kata orang
perlukah diambil kisah
hanya jika khabaran yang benar
hanya jika khabaran memfitnah

kata orang
baikkah aku
buruknya aku
diriku siapa

kata orang
dari kanan ke kiri
ibarat angin menyapa
lalu dan hilang rupanya

dilayan tidak
kesahnya tidak
tak diendah muram
tak terkisah payah

bencinya diri
katanya suka
di depan mata
sopan lakunya

di balik polan
berkata buruknya
semua tak bisa
semua salahnya

bersemuka mereka
di laluan hidup
bertegur sapa
seindah biasa

hipokrit diriku
hipokrit dirimu
ku tikam dirimu
kau jua begitu

ayuh marilah kamu
aku sedia
menyingkap tubuhku
membenci lakumu



---

perlukah kita terlalu memikirkan kata orang? bagi aku, PERLU, sebab apa? Sebab kata orang adalah cermin diri yang tak terlihat oleh diri kita sendiri.



NUke

salam,

sedar tak sedar, hari ni dah 2 Safar 1430H da.. mungkin tarikh tu tak penting bagi org lain, tapi bagi aku, ia sangat penting...sebab 21 thn yang lalu, pada tarikh yang sama, aku dilahirkan (2 Safar 1409 H).

jadi, Selamat Ulang Tahun kepada diri sendiri.


(dah tua dah rupanya... 1 thn makin menghampiri kematian)



NUke

salam,

sedang aku mandi pagi tadi, tiba2 aku teringat akan lagu2 sekolah lama, and terus teringat pada zaman sekolah2 dulu. So, entry kali ni aku buat khas untuk cikgu-cikgu kelas aku dari aku Darjah 1 sampai la aku Form 5.




Sekolah Kebangsaan Sg. Tua Baharu, Batu Caves (1995 - 1999)

Darjah 1C : Pn Norlaily
Darjah 2A : Pn Saliza
Darjah 3A : Pn Saliza
Darjah 5B : Pn Salawati (then sambung study ke UPSI) & Pn Rahayu
Darjah 6R : Cik Norhizal (sekarang dah jadi Puan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur (2000 - 2002)

Tingkatan 1C : Pn Hashimah
Tingkatan 2B : Pn Salmah
Tingkatan 3B : Pn Rozana

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Pulau Pinang (2003 - 2004)

Tingkatan 4B : En Abd Samad
Tingkatan 5B : En Abd Samad

Kelas Seni Visual : Cik Julianaasnizah Omar
Homeroom Teacher : En Shuhaimi



Terima Kasih Cikgu!

sebab apa? sebab diorg selalu marah2 aku la, aku ada usaha sikit nak belajar, kalo x, asyik nak main-main je dalam kelas. (baru aku sedar betapa nakalnya aku ni)


NUke


Assalamualaikum,

baru sahaja balik dari Ekspidisi Kaunselor Gunung Angsi, N9.



The only 3rd-year-and-ahli-BKRS yang join

Antara curam yang perlu didaki



Puncak

Unit-unit makhluk yang turun abseiling dipanggil 'Ultraman'

Aftermath

Water confident

Dengan Bro Bomba(s) yang in-charge aktiviti lasak

Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan tenaga, stamina dan kecekalan mental dalam mengharungi curam yang tinggi, tanah yang beralun, serta aliran air sungai yang jernih sepanjang pendakian ini. Syukur ku panjatkan kepada-Mu.

XPDC kali ni memberi 1 experience baru pada aku; - terminum air tasik!! huhuhu.



NUke

Assalamualaikum,

Hm, baru tadi aku dapat tahu yang 2 org kawan ku telah kehilangan wallet mereka. Kejadian dianggarkan berlaku pada waktu pagi jam 8 - 9 pagi (waktu tempatan). Jumlah kerugian masih belum diketahui.

Justeru, aku ingin menyatakan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mereka, tatkala musim2 cuti CNY ni dah nak bermula.

Jadi, aku mengingatkan kepada diri sendiri dan sahabat sekalian agar menjaga barangan berharga anda sebaiknya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Kpd Epong dan Taufiq:

.... ... .. ... ... (tak tau nak cakap apa) .. .... ... .. . ..





NUke


Faizal Tahir menungguli kategori Vokal dan Persembahan Terbaik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Jeritan serta kegarauan suara Faizal telah menambat hati juri untuk memilihnya sebagai penerima Anugerah Vokal terbaik pada AJL kali ini. Persembahan unik, dengan adegan memotong rambut dan menukar baju turut menarik perhatian juri lalu turut mengungguli anugerah Persembahan Terbaik; menafikan persembahan rancak oleh Stacy (Aku Stacy), juga persembahan hebat daripada Farawahida (Persoalan Cinta) dan Aiman (Dusta Berkalang). Tahniah buat Faizal Tahir yang membawa pulang trofi dan wang berjumlah RM 10 000 bagi setiap anugerah yang dimenangi itu.

Juara kategori Etnik Kreatif milik Farawahida yang pertama kali menyertai AJL menerusi lagu ciptaan Julfekar, Ku Seman, dan Izza Rosley - Persoalan Cinta. Elemen muzik tradisi Cina yang diselitkan sememangnya berjaya mencuri tumpuan para juri dan juga penonton; disertai dengan persembahan menggunakan kipas lipat oleh para penari yang mengiringi lagu tersebut. Satu pencapaian yang membanggakan buat Farawahida dan juga komposer serta penulis lirik lagu Persoalan Cinta. Namun, kemenangan ini sememangnya tidak dijangka memandangkan kesemua lagu yang bertanding dalam kategori ini sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.

Faizal Tahir sekali lagi menerima trofi AJL. Namun, kali ini beliau menerima anugerah Juara Kategori Balada, menerusi lagunya Sampai Syurga. Sampai Syurga merupakan lagu tulisannya sendiri, dan muzik oleh Audi Mok dan Ahmad Izham Omar, yang dimuatkan dalam album debutnya; Aku.Muzik.Kamu. kemenangan Faizal menepati jangkaan ramai dek kerana kekuatan lirik dan komposisi muziknya yang sempurna. Juara kategori menerima trofi dan juga wang sejumlah RM 12 000.

Kategori Pop/Rock sememangnya menjanjikan persaingan sihat yang sengit membabitkan 3 buah kumpulan dan 2 solo wanita. Persembahan Stacy yang mantap dan vokalnya yang hebat gagal mendapatkan perhatian yang arif. Begitu juga dengan lagu Kalis Rindu, nyanyian Elyana yang mana terdapat sedikit masalah pada mikrofon ketika persembahan berlangsung. Kemenangan berpihak kepada kumpulan indie Meet Uncle Hussain yang mempertaruhkan lagu ciptaan Taja, Tass, dan Lan iaitu Lagu Untuk Mu. Sama seperti Farawahida, kumpulan yang pertama kali menyertai AJL ini turut terperanjat dengan kemenangan mereka pada malam tadi.

Sungguhpun kategori Balada memperlihatkan penyertaan 6 buah lagu, namun, pemenang anugerah tertinggi AJL23 pada malam tadi adalah hasil ciptaan anak seni tempatan yang bertanding dalam kategori Pop/Rock. Sungguhpun mereka menjangkakan kemenangan berpihak kepada pemenang kategori Balada, namun, sebenarnya hasil ciptaan Taja, Tass, dan Lan diangkat sebagai Juara Lagu. AJL 23 yang berkonsepkan 'Iluminasi Muzik' sememangnya berjaya menampakkan kepelbagaian warna dalam seni muzik tempatan.

Kemenangan 2 tahun berturut-turut bagi kumpulan indie (AJL 22 - Estranged dan AJL 23 - Meet Uncle Hussain) ini menampakkan kematangan dan kesempurnaan hasil seni generasi muda masa kini dalam mencorak industri muzik tempatan.

AJL 23 sememangnya berjaya merampas gelaran 'AJL Terbaik' yang mana sebelum ini AJL 22 dirasakan AJL terbaik pernah dianjurkan. Biarpun tanpa persaingan nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, dan M. Nasir, namun AJL 23 sememangnya seimbang dengan penyertaan artis baru dan lama seperti Ziana Zain, Spider, Elyana, Stacy, Aiman, Faizal Tahir, Aizat, dan Meet Uncle Hussain.

Setelah menyaksikan persembahan semua peserta AJL 23, Penulis menjangkakan bahawa Vokal Terbaik dimenangi oleh Meet Uncle Hussain, dan Persembahan Terbaik oleh Stacy, namun sememangnya Faizal Tahir mempunyai aura dan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan lagu hebatnya - Sampai Syurga yang merangkul 2 anugerah itu.

So,... apakah tajuk yang sesuai untuk artikel saya ni?

  • Super Faizal Hebat Membolot AJL23
  • Lagu Untuk Mu Sememangnya Lagu Meet Uncle Hussain
  • Indie Band Suatu Fenomena
  • AJL 23 - AJL Terbaik Dekad Ini

Hm..?


NUke





----------
:: All text written by En. Amier Mahmod ::
----------

salam, sedang aku layan2 blog kawan2, and realized yg aku kna tag by mira.


---

01: Senaraikan 10 perkara tentang si dia yang meng'tag' anda:


M.e.e.r.a

  • amik sains nuklear gak (macam aku!)
  • ada baju kaler putih ngan tulisan "radioactive" (hehehe)
  • duk dpan aku dlm kuliah
  • baru2 ni aku dgr cta dia mkn kat Williams (hmm..?)
  • budak kolej Burhan
  • dia ada BF, namanya Zam rasanya… (ye ke mira?)
  • dia salu cakap yang O tu bulat (huhu)
  • kalo kita tya kat dia "eh, ko tau tak?".. dia akan ckp "tak tau!"
  • ahli tetap nukegroup
  • adik bradik virtual aku ngan Shark kat sains nuklear (sbb tlinga kitorg sama ‘fesyen’)

02: Novel kegemaran:

  • The Bombmaker (sape ntah penulis dia… lupa lak!)

03: 5 Benda kesayangan:

  • Edifier Power-Woofer + PC (huhu, sayang weyh!)
  • Orange Butch + Itit (heh!)
  • Wallet Tropicana Life (since 2005 aku pakai ni... angah aku bagi)
  • Snowcaps (aku sgt suka~)
  • beg Hotlink (x sia2 aku habiskan RM100 beli topup maxis..dpt beg ni free)

04: People I Want to Tag:

  • Al-Apish
  • Izan
  • Skin
  • Epong
  • Afiq





---

tah pape ntah benda alah ni.. layan je la.


NUke

isalam,

semalam (15/01/09) hari membuang undi bagi pilihan raya kampus (PRK) di UKM. Alhamdulillah, dalam tak nak aku mengundi tu, terlaksana jugak tanggungjawab aku tu jam 0920 di Foyer KUO.

This year, dah takde ugutan-ugutan buang kolej lagi dah memandangkan aku da final year, and aku rasa dah cukup dewasa untuk memikirkan mana satu yang patut diundi. But still, bak kata Epong "whoever wins, we lose"

Maybe nak memerhatikan segala aktiviti yang bakal MPP baru lakukan tu tak sempat la bagi aku memandangkan aku hanya tgl beberapa bulan je lagi kat UKM ni, but aku hrap mereka yang terpilih betul2 menjalankan amanah yang diberi dan menunaikan segala manifesto yang dijanji.

jangan bila dah nak retired pun masih tak nampak ape pun sumbangan or pembaharuan dan pembaikan dalam segala sistem yang sedia ada ni. Time tu nanti barulah masing2 nak menyesal undi calon itu la, menyesal sokong calon ini la.. haha, benda2 macam ni, biasa la kot.

Mula2 nak tarik undi tu, cakap macam hebat and lebat je.. alih2, bila da menang, hidung pun makin tinggi... (tak semua la kan!) and aku harap kepimpinan MPPUKM yang baru ni jauh lebih baik daripada yang tahun lepas (aku betul2 berharap begitu!).

Kepada yang menang - Tahniah! jalankan tanggungjawab anda.
Kepada yang tewas - Tahniah juga! cuma mungkin kemenangan anda itu nanti akan membawa kepada kelalaian atau kesilapan. Itu semua ada hikmahnya, Tuhan lebih mengetahui kan?



NUke

Misteri Ni!!


mangsa fotografi ku




NUke

Assalamualaikum.

Update blog - satu perkara yang aku selalu fikirkan selain daripada tesis. (huhu!)

Pagi tadi, kuliah mula jam 1000. Subjek Kimia Industri Nuklear. So far, kuliah yg diajar Dr. Khoo tu, penuh dgn gambar2 yg dia captured smsa berhoneymoon di Australia. Layan gak la gambar2 tu sebab cantik.

Kuliah tamat jam 1105. Then, Nora suh aku drive keta dia, sebab dia nk g Hardnet utk mmbeli pendrive, dan juga singgah membeli tiket bas sempena CNY di Hentian Kajang. Ferdi join skali trip kitorg yg x seberapa tu. But, b4 that, ktorg g makan kat Seksyen 15.

Habis urusan Nora tu, kitorg lepak kat KTAMS, ready for our next lecture - Photography, yang mana kelas tu batal pulak! Huhu. 1430 - Nora & Ferdi ajak g Pusat Pengajian Siswazah (PPS) utk amik borang permohonan Master. Aku xde la terfikir sgt nak proceed studies aku ni, tapi, mmg parents aku galakkan la aku sambung Master, so, aku amik je la borang yang berharga RM5 tu (guna $ ferdi dlu.. sbb time tu aku g cari parking kete).

Balik kolej dlm kul 1500. Ada masa sejam lagi utk klas aku yg seterusnya - Geosains Pelancongan. So, on9 jap, and baca blog kawan2 and check emails. Terfikir jap pasal borang yang aku amik tadi.. Lama gak la aku menung... dalam hati berkata je, nak amik ke tak nak ni..? Hurm, kalo ikutkan plan aku, aku nak kerja dlu dalam 2 3 tahun b4 aku proceed master, but byk pro n cons yg kena pertimbangkan dlu.

Lpas klas Geosains, aku call ibu, bgtau dia yg aku da amik borang tu. Dia pesan, pikir la baik2...

Ye, aku kena fikir baik-baik...sebab apa? sebab...masa depankah itu??



NUke

kau jauh
aku di sini
di sana lah kamu
aku di mana?

demam. rindu.
aku benci akanmu
jauhnya engkau
tiada di sisi

malam, sunyi
tiada kata selain hati
cepatlah kembali
dakapi hati

jauhnya diri
benci menanti
aku sendiri
rindu membenci
.
.
.
.
.
khas utk kamu.
.
.
mood : demam selesema + sakit tekak
.
.
NUke

setelah berhari-hari aku check status pertanyaan aku, akhirnya terjawab.




klik pada gambar kalau nk tengok lebih jelas.

"kadar yuran masih sama iaitu rm 35 seunit bagi FST"

NUke

WARNING
this entry is about local politics, those who are not interested, please visit another sites.

--------------

Assalamualaikum,




entry kali ni membicarakan tentang penyalahgunaan istilah atau perkataan di kalangan masyarakat Malaysia (umumnya), dan juga kesalahan dalam penyampaian berita sama ada di akhbar mahupun television (dan radio).

Umum mengetahui sekiranya sesebuah kerajaan itu mentadbir sesebuah negeri atau persekutuan, mereka digelar "Pemerintah", manakala mereka yang kalah, (atau tidak memerintah dalam kawasan tersebut, dipanggil "Pembangkang").

Situasi ini lazimnya diamalkan di seluruh negara di dunia. contoh terbaik adalah Amerika Syarikat, di mana sekiranya Parti Demokrat memerintah, maka gelaran Pembangkang adalah kepunyaan Parti Republikan. Begitu juga sebaliknya.

namun, situasi berbeza di Malaysia. Secara keseluruhan, negara diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipanggil Pemerintah, manakala Pakatan Rakyat pula merupakan pihak Pembangkang.

Hal ini sepatutnya berterusan dalam pemerintahan negeri. Sedia maklum bahawa negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan juga WP Kuala Lumpur diperintah oleh Pakatan Rakyat, justeru mereka membawa gelaran Pemerintah. Akan tetapi, mereka tetap dilabel sebagai PEMBANGKANG. Dalam hal ini, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintahan si Pemerintah, digelar pihak Pembangkang.

Media tetap mewar-warkan pemerintah 5 negeri (dan WPKL) tersebut sebagai pihak pembangkang. Masakan mereka menjadi pihak pembangkang sedangkan mereka sudah pun memerintah pentadbiran negeri-negeri itu hampir 1 tahun?

Mungkin tampak remeh, namun situasi ini sedikit sebanyak meracuni pemikiran rakyat dalam menilai baik buruk sesuatu pentadbiran.

Apa yang ditulis dalam entry kali ini hanya merupakan pendapat, dan sekiranya ada pandangan yang boleh dikongsi, amatlah saya alu-alukan.


NUke

salam.


One Day Before Semester Start
Photobucket

First Week
Photobucket

Second Week
Photobucket

Other Week
Photobucket

During the Test Week
Photobucket

After Mid Semester Break
Photobucket

Before Final Exam
Photobucket

Once know the final exam schedule
Photobucket

Day 1 Study Week
Photobucket

Day 2 Study Week
Photobucket

Day 3 Study Week
Photobucket

Day 4 Study Week
Photobucket

Day 5 Study Week
Photobucket

Day 6 Study Week
Photobucket

Day 7 Study Week
Photobucket

Night before Final Exam Start
Photobucket

One hour or less before Final Start
Photobucket

During The Final Exam
Photobucket

Once walk out from Exam Hall
Photobucket

After the exam,During Holiday
Photobucket



aku amik ni drpd http://izzyzatt.blogspot.com/

thanx.


NUke

Haha, aku balik rumah bersempena ngan pertunangan dan pernikahan akak aku minggu lalu, then, aku jumpe album2 lama aku dalam almari kaca kat bilik aku. Aku decide nk bawak UKM smula since aku da ade scanner... terjumper lak gamba2 ni..


parents aku g skolah ke?

ngan big bro, kat Genting Highlands. 1996



best lak tgk gambar2 lama.

NUke

assalamualaikum

hm, nak cerita pasal yuran pengajian pulak. b4 new year haritu, mmg kitorg da register untuk semester baru, and masing2 pun agak busy dgn pemilihan subjek2 yg bersesuaian dengan diri n keperluan pengijazahan. Begitu jugak aku. But then, kedatangan aku ke bilik Topeq, sikit sebanyak memberikan aku satu info baru ttg kenaikan yuran pengajian.

aku study dalam Fakulti Sains & Teknologi (FST), and kalau diikutkan secara kasar, of course la yuran subjek FST ni agak mahal, tapi tak la semahal yuran fakulti kesihatan kot. just RM35 per unit (jam kredit). Ok, semester baru ni aku amik 15 jam kredit.

kalau ikutkan rate RM35/unit, so, total yuran subjek aku sahaja = RM525.

But then, time kat bilik Topeq tu, satu perkara baru terbongkar, dia kata yuran subjek da naik, dari RM35 ke RM74 per unit. Dekat 2 kali ganda tu.. lebih lak tu. Aku macam, tak caya gak la, but then, after check kat jadual subjek aku sem ni, yer.. mmg benar akan perkara itu.. YURAN NAIK!

Hal ini takde la begitu besar...SEKIRANYA pihak bendahari atau fakulti itu sendiri terlebih awal memaklumkan ttg kenaikan yuran. DAN penjelasan yang munasabah PERLU dilakukan. Semalam, aku ada tanya on9 question yang disediakan UKM, and sekarang ni tgh tunggu feedback drpd Bahagian Bendahari.

Most of my friend tak berasa senang dengan hal ni. Ada yang mengambil langkah berjaga2 bg menantikan kesahihan ttg pekara ni, and ada yang buat tak kesah. Ada juga yang dah siap bershopping lagi dengan duit PTPTN yang baru masuk tu.

Aku? aku prefer tak usik dulu duit PTPTN tu. Huhu, dah la aku dapat half je.

b4 this, yuran KESELURUHAN aku (include kolej, n etc.) hanya RM 1200 (max).
tapi, dengan kenaikan yuran baru ni, yuran SUBJEK SAHAJA pun dah RM 1125... tu tak masuk kolej n library ngan ape jadah tah lagi..

kenaikan ni berlaku di semua fakulti rasanya.

* nak ngadu kat PMUKM, honestly, aku tak kenal pun dorg. Huhu,.. AND pilihanraya kampus sesi ni pun tak buat lagi. So, takkan nak ggt jari je? *



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.