanya mampu untuk tertawa kecil.

Xyryll pun baru sahaja sampai di Melaka Sentral. Pun dalam perjalanan pulang ke kolej. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kolej bersama-sama. Sementara menunggu bas Patt Hup yang menuju ke Durian Tunggal tiba, kami menghabiskan masa berbicara tentang hal-hal yang berlaku di rumah masing-masing. Bercerita juga tentang perihal gadis-gadis yang lalu di sekeliling kami, sambil membandingkan aset-aset mereka. Biasalah, lelaki memang suka perbualan kotor.

---

Terpaku pandanganku kepada langkah manis si cantik itu. Ya, itu perempuan yang duduk di sebelah aku semasa di dalam bas. Aku menunjukkan isyarat diam kepada Xyryll lalu memerhatikan perempuan itu melangkah menuju keluar kompleks bas ini. Xyryll juga menoleh. Dia tersengih. Katanya, kalau sudah berkenan, cepat-cepat lah minta nombor telefon. Kiranya kalau bosan-bosan pun, boleh lah melayan mesej.

"Apalah kau ni, ke situ pula!" balasku cuba mengelak.

"Asyraf, aku ni kawan baik kau. Kita ni berkawan sejak Darjah Satu. Takkan lah aku masih tak mengenali kau. Kau ni dah macam adik-beradik aku sendiri, okay". Xyryll cuba mendorong aku untuk mengenali perempuan itu dengan lebih rapat. Namun, aku hanya mampu terpaku dan duduk di kerusi kusyen yang keras yang ada di dalam dewan menunggu itu.

---

4.00 petang.

Bas Patt Hup berwarna hijau itu pun tiba di platform. Sama seperti pemandangan biasa di mana-mana, manusia mulai sesak dan berebut untuk menaiki bas. Yang tua ditolak ke tepi, yang bunting terpaksa beralah, dan yang comel cantik didahulukan si jejaka. Budi bahasa kita entah ke mana. Aku membontoti Xyryll ke arah bas itu. Ditolaknya lelaki-lelaki miang yang menempel dan menghalang pintu bas dan terus masuk menuju ke arah tempat duduk paling belakang. Aku cuma menuruti.

Perjalanan singkat ini terasa sangat lama dek kerana bas yang dinaiki bukanlah bas ekspres, tapi bas lompat-lompat cuma. Aku yang sememangnya hilang mengantuk dek terhayun-hayun di dalam bas walaubagaimanapun kagum dengan kemampuan si Xyryll yang elok saja berdengkur di atas bahu kiriku.

Sekali lagi, diam.

---

Sesudah tiba di bilik, aku menyimpan semua kain bajuku yang ada di dalam beg ke dalam almari kayu yang usang itu. Peluh sudah lama kering pada tubuh badanku. Arief dan Fadhiri sudah hilang entah ke mana. Bermain badminton barangkali. Yang ada, cumalah si Xyryll yang sedia terbongkang di atas katil. Dalam pada aku mengemas baranganku, aku masih memikirkan peristiwa di tandas Melaka Sentral tadi.

"Bagaimana Xyryll boleh ada di situ? Adakah dia tahu aku pun berada di situ?", bisik hati kecilku.

Setelah semuanya kemas dan tersusun. Aku menanggalkan baju pagodaku, menampakkan susuk tubuhku yang sedikit berkilat akibat hujan peluh sepanjang hari. Ku capai tuala dan ku sangkutkannya di atas bahu kanan sambil tangan kiriku mula memeriksa kocek seluar jeans hitamku. Kosong. Cuma debu. Ku masukkan pula tangan ke poket kiri di bahagian belakang pula. Ternyata ianya berisi. Bukan sahaja debu, malah ada sekeping kertas kecil.

Hairan. Ku keluarkan isi poket itu dan ku baca tulisan pena merah pada permukaannya...

"Alya' - 015 337 9828"

Termenung sambil mula berfikir.

"Siapa pula Alya' ni?", soalan yang bermain dalam benak fikiranku.


---Bersambung...

p/s: sebutan Xyryll adalah 'Zairil'

NUke


Siri 1

Pagi itu, hujan telah pun membasahi setiap helaian rumput yang ada di halaman rumah. Malas! Walaupun keseorangan di dalam rumah, bingit hempasan air ke atas bumbung memeriahkan tengahari Ahad. 12.24 tengah hari.

Dalam enam minit lagi, ibu akan pulang bersama ayah. Mereka ke kenduri kahwin anak Pak Lang, Sofea. Ada ibu mengajakku pergi, cuma aku saja yang malas. Mahu melayan lelap mata yang dahagakan tidur. Maklumlah, malam tadi melayan cerita 'biru' di dalam komputer milik abangku. Nasib baik dia tidak ada di rumah, boleh lah melayan nafsu sendiri sepuas-puasnya.

Ya, memang itulah satu-satunya abangku. Dialah abang, dialah yang sulung, dialah segala-galanya. Musuh dan teman karibku di dalam rumah ini. Dan aku, si bongsu yang selalu dibulinya. Ah! persetankan saja memori silam tentang kami berdua.


12.31 tengah hari.

Aku merangkak malas menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Mandi hadas! Dan seperti ramalanku, kedengaran deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah. Mereka sudah pulang. Mandiku selama 15 minit itu dikejutkan dengan ketukan di pintu oleh ibuku.

"Asyraf! Cepat sikit mandi... siap cepat, nak! Bas kau kan pukul 1.30 nanti... Karang lambat pula!", teriak ibuku mengingatkan aku tentang perjalanan bosan menuju ke Kolej Maju Cemerlang yang terletak di Durian Tunggal, Melaka. Masuk tahun ini, sudah dua tahun aku belajar di situ. Suasana pembelajaran yang biasa dan kadang kala membosankan itu sedikit sebanyak mematangkan aku; membuatkan aku memiliki satu persepsi sendiri terhadap erti dunia yang sebenar.

1.03 petang.
Ku jamah sedikit cekodok pisang lebihan sarapan ibu bapaku pagi tadi, bersama-sama secawan teh o yang sudah lama sejuk di bawah tudung saji. Sesudah itu, aku mencapai beg galasku dan meletakkannya di kerusi belakang kereta Honda milik ayahku. Setelah memastikan kesemua benda yang penting ada bersama-samaku, aku segera mendapatkan ibu. Ku salam tangannya dan tak ku lupa memberikan satu kucupan manja di pipinya. Ternyata ianya berjaya! Satu lakonan cliche seorang anak untuk mendapatkan duit poket yang lebih! RM 300 dihulurkan, dan tanpa membantah, ku sisipkan wang kertas itu ke dalam dompet.

Senyum. Sinis!

---

"Penumpang Ekspres Mahkota ke Bandar Melaka, sila turun ke platform 3!!"

Oh, bahagianya dapat duduk di sebelah perempuan! Cantik parasnya dengan manik-manik biru menghiasi helaian tudung putihnya. Dia senyum. Aku senyum juga. Dia beralih sedikit memberi laluan kepada ku untuk duduk. Aku senyum; sekali lagi, tanda hormat.

Diam.

--

Bas merentasi bandar Seremban. Hujan tak lagi kelihatan. Jam di tangan sudahpun melewati 2.47 petang. Terik mentari mula membakar. Dan baru ku teringat seperkara; aku masih tidak solat Zuhur. Alah, subuh pun terlepas juga, tiba-tiba mengenangkan Zuhur! Tapi jauh di dasar hati, aku memasang niat untuk melakukan jama' takhir dan harap-haraplah aku teringat untuk melakukan kewajiban itu.

Lamunan panjangku terhenti dek lentokan si gadis di sebelahku itu. Manis wajahnya bila dia memejamkan mata tidurnya. Dah tentu dirinya sudah dimiliki; masakan tidak! Orang sebegini pasti ramai peminatnya, ya lah, rupa yang cantik, susuk tubuh yang menawan... dan... memiliki aset yang menggiurkan kaum Adam! Ingin juga melamar, dan menjadikannya kenalan... tapi, mengenangkan diri ni yang penyegan, ku buang jauh niat itu.

---

Melaka Sentral!

Segera ku berjalan ke arah bilik air yang terdapat di sudut kanan bangunan itu. Senak perutku tak terbendung lagi. Ku tahan sejak keluar rumah lagi. Tangki penuh lah! Minta dikosongkan. Tanpa sempat aku memastikan pintu berkunci, ku segera menurunkan zip jeans hitamku, dan melunaskan permintaan si 'adik' comel.

Tiba-tiba seseorang berbisik kepadaku...

"Sedapnya kencing... lama ke tahan tadi?!"




---Bersambung...


p/s: it's my first attempt to write cerpen(?) kot. Should i continue?

NUke

Salam.

Well, kerap ke korang jumpa org lain menggunakan ( ) dalam perbualan maya? Hah!? Ape kes cerita pasal kurungan ni pulak kan? Yeap, mungkin ini satu petanda yang aku mula concern dengan persepsi orang lain terhadap diri aku. Yea, memang... betul lah kata kamu tu, aku memang peduli dengan pandangan masyarakat terhadap aku. Aku rasa kalian juga harus begitu.

Ye lah, kalau ada orang lain panggil ko as a 'sampah masyarakat'! Takkan kau nak buat bodoh je, membutakan mata dan men'tuli'kan telinga? Tak ke kau bengang?!


Analoginya lebih kurang maam tu lah. Baru-baru ni (actually, dah lama dah) ada 2 3 orang kawan aku perasan gaya perbualan aku dalam YM mahupun blog, adalah SAMA dengan percakapan aku dalam dunia yang sebenar! Oh! Hebatkah itu? Adakah itu satu pujian? Mungkinkah itu satu penghinaan?!

Positively, aku anggap ia merupakan satu pujian dalam masa yang sama ia memberikan aku satu amaran! "You're being watching..."

Dan keadaan ini membuatkan aku tidak selesa.

Jadi, apa kaitannya dengan kurungan? Senang saja, selalunya dalam perbualan terus (direct talks) aku hanya bercakap tentang apa yang aku fikirkan dan rasa. Kadangkala aku mungkin tak menunjukkan opinion/pendapat aku yang sebenar. Mungkin mahu menjaga hati si penyoal atau kawan2 yang lain.

Berbeza dengan berbual menerusi YM atau blog, kalau aku memikirkan sesuatu yang lain, aku akan paparkan. Dan dalam masa yang sama jika hati aku merasakan mahu berkata tentang hal yang lain, maka ianya akan terpapar di dalam kurungan itu...

(cis! i'm revealing myself!)

---
C: Nuke, ko rasa antara aku dgn kau, sapa lagi hensem dan berwibawa..
Nuke: surelah kau! Kau kan kacak dan disegani..
Nuke: (tolong lah wei...)


NUke

Mungkin ada yang tidak sedar akan sesetengah perilaku sendiri. Kadang kala memang kita btul2 tak sdar, tapi slalunya mmg kita buat-buat tak sedar. huhuhu. Slot pantang larang kali ini nak membicarakan tentang habit menepuk bahu dan meletakkan tangan di atas bahu orang lain.


Tak salah perilaku itu. Malah, ia dilihat sbagai satu cara untuk seseorang itu bramah dan bersahaja. Aku akui, aku pun slalu berbuat demikian. Tapi, tahukah kita, bagi sesetngah komuniti, perbuatan meletakkan tangan di atas bahu orang lain dianggap KURANG SOPAN!? Btulkah ini?

Mungkin ya, mungkin juga tidak. Atau ianya satu perkara yang diada-adakan untuk men'sound' org yang tak reti2 body language si mangsa yang tidak selesa. Walaweh... mangsa tu..

Apape pun, aku percaya yang ada perkara memang boleh dilakukan dan ada juga yang tidak. Maklumlah kan, tak semua orang selesa dengan perbuatan kita tu. Huhuhu



NUke

Telah pun berlangsung di Jakarta. Dan berikut merupakan senarai pemenang.

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Bagi Artis Baru Lelaki

Afgan – Terima Kasih Cinta

Aizat – Hanya Kau Yang Mampu

Dirly – Sampai Ke Ujung Dunia

LoBow – Kau Cantik Hari Ini

Nubhan – Ada Untukmu


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Artis Baru Wanita

Aura Kasih – Mari Bercinta

Ayu – Hanya Di Mercu

Cinta Laura – Hey Baby!

Nana – Lafaz

Stacy – Aku Stacy

Yuna – Dan Sebenarnya


Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Untuk Duo / Kumpulan Baru

D’ Masiv – Cinta Ini Membunuhku

Hello – Ular Berbisa

Hujan – Pagi Yang Gelap

Kotak – Beraksi

ST12 – PU.S.PA.


Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu

Be’te – Dewiq Feat. Ipang

Bersamamu - Joe Flizzow Feat. Junior Arif

Hikayat Cintaku – Glenn Fredly Feat. Dewi Persik

KepadaNYA – Taufik Batisah Feat. Hady Mirza

Mantera Beradu – Malique Feat. M. Nasir

Sujud – Mawi Feat. KRU


Artis Lelaki Terbaik

Afgan – Confession No. 1

Aizat – Percubaan Pertama

Reshmonu – Harapan

Taufik Batisah – Suria Hatiku

Tompi – My Happy Life


Artis Wanita Terbaik

Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu

Misha Omar – Misha Omar

Mulan Jameela – Mulan Jameela

Nikki – Hawa

Siti Nurhaliza – Lentera Timur


Duo / Kumpulan Terbaik

Andra & The Backbone – Season 2

Hujan – Hujan

Kotak – Kedua

ST12 – PU.S.PA

Yovie & Nuno – The Special One


Lagu Terbaik

Dia Milikku – Yovie & Nuno (The Special One)

Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)

Matahariku – Agnes Monica (Sacredly Agnezious)

Pagi Yang Gelap – Hujan (Hujan)

Terima Kasih Cinta – Afgan (Confession No. 1)

Terserah – Glenn Fredly (Glenn Fredly Private Collection)


Album Terbaik

Confession No. 1 – Afgan

Hujan – Hujan

Kedua – Kotak

Percubaan Pertama – Aizat

The Special One – Yovie & Nuno


Artis Singapura Paling Popular

Aliff Aziz

Didicazli

Fauzie Laily

Hady Mirza

Hyrul Anuar

Imran Ajmain

Merah

Nurun Nuwarrah

Sleeq

Taufik Batisah

The Sallys

Zaibaktian


Artis Malaysia Paling Popular

Aizat

Anuar Zain

Bunkface

Estranged

Faizal Tahir

Hujan

Mawi

Meet Uncle Hussein

Misha Omar

Siti Nurhaliza

Stacy

Yuna


Artis Indonesia Paling Popular

Afgan

Agnes Monica

Bunga Citra Lestari

D’Masiv

Gita Gutawa

Hijau Daun

Kotak

Nidji

ST12

The Changcutters

Ungu

Yovie & Nuno


Artis Serantau Paling Popular

Singapore: AhliFiqir, Aliff Aziz, Hady Mirza & Taufik Batisah

Malaysia: Faizal Tahir, Hujan, Meet Uncle Hussein, Siti Nurhaliza

Indonesia: Afgan, Agnes Monica, Nidji, ST12


Lagu Singapura Paling Popular

Impianku – Didicazli Feat. Sleeq


Lagu Malaysia Paling Popular

Hanya Kau Yang Mampu - Aizat


Lagu Indonesia Paling Popular

Kuil Cinta - Slank


Anugerah Cinta Planet Muzik

Dik Doank


Anugerah Khas Planet Muzik

Gigi



Tahniah kepada semua pemenang!



NUke

Salam kepada semua.

Mungkin ada yang tidak tahu, aku kini merupakan seorang penulis. Penulis apa? Alah, penulis rencana la lebih kurang. Dan bila aku berkata tentang hal ini, ramai yang tertawa kecil dan ada juga yang tertawa berdekah-dekah. Dalam hati aku ni berkata sebegini; "Cis!"



Lawak sangat ke kalau seseorang tu menjadi penulis? Pada aku, jawapan kepada persoalan tu adalah bergantung kepada diri masing-masing! Ye lah kan, kalau dah sedia maklum orang tu memang amik course yg berkenaan ngan penulisan time blaja kat university dulu2, tak heran lah kalau lepas abis belajar dia jadi penulis kan?


Tapi ini mungkin berbeda ngan diri aku kot. Hahaha! Sebab apa? Ya lah, ada yang sedia maklum yang aku ni amik course sains time di Universiti, so, what the hell tiba2 aku jadi writer pulak kan? Lari konsep tu bro!!

Tapi aku tak de lah amik peduli sangat, bukan apa, tak semestinya kita belajar sains, kita akan end up dengan bidang tu... Hm, mungkin betul, mungkin tidak! Entahlah.

Senang ke jadi penulis. Well, ada masa memang senang sebab idea datang mencurah2. But sometimes, ia menjadi sangat susah. Disebabkan oleh kekeringan idea and gangguan yang ada kat sekeliling kita. Pendek cita, distractions la.. Faham? Pada aku, aku rasa takde lah susah sangat kot, as long as ur languange can be understand and u got the idea to write on. Maybe jugak sebab aku ni seorang blogger. So, aku rasa benda2 ni mcm senang kot! Haha berlagak la pulak!





p/s: kalau ada yang nak tahu bijirin ape yg ada dlm gambar kat atas tu, ha, kat sini aku sertakan skali gambar kotak bijirin tu. Mana la tau kot-kot korang nak beli.


sedap juga ya!

NUke

Salam.

11 Julai tepoh hari, berlangsungnya 1 majlis pengiktirafan kepada blogger; dianjurkan oleh Yoyooh.com, satu laman komuniti yang mengumpulkan ramai blogger terkenal (dan tak berapa terkenal mcm aku ni).

Majlis tu disebut 'Yoyooh.com Bloggers Got Talent & Award Show'.

Oh ya, since 11 Julai tu jga nenek ku dimasukkan ke Hospital selayang, aku nearly mengambil keputusan untuk tidak datang ke event tu; but eventually, aku gagahkan juga diri menghadiri majlis tu.


Kenapa aku pergi majlis tu? Sebab aku ni antara org yg dah tak sabar nk tahu keputusan cabaran The Blog Squad yang Yoyooh! anjurkan lbh kurang 2 bulan lalu. Cabaran yang mengambil masa 8 minggu tu amat mencabar hati dan minda okay! ye la, sapa je yang leh tahan kena komen ngan kritik kan? Tambah2 pulak kritik tang writings kita dalam blog. Huhuhu..

Malam event tu, aku duduk kat meja BG3, sekali dengan Alif, Silbi, Zaakeyah & partnernya, Nuar! Tak lupa juga Afiq yang turut mendapat beberapa pencalonan pada mlm tu. Hm, malas pulak nak crita pasal event mlm tu sebab most of my blogger friends dah story panjang lebar pasal event nih, so aku rasa enough la kalau aku summarize beberapa points je kot. Cewah!

Makanan malam tu mmg sedap! Persembahan Reez dan Diddy boleh la dikategorikan mantap! Puisi seluar dalam persembahan Pyan pun sangatlah menghiburkan! Overall semuanya okay! Cuma some minor things need to be improved pada masa yg akan dtg (tu pun kalau ada lagi blogger awards ni la.. huhu)

Selama ni aku cuma baca dan follow beberapa blog. Dan alhamdulilah, malam event tu, aku dapat la jumpa beberapa penulisnya. Tapi, honestly, aku rasa segan jugak la dgn kebanyakan diorg ni! Ye lah, siapa je la aku ni kalo nak compare dengan diorg ni. Huhuhu. Tambah2 lak, ni 1st time aku join event yg melibatkan BLOGGERS tanah air. Huhuhu.

Kat sini aku enclosed beberapa gambar yang ada pada mlm event tu.


With Alif yang damn friendly!

MommyLina (pemenang cabaran BlogSquad), encik Aku, dan Silbi

Dengan Amy, yang suka senyum!

Aku rasa semua org kenal ngan [r][a][y] nih...


With encik Adamarjuna yang tinggi!

Dan yang paling best, Blog aku ni diiktiraf sebagai Penulisan Paling Kreatif sepanjang cabaran The Blog Squad 2009 berlangsung!!! Terima kasih kepada juri-juri sebab mengiktiraf nukilan aku, dan yang penting, dgn pengiktirafan ni akan membuatkan aku lebih berusaha untuk menulis dan terus menulis...


Kat sini, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua pemenang dan yang tercalon! Moga-moga tahun depan kita2 pulak yang akan menang lagi dan lagi!



Senarai penuh pemenang pada mlm itu boleh lah dilihat di sini. Kalau ada yang tak puas hati, contact dia ni!



p/s: Siapa2 yang nak gambar dr kamera aku time event mlm tu, sila drop kan email address anda ya!

NUke



Baru kelmarin aku menjenguk kamu di rumah pak cik
Kau tersenyum, duduk di bangku kayu
Sambil memandang gerak geriku
Merenung sepi, tiada suara


Kau ke mari malam itu
Ke mari ke rumah anak sulungmu
Ke mari ke rumah menjenguk cucu-cucumu
Ke mari, ke tempat, destinasi akhir duniamu

Malam itu tak mungkin ku lupa
Kau senyap tak seperti biasa
Nyaring suaramu tak ku dengar bisa
Ramah mu suram tak seramah biasa

Pagi ku lewat bangun tidurku
Dikejutkan adikku cemas dan buntu
Tubuhmu kaku kejang membisu
Kau kini bergelut; bergantung takdirmu

Wan;
Panggilan kami untuk insan bergelar nenda

Wan,
Satu gurauan yang aku lemparkan
Sengaja dilemparkan untuk menghiburkan kamu

Menjelang senja Ahad lalu
Kau dibawa ke destinasi akhir duniamu
Bertarung nyawa dengan ajalmu
Melepasi Maghrib, melewati Isya'

Sehingga mahu bermulanya detik Fajar as-Siddiq
Ketika mahu dilaungkan azan Subuh
Ketika waktu berdetik menunjukkan waktu hening
Kau pergi, dengan hembusan terakhir

Berjuraian jernih air di pipi
Kau disayangi segenap yang mengenali
Kini kau tiada lagi di sini
Kerna kau menuju destinasi Abadi.



1932-2009


Saya sayang Wan! Sayang sangat.. Wan!





NUke

Salam.


Maaf kepada sahabat yang menerima SMS aku petang tadi yang menyatakan bahawa nenek aku sudah kembali ke rahmatullah! Ia merupakan satu kesilapan infomasi. Yang sebenarnya, ketika itu, mesin yg membekalkan oksigen baru di'off' oleh doktor dan alhamdulillah, nenek ku masih bernafas secara biasa.

Jam 7.30, nenekku dibawa pulang ke rumahku dan sehingga kini masih sedang bergelut menghadapi maut! Pintaku, hanyalah doa dan al-fatihah daripada kalian agar:-

- Jika memang sudah sampai masanya untuk pergi, Kau permudahkanlah urusan pemergiannya, ya Allah.




NUke


Salam,

seperti yang dijanjikan, kali ni aku ceritakan pengalaman aku ke Seri Iskandar, Perak!




Aku join kawan aku punya family trip ke Seri Iskandar! Sebab apa? Sebab adik kawan aku tu dapat masuk ke Kolej Profesional MARA kat Seri Iskandar tu! Huhu, mula2 aku cam takde idea camne rupa tempat tu. Dengar2 crita Seri Iskandar tu satu kawasan baru. Baru ke? Entahla.. Tapi apape pun, trip haritu memang best! Hahaha.

Keluar dari rumah jam 11 pg, and dlm kul 12 tuh, kitorg dah masuk highway PLUS dr Jalan Duta, menghala ke arah Utara! Satu perjalanan yang membosankan okay! mengadap pokok kelapa sawit je kiri kanan jalan tuh! Then, kitorg realized ada polis tgh wat speed trap kat area Tapah (kot!) !! Haha, menggelabah gak la sebab time tu tgh speeding nearly 120 km/j. Tapi kalo tgk gaya2 si polis tu, mcm tgh berkemas2 je.. maybe dah habis operasi la kot. Harap2 macam tu lah.

Singgah rehat di R&R Tapah untuk ke toilet membuang tahi; dan kemudian mengisi perut dengan PAU KAYA dan KACANG MERAH!! Walawehh sedap tu!

Misi mencari bandar Seri Iskandar bermula dengan menyusur keluar dr hi-way kat exit Simpang Pulai, dan kemudian masuk ke simpang menghala ke Batu Gajah. On the way tu, aku dapat tgk Kellie's Castle utk pertama kalinya dalam hidup aku!! Sebelum2 ni aku tgk kat dalam gambar, or dalam Mastika je.

Sampai ke Seri Iskandar dalam kul 3 lebih rasanya, lepas tu kitorg cari rumah sewa (tumpangan) utk stay 1 malam. Lepas dah letak2kan brg kat dlm bilik, ape lagi... misi mencari KPM tu plak! once done... Merayau aa..

Ke pekan LUMUT!!!

Sangat best kot! Aku ingatkan LUMUT ni mcm pekan2 koboi biasa je, tapi sebenarnya jauh lebih cantik dari PD! hahaha serius dowh! Kitorg gi makan nasi ayam after bershopping satay ikan dan keropok2 utk dibawak balik! Ye la, bukan senang beb nak sampai LUMUT, walaupun kat longkang2 dpan rumah byk je lumut2 hijau tu...


Dan ini baru saja kisah satu perjalanan pergi... belum perjalanan pulang!



Ya, aku tahu.. tak banyak gambar! kau nak tahu sebab apa? Sebab time kitorg gi LUMUT, kamera aku tertinggal dalam beg baju yg dah pun aku letak kat rumah tumpangan tu!

Macam lahanat!

p/s: nanti aku letak gambar2 yg aku captured gna kamera hanfon! huhu


NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.